Sunday, May 31, 2009

Vatican City

Salam..
Pernah suatu ketika dulu, aku sampai disatu tempat namanya Vatican City. Sebuah Negara kecil yang pada awalnya aku ingatkan dibawah jajahan Italy. Sejauh mana memandang aku tgk kawasan Vatican City pusat keagamaan/kebanggaan penganut kristian katolik. Aku sempat jugak tgk perlantikan pope baru selepas kematian pope sebelum ni. Pope baru dari Germany. Orang ramai/tourist sememangnya penuh berpusu-pusu mengunjungi Vatican City ni. Tgk tok balang Vatican City ni punya uniform memang mcm zaman dulu-dulu.

Kisah Vatican City ni, kembali dalam ingatan selepas aku tgk movie Angle&Demon. Kalau boleh nak lagi aku pi sana. Mungkin tahun depan?? InsyaAllah. Orang ramai keliling Vatican City ni dalam movie tu, mmg real. Tok balang dia pon memang pakai baju belang-belang sama topi penyet tu. Environment kat tempat tu memang sama seperti yang ditunjukan dalam movie tu. Asap itam, asap putih perlantikan Pope mengimbau kenangan aku pi situ dulu. Ramaiiiiiiiii orang..Cuma time tu, tak dak la pulak aku dengaq kisah iluminati..kekekekke..Aku pi tgk movie ni sama sorang ex-operator aku. Balik rumah pon pukol 12.30 pagi.

----------------------------------------------------------------------------------

Jatuh tangga. Licin. Balasan tuhan serta merta kot. Last sekali aku jatuh tangga masa dekat uni, tu pon sebab licin jugak. Lepas sudah mandi. Terlondeh towel. Terbogel aku kat tangga. Sakit kat punggong tuhan saja yang tahu. Kali ni jatuh pon, sakit kat punggong tuhan saja yang tahu. Lebam peha aku.

----------------------------------------------------------------------------------

Makan dekat kedai Ma Ma Mia, Penang. Introduced by my friend. Belakang Kayu nasik kandar. Makanan dia sedap. Aku pi lunch kat situ. Rega pon reasonable. Bukak sampai pukol 12 mlm. Aku ingat nak try dinner kat situ pulak nanti. Makanan untuk dinner tak sama macam lunch. Lunch lebih kepada nasik campoq. Malam ada lebih banyak pilihan I guess?..

----------------------------------------------------------------------------------

Started looking for Ph.D punya research interest. Surfing UK’s uni punya websites, usha-usha topic-topic yang bersesuaian dengan aku. Currently interested with Bath uni, L’boro Uni and Cambridge uni. Ada jugak tgk Georgia Tech uni sama Virginia Tech uni. Aku malas dah nak amik GRE or TOFEL, as aku dah dapat waive untuk IELTS kalo nak masuk UK uni. Berusahalah J


----------------------------------------------------------------------------------

Makan nasik maqlaba?? Ka aku silap..aku semayang dekat masjid USM, Jumaat lepas. Tak pernah semayang jumaat kat sini. Terasa macam student balik. Lunch dekat Desa Fajar sama kawan aku. Tapi aku beli makanan pak arab dekat tepi masjid USM. Banyak gila jenis makanan yang depa jual kat tepi masjid..Rupanya memang byk community depa kat USM. Aku rasa macam aku dekat Asia Barat saja. Sedap jugak nasik tu. Aku rasa aku pernah rasa masa aku dok dekat Manchester dulu bila makan dekat masjid Ambrose. Makan dalam talam ramai-ramai esp masa bulan puasa. Kawan aku beli butter milk. First time jugak aku rasa. Masam-masam. Minum 2 tiga tegok, aku dah tak buley nak p. Lepas jumaat, kawasan masjid memang jadi lautan pak arab..Lain rasanya..Alhamdulillah dapat rasa benda baru.

----------------------------------------------------------------------------------

No comments: