Sunday, May 24, 2009

Hangat

Salam..
Seminggu aku melelong-lelong dekat ofis. Belum hilang lagi pening-pening aku. Nak buat kerja pon macam terganggu. Masa berjalan pon aku dok pegang dinding. Risau jugak kot kot nanti tersembam aku menjilat lantai. Nak makan pon tak berselera sangat lagi. Amik tosey sekeping pon tak larat habis. Apatah lagi nasik sepinggan. Aku makan ubat macam biasa. Tapi still dok rasa pening-pening. Awat tatau. Sapa dok bomoh aku nih..Astaga.

Petang-petang lepas kerja, aku buat light exercise. Tak mau la tergolek atas tilam buat lemak. Bagi keluaq peluh sket, kot2 aku kembali sihat cam sediakala. InsyaAllah.

Lately berkuap saja. Berpeluh-peluh. Tunggu hujan turun, tak jugak turun turun. Meleleh peluh..

Ikan ketutu?? Haruan Bodoh? Haruan Ubi..Iklan sat..sebab tiba-tiba dalan Buletin Utama ada raise up pasai ikan ni yang ditemuramah sama Datuk Sheeda Ramli. RM80 se Kg.
Takut aku tgk kepala ikan ketutu ni..Ada geli sikit-sikit.

Pi gunting rambut hari ni. Rambut belakang dah mencecah koler baju dah. Dah panjang sangat dah. Tak terurus rambut. Rasa macam tak kemas. Awal pagi Ahad dah kluaq pi pejabat pos..aku nak pi simpan duit kat ASB sama ASN imbang 3. Lain kali buat saja la potongan gaji..Kan senang. Tak ramai orang. Mungkin sebab awal lagi kot. Orang baru dok sarapan gamaknya. Selalunya hari Ahada, pejabat pos penuh, sebab hari ahad hari cuti untuk kilang-kilang di sini. So ramai la amik kesempatan nak pi pejabat pos, sebab pejabat pos kedah bukak hari ahad. Tutup jumaat sama Sabtu pertama of the month..Lepas tu baru gunting rambut. Tak payah tunggu pon. Terus masuk dan digunting. Bayaq 12 ringgit. Mula-mula tu ingat nak pi kedai sorang apek ni, hamper 20 tahun aku tak menjengah kedai dia. Aku tak tau dia masih hidup ke tak. Dulu masa kecik, mak aku selalu bawak pi gunting rambut dekat kedai dia. Sampai kat depan kedai dia, ramai pulak pakcik-pakcik tua tgh tunggu nak gunting rambut. Tukang genting orang lain. Tak pulak aku tanya orang tu, samaada apek tu masa ada ka dak. Kalo dak Cuma nak kena bayaq 6 ringgit saja. Mungkin next time aku pi gunting dekat situ.

Petang Ahad, singgah sat dekat pasar malam. Beli buah pelam 3 kilo rm 10. Lengoh tangan dok kendong buah. Beli buah sama ubat semut mak aku pesan. Dia nak taboq kat tapak semaian kangkong dia.

2 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

sama la rega pelam kat KL 3kg rm10...but kat pasar malam ermmmm musim ka cam murah plak sana dan sini same price nya.

frappe_crush said...

haru tu musim..la dah nak abih musim kot..nak nampak kurang. nak mai musim durian, manggis dan rambutan pulak.