Monday, December 22, 2008

Mengkuang..

Salam..

Tikaq mengkuang ka?..Tikaq mengkuang kat Changlun saja..kat tempat lain tikaq getah..ekekekekke..Kenapa Changlun? Sebab bunyi Changlun mmg sesuai saja untuk tikaq mengkuang..Apa aku merepek ni..mereng ka apa..Hari Sabtu lepas, aku ke Mengkuang Dam..Lama dah aku tak jejak kaki ke situ since 1994..Time tu, cikgu sekolah yang bawak gang basketball pi exercise situ..Masa tu la aku baru tau kewujudan dam ni..So, aku ke situ buat kesekian kalinya.Bila dah masuk saja area Mengkuang Dam, terus rasa mcm kat oversea pulak..Cantek!!!!(lupa nak bawak camera, kalo idak aku dah pulon snap-snap)..Tujuan utama aku, nak berjogging..Seingat aku, tempat ni mmg sesuai untuk berjogging..Sampai dekat tempat letak keta, aku terus sarungkan stokin aku serta kasut aku..Dalam hati dok berbunga-bunga lagi tgk kecantikan Mengkuang Dam. Rupa-rupanya bukan sorang dua yang berjogging kat situ, ramai manusia rupanya..Semua pakat dok berjogging sambil berlatar belakangkan lake view yang cantik. Hari Sabtu depan kalau tak dak aral, insyaAllah, aku nak pi lagi..

Friday, December 19, 2008

Senaman

Kenapa aku perlu exercise?

Untuk buang lemak-lemak yang menggelebeh berlebihan.
Untuk kekal sihat walafiat.
Untuk maintain fit..fit kah?
Untuk rasa fresh lepas kerja. Lepas exercise sampai max, you rehat sat, then you go to mandi..Then you will feel…arghhh..feeeereeeeeshhhhh!!Segaq bugaq (extra note: lagi fresh kalo shower room memamg lawa habis..wangi etc).
Untuk tone up my muscle..(bukan nak jadi body builder)..just want to look good only. Tapi bila tatau lah..Lemak-lemak masih menutupi segala muscle. Macam mana?.
Sebab gym free. Pi lah bila-bila nak pi. Guna saja apa yang kilang bagi..
Sebab swimming pool kena bayaq RM1 saja nak masuk..Sebab kilang subsidize..kalo tidak hang kena bayaq 3 ringgit utk weekdays, 5 ringgit untuk weekend.
Kalau tak exercise, aku nak buat apa petang?..Melangut saja ka..balik rumah bukan nak buat apa pon. Bini pon tak dak, anak lagi lah..(aku tak suka kucing, anjing comel aku suka)..kekekek.
Takkan aku nak melangut kat tepi pantai ja hari-hari.
Orang kata aku gemok. (orang criticize, sebab orang care kan). So, take it positively.
Boleh la aku pakai baju yang aku suka.
Aku rasa berpeluh sexy..hahahahha..so, aku kena la exercise sebab nak sexy.
Aku tak mau dapat penyakit awal sangat.
Aku dapat kawan- kawan baru.
Aku rasa lebih yakin dan bersemangat..kompiden nih..

Sunday, November 30, 2008

Kenduri

Salam..
“Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersanding tersimpul malu.
Kompang dipalu pengantin baru, moga bahgia ke anak cucu..”
Minggu ni aku seronok melayan lagu kawen ni. Mana tak nya, banyak betol jemputan kawen minggu ni..

Tak banyak yang menarik sangat minggu ni..Hari Selasa aku kerja kat hometown aku. Tu pon sebelah petang aku pi dimana sebelah paginya aku tak mandi pagi. Ni la fisrt time kot aku tak mandi pagi sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Dah lama aku buang tebiat tak mandi pagi ( cina kah aku dulu?)..Kebetulan pulak, air ais saja ada dalam fridge. Dah sakit perut sangat pagi tu, tak boleh nak tahan utk dibuang di ofis..Aku capai air ais untuk membasuh..sejuk gedi..terpaksa aku menahan kesejukan..gasak lah..asal aku tak terbuang dalam seluaq aku. Tempat kerja dekat hometown, aku pi bangunan baru. Masuk production floor seluas 6 padang bola. Luassssss!!..Lantai kaler putih, lampu kaler putih dan semua putih. Aku macam kat dalam satu tempat rahsia CIA gitu..macam buat project alien besar-besaran. Ni 1st time aku masuk situ. Tu yang macam ternganga sikit. Amazing!

Hari Rabu, aku just tunggu untuk dinner department aku. Aku buat reservation kat satu kedai di Jalan Burma. Aku makan spaghetti tomyam..best!..orang lain makan benda lain..makanan boleh pilih apa yang aku nak makan..Kenyang aku makan..Ada benda tak syok jugak jadi. Tapi abaikan saja..mungkin tersalah faham antara team aku dengan waiter kat situ…Malas nak cerita.

Khamis – aku bosan. Habiskan masa dekat gym. Pi jumpak member aku untuk dinner. Tgk cita antu dekat kedai makan. So tak la takut sorang-sorang. Hantu tu jongang. Terus potong stim utk takut.

Jumaat petang, aku layan cita Twilight dekat Queensbay. Seronok, terus antaq feedback dekat Joe, Delinn ngan Yam. Joe tak respon pon. Sentap!!..Sib baik Delinn ngan Yam replied. Thank you..Aku rekomen cita ni utk semua. Aku suka jalan cerita dia..Kisah jiwang antara vampire dengan aweks..

Sabtu pagi, awal-awal lagi aku ke Aloq Staq..Ada kenduri member aku. Baru aku tersedaq rupa-rupanya member aku ni anak Dato’..Dulu masa kat UK low profile saja..Musim kenduri sangat-sangat. Kiri kanan kenduri.. Kat tempat kenduri, meriah dengan ada istiadat kerabat kedah..Aku bawak gift voucher macam biasa..aku tak beli hadiah..gift voucher jusco..Aku tak nak beli hadiah yang nanti orang lain pon beli benda yang sama dengan aku beli..so, aku biarkan pengantin pilih hadiah sendiri cukup dengan budget gift voucher aku..Petang singgah umah Maksu aku, makan lagi. Makan nasik special kaler kuning..Lepak sampai petang tepi bendang sambil minum ayaq kelapa muda..Sebelum maghrib masuk bertolak ke Sungai Petani dan singgah dekat rumah Makcik aku pulak. Berenti makan lagi..Makcik aku masak spaghetti tom yam..pedasss…sedap!..Dok layan kucing-kucing parsi kat rumah dia..Pukol 9 bertolak balik ke Kulim..Dalam gelap, aku tersalah jalan terus ke baling..Buat U-Turn balik ke Kulim..

Ahad pagi pi ke kuboq tok aku macam biasa..Minggu lepas banyak orang meninggal rupanya. Tanah dok merah lagi..Alhamdulillah, tanah kuboq tok aku dok bersih lagi..Daun pandan yang minggu lepas pon dok ijau lagi..potong kecik-kecik..Aku pi cabut rumput yang kecik-kecik kat tepi kuboq tok aku..rasa macam sejuk dan nyaman ja kat tanah perkuburan time pagi-pagi ni..Dalam pukol 11 selepas mandi, aku terus kluaq nak ke kenduri dekat dengan Kuala Kurau..Kenduri kawan sekilang aku dulu…Rumah dia tepi bendang jugak..nyaman..angin sepoi-sepoi bahasa..Mendung dan tak panas..Tak semena-mena, aku dipanggil sekali makan dekat meja pengantin..rasa cam malu malu pon ada, sebab dekat meja pengantin tu, keluarga pengantin saja..ni dengan aku pon turut serta..Dah orang jemput, aku tak menolak lah..aku duduk makan sekali dengan member aku..Memang sedap masakan kampong nih..Ramah saja semua orang..Aku macam biasa, bg saja gift voucher aku..mungkin aku terikut-ikut gang2 cina aku kot, semua bagi ang pow..tak beli hadiah..

On the way balik Kulim, jauh jugak la, hujan lebat yang amat!..Tapi tak jam..alhamdulillah..Antaq member aku dekat Jeti..Aku pandu terus ke arah Kulim. Singgah nak isi minyak dekat stesen shell..Habis isi penuh, aku nak start keta..Dah tak boleh..banyak kali aku dok pusing kunci keta aku tu..tak boleh jugak..(Cuak ni)..(Cuak sebab aku bukannya tahu sangat pon bab-bab kereta..)..Kalau takat, check minyak itam, ayaq battery dan yang simple2 tu tau la..ni tgk semua ok saja..aku dok terkulat-kulat dekat tangki minyak tu..Terus aku pi counter tanya kot2 budak2 tu tau pasai keta..Sorang budak ni, mai la tolong..dia dok tgk2..dia kata battery problem kot..aku pon ..emm..kot la…Dia tolak ketak aku ketepi..Aku dok try lagi..tak boleh jugak..tanya depa..tau dak no tepon pomen..sekoq pon tatau..time ni aku pikiaq, penting sangat ada kawan..call la kawan2..sekoq pon tak leh nak tolong aku..semua bz makan kenduri..Call sepupu aku, sib baik dia angkat, dan dia ada kawan leh tolong (aku bersyukur dalam hati, nasik baik la aku ada saudara mara lain)..call kawan dia, kawan dia dok makan kenduri dekat Kulim..tak ke haru..dia bagi no tepon kawan dia yang mungkin dapat tolong aku..Aku try la call..bateri talipon pulak dah nak habis..cuak lagi..dalam hati (jangan la bateri habis, bagi la aku sempat cakap dengan pomen, dan dia tau aku dekat mana)..At last…

Pomen maiiii!!..Dia check2..aku tanya dia, bateri kong kah?..dia kata bateri hang cemerlang!!..abih tu, pam minyak yang kong..kena ganti baru..setiap kali nak start enjin, minyak tak leh nak dihantar ke depan..(saja mudahkan ayat)..tu la kisahnya..ingatkan boleh settle kat situ..rupanya tak..kena bawak pi bengkel..humm..cam na nak pi kerja ni..apa lagi, keta aku di tow lah..kena bayaq rm100 utk tu..esok baru leh amik keta..Ahad orang cuti..tak bukak kedai..aku tak kisah lah, janji keta aku ok balik..

Sepupu aku sampai untuk amik aku balik..(aku missed semayang Zohoq, Asaq dan Maghrib..Sentap lagi)..kat situ tak dak surau..Balik rumah dah masuk Isya’ pon..Letih..ingatkan dalam hati petang tadi dah boleh sampai awal dan lepak dengan bantal busuk masam aku..rupanya, terpaksa dok bau minyak kat stesen shell..tak leh tidoqqqq!!..Dah..esok kena keja..

Monday, November 24, 2008

Tak Mandi

Aku tak mandi pagi ni mai kerja..Rasa tak best satu macam ja.
Ayaq takdak la pulak kat umah sewa ni. bengong la..Dah la sakit perut pagi-pagi ni..
Sib baik ada ayaq mineral aku beli kat Giant sebotol besaq. Jadi la penawar duka..kkekeek..

Sunday, November 23, 2008

Feel the rain on you skin.

Salam...
Minggu yang kurang memberangsangkan buat aku. Awal minggu ja memang dah rasa tak sedap badan. Rasa macam tak larat semacam. Namun, aku tetap menggigihkan diri aku ni pi rumah kawan aku semata-mata nak mencarik kemeriahan untuk dikongsi bersama. Aku ke Pulau Sayak (Sabtu minggu lepas), untuk makan malam ditepi laut bersama-sama dengan family kawan aku. Gigih btol aku nak pi menempek kat family orang. Memang muka tak malu. Tapi, apa aku kisah, aku nak pi makan dan aku tak mintak pon diorang bayaq kan. Sampai dekat Pulau Sayak pon dah maghrib. [Pulau Sayak, bukan sejenis pulau, tapi sejenis tempat ditepi laut di negeri Kedah. Mee udang, humm..udang sedap, tapi mee tu orang kedai patut buat lagi sedap lagi.

Aku ke symposium dekat Hotel Equatorial, Penang. I spent a whole day over there just for hearing and taking some new technical staff (papers) being presented. Fikiran aku memang melayang-layang dari pagi sampai la ke petang, sebab aku tak sihat. Selamat la masa tu tak batuk lagi. Dari satu hall ke satu hall aku bergerak untuk dengar apa yang dibentangkan..Semuanya tersusun mengikut jadual, depends on which hall do you want to attend lah..Lunch dekat situ..aduh..sedap..tapi, mulut saja yang tak berapa nak berselera. Apa-apalah..

Balik dari symposium, sent my friend back home, then aku straight away to PISA. Dalam hati nak sejukkan badan dalam ayaq..Spent one hour there. Bila dah dekat rumah, aku rasa makin tak sedap badan. Memang aku tak patutnya pi swimming. Memang rasa badan dah tak best tahap cipan.. Amik panadol dalam frigde, telan 2 bijik. Aku sorang-sorang dekat rumah. Housemate semua dah balik kampong halaman cuti sekolah. Tengok tv sat, then masuk bilik terus lelap sampai ke pagi.

Awal pagi dah sedaq..badan memang rasa cam syial..kekekke..tak sedap ..Amik talipon, sent sms kat boss, kata aku tak sihat.tak larat nak pi kerja. He adviced me to go to clinic. So boleh dapat mc. Woke up around 11 am. Amik cap aku, terus ke clinic..perut pond ah lapaq. GP bagi aku ubat-ubat yang berkenaan and dia bagi aku mc as well. So I don’t have to take leave then. Aku rehat seharian dekat rumah. Memang bosan. Petang aku pi lagi bereksersaiz..ingat nak keluarkan peluh..memang peluh keluaq banyak dalam ayaq..

Rabu, aku ke ofis semula.tahap kesihatan still tak memuaskan. Batuk pulak menjadi-jadi. Aku rasa tak selesa nak batuk lebih-lebih kat dalam cube. Tengok my cubemate pon mcm tak selesa dengan kebatukan aku. Ubat batuk yang batuk aku isap beberapa jam, sekali, aku isap macam 30 minit sekali..mampos la..Dengan badan yang tak sihat, habis kerja, aku terus balik ke Kulim. Tujuan utama, nak amik roadtax. Nak balik ke rumah kulim, memang aku tak balik kot, sebab tak ada sapa-sapa..Melantak KFC kulim, lepas dapat roadtax, aku drive balik Penang.. Memang letih dan memenatkan (samakan maksud kedua-dua perkataan tu). So I got my new roadtax lah..mati pulak 19/11/2009.

Minggu ni I met my friend yang nak ke Folsom. Lunch dengan dia dan kawan-kawan cina aku 3 orang lagi. Tak sempat nak sembang lama-lama time lunch. Maybe, sebelum dia ke Folsom, kami jumpak lagi lah..Malam, called my friend to have dinner together dekat kedai mamak. Dekat USM..lama jugak sembang..Like to spent time talking about my “hidup”, my kerja with her. Talk talk talk..sedaq2 dah malam..Sent her back to hostel, then aku balik. Bukan tv, cita antu Puaka Nang Rapik ada lagi 5 minit nak habis.. Tak kuasa aku nak layan cita antu tu. Mandi-mandi, layan paper depan tv, then terus ngantuk disebabkan ubat batuk yang aku telan.

Last day in Penang, lepas kerja, aku pi queensbaymall. Jumpak kawan aku kat situ, dia baru abih tengok cita Madagascar ngan girlfriend dia. Pi melantak Hagen Daz kat situ walaupon aku tgk dok batuk-batuk. Mampos la. Bukan aku bayaq. Sedap pulak eskrem strawberry cheesecake ni..aku hantu coklat, tapi perisa ni sedap pulak..

Hujung minggu – buat lemak kat rumah. Jawab panggilan talipon, basuh baju (mesin basuhkan, tapi aku basuh pulak dari tempat mesin basuh ke tempat spinner. Bukan mesin otometik. Basuh dan selawat 3 kali. Perah dan campak. Sidai dan biaq beberapa jam.
Arghhh..ngantuknya(time aku tgh taip ni sambil dok tgk CSI). Pi kenduri (Pi make gulai, bak kata orang klate). Pi K4, beli barang-barang untuk rumah. Jumpak agent insurance kat kedai mamak..Sembang-sembang pasai insurance etc.

Jom heboh kat penang, stadium batu kawan. Aku pernah pi Sure Heboh dekat penang back in 2002. pas tu aku dah tak jejak dah. Ramai manusia..tambah-tambah pulak time cuti sekolah.

Dah..Feel the rain on your skin..(ni ayat terakhir aku utk entri ni, sebab tiba2 aku dengaq iklan pantene (pronounce dia bunyi PAN TEN, Baku kan)..cam bengong ja..

Saturday, November 15, 2008

Nothing Much

Team building @ Queensbay..
- Copycat amazing raze sket2..best..
Dinner @ E&O hotel...
- Sedap sangat..
Tgk movie :- Quantum of Solace
- Ramai kata tak best sangat mcm Casino Royale..
- Aku pon sependapat
-tapi aku suka part dekat Bolivia and Haiti..Nice place..

Sunday, November 09, 2008

Salam..
Sepanjang minggu lepas, after work, memang aku ke PISA aja..tak dak mood nak ke gym..Selalunya dalam beg sukan aku, dah prepare kan siap-siap, pakaian untuk gym dan pakaian utk swimming..So, tak dak lah susah sangat if aku bertukaq fikiran disaat akhir kemana arah tuju aku..mmm..bukan sepanjang minggu lepas la, hari Rabu aku entertain si Yam selepas kerja. Yam mai Penang untuk cuti-cuti utara. Dari Changlun ke Langkawi, dari Langkawi ke Penang. Patutnya hari Rabu aku balik kampong, memang dah kebiasaannya aku balik kampong. Tapi Yam bernasib baik, sebab minggu ni aku tak balik, sebab dekat rumah aku tak dak sapa. Memang rezeki Yam lah..Bawak Yam ronda-ronda Penang sat. Tak la lama sangat pon, sebab dah petang baru aku boleh jumpak Yam..Sorry Yam ye, patutnya aku suruh ja hang dok Hotel Seri Malaysia, value utk harga kan, tersilapnya aku soh Yam dok Otel Ekotorial..rega pon meletop-letop..Yam kan kaya meletop-letop..OK kan Yam kan..kekekeke..Cam na la aku leh lupa yang blah-blah tempat aku ni ada otel Seri Malaysia ngan Vistana..Tak ke haru Yam duduk kat atas bukit ulu tu..

Cekelat..Yam, Thanks arr bagi cekelat..aku ingat kan seBar dua, rupanya berBar-Bar..manyak..memang hang suruh aku bukak kedai cekelat sangat. Sib baik peti ais rumah sewa sebesaq alam..Sampai umah aku terus sumbat saja masuk (Pssst, aku tak telan lagi cekelats tu). Dok dalam peti ais tahan lama kan…(Psstt lagi, Cekelat kegemaran aku Crispy)..Lain kali beli Crispy arr..kekekek..Tima kasih sekali lagi..

Pasal ronda-ronda (Mungkin Yam dah cita dalam blog dia), aku fisrt bawak Yam pi batu feringgi ikut jalan belakang Penang..Lalu dekat-dekat sekolah lama Yam..Depan Penang Free tu ha..Jalan tak jam sangat, sebab aku melawan arus jam..Terus ke Feringgi..Dari Feringgi ke Hutan Simpan Pulau Pinang (Aku pon tak pernah sampai sini, sib baik Yam mai, tau jugak aku akhirnya kat mana hutan simpan ni). Dari situ kami ke Gurney Drive.Letak keta kat Gurney Plaza..Smayang kat situ dan lepas tu jalan-jalan kat Gurney Drive lah..Makan Passemboq kat situ..Meriahnya kedai-kedai makan cina dekat situ..Penuh manusia..Yam, lain kali mai, kita melantak kat situ pulak ye..Macam sedap ja.

Dari Gurney Drive, pi Penang Road…pusing-pusing sampai sesat sambil ngumpat Deo, Joe etc dalam keta.. Aku dengaq ja, Yam yang ngumpat ye..kekekek..Dari situ terus ke Padang Kota Lama..Mak aii..gelap gelita ..lama aku tak mai sini. Orang ramai..penuh pakat berdating tepi-tepi tebing tu..tapi gelap..Sure mesti banyak nyamok ni..Carik kedai-kedai makan dekat situ, tapi tak jumpak la pulak..Dekat padang (Esplanade) ada org dok set up stage utk event apa ntah (masa tu tatau). Tapi la ni aku dah tau, akan ada perlawanan tennis US lawan Europe on 14/11/08-16/11/08. Meriah Penang nanti..

Terus meluncur laju ke QueensbayMall..Lately, mmg depan QueensbayMall penuh dengan manusia..Lepak tepi laut menghirup udara segar laut malam. Sambil sembang ngan Yam, sambil minum cappuccino aku..Lepak sampai kol 11mlm cam tu then aku hantaq Yam balik otel..Rasa puas dapat melepak hari ni walaupon aku letih sket-sket..

EOS(End of story)..

Thursday, November 06, 2008

Apa yang aku lihat..Bukan apa yang aku tafsir

Aku tgh lepak sorang-sorang dekat OldTown White Coffee Bayan Baru, Pulau Pinang..Baru habis swimming...Kepala dok rasa berdenyut-denyut lagi..mungkin air banyak masuk kepala..macam mana tu..me oso dun know..Macam-macam style aku buat tadi..gaya bebas la, kuak dada la (makin besaq la dada aku kan), doggie style lah dan lemas-lemas style..kuak lentang, kuak kupu-kupu aku tak buat, sebab aku rasa macam terlebih over pulak kalau aku buat cam gitu.,Ramai jugak orang dekat PISA (Penang International Sport Arena) hari ni. Penuh kolam..berenang pon macam ada traffic jam..ada collision sana sini..kekekek..tak ke haru kalau tertanduk kepala antara satu sama lain..kalau kepala btol aku ok, kalau kepala lain2 aku tukaq mode pitam berejam-rejam..kat changing room la ni, mungkin dah jadi biasa agaknya org2 lani dok telanjang bulat merata-rata..apa nak malu..bentuk sama saja..saiz lain-lain..ada terlebih kulit ada yang terkurang kulit..yang tak malu, bogel la hang, yang masih ada kemaluan, masih bertuala..alhamdulillah..aku tak tau la pulak kalau belah pompuan punya changing room..adakah anda turut berbogel seperti lelaki di bilik sebelah??..sendiri mahu ingat lah..Selesai mandi, aku bersolat dekat surau PISA..tak la bersih sangat..Tapi ok untuk bersolat..

Nah, sekarang aku dah dekat OLDTOWN ni..duduk selamba buat kering saja..Cap dekat kepala, tunduk mengadap laptop..humm..aku order wheat grass juice dengan chicken toast..dah dapat dah..belum ku jamah..bau curry tu dah menusuk kehidung aku..aku biaqkan sejuk untuk seketika..sebab aku bukan penggemar makanan panas..Apa yang aku pikirkan, masih belum aku pastikan..pikiran..masih terawang-awang..Aku lari tajuk sikit..

Aku nak bagi apa yg aku rasa dan apa ayng aku nampak masa dekat Cheras..Raya kat rumah Alang..kalau rasa tak btol, aku mintak maap..aku nilai dari pandangan mata kasar...
Aku mula dengan diri aku..memang pedo habis (tau dak pedo apa?)tatau carik sapa2 yang tau lah..ya lakan, nak jumpak org2 yang aku tak kenal..aku mmg pendiam sikit..tak reti nak mula bicara andai tak dak starter nya..Muka aku mmg seposen..serius sangat kalau dah cuak dan tak kenal org..akan kuukir senyuman andai ada yang pandai menjadi starter..aku pendiam orangnya ..sebetulnya macam tu..tapi kalau dah kenal, aku terus tak sebegitu..terus jadi lain.

Alangz--macam muka aku kah?..puas aku perati..kat mana nih...Joe tipu lah..tak shape bulat tu ada la kot..baik alangz ni..ramah..mesra alam..mungkin sebab tuan rumah kena lah ramah..

Zura--tak dan nak berbicara lama..sat ja..dekat nak balik baru dan sembang..semoga berbahagia dengan Alangz..

Yam--awal2 lagi aku dah terkompius yam dengan delinn..sejak dalam keta..aku ingatkan yam yang cakap lebih2 dalam keta, rupanya, delinn yang dok cakap..salah org..dalam hati, ya ampun, keponya yam ni..kekekek..rupanya diam..mcm serius pon ada..jawab talipon ala2 serius mak datin.,kekekek..tapi yang nampak cam tenang ja...air yang tenang jangan disangka tadak boya ya..kekekek..tak rugi kenal Yam..kan mak kan..kekekekek..

Delinn--Ratu bercakap..meriah..I likeeeeeeee...mahunya tak renti cakapnya, dah reja nya pon kena bercakap..Kalau tak dak Delinn, aku rasa hidup aku kat rumah Alangz mcm tak meriah dan sempurna..Delinn wajib ada..u rock man!!..Nak amik u jadi kakak angkat I boleh..kekek..i kan tak dak kakak..kekekek...janji kita satu LEO..aku bangga..

Deo--aku takut nak comment..Deo mmg very the "PMS",,Deo jangan sentap..nanti over PMS..aku tatau arah jalan mana harus aku masuk dengan Deo..nampak macam org yang mudah didekati, tapi dua tiga kali pikir, takut lah aku...Mungkin jugak Deo tgh stress dengan kerja kot..yang lebih-lebih I don't know..tu my first impression pasal Deo..Deo sama baya dengan abang aku..(Aku ada abang kah???)..kekekekke..

Jijo-- Nama ni kena letak dekat dengan Deo..Kembar aku dengaq kata..mungkin kembaq serendang agaknya..nak kata, sama memang tak sama..Jijo seutara dengan aku..tapi tak sepekat utara aku..aku lagi pekat ok..aku bawak kepekatan aku merentas semua benua yang aku pergi..itu lah aku..Jijo w/ family..that's so sweet buddy..hope to get a very lovely family mcm hang soon..insyAllah..Family man..tak gerak jauh pon dari anak-anak dan wife..very well indeed..

Limah--Oh! my Limah..my first set eyes on you...aku memang dah suka Limah sebelum dia bukak mulit utk bercakap..muka dia aja dah happy..bayangkan orgnya..aku suka orang mcm Limah..Happy go lucky..mulot not that so chucky..kekekeke..Limah baik hati kan..I like the way u talk..and the way you behave...

Angah--Aku tak banyak cakap dengan Angah..Aku pernah tgk org mcm Angah macam dalam tv..aku mmg rasa nak jumpak org mcm ni..cakap boleh tahan ganaznya..Kek Angah, sedap sangat..walaupon kek oren yang simple..tapi aku suka..Aku jarang chat ngan Angah kat tag, so aku tatau dia macam mana..tapi Angah memang lantang bersuara..tak macam aku..terus terdiam tgk angah yang tak brenti cakap bila dah start..

LB--Ni set2 bro yang steady..ramah orangnya..rasa mcm kena respect lebih, tapi rasa macam nak kena kutuk-kutuk jugak..aku dok berjaga-jaga..kalau LB tu Joe, memang aku dah sembang sambil dok merapu DKK Joe..macam mana tuh..Anak LB..mak aiii..dah besaq..Rupanya LB giat kawin awal..patut la anak dah besaq..sama besaq ngan LB..

Bini LB-- Arc..aku suka tgk kakak2 mcm ni..teringat zaman aku student..ada lecturer macam muka Arc..baik ja..merapu pon ada jugak..aku suka ..lain kali kita merapu..sebab hari tu, i tak reti nak merapi lebih..tapi both of u, memang sweet..

X- aku sembang gitu2..hai X...eekekekekkek...

Kong- Aku kena respect...Joe macam Kong kah?...matilah aku tak respect Joe..

Lis--Liz Clairebon kah?..aku tak banyak sembang..tapi sempat berbual.baik ja akak ni..

Sapa lagi ni..aku dah kurang daya ingatan dah..tu la dulu kot..nanti kalau ada lagi, aku tambah..
Tgk muka Joe teringat arwah tok wan aku..kekekekek..tua sangat kah joe..kekekek..

Dah aku nak makan pulakk..dah sejuk dah..

Monday, November 03, 2008

Pendek btol minggu ni..ya lah, dah sambut raya indu..
minggu ni asyik dok mengadap blogss. rasa mcm tak productive..
my uncle kena stroke minggu ni..kena blah kiri..nasib baik belah kiri, boleh jugak cakap lagi..kalau blah kanan dah tak boleh langsung..sekarang ni dah kuat sikit..mak aku gegas ke KL utk jaga uncle aku..diajaknya aku, tapi aku btol2 tak larat nak ke kl semula...Uncle aku masuk HUKM..Aku doakan uncle aku cepat sihat semula.

Tak hujan langsung minggu ni...eh hujan jugak la malam..aku gi massage minggu lepas..lepas rasa indu lah..lepas balik dari KL..lepas kerja la..Dah lama tak massage..rasa nak buang angin-angin kat badan..Pi buat traditional massage..adoiiiiiii!!! sakitnya ..abih satu badan aku kena sental..sakit..abih merah2..kononnya banyak angin lah keluaq..

Wednesday, October 29, 2008

Don't Mess Up With The Zohan

Malas nak update dah entry lepas...
Biaq la tak bersambung..Tula buat kerja separuh jalan, cam ni la gayanya.
Toilet baruuuuuuuuu!!!!!
Pantry pon baruuuuuuuuu!!
Sukanyaaaa!!!

Sunday, October 26, 2008

WW?

Salam..
Minggu ni berakhir cepat bangat! Isnin sampailah ker Diwali..Sampai dok menaip ni aku masih di Damasara..Mata pon dah laloq..dok sembang sikit-skit dengan Delinn..

Minggu ada adik beradik (saudara) meninggal mati lemas..baru umur 4 tahun..lemas dekat sungai..Kesian..Biru mulut arwah..Dah sampai ajal dia..

Minggu ni dok berpikir-pikir nak ke open house kat kl ke tak...kebetulan pulak dapat sakit tekak..aku selalu kalau sakit tekak tak btol-btol jaga, mesti melarat ke batuk..batuk aku kalau batuk sikit-sikit tak apa, selalunya mesti batuk aku sampai keluaq kahak ijau..itu yang aku tak suka..kadang-kadang kahak tu sampai berdarah-darah..dan kadang-kadang kalau terdesak sangat, telan kahak balik, kalau dah tak ada tempat nak ludah..(selalu gak buat)..

Hujan pulak melampau-lampau minggu ni dekat utara ni. kesian dekat tuan-tuan rumah yang dah dapat banjir berulang kali. Alhamdulillah, area rumah aku tak pulak kena banjir. Dekat rumah sewa pulak, angin kuat..Beserta ujan yang lebat serta ribut petir..Yang aku bestnya kat rumah sewa, masa dok tidoq, tiba-tiba selalu terdengaq mcm hantu masuk bilik..kelajuan angin masuk ikut celah-celah tingkat menghasilkan satu bunyi yang "menghantukan"....seram jugak bunyi.tapi kalau dah lama sangat, terus jadi tension, sebab nak tidoq pon susah..apa lagi, amik bantai pekop telinga and back to sleep lah..

Hari jumaat lepas, on the way nak balik ke mainland, jalan jam macam biasa..tambah pulak hujan..tak tau lah kot kot ada lori melintang kat tgh2 jambatan tu..Malas aku nak naik jambatan..Amik keputusan nak usha belah feri jam dak (walhal aku dalam hati dah tau, mana2 tempat pon jam)..aku cuma nak cepat bergegas dari pulau ni..susah btoi nak keluaq..semua pakat nak cabut sebab cuti hujung minggu yang panjang sempena deepavali..Alhamdulillah, dalam sejam jugak aku beratoq naik feri..dapat jugak naik..kalau aku naik jambatan, aku tatau berapa lama aku nak kena Q..As the ferry meluncur meninggalkan island, aku dapat saksikan satu keindahan unik pulau pinang diselebungi awan gelam, dan petir sabung menyabung dan dibayangi kabus putih yang hening (ish, hening ka penang?)..Nampak satu panorama yang menarik...lama aku dok perati kat luaq sambil berdiri tepi feri tu..macam dalam cerita hantu pon ada..

Malam jumaat, bertolak, ke kl..minum ubat batuk awal-awal sebab aku tak nak kacau orang..baik aku tertidoq dengan ubat batuk. Sedaq dari tidoq dah dekat nak sampai KL..bukan la aku tidoq mati sangat pon..aku sedaq la jugak..cuma rasa selesa dengan high ubat batuk tu..Sampai KL, member aku amik bawak ke Damansara Height..Umah dia kat situ..Solat subuh aku sebelum tidoq, sebab sampai rumah pon dah kol 530pagi lebih kurang..tidoq sampai kesiang..tengah hari Open House dekat bangi..Petang open house dekat Damansara Height..Jumpak member-member lama..Alhamdulillah meriah..makan-makan sambil dok mandi kat swimming pool situ..mendugongkan diri la lebih kurang.. Malam aku tak larat nak keluaq mana..layan movie wanted, sampai movie tu yang tgk aku pulak..tidoq sampai pagi..

pagi-pagi gosok2 gigi..dalam kepala nak pi Dato' Keramat..Nak gi umah member sama belajaq dulu.lama tak singgah situ..Ikut saja langkah kaki ni..Panggil teksi, terus pi ke Bangsar, naik putra ke damai..menapak dua tiga langkah, sampai ke destinasi..kemeriahan dah terasa masa aku dekat pintu pagaq lagi..aku tersenyum sampai ketelinga..satu family yang meriah menyambut aku..aku makan nasik berlaukkan macam-macam yang sememangnya faberet aku..aku pon tau depa masuk peberet aku..tima kasih makcik.sedap sekali makanannya..Kenyang perut.. Sedaq-sedaq dah dekat kol 2pm..mati la, tak keluaq lagi dari situ, sebab dah janji ngan Yam nak jumpak dia kat KL Central..Apa lagi, mintak diri dan terus catwalk ke Stesen putra balik dibawah sinaran mentari KL hari ni..Memang aku lambat pon..yang dah called masa aku on the way ke KL Central..Sampai KL Central, beli rasa mas..which is oso known as Ayam mas..peberet aku dari dulu..Lari lari anak bak berlari dari safa ker marwa nak jumpak Yam..salah lorong pulak..bukan ketibaan tapi perlepasan..larik lagi..kali ni tak lari anak dah, jalan ja mcm org dah penat..Heyyy..there you rrr..dua orang beb ada lam keta..Yam and Delinn, walhal masa tu aku tak cam pon yang mana satu Delinn or Yam..kekeekk.Kompius..Yang banyak cakap Delinn time tu, yang aku ingatkan Delinn tu Yam dan aku tatau langsung yang sorang lagik pompuan dalam keta tu adalah Delinn..kekekek..Aku tak cakap banyak..Malu konon..Nanti aku edit lagi entry ni..ngantuk la...

Sunday, October 19, 2008

WW42

Salam..
Bersiap sedia dengan minggu baru..seronok balik dari Ipoh kemarin(Entry aku yang lepas). Keluaq awai dari rumah hari ni. Pagi pon dok gelap lagi..Besa la hidup kat kampong ni, pagi-pagi macam ni macam-macam bunyi ada. Bunyi ayam berkokok, burung-burung berkicauan, cengkerik dok bertengkaq dan macam-macam lagi lah. Rasa seronok bila dah ada kampong yang betol-betol macam kampong. Sebab ada setengah tu, kampong tapi dah dalam bandar. Sambil aku dok menaip ni, aku dok tgk tv cara masak cendawan(mushroom)..orang utara selalu panggil kulat. Aku memang suka makan kulat nih. Tak kira lah kulat apa pon. Selalu aku mesti singgah beli dekat pasar malam idak pon kat jusco, giant etc..Kulat tinggi dengan potassium. Ada morel, shukaki, oyster dan byk jenis lagi. ..cara masak ..letak olive oil (kalau guna olive oil, kalo idak pakai ja minyak apa-apa pon), panaskan..letak butter..sprinkle some black paper on ayam ayam..goreng ayam tu..bubuh tepung kat ayam sikit. Lupa lak..pastu campak shukaki mushroom dalam tu..baling onion dalam tu..boh leek kalau ada..boh garlic..kacauuuuuuu from time to time..potong carrot campak lagi dalam belanga tu..look at that!!!..it’s a healthy food..hehehhe. chop chop segala sayoq yang ada..capsicum ka. parsley…boh sampai rasa cam nak makan semua..kekeke..kacau…teringat masa aku kat UK dulu dok masak sorang-sorang kat hall, dan puji diri sendiri yang makanan aku sedap…..make it creamy if you like ya..if not let it be just watery...simply delicious..masak selama ~25 minit..dah siap..

There you are..one of my simple recipe..not mine lah..tadi ni (isnin lepas) time lunch pi makan tgh hari mcm biasa la..time makan ni aku tgk kawan aku makan satu benda ni.. cam sedap..aku bukan leh tgk benda sedap sedap ni. Terus terliur. Aku tanya dia pabenda. Dia kata adik beradik tau fu fa…tapi aku tgk benda ni macam lagi best dari taufu fa..rega rm1.40..aku dah habis makan nasik, terus pi beli benda ni yang macam pencuci mulut. Apek ni cakap cina..aku tatau..aku buat blurr..aku kata “ Apa pek, tak paham”..Dia kata “ singgit mpat laa”..Rupa-rupanya, kalau aku tak beli memang aku tatau..asalnya benda tu putih ja dalam bekas dia..bila beli baru apek tu process..dia bukak tudung bekas tu, yang putih taufu fat u ada la dalam tu, lepas tu, dia bubuh gula merah..pastu dia bubuh lagi buah longan dengan syrup nya..pastu dia campak ais kecik-kecik yang comey-comey dalam tu..Bawak pi duduk kat tempat aku..emmm..sedappp..sedap sikit dari taufu far rasanya…sebab ada letak benda2 xtra lain..rasanya senang ja nak buat benda ni..carik agaq-agaq..campoq ngan ayaq soya..letak gula sesedap rasa..yang lain tu bubuh saja apa yang kita suka bagi benda tu jadi sedap..a new thing for me…

Minggu ni dekat gym depa ada install benda baru..a new equipement…aku tatau benda tu nak panggil apa..tapi it really have a name.. dia macam, kita kena depa tangan, tarik tali pemberat tu ke depan(dada)..it’s for your bicep, tricep ngan chest..tatau la bapa ringgit kilang aku bayaq untuk ni..aku tau guna saja..minggu nipon, otot betis aku asyik kejang saja..bila lari tak sampai 1 km, dah mula rasa nak kejang..awat tak tau..padahal dah pon panas kan badan awal-awal lagi..aku harap benda ni tak berlanjutan..cakap pasal exercise ni, aku teringin nak main basketball balik..teringat masa zaman sekolah dulu..aku memang hantu basketball..aku kapten basketball sekolah..benda yang aku tak boleh lupa, kebetulan time tu aku pindah SBP, so aku dipindahkan kesekolah yang btol-btol baru..I was the pioneer la dalam sekolah tu..masa tu ada dua orang saja budak sekolah tu yang reti main basketball..aku ngan budak cina ni..yang lain semua tatau..1st year punya tournament which we called it as PPM (Piala Perdana Menteri)..of course la sekolah aku kalah terlentang..tapi semua budak2 kat sekolah masih berkobar-kobar dengan basketball ni..2nd year pulak…masa tu PPM buat dekat ex sekolah aku (dimana aku start belajaq main basket ball)..masa tu mmg underdog habis..ya la kan sekolah baru..main punya main, tiba2 saja dah sampai kat semi-final..macam tak sangka..kuat jugak team sekolah aku..aku bangga sangat..budak sekolah lain macam terkejut beruk ja..time semi, dah nak kena lawan MCKK..sekolah ni memang kuat jugak dalam basketball..sejak dari dulu aku memang meluat ngan budak2 basketball koleq..kekwattttttt!!..(korang ingat pasang lagu ala2 bunyi music gereja warm up dalam dorm tu boleh ketaqkan kami la..kekekek)..anti ni..anti sangat..masa tu dorm kami sebelah dorm depa..masa depa dok warming up, budak2 dorm aku dok tidoq lagi..kekekke…masa kami dok nak mandi, tudia, ramai-ramai ni line up pastu lari ramai-ramai depan dorm kami..psiko sangat..dah..time lawan..pergh..15 minit pertama, aku ingat lagi 4 sekolah aku 16 MC..Ubah strategi..habiskan kapten MC(aku rasa dia dah jadi Doktor la ni)..sama baya aku..kekek…go up go down..berpeluh peluh dok pulon selama 40 minit..akhirnya..kami melompat-lompat kegirangan..MC kalahhhh..yehaaaa…seronokkkkkkkk!!..36-28 kot kalau aku tak silap..budak-budak MC nangis tepi court..memang real punya nangis..kami tak nangis la..rasanya macho la sket dari depa..kekekek (Deo-Jangan mara arrr)…Masa final kebetulan pulak lawan dengan ex-sekolah aku…mana leh lawan tokey..kami dapat naib johan time tu..arghh..rasa puasssssssss…puas aku dok naip ni jugak..alamak, dah masuk asar..dengaq orang azan asaq..So, aku rasa lepas ni aku nak join budak-budak ni main dekat kilang lah..aku tgk semua cina..lantak la..bukan ada salahnya aku nak main ngan cina pon kan..best apa..merapatkan silaturahim lagik…

Panjangnya..kalah weekly report kerja yang aku dok buat selalu..Khamis lepas, aku tgk cita kekasihku seru..1st time aku tgk..tu pon lepas housemate aku ajak..cita antu rupanya..boleh tahan cita antu ni..rasanya lagi menarik dari saka..minggu depan aku rasa nak sambung tgk lagi..aku tgk cita antu dengan roti hifiber aku beli…wholegrain ke hapa ntah yang gardenia punya tu..baik untuk diet..diet sangatla..berat tak turun-turun lagi ni..aku makan roti tu dengan cherry tomato aku beli dekat jusco..best..buah anggur aku beli tak sentuh lagi pon..nata dikoko pon tak sentuh lagi..minggu depan la aku makan..tak larat nak makan lagi..tak berkulat kot dok dalam fridge..

Kemarin, aku pi tgk wayang, cita Max Payne…Perhatian, tolong jangan pi tengok cita ni..tak bestttttt!!..actor Mark Wahl berg.. nyesal aku pi..dah la time dok tgk pak arab dok sembang macam celaka..dok jadi commentator pulak..badan kalah badak air..rimas..cita pulak tak best..aku dok sentap dalam hati sorang-sorang..tak mau la aku nak ulas cita ni..cita ngarut..tak sabaq nak tgk cita 007..the quantum of solace…bila tatau nak masuk Malaysia..aku rasa dalam masa terdekat ni kot..balik dari Queensbay(tgk wayang), pi amik girlfriend aku kat apartment dia (gf ker..ya lah, kawan pompuan..budak cina)..aku antaq dia pi tesco.dia nak jumpa member dia kat sana sebelum bertolak ke Melaka for vacation…hujan kat Penang..tapi sikit ja..Tapi bila dah sampai Kulim, masyaAllah, ujan lebatttttt…dah..aku nak siap-siap pi open house umah member aku sat..nanti aku sambung lagi…

Kat open house, jumpak member-member aku kilang lama..kilang masa aku kerja dekat Kulim Hitech Park dulu..ada yang aku kenai ada yang aku tak kenai..Kebetulan pulak kawan aku ni jadi co-sponsor utk open house ni..bukannya buat kat rumah dia, buat dekat rumah opismate dia..aku tak kenai pon opismate dia..dah dia jemput, aku pi sajala. Bila aku dah nak sampai (tak jauh pon umah aku dengan area Kulim Hitech ni, 5 minit sampai) aku call la dia..Lah rupanya dia dok suap susu anak dia lagi..maksudnya kat rumah dia la lagi..takkan la aku nak pi open house tu dulu sedangkan aku langsung tak kenal tuan rumah tu (tapi kadang-kadang aku memang la muka tak malu pon.). Aku ronda pi Hitech Biz Centre sat, pi amik duit kat bank..duit dalam kopek(kalau org klate, kopek tu tetek, kalau Perak, kopek tu, kopek buah, tapi kalau utara, koepk tu wallet, pernah jadi insiden lucu pasal perkataan kopek ni antara aku dan orang klate..keke) dah kosong..ada bapa hengget saja..tak lama lepas tu kawan aku call..dia cakap dia dah sampai dah. Aku pon gegas la ke open house..Masuk ja rumah, tak la penuh sangat lagi..tapi org dah start makan..salam salam ngan org dalam umah..ada yang aku kenal, ada jugak yang aku sipi-sipi kenal dan ada jugak yang aku langsung tak kenal. Duduk sembang-sembang la..lama jugak tak jumpak ngan budak-budak kilang lama ni..ada yang aku dah terlupa nama pon.Ada yang dah beranak pinak..so, pakat dukong anak la..semua comey comey ja..tapi aku bab nak melayan budak ni kan kureng sket..aku dok senyum kot jauh sajala..nak tunjuk baguih sket, aku pi dok cubit pipi budak2 ni yang pipi labuh2..aku takut nak pi sentuh banyak-banyak, aku ghisau satgi budak-budak ni ghiyau..phobia aku bila budak-budak kecik ghiyau..satgi org pakat dok tgk pulak kat aku..(ha dia ni la pi dok kacau anak aku..kan dah ghiyau..) makanan kat open house, standard lah, ada lemang, lodeh, sambal ikan bilis, nasik impit, kek, durian pon ada dan banyak lagi..sambil makan sambil dok borak pasai idup masing-masing..Aku tumpang bahagia dengan kawan-kawan aku semua..aku doakan kalian bahagia selamanya..

Aku dok ingat nak pi beli tiket bas ke KL hari ni (Ahad)..tapi aku tak pi beli pon lagi..Hujan ja..Lama dah rasanya aku tak turun KL..ingat nak turun minggu depan, so, boleh la aku jumpak kawan-kawan aku kat sana..nanti la aku beli..aku harap tiket masih banyak lagi..Kalau tiket dekat Kulim habis, aku pi carik kat Butterworth pulak nanti. Tengah hari gi beli KFC..aku makan sorang-sorang kat rumah..sbb tak dak sapa nak masak kat aku hari ni dan aku malas pulak nak masak..Aku suka OR..Melantak yang dinner plate ni..kekekek..Time nak sampai rumah, hujan mencurah-curah…Biasa la, lepas dah makan layan tv..pastu dah ngantuk..lepas dah tertidoq sejam, aku bangun terus pi gunting rambut..rambut dah panjang dah sket..aku selesa berambut pendek, tapi bukan botak..rasa berangin saja kepala..Habis RM12..sejak bila pulak rega naik ni..dulu RM10 ja..On the way balik umah, berenti kat tepi jalan beli lemang (plus gulai kawah and serunding daging)..aku beli sebatang..panas lagi..terliur dah aku..sampai umah ja, terus belah lemang dan makan..tak semua la..ada lagi tu ha atas meja..pagi esok la aku buat sarapan..kekkeke..

Thursday, October 16, 2008

Ke Makam Bonda

Rojak/Lebai Kulup..Khas untuk hang...salam takziah dari aku...

Oleh Usman Awang (Tongkat Warran)
Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat, Mesra kasih bonda menatap, Sedang lena dalam rahap, Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu, Pernah dulu mengucupi dahiku, Kini kurasakan kasihnya lagi, Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan, Tiada lagi lalang memanjang, Ada doa kami pohonkan, Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami, Meninggalkan makam sepi sendiri, Damailah bonda dalam pengabdian, Insan kerdil mengadap Tuhan.
Begitulah bakti kami berikan, Tiada sama bonda melahirkan, Kasih bonda tiada sempadan, Kemuncak murni kemuliaan insan.

Wednesday, October 15, 2008

Penang - Awan



Saja nak amik gambaq awan ni berlatar belakang kan Penang sambil terhuyung hayang aku bawak keta..kekekeke..


LA, USA -August 2008








Sunday, October 12, 2008

WW41

oSalam….
Dah masuk minggu bekerja..Opismate yang melayu aku jengok-jengok jugak, ada yang masih belom datang keja lagi..mungkin masih seronok beraya bersama keluarga. Tapi aku, dah pon menjejak kaki ke ofis semula walaupon mood raya belum pon hilang..Datang saja kerja, dah set dalam kepala ni, time to reduce fat!!!..Hahaha..semua benda yang aku makan kena buang separuh dari biasa tidak seperti bulan puasa..rajen kan aku..tatau la serajen mana..kita tengok nanti..now have to start back..go to gym..but I don’t want to go for swimming yet..hahaha..lemak tepu macam banyak ja..time to workout..but it will take sometimes..

Kerja………………………………….gym….tidoqqqqqqqq(time malam la)..Jumaat, tak balik ke Kulim terus, pi Queensbay ingat nak buat “FACIAL!!!”..wakakkakaka..ni first time ni..Sebab ada ex-ofismate suruh pi..Nampak sangat muka aku hudoh kan..hahahah..try sajalah..sebab tak pernah..bila lagi nak jadi laki metrosexual..kekekekek..at least yang ni aku rasa tak la kena cucuk-cucuk jarum kat muka kot..tamaula, nanti muka aku lubang-lubang bekas jarum..hhahahah..Aku pi Aster Spring (Dermalogica) anak kepada Leonard Drake..kekekeke..Adoiii..sedap btoi muka aku dimanjaen..Sedap ja…macam-macam depa boh kat muka aku…sambil urut-urut leher..sedapppp..makan pon sedap..buat benda ni pon sedap..Baik aku buat benda ni dari aku redah jambatan hari jumaat..Lega..tenang..Pi cepat try..kekeke…Pastu depa suruh aku jadi member..aku bila orang ayat aku lebih sket, apa lagi terpengaruh la..aku sign up..ada 7 kali treatments every month..Lepas 7 bulan aku nak tgk muka aku jadi orang ke jadi katak..eehhehehe…

Hujung minggu, aku kat kulim..Petang, gerak ke Penang balik, ada open house..terpaksa menghabiskan minyak keta ke Green Lane..Bukan la terpaksa sangat, terpaksa, sebab ujan, seronok sebab ada open house lagi..Datang umah flat member..walaupon rumah flat kecik, tapi memang meriah dengan orang..mungkin sebabnya tua rumah pon ramah dan meriah..sampai ke malam aku kat situ..tak la over makan..berpada-pada jugak la..aku kan nak kurangkan lemak..

Hari ni Ahad…Hujannnnnnnnnn saja..Maksudnya sepanjang hari..Aku undangan perkahwinan kat Ipoh..Kawan baik aku masa sekolah menengah kawen..waduhh..jauhhh..tapi aku semangant nak pergi, sebab lama dah tak jumpa dia..Dia keja kat KWSP kat KL lani..Tak sempat nak beli hadiah apa pon..Dah lama jugak aku tak jejak kaki kat Ipoh..Jalan pon dah lain sikit..Aku ajak member aku yang duduk dekat Juru pergi sekali..Tak larat nak travel sorang..Ikut la peta dalam kad kawen tu..tak la susah sangat..pusing kiri pusing kanan, dah sampai..AIK!!! MANA RUMAH KENDURI?? Alamat dah betol…Jalan kosong ja. Tak dak Khemah apa pon masuk lagi satu lorong..haa..ada pon khemah..tapi ni lorong lain..tak sama pon macam dalam kad kawen..humm..Nak pi ka tak mau..satgi silap rumah jenohhh..Sebelum buat keja bodoh, aku call member aku la nak dapatkan kepastian..Abang ipar dia angkat..aku tanya la, kenduri jadi ke tak??..hahah..soalan berbaur celaka sangat..Dia cakap”Jadi la..kenapa”…aku pon cita la kat dia…Aiyoooooo…dia kata kat aku..” Yang you pi salah rumah tu sapa suruh!!!..itu rumah pengantin perempuan…kendurinya kemarin la”…Ya ampun…aku salah tengok mapppppp!!!..Tensi tensi…..Nasib baik la, kenduri rumah laki (kawan aku tu la) tak jauh dari situ..seberang jalan saja……kalau idak memang aku dah sentap balik kulim ja…

Makanan kat tempat kenduri memang A…Sedappp…Rumah penganti, memang A..Bunga kertas penyeri laman kenduri..cantik btoi…

Lega untuk hari ni………alhamdulillah, aku dah sampai balik ke kulim…Hujan lagi…aku suka ujan..

Aidilfitri 2008

Salam..

Fuh, dah semingga Aidilfitri tinggalkan aku. Hujan saja yang belum tinggalkan aku..Hujan memanjang kat blah Kulim dan Penang ni. Aku sambut raya macam tahun-tahun sebelumnya. Isnin dan Selasa sebelum raya (Raya Hari Rabu), aku masih kerja macam biasa. Mood nak raya memang ada. Kerja pon buat gitu-gitu aja. Isnin aku bertolak dari Kulim ke Penang macam biasa. Yang baiknya, jalan tak jam langsung. Ramai yang dah amik cuti pulang ke kampong masing-masing gamaknya. Buang karan saja aku bertolak awal dari rumah. Sampai ke ofis awal sangat. Gigih betul ni aku pi kerja. Bos aku pon dah cuti balik ke Kuala Kangsar rasanya. Aku tak pasti sangat. Yang pastinya cubemate aku masih belum-belum cuti. Ya la, depa sambut CNY. Alhamdulillah, selesai kerja macam biasa terus aku balik ke Kulim. Nak buka puasa kat rumah. Hari Selasanya, aku kerja dekat Kulim. Lega sikit dalam hati hari ni sebab aku tak payah bersusah payah nak ke Penang. MasyaAllah, hujan lebat tuhan saja yang tahu hari ini. Sehari sebelum raya, lebat. Tak jadi aku nak saru jeans aku hari ni, pakai seluaq 3 quarter tu, terus gegas ke ofis Kulim. 5-10 minit macam tu sampai. Jumpa member lama kat situ. Dah 4 tahun tak jumpa. Seronok jugak berbual-bual sambil buat kerja. Memang kaki merapu dulu. Kalau dah jumpa tu memang gamat la jugak sebab dok ngumpat sekali..Balik awal sikit, terus hantar member lama aku tu balik rumah dia dekat pekan Kulim. Then aku singgah bank ambik duit raya untuk sedekah dekat budak-budak esoknya.

Sesampainya dekat rumah, hujan belom pon reda. Lebatnya masih sama. Petang ni, aku tolong mak aku buat ketupat daun palas. Tak dak sapa kat rumah. Aku ngan mak aku..Dulu arwah tok aku ada, aku jadi tukang tengok saja la. So, turn aku pulak la nak tolong mak aku. Alhamdulillah, tak la susah sangat pon nak balut. Pukol 5 baru siap. Selalunya buat belah pagi, tapi kali ni mak aku tunggu aku balik kerja nak buat ketupat sekali. Dalam dok buat ketupat tu, Paksu aku dari KL balik. Balik sorang saja kali ni. Tinggal wife ngan anak-anak dia kat Ipoh. Gaduh apa tatau la laki bini. Gasak la. Lepas tu dok bersandiwara dalam talipon pulak. Kompius aku..Aku dok bergelak sakan ngan mak aku buat ketupat, tak layan sangat Paksu aku yang dok pening sorang-sorang dia. Kami tau, kalau problem tu, bukannya wife dia yang salah, selalunya memang dia yang salah. Biaq pi la kat dia.

Petang sebelum raya, Maksu balik dari Alor Setaq dengan family dia. Sejam lepas tu, Pak Ndak aku balik dari KL ngan anak dia. Wife dia kat Selama jumpa mak bapak kat sana. Selalu rumah sunyi, ni dah start meriah dah.Bukak puasa sekali. Apa lagi melantak ketupat yang aku buat tu la, dan jugak lemang yang aku beli sebelum sampai rumah tadi. Lemang kat tempat aku sebatang dah RM12 sekarang ni. Aku tak pasti kat tempat lain. Aku beli 3 batang saja. Sebab kalau nak lagi, esok pon boleh beli lagi.

Hari raya..rumah dah berseri, sepupu2 ngan anak saudara aku dok sibuk bersihkan rumah. Disebabkan hujan, kat depan dah lecah sikit. Aku tak pakai baju raya sangat pon, sebab baju melayu yang aku pakai tahun 2005 punya..kekek.dok elok lagi. Aku pakai dengan kain pelikat aku..Kat belah sini, orang kampong selesa pakai kain pelikat saja time raya..Berangin sikit kot..kekekekek..Habis semayang, pi ziarah kubor tok wan aku kat tepi masjid..Tak banyak kubor tepi masjid tu, setahu aku orang2 lama kat kampong tu saja yang dikebumikan kat situ. Yang lain semua dekat kubur tak jauh dari rumah aku..Kat rumah, lepas semayang, rumah aku akan penuh dekat sanak saudara. Semua mai serentak..makan sekali..Sambil borak sambil makan ketupat, lemang, laksa, biskut dan mcm2 la..Penuh kat dalam rumah..Dah kenyang, tengok tv sat, aku dah ngantuk dah..apa lagi tidoqqq la..kekekek..Memang dah jadi rutin aku petang raya aku tidoq..teruk btoi..

Raya keduanya, adik beradik saudara mara ada lagi..kali ni, ramai-ramai buat mee kari..makan mee kari pulakk..penuh lagi rumah..kawan-kawan mak aku pon mai sekali..Aku sepanjang hari memang layan TV. Tak keluaq mana pon..Sembang dengan saudara-mara yang datang berkunjung. Dah letih, aku tidoq..mahunya tak tembam..

Bila dah mai raya ketiga, baru la aku ada nak gerak kluaq dari rumah. Tapi sebelum tu makan nasik beriani dekat umah mak Njang aku..kat depan umah aja..sedappppp!!!..Lepas tu Pi open house member aku dekat Bedong, Gurun. Aku asyik jadi orang yang terawal saja sampai..tahun lepas pon aku orang yang paling awal. Nampak sangat aku lapaq gila kan. Aduh, makanan sedap nya..Soto ayam, mee canggih sampai aku pon tatau mee apa yang aku makan, cheese cake, marble cake, peach punya puding..Memang aku tak sia-sia jadi tembam sangat time puasa sampai la lepas raya..Sampai kemalam aku dok makan. Last-last tak balik pon Kulim, terus tidoq saja kat situ..kekekekek..Tidoq tepi kek..Esok paginya baru la balik Kulim. Pakai balik baju yang semalam punya.

Hari raya ke empat ni, ada kenduri kawin member aku buat kali yang kedua. Dia cerai beberapa tahun yang lalu, ni dia kawen balik..Alhamdulillah, kali ni aku doakan dia dapat suami yang betol-betol pandai jaga dia.Aku pi ngan mak aku. Mak aku jadi co-pilot.. “ Ingat! Bila dah kawen nanti, hendaklah kamu tidak melebih-lebihkan isteri kamu dari ibumu..andainya kamu melebih-lebihkan isteri daripada ibumu, kamu akan dilaknat sepanjang hidup..nombor 1 ibu, nombor dua pon ibu nombor tiga pon ibu..”..Aku akan ingat benda ni sampai bila-bila..InsyaAllah..Bagi ceramah pendek sket..

Hari raya kelima(Ahad)..pagi, makan kueh2 raya yang masih ada..Petang, member called kluaq lunch..apa lagi, angkat kaki keluaq la..esoknya dah nak kerja…Sampai dekat Sunway Carnival Prai, pi dekat Fisherman Manhattan, makan pasta kat situ dengan calamari apa ntah..Sedapp…sedap je memanjang..Lepas tu tgk wayang..Lama dah tak tgk wayang sejak puasa rasanya tak tgk..aku hantu wayang jugak la…ada masa saja pi tgk wayang..kadang-kadang ni sanggup ja pi tengok wayang sorang-sorang..Kali ni tgk wayang citer Eagle Eye..Bestttttt..!!..Aku suka jalan cerita wayang ni…Baik pi tgk cepattt..tak sia-sia aku tengok..I likeeeeeeee…Abis wayang, gi karaoke dekat-dekat situ..spent 3 hours nyanyi2…sampai dah tak larat nak teran dah..karan orang teran berak..hahahahaha…seronok btol..sebelum balik ke Kulim, pi pekena hot chocolate dekat old town kopitiam..sembang2 sat, salam2 raya ngan kawan-kawan, terus aku balik Kulim…Esok kerjaaaaaaaaaaaaa!!!!!...

Sunday, October 05, 2008

Lepas Raya

1. Perut aku dah buncit semacam ja.
2. Lemak-lemak dikeliling badan.
3. Nak jalan pon tak larat.
4. rasa puas jugak raya walaupon ujan ja memanjang.
5. Letih la kena mai kerja balik.

Monday, September 29, 2008

Sunday, September 28, 2008

WW39

Salam..
Sedar tak sedar (aku memang dah lama sedar pon), dah na habis puasa. Kejap saja.Tapi masa mula-mula puasa rasa macam lambat lagi nak habis.. Tapi alhamdulillah, dah nak selesai pon. Nampak gayanya puasa tahun ni aku gained a few kg of lemak..OMG!..tak pala, lemas ni diet balik..Padahal time posa la senang nak diet. Tapi aku sebaliknya.

Sepanjang minggu lepas, aku semestinya dalam mood raya saja. Buat kerja pon macam hari raya saja. Buat kerja macam biasa. Kerja tanpa stress. Tu yang aku nak dari dulu. So bila dah dapat kerja tanpa stress, aku pulak rasa stress sebab aku tak stress langsung. Tak ke haru jadinya. Everyday is like a new thing for me. Some new knowledge I gained. Itu jugak yang aku suka.

Isnin, mcm biasa la, rasa malas malasan. Tapi tak la malas sangat. Ada weekly meeting macam biasa. Talked about our projects and tasks. Aku sebenarnya nak cita aku makan dekat mana ja minggu ni bukak puasa. So tak mau la cita pasai keja sangat. Aku pi makan dekat Telok Tempoyak. Aku pi dengan ex engineering operator aku. Saja ajak dia makan. Nak sembang-sembang pasai diri masing-masing. Lagi pon aku dengaq dia sakit baru-baru ni. Dia pi buat ultrasound kat Hospital. Breast dia ada ketulan yang belum pasti kesahihannya. Yang pastinya dah bengkak-bengkak. Kesian jugak aku kat dia. Aku harap tu hanya ketumbuhan biasa dan bukannya cancer. InsyaAllah. Aku tgk muka dia happy saja walaupon sebenarnya dia sakit. Aku cuba la buat dia happy. Aku pi makan ikan bakar, cumi goreng tepung(sotong goreng tepung), kalian ikan masin and tom yam campur. Aku pesan aku belimbing satu jug. Besaq gedabak jug tu. Aku terkejut gak. Lepas semayang maghrib baru kami melantak puas-puas. Lama jugak spent time dekat situ sambil makan-makan. Meja makan betol-betol tepi laut. Best ja angina sepoi-sepoi bahasa. Makan sampai perut kembong. Letih. Dalam pukol 9.30mlm baru la beredar dari situ. Sampai rumah, aku dah tak larat dah. Ingat nak mandi, tapi aku tak daya nak mandi. Aku tak suka mandi time perut tengah kenyang. Aku duduk kat atas tilam sambil sandar dekat dinding. Nak tidor over kenyang. Aku tengok movie. Last-last move tengok aku. Aku tidoq sambil duduk sambil pelok bantai busuk aku. Masa tu aku dah btol-btol lalok, so, aku tdoq saja. Tak semayang isya pon. Set jam 5 pagi nak semayang isya dan terus sahoq. Alhamdulilah aku jaga macam biasa bila jam bunyi. Aku ni memang senang jaga sikit. Kalau tidoq tu, tak la tidoq mati sangat. Aku mudah jaga. Bangun pagi, aku panaskan bubur kacang itam member aku bagi. Sedap. Aku cicah dengan roti arab. Yang kenyang mlm tadi pon tak ilang lagi, so sahoq aku tak la mkn banyak sangat pon..Dalam fridge ada lagi aku madu golek aku beli kat kulim. Tak daya aku nak panas kan dah. Kenyang.

Selasa, aku tak ada majlis sangat. Aku tak ditempah dan tempah mana-mana orang. Aku makan kat rumah. Beli nasik putih ngan sayoq. Benda lain aku tak beli sebab dalam hotak aku, aku nak panaskan ayam golek. Sampai kat umah, tak orang. Hmm..melantak sorang la aku mlm tu. Panaskan ayam, goreng teloq. Mmmm..sedapp!

Rabu balik kulim mkn kat rumah. Tu yang paling best walaupon simple. Aku memang dibesarkan dengan makanan yang simple2 saja. Aku tak memilih makanan. So senang kalau orang nak jamu aku makan.

Khamis, member aku call ajak bukak puasa sekali. Dia student masters USM. Tak la jauh pon dari tempat aku. Aku ajak dia makan dekat restaurant kapitan bayan baru yang dekat dengan queensbaymall tu. Macam biasa, aku solat dulu, baru gi makan dengan dia. MasyaAllah, sampai situ, penuh!!!..Full House..Sib baik ada satu meja kosong. Elok kami sampai, elok la org kat meja tu nak blah. Dekat Kapitan ni makanan yang best ada lah seperti berikut..heheheh..Nan Set dengan Tandoori la..Sedap..Mesti cuba Garlic nan atau Cheese Nan..Nasi beriani ayam pon sedap..memang sedap! Disebabkan sedap, hari jumaat petang pulak, aku pi dekat kedai kapitan lagi. Kali ni aku pi ngan member2 aku yang lain..budak2 cina..Ada sorang melayu. Makan lagi kat situ. Kali ni aku reserve meja awal2..So, tak dak la berebut-rebut meja. Memang sedap la..Budak-budak tu pon suka makan kat situ. Seronok makan dengan member2 ni. Makan sorang-sorang bosan..kekekek..Lepas tu baru la aku balik ke Kulim. Jalan alhamdulillah tak jam langsung dah sebab aku balik lambat sikit.

Hujung minggu, member called ajak gi AEON Prai..Jusco!..aku pon on ja..Pi la sana..Orang tak ramai sangat, tapi tetap la ada. Tak lama lah kat situ, aku beli hadiah kawen member aku. Dia nak kawen hari sabtu depan lepas raya. Aku beli album kat lovely lace.. Lawa jugak. Aku rasa la..ekeeekeke..Album kawen rega RM150. Aku harap dia suka. Singgah memory lane beli birthday card. Awal btol aku beli birthday card ni..lantak la, post awai merangkap kad raya sekali..kekekekek..

Alamak, lupa..hari jumaat kunci keta aku ilanggggggg!!!..Bengang tol!!tatau aku letak kat mana..terpaksa gi keja naik teksi hari tu. Puas aku carik kat dalam rumah. Tak jumpak-jumpak..Berpeloh2. Geram arr..

Hari ni, Ahad, aku gi kedai keta..gi tukaq bulb lampu depan keta aku.. bulb terbakaq dua tiga hari lepas. So, aku asyik dok guna high beam ja..Sure pemandu-pemandu lain sentap dengan aku. Aku bukan sengaja..Ampun yaa..kekekeke..Aku beli “stereng” lock rega rm208..mahal gak..ada gak yg rega 25hengget, tapi tak bagus sangat dari segi keselamatannya. Tambah tolak, aku habis dalam RM300. Lepas tu aku bawak keluaq RM1000. Mak aku nak beli barang2 masak raya. Aku pass kat mak aku RM500 . Tinggal lagi RM500, aku tatau nak buat apa lagi. Buat bagi duit raya la. Nanti tak cukup, pi cucuk lagi..Hmm..nak pi mandi lah..Badan dah belengas ni.

DIKESEMPATAN NI, AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. ANDAI KATA AKU TERCELUPAR SANA SINI, MAAPLA MULOT AKU..AMPUN BANYAK-BANYAK YA MASSS, YA MBAKKKK..!!

Sunday, September 21, 2008

WW38

Salam..
Hummm..
Sepanjang minggu yang biasa-biasa saja. Minggu ni tak hujan langsung..Pagi isnin tak la bosan sangat pon..perabis kerja-kerja minggu lepas. Kalau nak harap aku buat dekat rumah, pakai tak sentuh langsung la..tgh hari isnin tu, aku dapat email dari kawan aku..ada voucher dari domino’s pizza..beli pizza satu dapat beli lagi satu dengan harga 10sen T&C. Hanya dekat Crystal Suite Bayan Baru Pulau Pinang. Apa lagi aku nak try la..Sebab ni 1st time nak mkn Domino’s Pizza. Baru aku tahu yang kedai pizza ni untuk take away saja.So, lepas kerja aku pon pi la kedai tu..nak ke kedai tu, aku kena pusing satu round about kat Bukit Jambul. Jalan jam sikit, sebab time orang balik kerja. Sesampainya aku kat Domino, aku bawak keluaq la voucher aku, tapi pikir-pikir balik, ish, banyak pulak aku nak melantak pizza. Last-last aku simpan balik. Aku beli ja satu set pizza..aku pilih pizza hot sambal apa tatau..Aku bawak balik rumah sewa aku. Sampai kat rumah, rumah kosong ja..tak dak sapa, time tu dah pukol 7 lebih sikit. Tunggu housemate balik, tak balik2 pon..aku pon bukak posa sorang-sorang sambil minum air sprite aku dapat free yang aku capai dalam fridge side by side aku. Saja nak promote fridge aku..kekekeke..satu gadget aku yang amat besaq kat dalam umah ni..nanti nak pindah aku tatau la nak pindah cam mana..

Hari selasa, aku bukak posa dekat rumah ex-operator aku. Depa buat farewell sebab dah nak balik Indonesia. Depa duduk dekat paya terubong, penang. First time aku ke situ. Rupanya area2 situ byk flat, apartment and condo. Cantik kawasan tu..Rumah2 kat situ dikelilingi bukit bukit. Aku pi situ ikut jalan Relau. Sampai situ, dah dekat maghrib. Berlari-lari aku naik pi umah depa. Rupa-rupanya aku antara tetamu terawal. Budak-budak tu seronok sebab lama tak jumpak aku..aku saja la buat surprise dating..ramai yang tatau aku nak pi. Semua pakat peluk aku..Sure orang ingat aku gatal dan teruk kan..tapi aku mcm dah terbiasa dah dengan operator aku..yang aku kenal la, yang tak kenal, aku tak la segigih tu. Makanan malam tu sedap jugak..Memenuhi selera aku..Semua masakan Indonesia..Dalam 10 minit lepas tu, baru la ramai orang dating. Jumpak gang2 lama. Habis makan time bergambar. Mak ai, time bergambar la berpeluh aku. Berpeluh segala celah yang ada. Mana taknya, semua pulon mai keliling aku. Semua pompuan tiba-tiba aku sorang laki kat tengah2 tu. Ada yang mai duduk atas riba aku pon ada. Ada yang duduk btol-btol atas konek aku. Pastu saja buat enjut-enjut..aiseh, kalau tak ramai orang sure aku dah stim..sib baik ramai..aku buat2 biasa saja la..lama jugak bergambaq. Letih..sedih jugak la sebab dah ada yang nak balik Indonesia dan lepas ni susah dah nak jumpak atau mungkin dah tak akan jumpak. Tak lama lepas tu aku balik.

Hari rabu, tak dak apa sangat. Hari Khamis, aku bukak puasa dekat Queensbaymall penang. Makan dengan engineering oeperator aku..Janji ngan dia nak makan kat foodcourt situ. Aku beli durian cheesecake kat secret recipe..saja la nak buat pembuka selera. Bila time buka puasa, aku makan la cheesecake tu dulu. Ya ampun, rasa tempoyakkk!!! Tak sedapppppppp!..mati-mati aku ingat sedap sebelum aku beli. Aiyak, aku tertipu..sib baik aku ada nasik ayam black paper hot plate aku. Tak la panas hati sangat. Lastly semalam jumaat, aku mkn dengan kawan baik aku kat Johnny Restaurant kat Queensbay jugak. Makan steamboat. Sedapppppp!!..1st time aku pi. Member aku yang kenalkan aku kedai tu. Selama ni aku jalan dan tak pernah pulak nak singgah kat kedai tu. Sembang lama dengan member aku kat situ. Sembang pasai kerja, belajar dan hidup. Dalam pukol 10 baru kami keluar dari kedai tu.harga pon not bad. Selesai sudah, aku drive balik kulim. Time2 pukol 10 mlm ni, bridge dah tak jam..oklah..aku nak tidoq dulu..kerja aku memang tidoq kan..tapi aku tak la tidoq kat dalam surau tempat kerja..aku tidoq kat katil aku saja..

Sunday, September 14, 2008

Minggu Lepas

Salam..
Seminggu sat saja. Puasa pon sat saja..Aku ingat dah 25 hari..rupanya 20 hari pon belom lagi. Why is it so long? Am I waiting for something? I dun think so.The rest of the week, I felt a little bit bored. Working on my routine of my life. Nothing much. I had a face to face session w/ my boss. Showing him about my current project. Have some chit chat for an hour. Did not have much time to go to gym even I have time. Tapi dalam kepala, just sooooooo malas to go. Did not go for swimming sebab this is Ramadhan month. Takut tertelan air..Mungkin kalau “ ter” tu ok lagi. But then kalau dah “ter” banyak kali tu, tak ke haru. So, as time goes on, rasa macam lemak dak manimbun-nimbun since aku balik dari US. Hummm..I don’t know, probably I feel so lonely kot now..tatau la..Is it the correct time for me to think about to have a special girlfriend? I don’t know. What I have, only friends..But they just come and go..Kadang-kadang, bila aku dah berkawan dengan orang, orang Nampak aku terlalu baik dengan orang-orang tu..sampai kadang2 depa pikir yang bukan-bukan pulak..mungkin aku ni mudah menyenangkan org yang aku kenal, tapi dalam hati, aku rasa aku tak betol-betol happy kot..probably I am just faking it in front of people?..I have no idea?..rasa macam buntu kadang-kadang tu.

Aku baru tahu yang minggu ni raya nanti hari apa..tu pon selepas bos aku tanya sama ada aku nak amik cuti extra ka dak?..aku dengan selamba badak tanya, hari apa raya..ish..apa la aku ni kan..it’s just that, I don’t have a commitment. I think…Orang lain yg dah beranak pinak mungkin have to think about where nak raya and so on. As for me, I don’t have to think about it at all. I will be back to my kampong as usual.. That’s what I did for the last couple of years..Everybody will come back to my hometown..My cousin, uncle etc..But me..yeah..routine dah rasanya. Tak rasa apa2 sangat kot..teruk la aku ni..

Pastu pulak, sepanjang ramadhan ni, rasa malas ni membuak-buak aja..apa dah jadi dengan aku..makin tua makin malas. Sepaptutnya benda cam ni tak leh jadi..balik kerja tak la letih mana sangat pon..pukak posa, mandi tgk tv..org azan isya je, aku dah rasa malas nak gi terawikh kat masjid. Aku buat kat rumah ja.. t upon bukan erveryday la aku buat..tapi alhamdullialh aku buat…

Apa la yang tak kena dengan aku..aku rasa macam empty semacam..Aku rasa ada jugak org pernah rasa macam aku. Apa la nasib kau labu..ka sebab aku keletihan fikiran plus letih puasa sekali..boleh ke aku bagi alas an ni..tatau la.

Aku ada dinner dengan kawan-kawan dekat hotel seri Malaysia..boleh la..not so bad..aku melantak biasa-biasa saja. Tak la teruk sangat..RM29 ringgit buffet dia..Aku ada jugak bukak dekat town. Jemputree Restaurant. Hmm..ok la..Cantek jugak kedai dia..Kat amana lagi aku bukak posa minggu ni..dekat AeOn Seberang Jaya..aku makan kat restaurant hongkie…ye kot pronounce cam tu..harga boleh tahan, makananan so-so..tapi kawan-kawan aku kata ok..so, ok kot. Bagi aku biasa saja.. ramai gila orang kat situ.

Ada jugak teman mak aku gi beli barang rumah..mak aku beli bunga..nak tukaq bunga dalam rumah..dah lama tak ubah kata mak aku..so, aku ikut saja la..tolong jadi penyeri mak aku..kekek..jadi mat bunga sat..harap-harap raya kali ni, rumah berseri sikit hendakNya…

Sunday, September 07, 2008

Bandar Tasik Masin, Utah





07/09/08

Salam..
Mak ai..utara Malaysia dilanda hujan sepanjang hari..48 jam tanpa henti..dari hari Jumaat sampai la Sabtu. Apa lagi, “flash flood” la jawabnya..Kat Kedah, ada dah yang meninggal sebab banjer ni..Kat Penang, belah2 Georgetown yang banjer.Alhamdulillah, blah umah aku tak banjer. Mungkin system saliran blah rumah aku ni okay kot. Air bertakung tu adala. Hari ni Ahad, Kedah dah keja. Aku tak keja la lagi, sebab aku kan keja kat blah Penang. Isnin baru kerja. Aku keluaq ngan mak aku dalam pukol 10.30 pg pi pekan. Kami nak pi bayaq duit zakat. Selalunya, aku akan pi bayaq zakat aku bulan posa. So, aku akan ingat every year dan takkan lupa tanggungjawab aku untuk bayaq zakat pada bulan posa. Bukan zakat fitrah, tapi zakat harta ngan zakat pendapatan.. Banyak sangat ka harta aku..ekekek..Tak banyak sangat orang pon kat pejabat zakat tu. Aku ngan mak aku ja. Selesai bayaq zakat, aku turun pi kat kedai toko agama kat bawah pejabat zakat tu. Mak aku nak carik buku agama. Aku join la sekali. Aku sempat jugak beli buku 101 Doa..Fikir aku bagus jugak buku ni, sebab tak banyak sangat doa yang aku tahu..Mungkin aku boleh tambah doa2 baru yang aku belum hafal dan tahu.

Hari ni tak hujan sepanjang hari walaupon jabatan kaji cuaca cakap akan hujan. Singgah kat kedai groceries. Beli barang sikit. Beli barang untuk rumah ngan rumah sewa aku.tak banyak sangat pon. Beli untuk masak sahur minggu depan.

Lupa pulak, dalam sebelum ke pejabat zakat tadi, aku ngan mak aku pi umah kawan dia. Kat kampong sebelah. Saja nak pi tgk rumah member mak aku. Kami bercadang nak buat umah sebelah rumah yang ada sekarang. Nak tgk design umah kawan mak aku cam na. Kiranya la ni dok nak carik design yang sesuai la. Bagi aku cari design ok kot, tapi nak buat rumah mungkin tahun depan atau 2 tahun lagi sebab la ni pon ekonomi tak ok lagi. Tengah dok sembang kat dalam umah makcik tu, laki dia balik. Aku pon tak pernah jumpak laki dia. Aku tak kenal pon. Makcik ni pon aku tak kenal sangat. Dia masuk dalam rumah, aku nak salam la ngan dia. Tapi aku tgk tangan kanan dia dok angkat rapat ke dada dia. Aku ingatkan dia paralyze ka apa ka..aku gigih jugak salam ngan dia. Tapi lepas tu, bini dia tanya “ awat tangan abang tu?” aku pon blurr la..dah la aku mmg blurrr pon..dia cakap tangan dia patah..Ya Allah, terkejut bewak aku.Tangan patah pon boleh bawak motor balik rumah lagi. Tangan kanan pulak tu. Bayangkan betapa sakitnya. Yang patah tu bukan kat pergelangan tangan, tapi antara lengan ngan bahu. Sian pakcik ni. Rupa2nya dia accident ngan motor jugak kat pekan. Dia kata dia tak buat report pon. Malas nak besaq2 cerita. Motor dia tak jadi apa2. Dia ja yang patah lengan. Lepas tu, dia ngan bini dia pi hospital. Aku ngan mak aku terus gerak ke pekan la. Lambat jugak rasanya nak baik patah ni. Yang pastinya depa takkan letak simen la kot. Nak letak lagu mana kan. Mungkin pakai anduh ja.

Petang sebelum nak bukak posa, aku pi pekan lagi. Pi beli ayam percik ngan air tebu. Yang lain mak aku dah masak. Favorite aku memang air tebu. Aku suka bangat minum air tebu. Aku bukak melantak nasik la..kenyang..hmmm..esok dah nak kerja..dah nak balik penang semula..rabu nanti aku balik semula..hmm…

06/09/08

Salam..
At last aku dapat jugak password aku balik. Awal ceritanya macam ni, aku dok tgh buat keja kat ofis, tiba2 ja rasa macam mengantuk ja. Besa la bulan-bulan posa ni..Tapi kalau tak bulan posa pon, tengah-tengah hari memang pon mengantuk sikit. Aku pulon tak mau bagi mengantuk. Perbetoi macam-macam posisi, sat angkat kaki, sat ketok2 kepala kat atas meja, tapi masih mengantuk. So aku amik keputusan untuk pi semayang sat kat surau. Selalu aku semayang dalam pukol 3 lebih..semayang zohor, bukan semayang hajat 3pagi..Pi surau, tengok budak2 melayu dok melepak dalam surau dok sembang-sembang..Dah tak leh makan ngan isap rokok tu saja la kot keja depa time rehat, pikir aku la. Aku masuk sengeh ja la..Nak meramah kan diri dalam surau aku jarang buat. Amik ayaq semayang then aku terus semayang. Tak dak pak imam, so aku semayang la sensorang. Abih semayang kira dah segaq bugaq dah. Naik pi ofis balik. Duduk ja kat kerusi empok aku tu, terasa cam malas pulak nak sambung keja lagi. Tiba-tiba ja dapat idea nak tgk blog lama aku balik. Memang dah bersawang tahap dewa dah blog aku. Sejak tok aku meninggal, aku dah tak publish apa dah. Aku ada try jugak nak sambung sebelum ni, tapi aku malas nak btol-btolkan password aku cam karenah birokrasi google ngan yahoo..Ya ampun, apa aku merepek ni. So aku try la nak carik password balik. Username aku memang aku ingat. Pastu yg aku pening aku nak letak username aku kat gmail ka? Nak letak @yahoo ka nak letak @gmail. Last-last, baca puny abaca, baru aku dapat tangkap. Aku kadang-kadang lambat tangkap sikit. Pusing kot tu, pusing kot ni, aku dapat masuk balik blog aku.Tapi rajen sangat kat aku nak sambung balik ni.Ada masa ka aku nih. Dalam hati rasanya ada lagi kot. Lagi pon bukannya ada anak lagi pon nak gi buat susu, bukan ada bini lagi pon nak pi bayaq nafkah. Sorang ja lagi kan.OK kot. InsyaAllah. Dah la pasai password aku

Ni aku baru tidoq ni. Tak la baru sangat pon. Dah mandi siap dah. Mandi lambat sket la hari ni, sebab hari sabtu. Cadangnya nak pi gym kat kilang sat lagi. Mahu tak pi gym, rasa macam dah memboyot ja sekarang ni. Dah la tak kawen lagi, kang saham jatuh pulak tak ke haru. Tup tup, hujan la pulak. Terasa malas la pulak basah-basah ujan ni. Tengok la, petang-petang karang kalau tak ujan. Aku sorang-sorang kat rumah di Kulim ni. Tak dak sapa. Semua pakat pi tgk org sakit. Aku layan tv sambil dok menaip blog ni. Nak mengunyah, posa la pulak. Nak kata lapaq la sangat pon. Biasa-biasa saja. Pagi tadi makan sotong masak kunyit, acar buah, kerabu nenas mak aku buat. Seronok dapat sahur kat rumah sebenarnya, kalau sahur dekat rumah sewa aku, jawabnya aku mkn kueh yg semalam punya yang aku simpan dalam fridge. Boleh ja kalau aku nak masak, tapi malas nak masak. Padahal dulu masa kat UK, selalu ja aku masak. Mungkin sebab aku student kot, tu sbb aku rajen sket nak masak. La ni, aku tak masak pon. Kat umah sewa, bangun makan kuey ngan air milo ais. Then telan vitamin MegaMan aku beli kat GNC. Bagus jugak vitamin ni. Aku tak rasa letih sangat. Abih makan, tunggu subuh masuk.

Wednesday, September 03, 2008

I Am Back!!!!!!!!!!

Salam
Hey Hey!! Alhamdulillah, akhirnya I got my username and password back!!!..OK, I bersemangat dibulan Ramadhan yang mulia ni..Will see you in a bit!!