Sunday, September 07, 2008

06/09/08

Salam..
At last aku dapat jugak password aku balik. Awal ceritanya macam ni, aku dok tgh buat keja kat ofis, tiba2 ja rasa macam mengantuk ja. Besa la bulan-bulan posa ni..Tapi kalau tak bulan posa pon, tengah-tengah hari memang pon mengantuk sikit. Aku pulon tak mau bagi mengantuk. Perbetoi macam-macam posisi, sat angkat kaki, sat ketok2 kepala kat atas meja, tapi masih mengantuk. So aku amik keputusan untuk pi semayang sat kat surau. Selalu aku semayang dalam pukol 3 lebih..semayang zohor, bukan semayang hajat 3pagi..Pi surau, tengok budak2 melayu dok melepak dalam surau dok sembang-sembang..Dah tak leh makan ngan isap rokok tu saja la kot keja depa time rehat, pikir aku la. Aku masuk sengeh ja la..Nak meramah kan diri dalam surau aku jarang buat. Amik ayaq semayang then aku terus semayang. Tak dak pak imam, so aku semayang la sensorang. Abih semayang kira dah segaq bugaq dah. Naik pi ofis balik. Duduk ja kat kerusi empok aku tu, terasa cam malas pulak nak sambung keja lagi. Tiba-tiba ja dapat idea nak tgk blog lama aku balik. Memang dah bersawang tahap dewa dah blog aku. Sejak tok aku meninggal, aku dah tak publish apa dah. Aku ada try jugak nak sambung sebelum ni, tapi aku malas nak btol-btolkan password aku cam karenah birokrasi google ngan yahoo..Ya ampun, apa aku merepek ni. So aku try la nak carik password balik. Username aku memang aku ingat. Pastu yg aku pening aku nak letak username aku kat gmail ka? Nak letak @yahoo ka nak letak @gmail. Last-last, baca puny abaca, baru aku dapat tangkap. Aku kadang-kadang lambat tangkap sikit. Pusing kot tu, pusing kot ni, aku dapat masuk balik blog aku.Tapi rajen sangat kat aku nak sambung balik ni.Ada masa ka aku nih. Dalam hati rasanya ada lagi kot. Lagi pon bukannya ada anak lagi pon nak gi buat susu, bukan ada bini lagi pon nak pi bayaq nafkah. Sorang ja lagi kan.OK kot. InsyaAllah. Dah la pasai password aku

Ni aku baru tidoq ni. Tak la baru sangat pon. Dah mandi siap dah. Mandi lambat sket la hari ni, sebab hari sabtu. Cadangnya nak pi gym kat kilang sat lagi. Mahu tak pi gym, rasa macam dah memboyot ja sekarang ni. Dah la tak kawen lagi, kang saham jatuh pulak tak ke haru. Tup tup, hujan la pulak. Terasa malas la pulak basah-basah ujan ni. Tengok la, petang-petang karang kalau tak ujan. Aku sorang-sorang kat rumah di Kulim ni. Tak dak sapa. Semua pakat pi tgk org sakit. Aku layan tv sambil dok menaip blog ni. Nak mengunyah, posa la pulak. Nak kata lapaq la sangat pon. Biasa-biasa saja. Pagi tadi makan sotong masak kunyit, acar buah, kerabu nenas mak aku buat. Seronok dapat sahur kat rumah sebenarnya, kalau sahur dekat rumah sewa aku, jawabnya aku mkn kueh yg semalam punya yang aku simpan dalam fridge. Boleh ja kalau aku nak masak, tapi malas nak masak. Padahal dulu masa kat UK, selalu ja aku masak. Mungkin sebab aku student kot, tu sbb aku rajen sket nak masak. La ni, aku tak masak pon. Kat umah sewa, bangun makan kuey ngan air milo ais. Then telan vitamin MegaMan aku beli kat GNC. Bagus jugak vitamin ni. Aku tak rasa letih sangat. Abih makan, tunggu subuh masuk.

No comments: