Monday, May 18, 2009

Nasib Badan

Salam.
Last week hari Khamis, aku decided nak pi tgk wayang lepas workout. Call kawan aku ajak dia sekali join. Tapi dia still kat ofis. Buat OT gamaknya. Sibuk kot time-time ekonomi gawat ni. Last-last aku layan wayang sorang diri. No hal punya sebab dah biasa dah buat benda sorang-sorang ni. Aku yang kelaparan lepas workout, beli wafel perisa kaya sama coklet. Tujuan utama, nak tgk wayang cita wolverine. Aku tgk yang pukol 9.20pm. Full house jugak kat GSC Queensbay ni. Disebabkan aku sorang, aku tak dak masalah nak carik tempat kosong. Ada saja seat kosong celah-celah orang. Dari awal sampai habis movie ni, memang tak bosan langsung. Semua aksi best menarik perhatian aku. Best gila Hugh Jackman berlakon. Walaupon aku letih malam tu, tak pulak aku rasa mengantuk. Buat sapa-sapa yang tak tengok lagi tu, aku syorkan pi tengok. Memang best. Aku sampai rumah dah dekat pukol 12 mlm. Mandi serba sikit, terus aku tidoq.

Pagi Jumaat aku dah rasa tak sedap badan. Tekak aku perit, kepala aku pusing. Hantaq message dekat boss cakap aku tak sihat dan nak pi klinik. Nak bernafas pon macam tak selesa. Dokter India ni aku masuk dalam bilik dia, muka ya ampun, masam nak mampos. Aku yang tak sihat ni, lagi tak sihat jadinya tgk muka dia. Haram tak tanya pon aku sakit apa semua. Aku pulak yang kena start sendiri. Setahu aku, dokter2 semua dah diajar utk pandai communicate sama customer. Ini tak. Dengan paper Star atas meja, dok terbentang muka surat 10. Aku hangin ja satu badan. Clinic depan Sunshine. Dia bagi aku ubat. Dispenser pulak dok bergaduh apa tatau kat belakang. Hingaq satu clinic. Adoi..Sakit hati. Amik ubat sama MC, aku terus blah. Tak puas hati dengan layanan dokter situ, aku terus vroom ke Bukit Mertajam Specialist Hospital. Alang-alang aku nak balik kampong, aku singgah situ dulu. Boleh tahan jugak ramai orang. Tapi specialist yang aku nak jumpak, tak ramai orang yang tunggu dia. Aku jumpa pakar ENT. Dia check pon tahap mengerikan. Amik scope yang kecik tu, yang ada lampu tu, dia jolong masuk kerongkong aku..ditariknya lidah aku keluaq. Sambil suruh aku sebut eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee….ha, jangan ada yang dok tiru macam mana aku buat sudah. Lepas tu, dia amik scope lain, jolok masuk hidung aku. Adoiiiiii…terasa benda tu bergerak masuk. Rasa tak selesa gila..Dia cakap semua ok..Tapi aku still tak puas hati, sebab aku rasa macam tak ok. Tapi hanya dokter dengan aku ja yang akan tau apa yg aku rasa tak ok. Biaq pi la dulu. Harap-harap ok lepas ni.

Makan ubat, dan tak tak larat nak duduk rumah, Aku angkat kaki pi CRC kulim. Aku tengok ada banner, Kejohanan WRC Muay Thai International kat situ. Disebabkan aku tak pernah tengok benda ni live, aku pi la. Tak jauh dari rumah. Dalam 5 minit ja bawak keta. Entrance fee kena bayaq rm13. Ok tak la mahal sangat. Ramai jugak penonton. Riuh rendah. Game tu start dalam pukol 915pm. Aku layannn…tengok depa dok tendang sini, tumbok sana, siku situ..sampai ada yang jatuh dah jadi macam ayam kena sembelih. Tapi memang best gila. Orang siam ada, orang melayu ada, orang futeh ada, orang gelap ada. Puas hati lagi tengok. Aku pi tgk yang 8 May punya. Ingat nak sambung tgk yang 9 May, tapi aku dah tak daya. Tak sihat badan lagi.

Hari Sabtu, aku buang air kecik dan besaq keluaq darahhhhhhh!!..adoi makkkk..apa ni?? Aku dah jadi macam gelap mata..Sebab darah keluaq. Banyak jugak. Kalau setitik dua, ok..Jangan tanya aku sebab apa, sebab aku pon tatau..tu time pagi, time petang pulak jadi lagi benda yang sama. Iskkkkkk…apa nih!!!!! Ya Allah, sihatkan la tubuh badan hambaMu ini……Amin..

Cuti wesak sampai isnin..aku rehat..tapi macam belum selesa lagi..Sambut Mother’s day sama sepupu sepapart keliling rumah..makan Laksa, mee kuah, KFC, Pizza sama ayaq oren..Meriah dalam ketidaksihatan..

No comments: