Sunday, April 25, 2010

Record!

Salam..

A Few days back...

Aku cipta record sendirik, aku pi langkawi balik hari.pi langkawi pon bertujuan, habis tujuan, cepat2 berambus meninggalkan langkawi..selepas suboh, terus vroomm kereta sama orang tua aku ke Kuala Kedah..Singgah sat amik maksu aku kat Aloq Staq..Sampai jeti Kola Kedah dalam koi 9..peri pon dok tunggu dah..peri pulak setengah jam sekali..sejam setengah kalau naik peri kat kola kedah nak ke Langkawi..1st time aku ikut route ni, selalunya pi ikut Kola Perlis..Sampai langkawi, apa lagi..tujuan utama nak shopping bukan nak sightseeing kan..teghoih la membeli belah sakan..beli belah pinggan mangkok, periuk, pan dan segala mak nenek..morah memang morah kalau nak compare dekat tanah besaq..pan2 tefal kalau belah sini rega 300-400 lebih, sana dapat dapat 90-100 lebih..apa lagi, angkot la..kekeke..sib baik usung maksu aku pi sekali, buley pinjam tangan dia angkot barang sekali...corell, corningware to let go, anyone?!!!!!!!!!..kekekek..noritaki yam!!..doriyaki pon ada..nak??..abih shopping, berangkot bawak balik..pukoi 10 mlm lagu tu, aku dah sampai Kulim dah..satu hari yang berbaloi-baloi..

pasai romah pulak.baguih indon2 ni buat romah..mai on time, balik overtime..nak kata mai mengulaq tu, dak langsong..bata pon dah siap naik dah..dah nampak wajah romah dah..harap2 kalau tak dak apa aral, bulan 6-7 siap la..tak payah nak buat time bulan posa..letih..aku ikut tukang pi pilih pintu rumah, pintu bilik kat belah sungai petani, since kat belah Kulim mahai sket..baguih tukang ni..teluss..aku pon selesa..nampak gaya depa buat romah ni, cermat..so, nanti, sapa2 nak buat romah, memang gerenti aku nak rekomen tukang ni..orang nak buat wiring pon dah mai discuss nak sumbat2 point kat mana..orang buat tingkap pon dah mai...orang buat kitchen cabinet pon dah mai..orang orang ja tak mai..rasanya esok lusa nak pi dapatkan quotation untuk lampu sama kipas pulak..kat kulim, ada dua ja kedai lampu..tak ka haru..nak pi pilih lampu, pilih kat penang la jawabnya..perai pon banyak jugak rasanya..

lain pada tu, pi beli kasut sukan baru since kasut sukan yang dok ada dah huih dah..aku tetap pi kedai NB sebab aku dok pakai kasut cap ni sejak beberapa tahun lepas..ada promotion "dump your ex!" dekat NB..kasut sukan apa pon boleh pi dump kat situ, lepas tu, buleh beli kasut yang berebate kan up to 100..aku bawak jugak kasut aku nak pi dump..tapi, kasut2 yang boleh direbate tu, terhad..tak banyak pilihan..so, aku tak beli pon yang dapat rebate..beli yang biasa punya..so now, aku dah ada kasut baru..kesian kasut lama aku..sedih dia jadi "aku sepasang kasut"..Yam!!!!! hang nak ka?, kaki hang size 7, aku size 10...satgi hang pakai jadi mCDonald plak..

Oklah :p

Sunday, April 11, 2010

Ada mak kesah!




Yam!!!! Saja kopi ayat hang boh bagi jadi tajuk..!..dok tatau nak boh tajuk pabenda..
Aku la ni rasa lega sikit sebab romah dah start dok buat..segala masalah carik tukang semua dah selesai..dah jumpak tukang segala..harapnya everything will be ok la in the future..harap2 tukang tu buat sebijik la macam pelan romah yang aku dah bagi..maunya senget sebelah tak ka haghu kan..duit permulaan pon dah bagi..susah jugak nak keluaq duit yang manyak dari Tabung Haji..maximum rm10000 saja buley bawak keluaq dalam sehari..terpaksala dok berkawad pi Tabung Haji berkali-kali sebab nak 'otkluaq' duit..makcik Tabung Haji kenai dah muka aku gamaknya..wakakkaa..biaq pi la..Ada mak kesah...(tiru ayat yam lagi..kekeke)..

Yammm...Kilang tu bukan bagi takat Rm500, tapi bagi sampai Rm1000..tak ka juling bijik mata..alamak..insaf sat sebab teringat buku meniti hari esok hang..ya tuhan ampon kan dosa aku sbb dok ingat duit semata...kekekek (gelak ke yam!)..psssttt yam, balik la monster...Rm8000 dok melambai-lambai..mai la maila...siap buat welcome party lagi..nak apa, beer ada,bacardi ada..shiraz ada..wakakaka...fitam2..daripada hang dok ngumpat orang2 gomen (ooopppss utk dept Yam saja ayat ni) yang lembab buat reja, baik hang balik monster...saja hasut lagi..

Yam..hang dilarang komen apa2 na..senyap sudah..kekekke..banyak pulak nama si yam dalam entri ni..sapa kah si yam ni...mak hayam mana ni???..kekekek..

Saturday, March 20, 2010

Terbakaq..



Salam..
Fuhhhh!..fuh tb3 kah?..kekekke..terbakaq aku..seharian dia tambun kemarin..seawal 7 pagi, aku vroommm dari kampong halaman ke tambun..cerah pon baru nak naik..aku ikut jalan lama sebelum masuk ke highway ikut Bandar Bharu..berliku-liku jalan..sib baik tak banyak keta..mungkin sebab orang pakat dok tidoq lagi..hujung minggu kan..berbekalkan roti breakthru kat seat sebelah, aku ngap 2 keping..telan ayaq kosong satu tumbler..sampai kat Ipoh, patutnya aku keluaq kat exit Tambun tu..sekali aku terlepas..dok ghayan apa pon aku tatau..padahal si garmin dalam talipon aku dok terjerit-jerit bagi tau, kona kiri kona kiri!!!!!!!!!!!..pekak ka..wakaakak..disebabkan aku tak kona kiri..aku terus kena keluaq kat Simpang Pulai..vroom la aku 10km extra miles kan..mencik!patutnya buley sampai awal..sampai lambat pulak..bila dah sampai, ropanya tempat tu haram tak bukak lagi..aku ingatkan aku dah lambat..ropanya2 aku paling awal..cam na tu..sib baik tak sentap ka apa..sebabnya hari ni hari bersantai-santai sembang ngan kawan-kawan..tak risau la nak beli tiket ka apa, since kawan aku dah buat reservation segala..tak yang risau tak dak hut ka apa, since semua dah siap sedia..

Dak la crowded sangat, walaupon masih dalam coti sekolah..bila dah masuk tu, apa lagi, salin baju nak mandi manda la tumpang tak panas lagi..melompat sama naik aku dengan kawan2 aku dan jugak anak2 depa..aku tgk pak dengan mak lagi sakan dari anak-anak kan..main beach volley kat tepi kolam tu..panas terik bila dah dekat kol 12..aku pakai singlet sama bermude..apa lagi, terbakaq satu badan sama muka..sunblock apa block tak pakai pon..lantak la..tak kesah nak block2..kekek.merah macam udang kena bayaq..lekat bentok singlet kat badan...sexy macam tali bra pulak..wakakakkakak...lain pada tu, operasi menyembang, operasi makan..operasi naik tube pusing..mana puas kalau naik one round ja kan..ber round2 aku naik..sib baik tak muntah ka apa..ada kawan aku muntah mengalahkan orang ngandung..ka sebab bini dia ngandung, dia pon nak muntah sekali, aku tatau la..

Aku prefer Bukit Merah dari Tambun..tak best sangat Tambun..tapi Sunway Lagoon mmg lagi best la of coz..Takpa, bulan lapan insyaAllah, buat lagi benda2 lagu ni..AmaZing Race kat Sunway Lagoon gamaknya since semua orang dapat 60% discount..kalau pree lagi best kan..eehhehehe..



Dah seharian kat Tambun, semua gerak pi Ampang..bukan Ampang KL, tapi Ampang Ipoh..pi minom2 kat kedai kawan aku yang baru bukak beberapa bulan rasanya..Dekat dengan Old Town Kopitiam..Kedai dia nama Nasik Kandar MSYED...ni kawan seBatch dengan aku..orang yang mula2 aku kenai kat Saina..dah ada kedai sendirik..Modal lebih 1/2 juta..meriah hang Syed..kedai hang pon lawa tak macam kedai mamak lain..interior pon meletop ja aku tgk..tak hangat dan berkuap macam kedai mamak lain..makanan, sedap!..mee goreng hang lazat!!..ekekek..harap rezeki kedai hang bertambah2 since hang belanja kami yang ramai makan kat kedai hang!!!..ni aku tumpang sekali promote kedai hang tu na!...kekekke..ha lagi satu kalau pi Kuala Kangsar, jgn lupa makan cendoi kat kedai syed ni jugak..tepi sungai tu..seronok hang kan..duit melimpah-limpah masuk walaupon hang tak jaga pon kedai2 hang kan..tahniah..alhamdulilah kami pakat kenyang makan...



Aku vrroommm balik ke kampong dalam pukol 1030 cam tu..otw balik tu, hujan lebat ya amaat..ada 2-3 xcident aku tgk..sampai romah dah kol 12..

Penat tak habis lagi..badan sunburn dok pedih2 gatai....bestnya dapat tidoq!..

Tuesday, March 16, 2010

Awan Kelam

Salam..
Sejak dari dolu-dolu, aku suka tengok awan kelam..awan berarak gelap menyelubungi pelusuk alamaya..aku rasa bukan semua orang lagu tu kot..mungkin ada tafsiran yang tersirat kan..aku rasa tenang bila tgk awan gelap bawak ayaq hujan..aku makin terangsang kalau ayaq hujan dah melimpah mencucuri atap romah..rasa donia aku yang punya..tak ka pelik..cuba try!..dengaq ayaq hujan dok tap tap tap menderu-deru kat bumbung tu..apa yang hgpa rasa!..ahahah...waktu kecik-kecik, arwah tok selalu kata bila nampak awan gelap..lagu ni " tu, pokok hujan gelap gelita dah tu..mai masuk ghumah kaih!"..tiba-tiba rasa rindu kat arwah tok..



