Sunday, September 07, 2008

07/09/08

Salam..
Mak ai..utara Malaysia dilanda hujan sepanjang hari..48 jam tanpa henti..dari hari Jumaat sampai la Sabtu. Apa lagi, “flash flood” la jawabnya..Kat Kedah, ada dah yang meninggal sebab banjer ni..Kat Penang, belah2 Georgetown yang banjer.Alhamdulillah, blah umah aku tak banjer. Mungkin system saliran blah rumah aku ni okay kot. Air bertakung tu adala. Hari ni Ahad, Kedah dah keja. Aku tak keja la lagi, sebab aku kan keja kat blah Penang. Isnin baru kerja. Aku keluaq ngan mak aku dalam pukol 10.30 pg pi pekan. Kami nak pi bayaq duit zakat. Selalunya, aku akan pi bayaq zakat aku bulan posa. So, aku akan ingat every year dan takkan lupa tanggungjawab aku untuk bayaq zakat pada bulan posa. Bukan zakat fitrah, tapi zakat harta ngan zakat pendapatan.. Banyak sangat ka harta aku..ekekek..Tak banyak sangat orang pon kat pejabat zakat tu. Aku ngan mak aku ja. Selesai bayaq zakat, aku turun pi kat kedai toko agama kat bawah pejabat zakat tu. Mak aku nak carik buku agama. Aku join la sekali. Aku sempat jugak beli buku 101 Doa..Fikir aku bagus jugak buku ni, sebab tak banyak sangat doa yang aku tahu..Mungkin aku boleh tambah doa2 baru yang aku belum hafal dan tahu.

Hari ni tak hujan sepanjang hari walaupon jabatan kaji cuaca cakap akan hujan. Singgah kat kedai groceries. Beli barang sikit. Beli barang untuk rumah ngan rumah sewa aku.tak banyak sangat pon. Beli untuk masak sahur minggu depan.

Lupa pulak, dalam sebelum ke pejabat zakat tadi, aku ngan mak aku pi umah kawan dia. Kat kampong sebelah. Saja nak pi tgk rumah member mak aku. Kami bercadang nak buat umah sebelah rumah yang ada sekarang. Nak tgk design umah kawan mak aku cam na. Kiranya la ni dok nak carik design yang sesuai la. Bagi aku cari design ok kot, tapi nak buat rumah mungkin tahun depan atau 2 tahun lagi sebab la ni pon ekonomi tak ok lagi. Tengah dok sembang kat dalam umah makcik tu, laki dia balik. Aku pon tak pernah jumpak laki dia. Aku tak kenal pon. Makcik ni pon aku tak kenal sangat. Dia masuk dalam rumah, aku nak salam la ngan dia. Tapi aku tgk tangan kanan dia dok angkat rapat ke dada dia. Aku ingatkan dia paralyze ka apa ka..aku gigih jugak salam ngan dia. Tapi lepas tu, bini dia tanya “ awat tangan abang tu?” aku pon blurr la..dah la aku mmg blurrr pon..dia cakap tangan dia patah..Ya Allah, terkejut bewak aku.Tangan patah pon boleh bawak motor balik rumah lagi. Tangan kanan pulak tu. Bayangkan betapa sakitnya. Yang patah tu bukan kat pergelangan tangan, tapi antara lengan ngan bahu. Sian pakcik ni. Rupa2nya dia accident ngan motor jugak kat pekan. Dia kata dia tak buat report pon. Malas nak besaq2 cerita. Motor dia tak jadi apa2. Dia ja yang patah lengan. Lepas tu, dia ngan bini dia pi hospital. Aku ngan mak aku terus gerak ke pekan la. Lambat jugak rasanya nak baik patah ni. Yang pastinya depa takkan letak simen la kot. Nak letak lagu mana kan. Mungkin pakai anduh ja.

Petang sebelum nak bukak posa, aku pi pekan lagi. Pi beli ayam percik ngan air tebu. Yang lain mak aku dah masak. Favorite aku memang air tebu. Aku suka bangat minum air tebu. Aku bukak melantak nasik la..kenyang..hmmm..esok dah nak kerja..dah nak balik penang semula..rabu nanti aku balik semula..hmm…

No comments: