Friday, September 23, 2005

Away

Aku akan hilang buat seketika waktu...aku akan kembali dengan azam baru....insyaAllah..

Wednesday, September 21, 2005

tension

Salams..
Aku tension..eh, tensi tu macam mana ha..adik beradik geram ka...sambil dok tulis ni pon, fikiran dok berkecamuk..geram..semua dok ada..pasai pa?..
ada hal sket ngan ketua aku ni ha..dia tak tgk kerja aku..aku nak suruh dia baiki, tiba2 dia dah nak gi cuti balik..arghhh...pastu dok cakap kerja aku tak btol plak..apa kes?..tak pala abaikan..
aku malas nak pikir lama2..tapi benda ni penting buat aku..
aku kena meng'cool'kan diri aku dulu..kalau idak, aku asyik tak tenteram ja..huhu..
aku nak update blog aku pon malas..semua jadi malas..aiyo..apa dah jadi nih..
sambil dok menaip, sambil dok mkn pisang..cekedis tetap tak lupa..aku ttp beli..sedap gak..
aku tak lunch pon hari ni..lantak la..perut pon tak lapar sangat..
aku rasa, 2-3 hari ni, nanti mesti jerawat naik kat muka..sebab?..hormon tensi dah tak btoi...bila fikiran tensi, jerawat naik..hahaha..cian kat aku..apa la jerawat ni..so, utk tak nak kasi jerawat naik, baik aku heppi2..
hari ni ketua menteri melaka datang sini..mkn angin ke buat kerja aku tak tau la..dia mai tgk manchester..pastu, budak2 sini pakat pi la restoran..sebab dijemput semua hadir..makan free..sapa tak mau..aku tak mau..sebab aku ada kerja harus dtunai kan...aku rasa ramai kot yg p..
last week anuar zain mai sini..buat show utk hari raya astro..ramai gak budak2 pi..aku pi dak?..hahaha...nanti hari raya pertama, bukak astro ch 4..anuar zain in the house..cari la muka aku kalau ada..kalau ada la..kebanyakkan yang di tu budak2 manchester..
semua yang gi, kena bayaq 18pound..so, darab 7, jangan lupa utk convert dalam RM..
oklah,sampai sini dulu..nanti aku update lagi..taaaa

Sunday, September 18, 2005

Nisfu Sya'ban.

Salams.
Temperature kat sini dah semakin turun..dah makin sejuk la pulak..Autumn pon tak start lagi…Tak lama lagi, pokok-pokok tunggal la ranting saja. Sebelum pokok tinggal ranting, baik aku tgk puas2 pokok2 ni..Semalam (Sabtu), kat towm penuh dengan manusia membeli belah..Bersepah shopping complex dengan manusia dan tak ketinggalan jugak, barang2 kat dalam tu, turut bersepah2..Org kat sini perangat hampeh sket, main campak2 ja aju kat atas lantai. Tak reti nak letak elok2 balik. Buruk perangai. Tapi tu la karenah depa. Beli baju hari sabtu, refund balik hari ahad..Semata2 nak pakai bergaya pi nte club during the weekend. Dah abih, terus antar balik kat kedai..Seronok ugak buat macam ni..Kadang2 tu, barang yang dibeli tu dah almost a year, siap bawak balik pi refund..mengong2..

Aku, hmm..hari Sabtu tak buat apa2..tak tau nak cerita apa..Hari ni dah ahad, ingat nak pi umah member aku.Nampak kat luaq tu, medong saja. So, mungkin pi atau mungkin tidak. Tgk la camna.Lagi pon hari ni public transport tak banyak. Kang lama pulak aku dok kena tunggu. Yang pastinya, esok aku memang kena kluaq..Nak buat kerja sket. Sat nah, aku nak mandi sat. Dari malam tadi aku tak mandi. Malas nak mandi sebab sejuk. Walaupon aku dah panaskan air. Aku mengantuk sangat. Terus lompat atas katil dan tidoq sampai kepagi. K la, nak mandi….

Lepas dah mandi, mkn kopok..sambil tgk tibi…tibi rini, bosan gila..Hari ahad patutnya buat la cita best2 sket..ni, ya Allah…Hanjeng..huhuh…aku yang tgh boring amat ni, terus la jadi mandom semacam..Last sekali, pi kat bilik..lepak atas katil..dan tidoq..kuikui..

Tak leh jadi ni, takkan nak tidoq ja(selepas 30 minit tidoq)..baik aku keluaq..aku pon , pakai baju ala kadar, keluaq..naik bus..gi town..Pi Picadilly Station..perut lagi lapar..singgah kedai..beli cekedis..beli diet coke..habis 2pound..terus blah dari situ..org ramai sangat rini kat situ..org baru balik kampong kot…Aku jalan kat depan Uni punya yard..ramai nya student..ada yang new, ada yang returning student..semua pakat dok usung beg besaq2.nak masuk hall masing2..esok dah start dah new semester utk 2005/2006..aku sengeh2 saja la tengok..bukan urusan aku pon nak gi tolong depa angkut barang..Lain la kalau aku ni rep..Ramai la jugak mak bapak mai..sonok ja depa tgk anak2 depa masuk Unii..depa tak tau, ada setengah tu, bila dok jauh2 dari mak bapak tu, mula la nak jadi setan..kat sini meriah dengan nite2 club yang dahsyat2..hunjung minggu penuh dengan manusia minum air kencing setan tu..Tak lama lagi, anak depa pon bakal tumbuh tanduk..bukan aku kata semua, tapi sebahagiannya..

Oh..malam ni dah nisfu syaaban..cepat btoi masa berlalu…banyak jugak dosa2 aku dah buat..tak kirala, dosa kecik ka, dosa besaq ka..huhuh..banyaknya dosa..tobatnya dak lagi..jom, sama2 kita baca yassin malam ni..insyaAllah berkat.bukan la aku ajak baca yassin malam ni saja..baca la malam2 lain jugak..dan bukan la malam saja, ikut la kelapangan masing2…

OKlah..sampai sini dulu..aku nak minum plak ni..esok aku cita apa yang aku nak buat ngan supervisor aku.chiowwwwwww..

Friday, September 16, 2005

Alison Lapper

Salams
Tau dak nama sapa kat ataih tu?..kalau tak tau, -->klik sinih<--
Aku nengok cita ni kat tibi semalam..Dah lama aku tau kewujudan minah ni..dasat btoi dia..cam na la dia survive..cian pon ada..semalam ada cita pasai dia kat bbc one..patung dia diabadikan kat trafalgar sq. kat london..bukan senang patung kita nak diabadikan kan?..Org yang buat sculpture minah ni nama Marc Quinn..tapi minah ni ttp bangga ngan keindahan bodi dia..apa dia kata"I know I've been called ugly and grotesque and deformed. But I think my body is beutiful" petikan dari MetroLIFE, Friday, September 16, 2005. Patung dia ni menunjukkan betapa concernnya kerajaan Britain terhadap org2 yang disabilities nih..Kat sini, leh nengok, ramai org yang berkerusi roda, tak kira la, (yang roda berkaren ka, roda kena pusing sendiri ka)
dilayan dengan sama rata saja.Depa tak disisihkan..kalau nak bus pon, driver siap turun pi angkat depa ngan kusi2 roda tu..bus kat sini, user friendly sket, mostly tak dak tangga..bukan takat org kusi roda ja senang nak naik, selalu mak mak yang dok tolak stroller anak tu pon ramai naik bus..kat msia aku jarang ngk mak mak tolak stroller ngan anak naik bus..sini ramai..even, menyenangkan jugak makcik makcik tua nak naik bus..makcik2 yang umoq dalam 80an pon ramai dok berjalan naik bus lagi..semua dah grey hair dah..tapi ttp berjalan..kalau kita kat malaysia, tak bagi mak kita (yang dah tua2 la) pi jalan sensorang..sini tidak..masih ramai warga tua yang berani untuk menghayun kaki berjalan gah ke town..hikhikhik..hari2 senaman..jalan kaki 20 minit, dah cukup utk menyihatkan badan depa..sini takpala, panas tara mana pon, the level of humidity tak tinggi cam kat msia..so, seronok la berjalan sambil bershopping..kalau kat msia, panas sket pon, dah boleh berlengaih satu badan berjalan dalam 10 minit..heheh...hmmm..

Aku baru abih solat jumaat. Ramai gak org hari ni.Preecher hari ni mat black mana ntah..wpon muka dia hitam, tapi aku tgk riak muka dia tenang ja..sejuk ja mata aku memandang..ada setengan tu, dah la hitam, rude plak tu, meluat tgk la kan..dari sejuk mata kita memandang, terus jadi panas mata memandang..aku nampak ada la dalam 5 org kot org msia..aku senyum sajala..bagi sedekah hari jumaat..tak rugi pon kalau kita senyum..tak la org kata kita menyombong(aku kena senyum, sbb mak aku selalu bagi nasihat kat aku, senyum la sket, tak rugi)..so aku ikut la..sampai la ni dah jadi rutin..aku harap, org yang tak kenal aku tak kata aku gila sebab dok senyum sensorang...hiks..

Pasal minyak pulak..tudia, minyak tak dak kat sinih..kedai minyak dah tutup..eh..aku dah cita kan..tak mau la cita lagi..len kali la..

Aku tak bley lama rini, sat lagi kawan aku nak mai rumah..kemarin ujan sampai ke petang..aku sejuk sangat.malas nak pasang heater..sebab aku suka sejuk, walaupon sejuk sangat2..mereng sket aku nih..tapi tak pa, janji tak kacau org sudah..hmm..

Oklah, sampai sini dulu..salam sayang aku buat diri aku dan semua..take care..

Thursday, September 15, 2005

Sleep for England..



Salams..
Hujannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..Seronok pagi ni.Ingat nak kuaq pi jalan-jalan kat tempat yang jauh. Tiba2 ujan datang dengan lebat sekali. So, apa lagi 'SLEEP FOR ENGLAND' la..maksudnya, aku tidoq lama sangat la..tidoq saja kerja aku. Hari ni tak kerja. So, aku mungkin akan keluar berjalan2 di tengah hari. Gambaq kat atas tu, gambaq seorang makcik tgh bermain-main dengan burung merpati. Sempat aku menye'nap' gambar tu. Abih je aku snap, burung2 tu terbang beramai2..aku tertunduk-tunduk sebab takut kena patuk..hahah..Pic tu aku ambil masa on the way nak gi kereja..

Semalam, masa aku kerja, aku sembang ngan sorang minah salleh ni..bukan anak pakcik salleh ok..heheh..semalam last day dia keja kat situ. sedey gak aku dengar. dan lepas ni aku susah dah la nak jumpak dia. dia baru nak masuk 1st year kat Uni. Dia nak buat medic. Dr. La ni..huhuh..sonok aku kawan ngan dokter2 ni..cun jugak minah ni..accent dia tak la pekat sangat kalau nak dibandingkan ngan makcik2 tua kat sini. Lepas ni tak tau bila dia nak mai sini lagi.aku harap aku leh jumpa dia lagi..kalau boleh tak tackle la..buley dak?..ada hati gak nih nak kat minah salleh..hahahha.haru..kang balik msia, org semua pakat dok kata, amboi, pi UK kawen ngan omputeh..hahha..susah gak kan..abai kan je la dulu..

Kerja punya kerja dah sampai waktu utk balik..aku singgah kedai nak beli benda2 makan..saja la singgah..lagi pon dalan fridge tak dak apa sangat..gambar dibawah adalah beberapa items yang telah aku beli..hehehhe..


Ni adalah sejenis pancake buatan rusia..haha

Ni adalah seedless grape dari Greece..


Pistachio nuts dari Itally


Appricots dari France..


Raspberries dari England..

ok sudah pasai gambaq makanan tu..sedap jgk la aku mkn. sapa nak cuba makan mai la sini..leh aku bagi sikit...eh banyak pon boleh. No hal punya. Beli benda ni pon, sebab bila rasa lapar leh mkn, ready to eat..so, tak la susah sangat nak masak..sebab tak payah masak pon..accept kalau yang pancakes ngan crumpet, nak panas kan lam microwave pon ok, kalau suka makan panas panas..So, semalam aku makan crumpet ngan pancakes tu cicah ngan golden syrup ditaburkan ngan raspberries ngan grapes..hahahha..omputeh sesangat..selamat aku tak letak clotted cream di gaul ngan strawberries..hahaha..yum yum...Sambil makan sambil tgk cita lost..cita lost ni baru ditayangkan dalam 8 minggu kat UK..rasanya kat malaysia dah abis kan?..apa kesudahannya?..sapa tau..bagitau la aku...la ni pon, aku dok tengah mengong2 nak pahamkan jalan cita ni..sebab kurang nampak akan kesudahannya nanti..

Hari ni, aku datang ke sekolah..hikhik..sekolah bunyinya..lawak pon ada...aku melalui lebuh2 ilmu dalam bangunan ni...semua nya berwarna keperangan dikelilingi oleh loker2 zaman dulu...cam dalam tv plaks..


Cahaya terang zaman kecemerlangan masa hadapan..heheh


Jambatan Ilmu..

Time aku dok menaip ni, sejuk bangat..aku pakai t-shirt nipis dan sendat sampai nampak puting aku..sejuk sangat.sebab hari ni ujan..lupa nak pakai baju sejuk..bulu roma naik tegak..sejuknyaaaaaa...pakai lagi baju sendat2..hahahhaha..rasakan..selamat pakai sluaq jean..tu pon jean koyak kat paha..haru..sejuk..tolong..!!...terketaq2 aku kat dalam ni...selamat tak gunting rambut lagi, kalau idak, kepala aku pon dok terketaq2...

Pastu kan..sambung tang mana ntah..aku pon berjalan jalan kat town lagi sorang2..aku suka btol jalan sorang2..minggu ni baru nak lepak2 ngan member2 aku kat pub..(aku bukan kaki pub ok..mahupon kaki minum..sebab kaki aku tak leh minum)..jalan tu, aku nampak tram..sejenis kenderaan ketapi..yang berlegar2 macam kura2 ditgh town..aku snap utk tatapan aku dan para pembaca..hikhik..


Tram

Pastu aku nampak nyamuk pembersih jalan..ntah la, aku suka panggil benda ni nyamuk..sebab aku nampak cam nyamuk..tapi aku tgk fungsi nyamuk ni tak la berkesan sangat..tapi nyamuk ni banyak kat town..


Nyamuk

Oklah..sampai sini dulu aku rasa..aku nak turun solat..Zohor dah masuk ni rasanya..Selamat utk semua...wsalam...

aku nak sambung lagi...Last couple of hours, aku melepak sambil menyembang kat blog joe..sembang ngan jak..pastu sembang ngan x...sambil aku dok menaip mengedit report aku..tiba2 ja, bunyi fire alarm..pelik bunyi benda ni..selalu munyi cam lain..ni aku lepak kat library, munui cam lain..tiba2, pintu library, tertutup dengan sendiri..(cam cita antu ja)..pintu lain terbukak..cuak ni..napa pintu terbukak ngan sendiri..ada suprise apa nih..ting tong ting..Ladies n gentlemen, pls leave the library now..waaaaaaaaa...cepat..lari...library terbakar ke?..aku dengan sepantas kilat menge'save' segala data aku..cabut thumb drive aku..terus berlari-lari siput utk keluar..ramai org pakat dok turun tangga..aku pon turun la sekali..hujan kat luaq tak berenti2 lagi..dengan selamba nya, aku membuka payung aku.bagi org lain jeles sebab depa tak dak payung..rasain..sapa suruh tak bawak payung..haha..aku malas nak gi library dah, aku gi ja cluster lain..so, sekarang aku dekat cluster yang bernama apa ntah..aku pon tak tau..

perut aku lapaq..tadi pagi, aku makan scone..2 bijik..sapu ngan butter(bukan pronounce bater, pls change ur accent if you are in here, should be..bu (eja cam melayu)..abaikan tt(bukan teh tarik)..dan bunyi ER(bunyi cam melayu)..di combine kan..jadi buer..heheh..dulu masa mula2 sampai, aku naik mengong tak paham depa cakap...now I dah got hang off it..hikhik..so, sat lagi aku rasa aku nak balik aku nak masak..or, should aku mkn dekat luar?..alamak, org jaga bangunan ni, dah mai dah..sorry sir, we'll be closing this cluster in 25minutes time..plese get out!!!!..aku tambah ja..hehhehe..aku nak pindah ke cluster 24 jam plak..sini, ada satu lampu ni rosak kot..punyi anoying..aku ingat org dok main games..rupanya tidak..sangkaan aku meleset..penat dok geram dalam hati..sapa mengong dok main game tak reti nak mute sound ni..hampeh tol..seb baik aku ni bukan mulut besar(translate lam BI la)..hehe..kalo idak, malu ja aku dok sound2 org..okla, aku nak blah dah..take care utk diri aku dan sesapa jugak..tha!!(tha=thank you)..

Wednesday, September 14, 2005

alone in the crowd??

Salams..
Pagi-pagi lagi dah dengar org berjalan. Bunyi high heel sapa tak tau..ketok ketak ketok ketak..Bisingnya.Blind curtain bilik aku dah tak terblind dah, sbb matahari dah terbit awal sangat..Terang benderang. .Malam tadi aku tidoq lambat jugakla..dalam pukoi 2 pagi. Aku buat apa?..aku tgk cita boogie night!..sapa pernah tgk..cita lama.Mark Wahlberg (eja cam tu ka?)..berlakon..Masa muda2.Aku ingat cita besa2 ja, rupanya, tudia..kalau cita blue. Dasat penangan pelakon2 itu.not bad la cita tu. berkisarkan cita tahun 70an ke 80an.

Sambil nengok cita tu, aku makan nasik ayam (kawan aku buat).bukan macam nasik ayam malaysia..nasik ayam negara mana pon aku tak tau. dia kata nasik ayam..but mmg totally different arr. sedap gaks..aku semua org masak aku makan. kalau sedap aku cakap sedap, kalau tak sedap, aku suruh baiki sikit2..hhehehe..aku appreciate apa yg org masak. tu yang selalu bila org masak, aku makan semua sampai licin..

Aku just realise yang entry aku b4 this, ada gambar tak masuk..masa tu gambaq kat MU stadium. Nanti la aku masukkan. Kalau kat umah, leh ja aku masukkan gambar ikut tepon aku, but kat library ni, nak kena install segala benda, malas aku..tak pala, lenkali aku buat..

Pagi tadi, aku nengok cita ER..cita dokter dokter tu..aku minat nak jadi dokter dulu. tapi hajat tak kesampai.sbb?..sebabnya, pointer aku tak cukup utk 4 flat..nak masuk medical school kena dapat 4.0..aiyo, aku gagal utk dapat pointer sebegitu rupa masa tu..nak buat cam na redha sajala..so, aku buat la apa yang aku buat la ni. Aku nengok sajala kawan2 aku jadi dokter.. Kadang2 tu mmg jeles. tapi rezeki dah tuhan bagi..redha..berbalik pada ER..dalam cita tu, ada minah ni ada 3 org anak..dia sihat walafiat, but suddenly kan, dia collapsed..terus jadi lembik..walhal, masih muda trangtang tang..terus masuk er.. ramai ni dokter2 dok kerumun dia (alone in the crowd)..pakat dok heran awat dia ni..yang minah ni pulon dok cakap (mungkin korang dah penah tgk kot)..dia dok cakap, dia ok segala...tapi dokter2 ni buat bodo ja..cam tak dak apa yang berlaku..dipendekan cita, dia dapat stroke..tapi pelik..dia buley dok tgk dan bercakap..dia sajala buleh dengar apa yg dia cakap..org lain tak bley..haru..pastu dia dok menangis..dokter2 nampak dia nangis..baru la depa sedaq yang dia dengaq apa yang dokter2 cakapkan pasai dia..end of story..part 1..heheh

aku mkn maggi tom yam hari ni.. goreng bawang and halis, masuk segala sayor, bubuh perncah maggi, masuk noodle, dah siap...makan dan kenyang. Hari ni aku kerja.sat lagi aku nak pi kerja. perut dah kenyang, apa lagi, mengadap tv terus mengantuk la kan. aku tertidoq lagi..apa nak jadi nih..aku tersedaq semula, sebab tiba2 kaki aku tertendang dinding rumah..aku terus bingkas bangun, dan sujud padaNya..(sembahyang la wei)..hahahha...

Terus aku kuar dari umah, if aku duduk lama sangat kat umah, mesti aku tidoq lagi.aku lariiiiii.....naik bus menuju ke computer cluster..hari ni tak ramai org..sunyi saja bangunan yang disaluti pokok ivy yang comel ni....sambil aku baca paper, tak sudah2 lagi pasal kemenangan England cricket ashes..tewaskan Australia...

Ada lagi satu crisis kat sini..petrol panicking..semua org pakat pi isi minyak..sampai stesen minyak terus habis minyak..semua kedai minyak tutup..cam na tu..cam na bus nak gerak..huhuh..memang kedai minyak tutup..aku tak pernah tgk kedai minyak tutup sebab tak dak minyak, tutup sebab dah bankrupt adala...

ok la, sampai sini dulu..bila internat kat umah nak ok, I dun know..I dont have the answer..tq..heheh

Tuesday, September 13, 2005

hari selasa..

Salams..
Ish, hari ni aku bangun lambat sungguh. Dekat pukol 12 tengah hari. Memang lambat gila. Ni pon dok termenguap2 lagi nih. Hari ni hari bahagia, sebab tak payah pikiaq apa dah nak buat. Semua dah settle..Apa yang settle?..Dah selesai kerja. Lepas lehoq sat gi, aku nak kuaq pi town. Hari cuaca baik ja. So, ok la kalau nak kluaq pon. Rasanya esok hari ujan. Adoi!! Baru teringat. Aku tak gunting2 lagi rambut aku ni. Dah serabai jadinya. Malas gila nak pi gunting. Tak pala, biaq sajala macam ni. Lagi pond ah nak masuk autumn..Nenti kalau rambut pendek, kepala aku jadi sejuk plak. So, kalau panjang, tenang sket.

Member aku dok masak apa sensorang kat dapoq tu..Bau macam sedap ja. Terus perut aku jadi kelaparan tahap dewa. Ingat nak diet. Ish, Diet hapanya, kang kalo diet, kurus kering aku.Tak kira nak diet jugak. Mak aku cukup tak suka kalau aku diet. Penat dia masak,aku tak makan. Apa nak jadi ni..Anak durhaka sangat. So, baik mkn dari jadi anak yang durhaka. Btoi dak. Tapi makan pon berpada2 la. Tapi aku kalau dah makanan tu sedap, aku sebat sambai 2-3 pinggan. Hambek..habuan nak diet.Hahaha..Tapi sejak duduk sini, aku memang makan banyak. Sebabnya, aku sendiri yang masak. Sedap tak sedap, aku sendiri yang mkn. So, maknya, bila dah aku makan banyak tu, aku masak sedap la kan.. Sejak mai  dok sini dah pandai berdikari utk masak la. Benda2 lain dah pandai berdikari dah. Ha…kawan aku masak fried rice rupanya. Perencah apa dia guna nih. Sedap btoi bau nasik tu. Dia dah ajak aku makan. Baiknya. Sat lagi aku pi makan, nak habiskan apa yang perlu ditaip ni dulu.

Panas matahari ni dok masuk bilik aku. Silau yang amat. Nak tutup curtain tu kang, bilik gelap gelita plak. So, biaq la bilik cerah seketika. Baru nampak macam ceria sikit. Padahal atas meja aku bsersepah  ngan segala benda. Dari alat2 tulis, lotion (perlu gila, if not, kulit akan gatal disebabkan kekeringan musim sejuk), kunci, buku, cawan dan segala mak nenek lagi. Biar la dulu. Kalau aku kemas, nanti org cakap aku ni pengemas pulak. So, biaq aku jadi penyemak seketika..

Oklah, aku nak save dulu benda ni. Aku nak pi mkn nasik.. chiowwww…

Jalan-jalan

Salams.
Pagi-pagi lagi dah ujan.Mmg musim ujan la lani. Hari ni member aku ajak aku pi stadium. Dia nak gi jalan jalan situ. Aku pon tanpa berat hati, ikut la. Lagi pon bukan nak buat apa sangat dihujung minggu ni. Masa kami keluaq tu, hujan dok renyai renyai lagi. Aku siap bawak paying sebagai langkah keselamatan tatkala hujan lebat. Naik bus, mak ai, penuh org..ramai sangat org berkulit kaler lain.Nak pi mana ni. Semua ala2 pendatang macam Joebangla. Selamat pagi pagi ni diorang tak berbau sangat. If not, mahunya aku pengsan atas bas.

Bila dah sampai, tudia, ramai gila org kat stadium. Tak tau plak today ada game.Berjuta org..eh, tak sampai berjuta kot..beribu org.Mesti ada game besar besaran ni. La, memang pon, Manchester United vs Manchester City rupanya. Patut la ramai. Jiran jiran..

(image placeholder)
Jersi Baru.

(image placeholder)
Macam Bagus??

(image placeholder)
Macam Rio Ferdinand..

(image placeholder)
Org jual jual.

Aku jalan buat bodo ja. Ikut kawan aku ni. Dia nak gi kedai kat dalam stadium tu. Tup tup, kat tepi2 stadium tu, aku nampak, awek2 cun. Pakai blazer merah ngan skirt merah.Kasut high heel, kaler itam.Semua seragam je. Tapi cun cun..Dalam hati aku “ish, minah minah ni, dengan skirt2 pendek ni, tak sejuk ka?..semua muka ada nak macam cina, ada nak macam Thai..sebab make up tebal sangat.” Aku pon masuk la dalam kedai. Tgk org ramai memborong sakan. Bukannya ada sale pon, tetapi disebabkan ada game, dan ramai org dating, maka laku lah kedai tu. Panjang gila queue org nak bayar. Aku jadi malas nak beli apa. Lagipon tak berduit. Malas nak membazir.  Aku pon keluar dari kedai, lepas  aku dah snap2 beberapa gambar dalam kedai tu. Lepak sorang. Sejuk gak kat luaq, tapi disebabkan aku suka akan sejuk, aku dah seronok plak. Aku pakai tshirt nipis ja (sampai kawan aku kata aku ni tak betol). Bila lepak kat luar sensorang, aku tak tau nak buat apa, nak isap rokok, aku bukan jenis yang isap rokok. So, tgk sajala org2 dok jalan sini sana kat luar stadium tu.

(image placeholder)
Stewardess Air Asia

Dok tgk lagi awek2 tadi. Tiba2 ada org mai sergah aku. Bukan la sergah sampai aku terkejut. Ala2 mai tegoq la.

Org: Dari mana?
Aku: Erk..dari Malaysia.(the way he talks, aku dah aku dia dari msia gak)
Org: Buat apa kat sini?
Aku: Buat bodo (hihkhik). Baru datang ke?
Org: Baru sampai tiga hari lepas. Ni dengan diorang ni (sambil tunjuk awek2 cun td)
Aku: La, diorang pon dari Malaysia ka? Tak perasan pon. (Aku perati balik, la, ada tulis
         AIR ASIA kat topi diorang..eh, airasia datang sampai sini ker? Tapi aku tak tanya
         la mamat tu).
Org: Malaysia tinggal kat ner?
Aku: Dok kat kedah.
Org: Oh..I org Melaka..

Tiba2, kawan aku datang. Aku tak dan plak nak sembang lama dengan mamat ni. Kawan aku ajak aku blah. Aku pon cakap la kat mamat tu yang aku nak blah dulu.

Org: Nama apa ya?
Aku: Frappe..(hikhikhik)
Org: Azhar..(Mr. Azhar, kalo baca blog ni, selamat berkenalan)

Aku pon blah. Gi shopping mall kat situ. Sejuk. Bestnya. Kat situ, sampai ja, dah lapaq. So apa lagi, carik food court la mula2 sekali. Aku makan Chicken Madras..Dia kata pedai. Tapi haram tak pedas pon. 5 pound plak tu. Erkk..kalau aku masak nasik at umah murah je..heheh..Nampak mamat melayu kot kat situ.Dia jadi cleaner. Aku sengeh la. Dia cam berlagak je. Aku pon buat berlagak la jugak. Aku jumpak member Paki aku kat situ, aku sengeh la. Dia sengeh balik. Baguih la kan. Dia mai tegoq aku..Cam ni la kawan. Aku pon sembang2 kejap. Dia pon blah.

Dah abih makan, aku ngan kawan aku pon pi la kedai kat situ. Dia nak beli barang2 kot, aku malas nak join. Aku jalan sensorang. Dah abih pusing, aku lepak kat luaq. Sambil tengok org minum beer. Ramai gak. Mungkin nak tunggu sebelum game bola start. Aku minum angin je la.

(image placeholder)
The Lowry

(image placeholder)

Sudut lain.

(image placeholder)
Orang minum2

Pastu, kami pon pi City Center plak. Aku ikut ja lagi. Dah abih tu, kami pon pulang ke rumah..Malam ni aku ada dinner ngan kawan2 aku. Mmg aku nak gi pon. Dalam kol 9 jap gi. Aku mkn sket kat rumah, sbb lapar lagi.Tgk tv. Bila dah dekat tu, aku pon kuaq la.Aku tau kat mana restaurant tu. Sebab aku mmg tau la..aku pon masuk la. Jadi macam kera sumbang kang dalam tu. Dok terjengok2. Tiba2 aku nampak my friend..Laura. Mak ai..cun nya..tapi bila dah dia pakai high heel, terus jadi tinggi dari aku. Tapi cun abih. Kami pon carik2 la kawan2 yang lain. Tak jumpak.At last pi tanya org kat kaunter. Sbb ada buat reservation. Dia kata depa CANCEL…aiyoooooooooo…penat aku mai..depa tak bagi tau pon. Iyela kan, aku pon cuti. Huhuhuh..(Save duit aku..kalau idak kena kuar lagi kalau nak makan)..Aku pon, dah malas, terus ja balik rumah..(Perasaan aku?.ok ja, tak rasa apa2)..hehe..

(image placeholder)
Dah nak balik..
OKla, Selamat semua..tata……

Monday, September 12, 2005

Cricket..

Salams.
Aku datang ke town hari ni. Jumpak member2 aku. Semua pakat sengeh2 ja..aku pon turut sama menyengeh. Kat umah tak leh guna lagi internet.Bosan. Aku datang cluster. Aku dah type aku nya entry yang lepas and letak dalam draft. aku lupa plak nak bawak. Lain kali la. Hari ni aku kerja. At least tak la bosan sangat duduk kat rumah.

aku gi memerint kertas kerja aku. dah siap pon. nak tunggu utk di periksa. biar la dulu dengan kertas kerja itu.

la, aku lupa lagi..cricket tajuk rini...sebab nya hari England vs Australia..ashes..hari ni last day rasanya..aku suka gak tgk. Wpon aku dok di england, aku ttp sokong Australia..rsa seronok pulak..jap gi aku update lagi..aku tgh sembang ngan org nih..

Thursday, September 08, 2005

Perpustakaan


Salams..
Hujan la pulak hari ni. Lagi la malas aku nak bangun. Tak kira nak bangun jugak, sebab dah tak tahan nak terkencing.Kang terkencing atas tilam, tak ke haru. Lately, selalu mimpi gi kencig kat toilet, but padahal aku dok syok lagi tidoq atas katil.Selamat tak kencing..Dan lagi control.hehe.

Hmm..malas nak breakfast. So, aku minum air masak je.Sekadar utk hilangkan dahaga.Sebab tak rasa lapar utk makan. Angkat segala sampah2 dalam rumah, angkat beg sekolah aku, terus heading to bus stop..(*sampah buang la dalam tong sampah). Dekat bus stop, bau hanceng..ish mamat mana plak kencing sinih..hampeh btol.Dah la dok ujan lagi. Bau kuat btol.

Target aku rini:-

  • Nak pos surat. Kena pi post opis sbb nak beli stamp
  • Nak gi PERPUSTAKAAN. Nak baca buku.hikhik..Rajen btol aku
  • Nak gi kedai gunting rambut (*kalau sempat, x important)
  • Nak lunch kat luar(*duet dah nak abih ni..cam na nih)

Itu ja target aku. Hari dah hari Khamis. Cepat btol masa berlalu........................................................

Baca email member2 kejap.Baca email yang tak berkenaan kejap. Tgh tunggu response company aku nak balik kerja kat malaysia nanti. Hmm..

Apa yang aku dah buat rini..aku berjaya buat 3 benda out of four..aku masih belum gunting rambut...yang lain semua aku dah capai target..hehe..library dah sampai..kat library buat report sambil dok sembang ngan joe, anne, AN ngan Jak..ramai org jugak tadi kat library..abih lepak kat library, aku dah mula rasa lapaq la pulak..apa lagi, terus la aku nak lunch (sampai jugak target)..aku pon turun dari library menonong ke tempa mkn..aku dah biasa jalan sorang2..even mkn sorang2 pon selalu..so, aku tak kekok gi kedai mkn, melantak sorang2..aku pi kedai mkn biasa..makan chicken wings ngan chips..layan perasaan sorang2 sambil dok tgk tv..7up aku minum..

cuaca sebelum autumn...boleh la..cerah lagi..

Bila dah kenyang, rasa ngantuk..dalam hati aku, isk takkan nak gi tidoq kot..so aku decided nak gi town..sbb kat town ada mesjid..naik bus gi town..cakap pasal bus, kat sini ada macam2 jenis bus. nanti I will tell u cerita pasai bus plak ok..aku pon tahan la bus, dan naik la bus..cam citer budak2 je kan..tapi aku mmg la macam budak2 lagi..sebab aku bukannya bapak budak lagi pon..



bus yang aku naik lepas makan

Dah sampai stesen bus, aku terus la gi rumah Allah..aku pernah citer pasal tmpt semayang ni..aku suka ke sini..tenang sangat..hari ni ada dua org tgh semayang(sempat lagi kira org tu)..aku masih ada ayir semayang kat body aku ni.so, terus je semayang zohor..dah abih tu, aku pon baca la doa apa yang patut..mata mengantuk nih..isk, tak leh jadi..tak mo tidoq..aku pon terus melangkah kuaq dari mesjid tu..kaki aku terus nak ke pejabat post..aku pon gi pejabat pos..tgh buat refurbishment..so, pejabat post pon ala2 tak kemas..tapi org ttp ramai..wpon ramai dan queue sangat la panjag, tapi sangatla cepat.bkn macam pej pos msia yang lambat..





aku gi jabat pos sebab nak pos surat..org jabatan tax suruh aku reply depa punya surat..sbb tu la..kalau idak, aku pi pejabat pos, bila nak pos barang balik msia ja..pos hadiah ke..pos kad besday ka..dah abih pejabat pos, aku berjalan ke boots..bagi yg tak tau boots ni apa, dia adik beradik watsons ngan guardian kat msia..tapi aku rasa boots ni lagi besaq..org pon ramai..aku test product boss yang baru..boss skin..saja nak test..



Bila dah kuar dari boots, aku tgk budak2 muda ni tgh buat magic kat depan boots..sambil dok main gendang apa tak tau..best jugak lagu depa main..so, budak2 pompuan dan laki yg lalu lalang po berentila nak tgk magic tu..aku pon join jugak..hahaha..boleh la layan..sebab tak tau nak buat apa pon..sengeh sorang2..



aku amik gambar vodafone punya kedai..b4 this, aku guna vodafone..lama2 aku sedaq yang vodafone ni mahal sangat la kat kedai ni la aku mula2 beli tepon aku..nanti aku tunjuk gambaq tepon aku yang mula2 aku beli..ehehehe...tapi ramai budak sini pakai vodafone..aku tak paham pasai pa...mungkin pengaruh kawan kot..contohnya, kalau guna vodafone, tepon sesama vodafone, free..tu yang best..tapi bila nak call network lain, mahal la pulak harganya.

Lepas tu, aku berjalan ke satu jalan ni..aku nampak shopping complex..kendal..aku masuk la..sbb aku tak pernah pon masuk situ..aku terus ke men department..sbb aku nak usha apa yang ada situ..ok jugak baju2 dia..better la..nanti aku ada duit, aku nak mai beli sini..hahahhaah...ada boxer calvin klein..fav aku..nanti arr aku beli..doet tak dak lagi nak beli..tunggu gaji masuk..lepas tu kan, aku carik jalan keluar..tadi aku turun guna tangga lif..tapi aku cari tangga nak naik tak dak la pulak..terpusing2 aku kat situ..berlakon macam aku ni tahu jalan..haha..lepas nampk satu pasangan ni, macam nak kuar ja..aku pon ikut..la, depat naik lift ka..isk isk..aku pon naik la sekali...lega..jumpak jalan kuaq..

aku dah letih dah time tu..aku nak balik..langit cam gelap..eh awan la yang gelap..nak ujan.terus gi bus stop..dekat bus stop aku nampak bgnan ni..rasa cam cantek plak..aku pon amik la pic ni utk korang semua..okla..sampai di sini dulu utk hari ni..babai.......

Wednesday, September 07, 2005

YOgurt

Salams...
Hari ni, aku masih macam biasa..diberikan kekuatan utk meneruskan hidupku..diberikanNya sisa-sisa waktu utk terus melayari pancaroba hidup ni..redup dipagi hari, membuatkan aku tenang setenangnya...malas utk bangun dari dakapan tidur..syoknya tidorrr..walhal, mentari sudah pon tersenyum girang utk ku...arghh..bangun saja seh..tunggu apa lagi..ngak bagus tuk tidur lama2...aku bangun..seperti hari2 lain, aku akan buat 100x sit up..dah jadi rutin pulak..kalau boleh nak jadikan rutin utk selama2nya...insyaAllah..tapi kalau dah tua banget, cam ne aku nak buat..motifnya, utk mengempiskan perut ja..bukan utk bersix pack u oll..hehehe..sebab makinumur meningkat, makin nya perut itu meningkat sama..keboroian perut berkadar terus dengan masa..isk..tak nak arr..akan ku sangkalkan andaian itu..
semalam tgk csi..double bill...ok jgk..mengadap sampai 11 mlm..hari ni pon aku bakal tak buat apa lagi rasanya..mengadap aku punya project yg tak berkesudahan lagi..bila agaknya nak abih ni...eh..hampir terlupa, yogurt...aku makan yogurt...aku masuk kan coco pop dalam mangkuk, then tuang susu, then mix kan dengan yogurt berperisa cranberry..sedapppppp...cubala kalau nak tahu apa rasanya..lepas ni nak letak perisa petai la pulak..sure tangkap leleh..hahahha....
rambut dah panjang ni..bila nak gunting..dah lama aku tak gunting..dah dekat 6 bulan rasanya..rimas pon ada..ingat hari ni, kalau tak dak apa2, nak gi gunting rambut arr..asyik tertangguh je rambut aku ni..tapi pikir2 balik, bazir duit plak gunting rambut..dekat 7 pound..miskin pakcik..49 hengget..mahal seh..
aku tak kerja hari ni..lagi sebulan aku nak gi jalan2..jalan2 merata tempat..bazirkan duet lagi...tak kisahla, bila lagi nak jalan..asyik kerja ja..baik gi tenangkan fikiran..ye tak..btol tu..hmmm...tapi nak gi mana???


Tuesday, September 06, 2005

Nectarine

New Fragrance from CHANEL


Salams..
Naper tajuk aku Nectarine..sbb aku baru udah mkn buah tu..sedap pulak rasanya..kalau boleh, hari2 aku nak makan buah tu..taste aku pulak..kalau pernah tgk iklan keta megane, sure korang tahu maam mana rupa buah ni..ok, kenyang utk lunch mkn sebijik buat itu..budget nak diet rasanya..tapi tgk la, kalau diet menjadi, jadilah..kalo tak jadi, next time diet lagi..aku nak diet main ikut mood..kalau mood ok, aku leh diet selama berbulan bulan..if not, that's it..

Hari ni, tak dak apa sangat yang nak buat..sbb nya I am on my oliday..cutiiiiiiiii...pagi2 lagi dah mandi..rajen plak aku mandi since duduk kat UK ni..naper ntah..aku sorang je rajen mandi pagi..but kawan2 aku yg lain, semua main cuci mata je pepagi..sebut pasal pagi, pagi tadi, eh tak la pagi sangat, aku dah tgh hari, US dah pagi..hikhk..aku buat pertama kali gi sembang kat blog joeperantau..saja sembang2..tapi aku tak tulih byk2, sbb time tu aku tgh taip report aku..next time aku tulis byk2 ok joe..hahaha.. thanks anyway for dropping by ya..
turun gi kat my letter box..hmm..tak dak surat..bosannya hari ni..eh, napa hari2 aku penuh dengan kebosannan..padahal aku dah biasa hidup dengan kebosannan..dah 20 tahun lebih aku hidup..tak pulak aku merungut..so, kalau aku dah bosan tu, kirannya, aku mmg la bosan.bg korang mungkin bosan aku ada tahap kebosanan paling maksimum bagi korang..heheh..
Today, hari selasa..CSI malam jap lagi..tadi aku ada tepon kawan aku kat msia..dia tgh sibuk melayan kawan2 dia..la, aku jugak yang tak dak kawan..sapa nak jadi kawan akuu???..cepat angkat tangan..aaaaaaaaaaaaa..tak dak sorang pon..sampai hati..
ah..lupa..mlm tadi..aku mkn thai red curry..sedap gila..bukan aku yg buat, ada member aku yang buat..but now, i knew how to do it..so, lepas ni, balik msia, aku masak kat semua..tentu mak aku bangga dengan aku..hahahha...kalau idak aku reti masak tomyam, telor, maggi, roti bakar..itu je..but now, dah tambah ilmu..tunggu akan kepulangan ku ok...
okla, aku nak stop dulu..aku nak tgk tv..sampai ketemu lagi ..tata

Saturday, September 03, 2005

BLOG BLOG BLOG BLOG BLOG BLOG MELAYU MELAYU MELAYU MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA







Salam ...
Hari ni hari aku gi kerja..happy sebenarnya nak gi kerja...lagi pon kerja bukannya start pukol 8pg pon..kerja dalam kol 10 baru nak start..so tak dak la kelamkabut sangat kan..bangun pagi tu, buat segala hal, then tgk tv..hantu tv btol aku ni..tak tau pasai pa...suka sangat layan tv...hari ni kat tv pasai foreign affair..org puteh ni kawen ngan org siam...at last org siam ni ikut hubby dia balik mai dok uk..but the problem is, minah siam ni tak reti langsung cakap omputih..susah btol nak communicate..mungkin la kalau bab2 hubungan asmara ni tak payah banyak communicate, mungkin bunyi2 asmara ja yang mengahangatkan keadaan, tapikan, cam na nak survive kalau dah tak reti nak cakap langsung...nak gi kedai to buy some groceries pon mesti susah...masa tv show tu, pompuan ni ada translator..tapi terharu jugak bila dah nak abih tu..bukannya apa, kiranya depa ni baguihla, walaupon tak reti nak communicate, tapi cinta tu ttp ada di hati masing-masing...ok habis bab org tak reti nak cakap ni...
aku pon pi la keja...naik bus ok.pon naik keta bagai...hahah..kerja pon cam biasa la..layan customer sana sini..dapat customer baik tu, ok la, kita pon seronok, dapat customer macam lahanat, sapa pon tak mau kan..contoh customer lahanat, saya dah beli baju ni setahun yang lalu, tapi I think this clothe is not suitable for me anymore..I would to exchange, please..haiyo..kelas..dah pakai setahun, hang ttp nak tukar dengan pakai lain..bawak segala receipt nih...hampeh..kita pon geram dalam hati..tapi mmg policy macam tu, so, bg la jugak kat dia..selamat la dia tak kekwat..cuma yang geramnya, dah pakai setahun still nak tukar..kurang asam sangat....hampeh.....dah letih dan geram, dalam 3 jam kerja, aku pon nak pi menenangkan fikirang...apa lagi kalau dah nak nenangkan fikiran..semayang la..ha!! dah semayang ka tu?..kalau tak semayang, lets semayang...yang lewat2kan semayang cam aku..sebab aku selallu lewatkan semayang..apa nak jadi ni dah besaq panjang...


Tempat amik wudhuk.....bersih..

sesampai ja kat mesjid, aku pon solat la..bukannya nak menunjuk yang aku semayang kat mesjid..tapi, sbb dah tak dak tempat to solat, then masjed la is the rite choice kan...lagi pon, aku suka gi masjid sbb tenang ja..rasa sakit2 kepala semua ilang..masjid yang cantek sajala..kalau masjid yang tak terurus tu, lagila buat kepala aku bengong...aku ada dlam sejam ja utk rehat...so, aku solat la...lagi pon dalam masjid tak ramai org..co, bukan ramai sangat pon org sini sukan semayang...maybe they have their own time la kot...aku semayang jam aku ..depa semayang jam depa....so, ada la dalam 3 org kot in that masjid....cantekkan masjed ni..hahaha.



Pada pandangan aku masjid ni cantek la jugak, sbb ada dua lagi masjid yang ada kat sini, ni yang paling cantek...tak kisahla, cantek jugak bagi aku..korang kata tak cantek, aku kata cantek..apa kkorang pedulikan..heheheh...jgn la pulak compare ngan masjed putrajaya ke..mmg la masjid ni kalah..masjid ni ala2 surau je actually.....dah abih solat tu, I felt like seronok ja nak tidoq..how come, just have a few more minutes...aku pon, bergegas la nak balik ke kerja..kang org kata aku mengulaq pulak...tak baik mengulaq2 ni..korang pon mesti rajen mengulaqkan..pada yang pernah kerja tu, mesti dah pandai mengulaqkan..yang belum tu, nanti bila dah kerja korang will know..well, in my working place..not in place sajala kot..mengulaq can be converted into skiving...hehehe...one my way back to tmpt kereja, i amik beberapa pics...saja ja nak amik..sebab rasa cam ok ja utk diambil gambar....have a look ok...


Thursday, September 01, 2005

Kenyang





Gi airport..too crowded..I dun know why..maybe some of them nak gi cuti2 lagi kot..I dont bother at all..hmmm..apa yang aku buat kat airport..nothing much interesting..wasting my time there...watching people do crazy things..I luv to do such things as well..that;s me.. apa yang menarik sangatdekat airport..ada kapal terbang..aku suka dengar bunyi kapal terbang..gila ka hapa...pastu suka tgk org bawak lugage besar2...sambil dok heret2..aku suka dengar bunyi org heret beg..jgn tanya kenapa..aku pon dun know how to answer it..hari ni nampak gelap cam nak ujan..aku tunggu jugak hujan turun...malangnya tak jugak turun2..naper ntah..bosan plak aku tunggu..aku suka akan hujan..sebab hujan sentiasa bagi aku ketenangan maksima..aku suka hunjan..tambah2 pulak kalau hujan tatkala winter time...syahdu je..time ujan, buat aku jadi cam stim je sensorang..tgk air ujan turun..dengar air ujan menyimpah atap..aku suka btol..i am not kidding at all...la, byk pulak aku berceloteh pasal ujan..bengong..hikhik..dah bosan dekat airport, aku pon balik la..naik bus..on my way back, usha2 la apa2 yang patut along the road..tgk org puteh usung anak, tgk laki org cium bini org..tgk anak kurang ajar dengan mak..hahah..macam2 ada..aper la org zaman sekarang ni..hmmm..


airport.............................................

dah balik tu..terasa lapar..nak mkn tarak apa2 plak utk dilantakkan di umah..so, I decided nak mkn buffet..ajak a few my mates..mkn indian buffet..not so bad..diorang pon nak join coz semua time tu pakat lapaq...well, mkn punya makan perut dah mula menendang2...tendang setendang alam...nak gerak pon tahap malas nak mampos...tgk awek waitress kat situ, tak dak pon, tgk abg waiter kat situ, ish 'kendu'..ahahha..ayat ni selalu kawan aku guna...aku pernah tanya aper yang kendu..sbb aku tak paham..sapa yang paham, paham la..sapa yang tak paham, buat2 paham jer..hahah...tapi aku rasa aku lagi kendu..buley statement macam tu..selalu kena sound ngan member aku...

Kitorang melantak kat situ berejam jugak...sampai org kat situ pon dah start tarik muka...lantak la, aku customer..ko waiter..ko layan je la..ko dibayar gaji, kami kena bayar bill...heheh...lepak sambil dok borak pasal permasalahan diri memasing...seronok jugak..cerita panjang2 sambil buang masa yang ada...mulut dok mengunyah, telinga dok dengar..

dah dekat pukol 10 mlm..aku blom solat maghrib..isya masuk kol 1015mlm..so, aku cepat2 bagitau my mates, yang aku nak kena balik la...kang kena sambar petir tak semayang maghrib sia2 saja hidup..btoi dak..so, kami pon pi la kaunter nak bayar...harga tak la meletop sangat..so-so la...sebab dekat situ pon tuleh, u can it FROM 5.50 pound..so kena dalam 8.80 pound...aiyo..56 hengget..hahahhahha..tak pala..bila lagi nak perabih duet...duet aku, bukan duet korang..yetak...

balik la aku dengan kawan2 aku..jalan kaki sambil minum2 lagi..depa minum stella, aku minum pepsi ja...so depa jadi bengong2 aku tetap maintain aku...masa dok tunggu bus nih, ada sorang mamat ni dok usha2..usha sapa??..aku ka?..tanya kawan aku, ada perasan dak mamat tu dok usha depa..tak jugak..aku pon try usha balik..la, rupanya mmg dia usha aku..pasaipa jantan ghajen usha aku nih..kompius btol...ka aku syok sendiri..dia sengeh2..aku sengeh la balik..org kasi sedekah, kita terima je la sedekah..sama2 dapat pahala..yetak..hahahhaha...aku buat bodo je arr..pas tu nampak bus datang..aku pon tahan la bus...dah nak balik..jom la balik..korang tak nak balik ka..tak mau sudah..let me go alone..tata...

Bus dah sampaiiiiiii (sanggup suruh member snap)

Mug


Salams...
All, today aku bangun pagi, matahari dah pon naik..terang benderang..but still sejuk..sapa pon tarak dekat umah.mana semua org pi nih..sunyi sepi..mlm tadi lupa nak tutup curtain tu..nyesal plak..tapi tak pala, alang-alang dah bangun, bangun je la..perkara yang mula-mula aku buat bila bangun pagi, pi dekat boiler tu, on boiler..kalau idak, mandi terketar2 la aku dalam air sejuk..once boiler dah di on kan, pi dekat katil, kemas la katil tu..senang je, just buat satu hamparan besar2 kat duvet aku tu, terus jadi lawa katil aku..hikhik..sementara nak tunggu air tu panas, buat la air panas..bukan minum air boiler tu, panas kan air guna cerek la..bancuh hot choc..letak susu..mmm.nyum nyum..lazat dan berkrim..pagi2 nih, citer kartun kat tv..aku langsung tak minat kartun..ch 1 kartun ch 2 kartun, ch 3 kartun, except ch 4..rancangan refurbish kan umah..ni ok..boleh masuk jugak dalam pala otak aku..hmm..air boiler dah panas tu, apa tunggu lagi, mandi la...aku tak lepak lama dalam shower room..kejap je..cuci-cuci apa yang patut, then siap..pakai sekala benda, dan benda yang tak leh lupa LOSYEN..sbb??..sbb kat sini sejuk..nanti kulit kering..mula la satu badan aku gatal..then aku aku tergaru2 seperti seekor kera gila..on laptop, check emal..tiba2 ternampak MUG dtepi meja aku..ada dua MUGs..satu mug hot choc tadi, satu lagi mug aku baru beli..atas meja bersepah sangat2..ada MUGs, ada wallet, ada mobiles aku, ada journals, ada a few books, ada perfume, ada bus pass, ada calculator, ada alarm clock, ada stepler, ada pen, ada kunci umah..I think, tentu korang kata aku ni mmg penyemak..mmg pon..time aku rajen, aku kemas, time aku malas, aku suka tgk benda tu semak cam tu..

Hmm..kat luar, it's a bit cold..aku cannot see matahari at all...can see the dark cloud..oh mygod, going to rain again...god bless, coz today, aku tak kereja..kalau kereja, pa

kai payung la rini..hari ni nak duduk umah..ingat pagi tadi nak gi Cheshire Oak..tapi, dah bangun pon about 10am..cam nak nak gi..ketapi dah tinggal aku..huhuhhu..biar la..nanti pon boleh pegi lagi..

udah..pakcik nak kuar dulu..nanti tulih lagi..taaaa..