--------------------------------------------------------------------------------------

Kasut..

Kasut jogging NB aku terkoyak sikit..aku tak rasa nak beli baru..terkoyak tu pon salah aku jugak..hujung tali kasut yang keras tu tercucuk kain kasut tu..disebabkan aku lari dan wujudnya friction stress strain segala mak nenek, benda alah tutuk cucuk baik punya sampai terkoyak..aku suka kasut ni since dia ringan yang amat sangat..sejak aku beli hampir 3 tahun lepas, aku memang guna dia sampai tak bernapas..basuh pon tidak..sia dah berdanoq!..kesian dia..nak ja aku tulis karangan darjah 6, aku sepasang kasut!!!..sure penuh makna dan derita..kekek..

--------------------------------------------------------------------------------------

Jagung..

Pokok jagung dah besaq!..aku menanti hasil tuaian ditepi romah..cepat la jadi jagong..

Pokok terung dah besaq gebu..terong dah aku makan..terong bulat..

Pokok peria..ish..awat peria ni ketot ni..bukan pon peria katak..peria pon dah aku makan..rasa puas makan benda tanam sendiri kan..

Pokok limau mati!!!!!!!!!!!...awat tatau..tiba2 ja mati..kucing pi kencing situ ka..ka aku yang salah pi pancot situ..choi!

--------------------------------------------------------------------------------------

Tambun..

Nak pi tambun mandi manda sabtu ni sama kawan-kawan sekolah...vroommm!!!..

EOM..

Saturday, March 06, 2010

My New Toy!


Ho Ho Ho!!..ala2 Father Xmas pulak bunyinya..Dapat toy baru..kalau dulu bila orang sebut pasal toys, aku dok terbayang Anne Summers punya product..now not anymore since benda tu tak dak pon kat Malaysia..Aku dapat a new Philip MP3, Video, Radio Player..Tudia pulon tulis macam2..mampos..dah pree..tak kisah pon..benda ni mai ikut bonus point aku redeem from aku punya CIMB Credit Card Bonus point..Sedaq2 dah nak sampai tarikh luput dah..dah beberapa kali jugak aku missed tarikh luput dan aku tak redeem apa2 pon..rugi kan!..so this time, aku tak mau merugikan diri..aku tgk ja benda2 yang aku suka..aku redeem..since aku tak dak lagi benda2 lagu ni, aku redeem ja benda alah ni.dulu aku ada jugak adik beradik dia, thumb drive yang dalam tu ada mp3 player la, ada sound recorder la..lepas tu, hilang pi mana tah..tapi yg tu, kena guna bateri AAA..tapi yang ni, tak payah nak beli2 bateri AAA dah..ada built-in punya bateri..rechargeable..charge saja la kat komputer..Ok, dah selesai bab benda2 pree ni..haa! nanti nak pi kutip payung pree kat Shell pulak..sempat lagi peringat diri sendiri..

Lately, aku dok vroomm2 mencarik orang buat romah!..mencarik tukang..Mencarik sebut harga yang bersesuaian..Tunggu si Yam lambat sangat!..Larikkkkkkkkkkkkkk!!

Sunday, February 28, 2010

Bogel-Bogel

salam...
Pernah dak terpikiaq, pi kat mana-mana tempat, waktu nak maghrib-maghrib, but still people can see you..then tiba2 terasa nak bogel-bogel bersebab dan tak bersebab..tak ka keji namanya kan..kalau bogel badan tu lawa tak pa jugak kan, ini dengan pungkoq berkelaghah, tompok peta sana sini, ada hati nak bogel..apa kes!..adakah dengan berbekalkan Bimmer 7series melesenkan diri hang berbogel ditempat awan yang gelapnya light-light..sungguh keji orang itu..tak malu ka budak-budak kecik dok tengok..tak kira la hang melayu ka, hang cina ka, hang hindu ka..motip hang nak bogel merata..kalau dalam changing room, acceptable lagi..hmmm..Kes ni jadi kat aku masa aku dok bersenaman kat Mengkuang Dam yang indah permai di Bukit Mertajam..Dah la letih sepasai, nak nak orang dok berbogel salin baju depan hang..terus aku yang stim ni terkulai layu..hikhik..terus katop pintu keta, vrrrooomm balik..vavava (ayat soraya), mentang2 hang naik Bimmer, boleh katop lobang pungkoq hang la kan..keji lagi dan lagi..kekek..tak malu punya orang..daripada tgk hang, nahh saksikan kanlah..gambaq mengkuang dam buat ke sekian kalinya..






-------------------------------------------------------------------------------------

Kendori Kendara lagi..

Makan kendori dekat Kuala Ketil/Baling..aku pon kompius tempatnya kat mana..dekat ja dengan Kulim, tapi aku haram tak pernah sampai..Nama tempat tu Tawar (pronunciation dia bukan Tawaq or Tawar but Tawa.)Indah permai kampong ni..kendori kawan sekolah aku kawen..Aku lenggang kangkong bawak sampol duit pi dengan kawan aku yang reja kat Prai husband n wife, sama satu lagi couple husband n wife jugak yang reja kat Italy balik makan hangin kononnya..aku sorang2..Kenduri makan gulai batang pisang..belah2 baling ni, memang glemer sangat makan gulai batang pisang..belah tempat lain aku tatau la wujud ka dak gulai ni..mau ka hangpa makan batang pisang??..kekeek.sedap!..nasik minyak pon sedap...haaa..cakap pasai nasik minyak..baru2 ni aku termulot jahat kat kawan aku..pi kendori dia..ni kawan lain la..ada ka kendori makan nasik ayaq (nasik puteh)..orang mai kendori makan nasik minyak..nasik hujan panas ka hapa..sekali dia sound aku..hang bila nak makan nasik minyak..aku yang hangat hati dikala panas merembang di utara ni, melaser balik.."ni hang!, takat kendori hang pon makan nasik puteh, ada hati nak tanya aku makan nasik minyak!..kalau lagu ni, aku hari2 kawen!"..rasain..terus diam..jahat kan mulot aku..tak pala, orang lain buat jahat mulot ngan kita, takkan kita nak simpan dalam hati, baik bagi orang lain tu pon sakit hati jugak..fair n square bak kata orang kulim..dah melalut..abih pada tu, pi meronggeng ngan kawan2 kat Lata Bukit Hijau..dah banyak tahun aku tak pi..sejuk ja..keliling hutan kan..orang pon ramai..maunya tak ramai, musim panas, semua pakat terjun sungai la beb..



k lah...aku nak blah dulu..dah hangat berpeloh dan ni..

Saturday, February 20, 2010

Belengaih

It's been awhile.. hmmphhh..
Panaih sungguh sejak dua menjak ni..dalam sejak dua menjak yang panaih ni, sekali saja hujan..Panas terik dari pagi sampai la ke petang. Awat panaih tak tau..rasanya baru nak masuk spring..patutnya dok sejuk lagi..tup tup..dah musim kemarau...merekah abih tanah bendang..

---------------------------------------------------------------------------------------

Merlin..
Dah abih Merlin season 2 aku tgk..harapnya ada lagi sambungan season 3 nanti..syok pulak dok melayan spell spell dalam cita ni..Siap buat dictionary untuk spell lagik..siap sedia hang Soraya..aku panah hang petir kilat sabung menyabong..kekek..Puas hati dengan gambaq dia..clear..

---------------------------------------------------------------------------------------

Percy Jackson
Dah pon aku tgk.. Aku kalau bab2 cerita magic, dunia khayalan merapu, aku layan..semua sedap ja..

---------------------------------------------------------------------------------------
Daljia'S Spring - KBSWorld TB303 - Pukol 10.10pm..weekedays..

Ni Cita korea..perghh..memang best kalau orang-orang yang tak kawen tgk cita ni..tergelak sorang2 tgk..baru start..now dah masuk episod 6..kalau terlepas, apa lagi, layan la marathon hari sabtu dari 830am sampai 1.30pm..sampai kematu la juboq mengadap tb seharian..

---------------------------------------------------------------------------------------
Raya Cina

Telan buah limau..

---------------------------------------------------------------------------------------
Kenduri Kendara..

Berjalan depan romah..berjalan pi SP, berjalan Pi AS..
Setakat la ni, belum jadi la diarrhea or constipation.
---------------------------------------------------------------------------------------
Dyesebel.

Hikhikhik...Jeling ke Soraya...wakakakak...

Dahhhh...

Tuesday, January 26, 2010

Cari Jodoh (Wali Band)

Apa salahku Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur Ke Barat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Reff
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
karena cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasiani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Monday, January 25, 2010

Willy-Nilly

Salam..
Tiba-tiba ja aku ingat perkataan ni.."Willy-Nilly"..aku tau maksud benda ni masa tahun 1995..masa aku nak amik PMR..those yang tak tau aku punya umoq, now you know la kan..haha..masa tu suka dok cipta perkataan english yang bombastic kononnya..nak buat essay PMR bagi meletop time tu..dan perkataan yang aku masih ingat sampai sekarang benda alah ni la..Aku share dengan kawan-kawan aku time tu..so now aku share la dengan sapa2 yang baca blog ni..yang dah tau, baguih la..yang tak tau, pi la google sendirik..ekkeek..masa PMR tu, aku tak leh lupa, kawan2 aku semua pakat dok guna perkataan ni..adakah sebab perkataan ni semua pakat dapat English A???..hahahah..tak la kan..tapi alhamdulillah..semua A....adakah sebab perkataan ni jugak 1119 aku A???...vassssssssss gedebas..kekekek..niat baik Allah tolong kan..udahlah..tiba2 ja teringat zaman umoq 15 tahun..jika engkau pergi, bulan dan bintang masih dilangit..lalalala..layan lagu jika engkau pergi..

ha! last week, aku pi umah kawan mak aku..saja la pi..since aku nak buat rumah bulan 3 ni..aku ka nak buat umah?..mak aku da..macam la aku ada duit sangat nak buat rumah segala benda..motip rendah diri kan YAM!!..logic?..rumah tu dekat belakang petronas tepi highway Butterworth Kulim Expressway (BKE)..lepas keluaq tol lunas tu..about 4-5KM kot..blah kiri ada petronas b4 sampai Kulim Hitech Park..Sesampainya aku kat depan rumah dia..mak aiiiiiiiiiiiiii..ternganga..ternganga bukan sebab terlekat batang jagong ka apa..ternganga sebab tgk umah tu..tersergam indah..mahunya tak indah..rumah dekat sejuta dan di Kulim pulak tu kan..just imagine la besaq mana kan size dia..lain la kalau kat Penang, rumah dekat sejuta hengget tak la besaq mana pon..tambah2 dekat batu peringgi tepi laut tu..Nak masuk rumah tu, ada ayaq kolam kat bawah pintu rumah..u can see a bery2 crystal clear water thru all the glasses steps..masuk ja rumah..makk aiii lagi..tangga curve naik atas yang meletop2..lampu cendelier (cam cendol ja aku melayukan ayat tu) yang besaq amat tergantung kat ruang tamu yang bersaiz sebuah rumah murah..aku rasa macam aku masuk dalam majalah impiana or anjung seri saja..rumah lengkap dengan mcm2 benda advance..siap ada jacuzzi canggih tak tahan tu..makcik, nak tumpang jacuzzi buley dak??..tapi risau jugak kan dok umah besaq2, tapi yang ada laki bini saja..anak2 dok tempat mana2 hala..tapi makcik ni, bery downtoearth orangnya..tak la macam sesetengah mak2 datin yang kaya raya yang bery arrogant sama kekwat gitu kan.. kalau makcik ni kekwat, sure dia dah sentap aku panggil dia makcik!!..kampong sangat aku kan..kkakakakak..at least auntie ka apa kan..mampos la..ada aku kesah..

Friday, January 22, 2010

Legion

Jangan pi tengok morahan ni..tak best langsonggggggg!!!! choiiiiiiii!! buduuuuuusss punya cita...nyesal aku bayaq 10 hengget..

Sunday, January 17, 2010

Power

Salam..
Ish power spec aku ni turun ka since pakat ainun beauty la, permata hijrah la..aku rasa penin2..samaada tak cukup power atau terlebih power...

Setelah sekian lama aku tak pi mendugong..minggu lepas aku pi balik..last time aku buleh buat 15-20 laps, kali ni nak buat 10 lap pon aku dah tak larat gila..tercungap-cungap dah...orang pulak ramai..mungkin sebab cuaca panas kot, semua pakat nak terjun kolam..dah banyak hari hujan tak turun..

dub dab dub dab..

Tuesday, January 12, 2010

Suka-Suki

Salam..sedaq tak sedaq, dah pon tahun baru..tak dak apa yg menarik pasal tahun baru..hari-hari berlalu macam biasa..tak dak pon resolution yang nak digapai. Apatah lagi yang telah dicapai..halatuju pon masih belum ada arah tuju yang betol-betol aku inginkan. Tapi yang parah lagi, aku pon tak tahu apa yang aku inginkan..kalau lagu tu, lagu mana aku nak pi ke hala tuju aku kan..parah ...hmmm..hela napaih panjang..mungkin banyak dosa kot yang aku buat..pintu hati belom diterangiNya..ya Allah ampunkan dosa-dosa ku..
Mungkin keberkatan belum byk dilimpahiNya..aku redha..
Apa yang dah aku buat sejak dua menjak ni.tak dak apa2 yang menarik..ke perlis awal tahun baru melawat project kambing dekat bukit keteri..jumpak kawan-kawan diperlis..makan2 dan bercerita kisah2 lama..lain pada tu, aku pi kenduri-kendara masa cuti sekolah..kenduri orang aku pi, kenduri aku taktau la bila lagi..lately byk pulak tukang2 carik jodoh untuk aku..aku ja rasa kawen tu belum lagi menjadi satu kepentingan dan kehendak buat masa sekarang.aku tak rasa aku desperate lagi..years to come, sapa tahu..semua tu kerja Allah..gasak la orang nak kata apa.
Wayang..aku layang a few movies..Sherlock Holmes & Avatar..Dua-dua aku suka..Terbeli cd2 dekat Batu Feringghi punya night market..murah nak habaq mai..aku beli 12 keping CD hanya dengan 28 hengget..8 CD cita merlin season two, Australia, Bruno dan ada lagi aku lupa lagi dua..tak ka haru..cepat sangat lupa..menapak di night market tu buat pertama kalinya dalam hidup..2 km jugak rasanya menapak..sepanjang jalan..mostly yang ada Ang Mo la..Fuh..penat..dahla..

Wednesday, December 09, 2009

Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!

Jangan sampai one day aku langsung dah tak percaya...
I just hate it..but..try to let it blahhhhh from my heart..
Tambah lagi dengan benda2 remeh cucuk sana sini..adoiii...tension!!!!!!
Semua benda happened at one night..feel so depress!!!!!!..meluat..let go let go..
let by gone be by gone..nak ja aku carut carut..tapi aku bukan jenis suka mencarut..

Saturday, November 28, 2009

AidilAdha 2009

Salam..
kembang kempis idong aku untuk siapkan project aku..frustrated gila bila robot aku tak menjadi..asyik terencat saja robot aku..naik menyampah aku..hati dah dup dap dub dap..cepat la beri aku petunjuk utk bagi jadi robot aku berjalan tak terencat..

Aidiladha kembali lagi..Alhamdulillah, aku masih hidup atas kehendakNya..Aku harap Aidiladha 4-5 tahun akan datang, aku akan berada ditanah suci Mekah sama macam jemaah haji yang tgh menunaikan haji sekarang ni..Harap-harap hidup aku masih panjang dan akan dipermudahkan urusan haji aku nanti..Amin..

AidilAdha tahun ni, tak semeriah tahun2 sebelum ni..tinggal kami berdua saja..yang lain semua tak balik..pada hari raya aji pon, makan ketupat berdua saja sebelum pi mesjid semayang raya..rasa sunyi..sunyi..sunyi..Lepas solat raya, terus balik rumah..sunyi dan sunyi..tiba2 kring kring..kring kring..(mana ada talipon aku bunyi lagu tu kan)..Soalan pertama, Bang Own buat apa tu.??..hihihih..tgk tb la hari raya..Kami nak balikkkkkkkkk!!!!..Kami bosan sebab kebiasaannya kami raya kat kampong, tiba2 raya tahun ni, tak balik kampong, kami rasa macam mati kutu..tgh hari kami sampai kampong..!!!!!..Heheh..seronok aku, sebab ada jugak yang nak balik kampong..Kenduri Korban pon bersepah-sepah..aku pi yang mana dan saja..yang tak dan tu, kiranya aku tidoq kat bilik...

Malam raya pertama, layan wayang kat LandMark Central..Cerita Ninja Assassin. Si Rain berlakon..Aku layan..darah bersepah-sepah pancut sana sini..banyak action..Best jugak cerita ni..Tambah pulak, seat panggong ni sedap dan selesa...Panggung ni baru bukak hari raya pertama lah..semuanya nampak cantek dan teratur..aku rasa puas hati takat la ni..lepas ni, aku nak tgk wayang, aku tak payah la nak pi jauh-jauh..Kat kampong pon dah ada panggong wayang..

MInggu depan nak tgk Twilight Saga: New Moon..Last time aku dah tgk cita ni..so ni kesinambungan dia..Kawan aku kata jalan cita dia slow..aku tatau la slow lagu mana...aku kena pi tgk jugak..Cita 2012, aku tak pi pon tgk..Aku rasa aku tak akan tgk kot, sebab aku takut Akidah aku sedikit sebanyak aku terpesong sikit-sikit..Aku bukan kuat sangat pon..Daripada aku terpesong, baik aku tak pi..lagi pon cita tu biasa-biasa ja aku dengaq kata..CGI dia yang meletop..Apa2 lah...harapnya aku tak rugi tang mana pon kalau aku tak tgk..

Tgk xmas carol last week..yang 3D punya..kena bayaq 15 hengget kat Gurney Plaza..1st time tgk 3D..hmmmm..mungkin aku dah letih satu badan lepas kerja, aku rasa tak best pon cita dia..mungkin sebab katon sama kot..aku tak minat katon..

Aiyoma...dah nak masuk bulan 12..cepatttttttttnya...nombot 2 jangan tinggal kan aku lagiiiiiii..aku belom bersedia..belom cukop iman didada, belom ada yang mahu..hmmmmmmmm..

Saturday, November 21, 2009

Tebang

Salam..
Minggu kenduri kendara dah bermula balik..coti sekolah dah start..tinggai la aku sorang-sorang nanti kat rumah sewa..cikgu-cikgu semua dah balik kampong masing-masing..aku yg bukan cikgu ni, kerjalah cam biasa..
Hujan masih dok melimpah ruah seperti biasa..belum pon nampak macam nak banjir kat kampong aku..harapnya tak banjir..cuma lecah sajala here and there..bila dah lecah, dengan kereta2 semua abih terpalit dek selot2 lecah..tayar kereta dari itam boleh jadi kelabu puteh taik anjing..dah nama pon kampong..

Operasi nak buat rumah insyaAllah, start awal bulan 1/2 tahun depan..hari ni, orang mai tebang pokok2 buah yang rasa tak sesuai lagi ada..sebab nanti nak buat rumah susah sbbnya pokok ni dok halang sana sini..Pokok nyioq tumbang menyembah bumi, pokok nangka pon sama, pokok manggis dalam proses tu ha..pokok rambai pon dah kena..kesian pulak kat pokok2 ni..dah lama dah tanam..dah byk kali merasa hasil dia..hari ni, tumbang..tapi pokok2 seangkatan dengan dia, masih dok ada...bezanya, cuma kurang sajalah pokok..dan ruang jadi lebih luas dah terang benderang..




Operasi makan kenduri kat rumah member di SP..sedap nasik tomato sama ayam dan daging dan lagi2..siap tapau bawak balik..mintak buat muka tak malu kan..dah la tapau, lepas tu pulak melantak hitea kononnya dekat A&W Tesco SP selatan..Lepas dah melantak..xtbt malam, order prosperity burger MCD kat member yang kerja kat MCD..makan saja minggu ni..peloh keluaq sikit-sikit saja nih..aduhh..!

Sunday, November 08, 2009

Sepanjang Minggu

Salam..
Sepanjang minggu, aku menciretkan diri..sat sat, berlari ke toilet..sat sat berlari ke toilet..aku ada satu ja toilet kegemaran..abih tu kalau toilet peberet aku occupied, terpaksa la aku terkepit-kepit menahan keciritan..Asalnya, kes ciret-ciret ni start dekat kampong lagi..now mereebak sampai aku..nasib baik aku tak dak pulak muntah-muntah. Kalau dak, lembek satu badan aku..ayaq keluaq kot ataih sama bawah..Aku tak amik MC pulak..ada demam sikit..tapi pi klinik lepas waktu kerja, dokter bagi ubat, aku balik rehat..Walaupon aksi keciritan, aku tak selesa kalau tak pi senaman..jogging at least..rasa tak lengkap waktu petang..Kalau balik umah sewa pon, bukan nak buat apa..tidoq jugak kerjanya nanti. Hujan rajen pulak turun dipetang hari. sat sat rintik-rintik, sat2 lebat..potong stim kalau aku nak main basket court basah..mau kalau pulon main jugak ada yang telentang kat court..Sepanjang perut aku tak sihat, aku telan la ubat sakit perut sama ubat demam dan jugak ORS (Dehydration Salt)..Alhamdulillah, now dah ok..

Ada Annual Dinner hari Jumaat lepas. Temanya Fashion Runaway Shimmering Night..Buat dekat E&O Hotel Penang.. Memang granddd...Semua orang bersinaq-sinaq gitu. Makan pon best aja..Aku layan saja..Dancing Group dari mana ntah buat performance..aiyoyoyo..meletopppp..!!!..Yang paling aku layan, lagu Lady Gaga..Poker Face..Tu tak kira dancer2 yang pakai ala2 penari bogel lagi..kekeke..seksi gitu..suker suker..hancoq aku ni..hishhhh..Grand prize utk lucky draw, dapat umah sebijik kat penang!!!!!!..Anda percaya..ekekekek...Tak la..TB 52 inc" yang reganya dalam 25K..Dan yang pasti, aku tak bertuah..aku bertuah dapat door gift yang cute dari komiti..





On Saturday, ada kenduri Aqiqah..rumah pakcik aku..kat depan rumah aku aja..meriah...bukan catering ok..(beliakkan mata ke Yam)..buat gotong royong kampong..pukol 8 pagi ja, dah ramai pakcik2 kampong mai..semua pakat bawak pisau potong daging masing-masing. Makcik-makcik kampong, sibuk dok potong sayoq sama dok persi segala benda..Aku?..aku amik parang, takek ikan talang..takek tulang..best..Menu, sup daging fanas2, daging masak itam, ayaq asam tomato, gulai ikan talang, sayoq kerabu timun cabai, dan buah buah..ayaq?..sirap bijik selasih..I likeeee!!..Aiyo, tengah hari, ramai gila orang maiiii..Maklum la, pakcik aku orang kenal kat kampong tu..Abih orang kena Q untuk dapatkan meja dan makanan..Bayangkan betapa ramai..sampai tak cukup tempat..Aku jadi mentara light-light saja..Dalam dok tolong-tolong, ciret dan ciret...aiyomaaaaa...larikkkkkk ke toilet..bocoq bocoq..

Pi HomeDec 2009 dekat PISA on Sunday morning..mak aiiiiiii...ramainya OC...Parking pisa yang sebesaq alam tu, FULLLLLL!!!..Maklumla, last day..so, banyak la segala discount2 hebat..orang pon tak mau la melepaskan peluang last day ni..buleh dapat murah..Fuhhhh!!!..berpeluh jugak aku dalam ekon pisa tu..bergesel sana sini..sebab rapat sangat..dah la aku tak pakai spenda..bila lalu kot depan or bontot orang, kena la tutup2 sikit ngan tangan..waaaaaaaaaaaaaaaaa....risau aku satgi orang terasa adek aku..kekekeke..kalau seluaq jeans ok lagi, ni aku pakai seluaq cotton british india yang bermude tu..aduhhhh..budget nak suruh angin masuk awalnya kan..rasain!!!!!!kekekeek..









Sunday, November 01, 2009

Tak Sihat

Salam..

Isk..minggu lepas mmg minggu tak sihat..ramai orang sekeliling aku sakit..mak aku, pak penakan aku, mak penakan aku, sepupu aku..semua ciret biret, muntah2..siap masuk ward lagik..Alhamdulillah, aku takat la ni, ok lagi..belum jatuh sakit. Aku amik emergency leave sebab nak jaga mak aku..so, last monday, mmg aku dok kat rumah..Selasa baru aku masuk kerja..

Sebab lama duduk kat rumah, aktibiti makan aku meningkat beberapa peratus tinggi dari biasa..adoii..gasak la..weekdays, aku balas dendam balik..main sampai tak ingat dunia..abih lencon baju aku..

tak dak apa yang best..aku pon rasa letih semacam ja nih..ingat nak tgk wayang tadi...nak tgk cita ninja..pastu, ilang mood berwayang..terus pusing2, beli stoken 2 pasang..pastu aku balik rumah..sales sakan jugak aku tgk dekat Sunway Carnival Mall..


Saturday, October 24, 2009

Sepetang..

Salam..
Makin giat aku main basketball sejak dua menjak ni.
Aku bahagikan waktu..Main alternate day cam tu..Hari ni men basketball, hari esok lepak kat gym..Aku really enjoy buat benda2 ni. Bangun tidoq dipagi hari pon rasa segaq bugaq saja..Tak cukup seminggu kerja last week..dah dapat replacement untuk raya indu kan..Tak dak apa yang best sangat pasal kerja pon..Dah registered utk dapatkan vaksin "flu" (dimelayukan skit), save rm 45 tak payah nak pi cucuk kat luaq..dokter mai cucuk kat dalam..Dah ready nak pi mangrove planting program dekat sg. sembilang, juru bulan 11 nanti..

Ni gambaq-gambaq aku jalan minggu ni..di mana ni?...kali ke 4 aku sampai tempat ni..Mula-mula sekali aku lawan basketball, kali ke 2 pon aku lawan basketball, kali ke 3 aku pi tidoq umah D.O tempat ni yang atas bukit tu, ni kali ke 4..mai jumpak kawan aku..

















Sunday, October 18, 2009

Raya Indu

Sebelum beraya indu, aku sibuk dok bersukan basketball..berapa gelen peluh dah keluaq aku tak kira..
Sebelum beraya indu, aku ke Chawrasta Market buat kali pertama dalam hidup aku..Aku tau kewujudan Chawrasta ka Penang Road, tapi aku tak pernah pi..Aku pi nak belikan jeruk untuk si Limah dan Yam...Lepaih pada tu, aku singgah pekena cendoi Penang Road..tak makan sangat kuah santan cendoi tu..aku makan isi-isi kat dalam tu ja..jarang nak mai belah-belah georgetown di petang hari...dan first time jugak aku nampak entrance Komtar..







Kawan aku antaq aku ke Penang International Airport yang hanya sekangkang kera dari kilang..Aku tinggalkan aja keta dekat parking kilang..so, tak kena panas..parking kat airport kena bayaq 22 hengget untuk 24 jam..2 hari sebelum aku berlepas ke KL, aku siap mimpi flight aku terhempas..aiyo..penat aku dengan mimpi ni..nak terhempas, tapi dalam beberapa ratus meter, flight boleh terbang dengan selamba saja lepas tu..sib baik tak berkecai..
Am sama Ainul amik aku dekat airport..rajen depa..ingat nak naik ja kenderaan apa yang ada situ ke kl sentral.makan sat kat meriberown...vroomm ke rumah Ainul kat Salak Tinggi..melepak sama mak pak dia dan jugak makcik dia yang kepo..suka aku bila ada orang ramah..so, tak la sunyi sangat..pekena ayaq teh sama muruku2..raya indu katakan..lepas tu dalam pukol 12 bertolak ke Shah Alam..ni buat kali ke2 aku mai Shah Alam..Last sekali aku pi masa tahun 1988 kot..Pakcik aku bawak meronda tgk mesjid shah alam..Cantik jugak Shah Alam rupanya..tak la seserabut penang yang dah jadi ala2 Hong Kong sekarang..Tapi Penang tetap di hati..
Pi jumpak budak-budak Saina dekat Shah Alam..Lama tak jumpak..Buat jamuan hari raya ringan-ringan..sembang banyak2..Banyak pulak kawan-kawan yang mengandung..ada pon yang dah cerai..mungkin ada jugak yang dok fikir-fikir nak kawen..
Aku tidoq kat rumah kawan aku..sib baik ada rumah tumpangan..kalau dak, merempat la aku kat otel lagi..sib baik wife kawan aku tak kisah pon..dah la kawan tengah sarat nak veranak..aiyooo..due 3/11 ni...tapikan..disebabkan kekecohan kawan2 sekolah yang ada, terus wife kawan aku veranak ja malam tu jugak..dapat baby boy..3.7kg..berat tu..aku antara orang terawal tgk baby tu..dan jugak mendokong baby cute tu..terharu..sbb selama ni aku tak pernah pon pegang baby kecik2 ni, esp baru ja lepas bersalin...
Malam, aku melepak sunway pyramid..ada new wing dah la ni..lamanya aku tak singgah sini..Abes pada tu, melepak kat MMZ restoren..kedai mamak dekat bukit jelutong..sedap pulak mee dia...
Hari Ahad sebelum balik ke Penang, vrooomm pi IKEA..bersantap dekat Burger King kat situ...(tak singgah pulak rumah Deo, sempat tgk bumbung Brunsfield ja)..Bagi Yam jeruk yang aku beli kat Chawrasta tu..Rasain Yam, ikut lagi kak hang..kan dah kena kuis2 pasiaq gitu..kekekek..Membeli belah sakan jugak kat IKEA..










otel bujang ku..kekeke..

Lepas tu, pi ronda2 KL city..then terus ke airport..Balik Penangggg....Isnin, cuti lagi..replacement raya indu..Fuhhhh...lega..berbaloi-baloi..

Saturday, October 10, 2009