Salam..
Sedar tak sedar (aku memang dah lama sedar pon), dah na habis puasa. Kejap saja.Tapi masa mula-mula puasa rasa macam lambat lagi nak habis.. Tapi alhamdulillah, dah nak selesai pon. Nampak gayanya puasa tahun ni aku gained a few kg of lemak..OMG!..tak pala, lemas ni diet balik..Padahal time posa la senang nak diet. Tapi aku sebaliknya.
Sepanjang minggu lepas, aku semestinya dalam mood raya saja. Buat kerja pon macam hari raya saja. Buat kerja macam biasa. Kerja tanpa stress. Tu yang aku nak dari dulu. So bila dah dapat kerja tanpa stress, aku pulak rasa stress sebab aku tak stress langsung. Tak ke haru jadinya. Everyday is like a new thing for me. Some new knowledge I gained. Itu jugak yang aku suka.
Isnin, mcm biasa la, rasa malas malasan. Tapi tak la malas sangat. Ada weekly meeting macam biasa. Talked about our projects and tasks. Aku sebenarnya nak cita aku makan dekat mana ja minggu ni bukak puasa. So tak mau la cita pasai keja sangat. Aku pi makan dekat Telok Tempoyak. Aku pi dengan ex engineering operator aku. Saja ajak dia makan. Nak sembang-sembang pasai diri masing-masing. Lagi pon aku dengaq dia sakit baru-baru ni. Dia pi buat ultrasound kat Hospital. Breast dia ada ketulan yang belum pasti kesahihannya. Yang pastinya dah bengkak-bengkak. Kesian jugak aku kat dia. Aku harap tu hanya ketumbuhan biasa dan bukannya cancer. InsyaAllah. Aku tgk muka dia happy saja walaupon sebenarnya dia sakit. Aku cuba la buat dia happy. Aku pi makan ikan bakar, cumi goreng tepung(sotong goreng tepung), kalian ikan masin and tom yam campur. Aku pesan aku belimbing satu jug. Besaq gedabak jug tu. Aku terkejut gak. Lepas semayang maghrib baru kami melantak puas-puas. Lama jugak spent time dekat situ sambil makan-makan. Meja makan betol-betol tepi laut. Best ja angina sepoi-sepoi bahasa. Makan sampai perut kembong. Letih. Dalam pukol 9.30mlm baru la beredar dari situ. Sampai rumah, aku dah tak larat dah. Ingat nak mandi, tapi aku tak daya nak mandi. Aku tak suka mandi time perut tengah kenyang. Aku duduk kat atas tilam sambil sandar dekat dinding. Nak tidor over kenyang. Aku tengok movie. Last-last move tengok aku. Aku tidoq sambil duduk sambil pelok bantai busuk aku. Masa tu aku dah btol-btol lalok, so, aku tdoq saja. Tak semayang isya pon. Set jam 5 pagi nak semayang isya dan terus sahoq. Alhamdulilah aku jaga macam biasa bila jam bunyi. Aku ni memang senang jaga sikit. Kalau tidoq tu, tak la tidoq mati sangat. Aku mudah jaga. Bangun pagi, aku panaskan bubur kacang itam member aku bagi. Sedap. Aku cicah dengan roti arab. Yang kenyang mlm tadi pon tak ilang lagi, so sahoq aku tak la mkn banyak sangat pon..Dalam fridge ada lagi aku madu golek aku beli kat kulim. Tak daya aku nak panas kan dah. Kenyang.
Selasa, aku tak ada majlis sangat. Aku tak ditempah dan tempah mana-mana orang. Aku makan kat rumah. Beli nasik putih ngan sayoq. Benda lain aku tak beli sebab dalam hotak aku, aku nak panaskan ayam golek. Sampai kat umah, tak orang. Hmm..melantak sorang la aku mlm tu. Panaskan ayam, goreng teloq. Mmmm..sedapp!
Rabu balik kulim mkn kat rumah. Tu yang paling best walaupon simple. Aku memang dibesarkan dengan makanan yang simple2 saja. Aku tak memilih makanan. So senang kalau orang nak jamu aku makan.
Khamis, member aku call ajak bukak puasa sekali. Dia student masters USM. Tak la jauh pon dari tempat aku. Aku ajak dia makan dekat restaurant kapitan bayan baru yang dekat dengan queensbaymall tu. Macam biasa, aku solat dulu, baru gi makan dengan dia. MasyaAllah, sampai situ, penuh!!!..Full House..Sib baik ada satu meja kosong. Elok kami sampai, elok la org kat meja tu nak blah. Dekat Kapitan ni makanan yang best ada lah seperti berikut..heheheh..Nan Set dengan Tandoori la..Sedap..Mesti cuba Garlic nan atau Cheese Nan..Nasi beriani ayam pon sedap..memang sedap! Disebabkan sedap, hari jumaat petang pulak, aku pi dekat kedai kapitan lagi. Kali ni aku pi ngan member2 aku yang lain..budak2 cina..Ada sorang melayu. Makan lagi kat situ. Kali ni aku reserve meja awal2..So, tak dak la berebut-rebut meja. Memang sedap la..Budak-budak tu pon suka makan kat situ. Seronok makan dengan member2 ni. Makan sorang-sorang bosan..kekekek..Lepas tu baru la aku balik ke Kulim. Jalan alhamdulillah tak jam langsung dah sebab aku balik lambat sikit.
Hujung minggu, member called ajak gi AEON Prai..Jusco!..aku pon on ja..Pi la sana..Orang tak ramai sangat, tapi tetap la ada. Tak lama lah kat situ, aku beli hadiah kawen member aku. Dia nak kawen hari sabtu depan lepas raya. Aku beli album kat lovely lace.. Lawa jugak. Aku rasa la..ekeeekeke..Album kawen rega RM150. Aku harap dia suka. Singgah memory lane beli birthday card. Awal btol aku beli birthday card ni..lantak la, post awai merangkap kad raya sekali..kekekekek..
Alamak, lupa..hari jumaat kunci keta aku ilanggggggg!!!..Bengang tol!!tatau aku letak kat mana..terpaksa gi keja naik teksi hari tu. Puas aku carik kat dalam rumah. Tak jumpak-jumpak..Berpeloh2. Geram arr..
Hari ni, Ahad, aku gi kedai keta..gi tukaq bulb lampu depan keta aku.. bulb terbakaq dua tiga hari lepas. So, aku asyik dok guna high beam ja..Sure pemandu-pemandu lain sentap dengan aku. Aku bukan sengaja..Ampun yaa..kekekeke..Aku beli “stereng” lock rega rm208..mahal gak..ada gak yg rega 25hengget, tapi tak bagus sangat dari segi keselamatannya. Tambah tolak, aku habis dalam RM300. Lepas tu aku bawak keluaq RM1000. Mak aku nak beli barang2 masak raya. Aku pass kat mak aku RM500 . Tinggal lagi RM500, aku tatau nak buat apa lagi. Buat bagi duit raya la. Nanti tak cukup, pi cucuk lagi..Hmm..nak pi mandi lah..Badan dah belengas ni.
DIKESEMPATAN NI, AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. ANDAI KATA AKU TERCELUPAR SANA SINI, MAAPLA MULOT AKU..AMPUN BANYAK-BANYAK YA MASSS, YA MBAKKKK..!!
Sunday, September 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment