Sunday, October 30, 2005

Tidoq

Salams..
Aku gi kerja. Hari Ahad, dapat gaji lebih. So aku kerja.Tu pon sebab kena kerja la.Apa aku merepek ni..Aku balik umah dalam kol 7mlm..Bus kurang hari Ahad..So, aku terpaksa menapak utk carik bus lain..Tak pala, bukan jauh sangat pon menapak..tapi yang hampehnya, angin kuat sangat..sejuk la pulak..Aku singgah satu kedai nama SPAR..aku beli pisang 2 bijik..Makan la la tu jugak..Kenyang mkn pisang..Bus aku sampai dalam 5 minit lepas tu..
Turun bus menapak lagi ke rumah dalam 5 minit..Gelap gelita..sib baik ada lampu jalan..apa ni, cam keling lagi ayat aku..gelap gelita, sib baik ada lampu jalan??..hahah..Sesampainya aku kat rumah, aku mkn nasik berlaukkan ikan masak apa aku tak tau..sedap gak..aku mkn ngan cabai melaka (cilipadi)..org utara panggil cabai melaka..dont ask me why..aku mkn cabai tu tanpa di masak..macam mkn ulam..cam tu la aku mkn cabai..aku mmg makan pedas..abih mkn, basuh pinggan pasuh periuk..tgk tv sat..mata dah ngantuk..aku pon masuk bilik, angkat duvet aku, terus lompat atas katil..tidor..
Sedar dah kol 2 pg..rasa lega, sebab sebelum tidoq dah pon solat isya'..so, time aku terjaga, aku nak terkencing..aku malas nak bangun..isk, takkan nak kencing atas tilam..aku paksa diri aku bangun ke toilet..housemate aku tak tidoq lagi..dok tgk tv cita apa aku tak tau ko 2pg cam ni..aku mls nak gi usha..aku masuk balik bilik dan sambung tidoq aku..kol 430pg, aku bangun balik nak sahoq..aku masak maggi PAMA..letak sayor ngan teloq..
Then aku ngadap laptop aku..balas email kengkawan aku..email mak aku..dan email2 lain aku baca..Selamat segalanya..

Saturday, October 29, 2005

Tukat Waktu

Salams..
Hari ni dah berubah waktu..Hari ahad terakhir bulan Oktober setiap tahun..
GBT ke GMT (British time ke Meridian Time)..So, before this beza jam ngan Malaysia 7 Jam, but now dah jadi 8 jam lewat dari Malaysia..Sapa yang kerja hari ni, kena btol2 ubah jam..Kalau idak pegi awal pulak kerja..Aku pon tadi sahoq mkn kejap ja, tak lama, sebab aku bangun pukol 5..Fajr pukol 508am..mkn cepat2..sebab sebelum ni Fajr kol 6pg..Hari ni bukak posa awal..bestnya.. pukol 4.04pm bukak hari ni..maknanya, malam dah makin cepat..tu pon sebab jam dah dilewatkan..
gatal kat tangan aku dah kurang sket..sebab letak ubat yang ada steroid tu..tapi aku still rasa ada gatai2.InsyaAllah, pelan2 baik harapnya..
aku keja semalam senang hati je..Walaupon letih, tapi sebab hanjeng tu tak datang seminggu, aku sonok je..

Thursday, October 27, 2005

Gatal tangan

Salams..
tangan aku gatal...sebelum ni ada menatang apa tatau gigit aku..ada 4-5 bijik kat lengan..aku boh ubat..ingat nak baik..tapi idak..siap dapat infections plak tu..arghh..gatal..cian aku..jadi buruk gila kat lengan ngan tompok-tompok merah..aku tengok pon cam ngeri..jap gi aku nak gi jumpak gp..harap2 dia bagi ubat yang btol kat aku..dah tak tahan menggaru nih..lagi garu, lagi gatal dan sedap..ish..selamat hari ni cuti..aku nak pi lepas solat jumaat sat lagi..
tak sat, aku sahoq mkn roti bakar, fish finger, ayam apa ntah ngan ice cokelat..sedap..dah kenyang..dah solat subuh dah..so, nak tidoq balik..lupa..aku nak catatkan plak..aku balik kerja kemarin dalam kol 7 mlm..aku bukak posa dah kat tempat kerja dalam kol 550ptg..aku minum air kosong ngan shortbread..balik umah aku mkn spaget pedas..sedap gaks..pastu, aku terus tidoq dari kol 8 mlm sampai kol 5 pagi..kol 5 baru solat insya..letih sangat semalam.
okla, aku nak sambung tidoq..selamat..aku serius tatau, bila raya ya?..aku posa ja..ngantukkkkkkkk....huhuhu..
------------------------------------------------------------
aku dah tulis panjang2 tadi..tiba2 connection lost..ilang data aku tgh nak publish..hanjeng..ni aku nak tulis terus pendek..aku tak larat nak tulis dah..huhuh..
aku pi jumpak gp lepas solat jumaat.
aku dapat ubat aku..
aku sonok harap tak gatal dah.
aku pi city center. beli barang sket..
aku bukak posa kat masjid city center..mkn kurma, apple pisang, cucoq bawang.
aku balik umah..mkn nasik ikan sweet sour..
ok..dah..bengang lagi ni..huhuh penat aku tulis..apa la internet ni..


Gambar kat atas tu gambar masa aku kat klinik..aku saja amik time bosan tunggu turn..ok, selamat malam...

Tuesday, October 25, 2005

Spek Mata

Salams..
Bukak posa mkn spaget ngan air pineapple.
Sahor tadi mkn scone, conflakes and air nanas.
Time bangun sahor, tercarik2, mana spek mata aku nih.meraba2 dalam gelap. tak kan nak pakai lens pagi2 buta.hampeh btol, akhirnya, aku tak jumpak jugak.. Sib baik ada spek simpanan..Tu pon jumpak spek simpanan ni lam beg besaq..dah lama tak pakai spek ni..rasa tak selesa sket..tapi biaq la, janji aku leh nampak..
Kerja jap gi kol 10pg. Hari ni nampaknya dry sepanjang hari. Tapi kemungkinan angin akan kuat.OKlah tu..jgn jadi WILMA dah la..kang dengan aku sekali melayang2 diudara cam cita cina.
OK, aku nak tidoq.

Monday, October 24, 2005

Hujan

Salams..
Dear Diary..(Cam citer Bridget Jones's Diary je)..
Hari ujan..ujan ujan dan ujan dengan lebat sekali..Aku nak gi kerje..hujan..Terpaksala aku memayung hari ni..Selamat payung aku besaq..Didatangkan khas dari bumi Malaysia..Rajen aku mengusung payung kesayangan aku. Kalau beli payung kat sini, semua kecik kecik..pastu bila angin kuat, payung kecik semua patah..tapi payung aku tetap kuat dan utuh..Aku bangga la pulak ngan payung aku yang berjenama Shell ini..heheh..Kalau time ujan ni, sure nanti basah kasut aku..Kasut aku dok pakai pi kerja ni dah berlubang kat tapak sebenarnya, malas aku nak gi baiki.Kasut ni elok lagi, tahan lama, cuma tu ja problem nya..nak pakai kasut lain boleh, tapi kaler lain la pulak..selalunya gi keja pakai kasut itam..ada kasut itam lagi satu, aku tak mau pakai lagi..cadangnya nak pakai bila balik Malaysia nanti..So, aku amik keputusan, pakai je trainners aku..Nampak ok jugak dengan cargo pants yang aku pakai.OKla set..
--------------------------------------------------------------------
Pergi kerja dan balik kerja.....
--------------------------------------------------------------------
Aku bukak posa telan nasik, sayor goreng and ayam masak apa ntah..aku sebat je..tadi kat cafe aku makan biskut sekadar nak alas perut time berbuka..so, bila dah makan nasik, kenyang jadinya..cepat2 mandi..aku takut aku ngantuk..Lepas abih solat, aku minum air pelam yang aku beli kat kedai kemarin. Sedap gak..Tadi aku beli scone 12 bijik..manyak btol..bukan la utk aku sorang melantaks, kawan aku pon makan jugak..Aku beli egg tart 12 slices..sedap..nyum nyum..tapi aku tak mknpon lagi, kawan aku dah mkn..aku beli buah kegemaran aku, anggur dan pisang..Aku dah mkn satu pisan own the way back home..anggur lom basuh lagi..Tgk tv citer without a trace..pastu layan citer swap posh..citer sex dibulan posa..aku tak paham, time bulan posa ja, banyak cita cam ni..kawan aku nak tgk, aku join la sekali..last year pon macam tu gak..saje je nak bg aku kurang pahala..apa nak jadi nih..Lepas tu, aku dah ngantuk..aku terus amik bantal aku, dan lompat atas katil.dan terus tidoq..Esok aku keja dalam kol 12tgh hari..so, lepas subuh, leh tidoq lelama sket..alamak, kawan aku dok berdengkor plak..kuatnya..cam na nak tidoqni..Aku tak abih lagi cita, kisah perjalanan aku ke europe..tak pala, nanti aku abadikan lagi dalam ni..aku nak stop dulu..ok, selamattt..

Sunday, October 23, 2005

Aku bengang

Salams..
Aku bengang lagi..so, bila aku bengang muka aku jadi masam..org lain pon boleh perasan aku tgh bengang...mcm mana depa perasan?..sebabnya aku selalu tersenyum hari-hari..depa pakat dok tanya awat aku dok masam2..aku marah kat sapa2 ka? marah kat awek ka?..aku kata biaq la aku simpan dalam hati..aku tak suka nak heboh2 ni..aku kejap ja bengang, lepas tu aku ok..aku rasa time aku dok tgh tulis ni aku dah ok..kalau tak ok, sure aku dok tulis sambil dok maki2 org yang membuat aku bengang ni..
hari ni hari yang best..sebabnya aku cuti.but nothing to do at home. Bangun tidoq dah pon pukol dua belas..aku tak bangun sahoq tadi..haru..sedaq dah pukol 630pg..bangun solat, dan tidoq balik..aku tgh tgk X-factor kat tv ni..kat sini, X-factor citer nyanyi2..macam malaysian idol tu..best jugak, sebab adasimon yang mulot laser tu..aku sokong budak nama shayne...dia from Manchester..dia nyanyi lagu if you are the one hari ni..kalau kat msia org sokong Mawi..aku sokong Shayne..baru start ni, 2 minggu lepas, so tak tau org sokong sapa lagi..simon cakap dia nyanyi lagu tu very outstanding...was very incredible performance..
okla, sampai sini dulu..aku nak log off..babai...

Thursday, October 20, 2005

Beli

Salams..
Aku ke NEXT, seperti dalam perancangan aku..besar la jugak..kemas dan cantek..Aku bangun pukol 12 tgh hari.. sebabnya aku bangun sahor dan tdoq balik..Hari ni pulak tak kerja..Seronok gak tidoq..tapi disebabkan sampai kol 12 aku tidoq, aku dah muak..baik aku bangun semayang zohoq plak..Aku bangun dan terus mandi..sonok dapat mandi..macam budak2 pulak aku nih..poyo btol..Amik pencuci muka, tonyoh muka aku..amik ubat gigi, gosok gigi aku..terus gi mandi..lepas mandi, amik shaver, shave janggut ngan misai aku..letak after shave..then lari2 masuk bilik..carik baju..lari, sebab sejuk..tak pasang heater kat rumah..malas nak pasang, sebab aku suka sejuk..kat bilik, terus lumur losyen satu badan..kalau idak, dok garu2 sebab sejuk badan nanti kering..pakai baju aku, jeans aku ngan jumper aku..target, keluar umah kol 1 tgh hari..lepas solat zohor, aku pakai kasut dan terus keluar..semangat nak gi NEXT..sesampainya aku kat NEXT, la, tak dak sale rupanya..shopping complex lain semua ada sale..aku usha2 barang2 kat NEXT, menarik gak..Jam..yang lain, ok la..semua barang2 winter..Dari NEXT aku ke Burton..ada jual2 baju dan segala2 la..nak beli, tapi not my taste..Jalan lagi.Aku terus ke M&S..tgk kat tempat sale, ishhh..tak best pon, sebab aku pi dah lambat kot..semua seluar aku tgh dah tinggal size waist 35 ke atas..size aku tarak..hampeh..aku turun ke food floor..beli benda makan sket..Terus cabut kuaq..pi body shop..ingat nak beli losyen untuk winter ni..lupa bawak kad discount..tak jadi beli..terus ke lush..www.lush.co.uk..kedai sabun2 dan losyen dan banyak la yang seangkatan dengannya..aku end up beli losyen..nama losyen tu..skin sin..abih dekat GBP1o. Lepas pada tu, aku terus ke TOPSHOP..bahagian TOPMAN..aku beli bajus ngan suaqs..abih la dalam GBP40 kurang lebih..lepas tu aku gi CK ngan Armani..beli string Boxer 3 kotaks..GBP18 sekotak..kuakuakua..lantak la..perabih duet neh..apa nak jadi..apa lagi aku beli..hmmm..itu ja kot..ka ada lagi ..aku rasa tu saja....dari situ, aku dah abih masa dalam 3-4jam..aku mesti balik...sebab bukak posa dalam kol 610ptg..balikkkkkkk..nak makan..nak masak..kalau aku tak masak, tak dak org nak masak kat aku rini..selamat hari ni tak ujan..sonok sket jalan..Sampai umah, solat asar..masakkkk...masak scottish fish sama itu sambal letak dark sos..pastu letak honey sket..letak tomatoes..sayor aku masak kobis campur ngan carrot..siap semua, dah dekat bukak posa..aku tuang air apple ijau yang aku beli kat M&S..lagi seminit..aku bukak tv..tgk news..dan makannnnnnnnnnnn...sedap plak..sebab dah lapar..abih makan, kawan2 aku balik..aku tgk tv..tiba2 ngantuk..aku terus gi tidoq kol 8mlm..awal btol...pastu kol 1 pagi aku jaga balik..tgk tv..citer hindustan..terkejut aku..tajuk sarfarosh..amir khan berlakon..layan 2 jam..masuk tidoq balikkk......itu ja kerja aku...

Losyen Skin Sin................

Topman Sleeveless Shirt............

Topman Singlet..................

CK and Armani Boxerssssssssss.....

Wednesday, October 19, 2005

Next

Salams
Hari ni NEXT akan dirasmikan secara gilang gemilang kat sini..Next paling besaq aku pernah tgk..NEXT adalah sejenis shopping complex..aku rasa NEXT ada jugak kat KL..tapi aku tak tau kat mana..UK brand..Baju2 dia semua mahal2 dan berkualiti..tapi aku suka beli..Jap lagi aku nak pi opening ceremony dia. Mesti ada bagi free gift..best best. Tapi yang tak bestnya, aku nampak (dalam gelap, sebab aku baru udah solat subuh) jalan tar kat luar tu basah. NI mesti ujan lagi.huhuh..tak best la pulak kluaq time ujan..kang kasut masuk air..stokin basah..seluaq basah..Baik aku tidoq ataih katel ja..tak basah apa2. Lagipon hari ni aku tak kerja..So, leh la lepak lelama kat umah..AKu dapat berita, yang Endon dah meniggal. Innalillah..Al fatihah..Kesian kat ABdullah..Sapa plak artis bertuah yang akan kawen ngan menteri kehilangan bini ini?..nantikan kemunculannya..hehe..Sejak 2-3 hari lepas, bila aku balik kerja, aku tak mandi pon..apa nak jadi ntah..basuh muak terus tidoq (tapi seblum tu tgk tv la dulu)...nak mandi sejuk..Cakap pasal sejuk, aku baca paper, dia kata, this year will be the coldest winter for a decade in the UK..Harap2 aku ok la..Sebab aku kan suka sejuk..korang pernah dak ada bos yang suka carik kesalahan korang je, tapi kesalahan kawan2 korang dia buat bodo je??..ok tata..

Monday, October 17, 2005

Tarak Tajuk


Salams
Aku bangun sahor ni.
Aku mkn muffin ngan scone ngan air rubicon perisa pelam.
Dah kenyang pon. Tak la makan manyak sangat. Sekadar nak alas peut utk gi keje karang. Semalam aku dah mkn banyak. mkn roasted chicken ngan kentang disalut gravy..
Aku tak daya nak cita kisah trip aku hari ni.aku ngantuk sangat. Badan letih, otak tak la letih, tapi malas pikir. rasa nak tidoq ja. Kat tangan aku still ada 4 bijik tompok merah kesan kena gigit. Apa gigit aku tatau. padahal dah dekat seminggu dok. dok gatal2 lagi. cian aku. Member aku soh aku guna savlon. aku tak pi lagi jumpa chemist. nanti arr..asyik nanti, nanti, nanti..oklah, aku nak sambung tidoq balik..satgi kol 830 aku nak bangun balik..wasalam

Sunday, October 16, 2005

Trip aku

Salams..
Disebabkan trip ni banyak hari sangat..takkan aku nak buat sampai banyak entries pulak..so, aku amik keputusan, citer saja apa yang aku ingat dalam a few entries..at least dapat jugak aku imbas2 kembali trip yang penuh warna warni..kuikui..Hari ni aku pi kerja..dah dekat xmas..ramai org shopping..Potongan harga..murah murah..mai beli ..mai beli..cepat mai perghabih duet..hehehe..aku tak la beli apa2 pon..sebab aku bukannya nak sambut kerja..aku pi kerja, balik kerja..penat tu tak la sangat hari ni..biasa ja..aku bukak posa minum air kosong ngan biskut 2 bijik..dah kenyang..balik umah nanti, insyaAllah, aku tibai makan lagi..tapi harap2 aku tak la makan byk..kang gemuk blak..dah la gemuk dah..ish, kang boroi plak..tak nampak ibu jari kaki, lagi la susah..btoi dak jak!..hehe
ok..pasai cita jalan..Kat Amsterdam, tak la aku buat sex ke haper..aku teruna lagi nih..tak sanggup nak buat dosa banyak2..kat Amsterdam, mmg cantek. Aku suka..jalan rata dan ramai org naik basikal..sebab tarak bukit..dibawah paras laut..kat situ, aku jalan2 tgk tempat2 cantek sampai la tempat2 org buat sex..Amsterdam terkenal dengan windmill..sila lihat gambar di bawah..dan tidak ketingallan dengan trompah yang comel2..lihat gambar dibawah jugak..gambar tak lawa sangat..tapi ok la buat tatapan aku..hiks..


Apa lagi aku pi kat Amsterdam..haaaa..Sex museum..dahsyat dan ngeri..so, di sini aku akan memPublish gambar yang aku snap dari museum ni..Sebarang gangguan perasaan, jangan salah kan aku..salah kan kerajaan Belanda..sapa suruh depa bagi org tengok..so aku bagi la korang dan aku tgk utk kenangan..terkejut katak jugak mula2 tu..tapi lepas tu, ok la.

Alamak internet lambat la pulak..tak pa, sambil tu aku taip lagi apa yang aku ingat..bukan la takat sex museum saja yang aku pi..kat Amsterdam jugak terkenal dengan Red Light District..kat sini mmg kawasan maksiat..hehehe..aku pon pi la buat maksiat jugak..kiranya aku subahat la ni..mana tak subahatnya..aku ngan member2 aku (ramai la jugak, bukan 2 org) pi tgk show..show apa???..show org buat sex secara live..bila lagi kan?..hahahha..lawak je..ak tau bapa kami bayaq?..30 euro..terbeliak bijik mata..mmg dahsyat sangat..macam2 aksi diiringi dengan lagu2 romantis..saja nak amik pengalaman datang negara org...kalau nak tunggu kat Msia, mmg tarak la kan..tapi show tu mmg panas gila..penuh org dari segenap alam..tak kira la, dari adek2 umoq 1 tahun sampai la ke pakcik makcik umoq 90 tahun..dahsyat kan..?.tak caya mai la nengok..


Disebabkan internet ni jadi mereng...aku malas nak upload lagi..aku nak gi makan nasik la dulu..nanti aku upload lain..mungkin sebab gambar2 ni tak elok kot, that's why internet jadi lembab plak..okla, aku nak makan nasik..nasik ke..aku pon tak tau..tgk la dulu..mengantuk pon ada ni..sebab tak tidoq lagi..okla..sat lagi aku sambung tulis lagi..taaataaa..

Nak sambung lagi sket..aku baru bangun sahor ni.makan maggi, scone ngan butter, anggur dan muffin..kenyang dah..banyak gak aku makan..air?..air sejuk..lega perut aku..ni dah nak tidoq balik..sat lagi aku nak pi kerja pulak..baik aku tidoq cepat..aku sempat upload beberapa pics yang terbengkalai semalam..nanti aku upload lagi..

Friday, October 14, 2005

Europe Trip - London to Amsterdam



Salams..
La ni tgh subuh..pagi2 buta ni..aku baru ja lepas sahor..mkn conflakes ngan susu tambah gula..shedap..minum air kosong..air paip..aku tak suka sangat minum air panas..Sejak dari dulu lagi, aku dok minum air sejuk/kosong time pagi2..air panas tak best sebab hangat..Mandi, solat subuh, tgk tv jap..pastu terus mai mengadap laptop aku ni ha..nak tidoq malas. tgk la lagi sejam aku mengantuk la kot. Sat lagi dalam kol 11, aku nak pi kerja..

Ok, berbalik to my story today..dari London ke Amsterdam..Pi trip ni, naip coach..Coach ni patut bertolak tepat pukol lapan pagi. Aku sampai kat victoria coach station kol 8 pagi..kelam kabut aku carik tube nak ke Marble Arch station (sbb coach yang akan ku naik tuggu kat sini). Dah la aku jarang2 turun london, bengong jugak dibuatnya..Dalam hati,mampoih la kena tinggai..berpeluh ni, berlari lari anak..mana leh lari watson nyambek..dengan bag sampai 2 bijik..sleeping bag lagi..mau tak haru..at last tube pon sampai..aku tepon kawan aku soh depa tunggu sebab kawan aku dah sampai 10 minit yang lalu kat sana..sesampai ja aku kat Marble Arch, aku tercangak cangak lagi..mana satu nak kuaq ni..ada byk jalan keluaq..sebab sajala..aku ikut Park Lane punya exit..tembus, nampak Marble Arch punya Gate. tapi mana bus???..aku kena tinggai ka?..huhuhuhu..(kalau aku ditinggalkan, aku kena naik bus sendiri terus ke Dover)..tepon lagi kawan aku..dia kata bus nak jalan..aku kata balik, bus tang mana..tak nampak pon batang idung bus..(bus pon ada batang idung)..dia kata, la dekat gate ni la..hang tak nampak ka..aku kata balik, mana..aku nampak bus double decker ada la..takkan nak gi europe naik bus double decker???..aku terpusing sana sini..mata melilau carik bus..member aku soh aku tunggu kat gate..pastu dia kata depa nampak aku..aku pon nampak la bus tu.2 bijik bus..kaler cream campoq marroon..ok.not so bad!..Crew trip panggil la aku naik bus..org penuh ni atas bus..aku naik, dia suruh aku dok belakannnnnnnnng skali..belakang dan ditengah2..yeha...jadi Gangster..aku diapit oleh 2 org gadis comel lote..Depa mai dari Malaysia rupanya..sesi berkenalan pon bermula..aku malas lagi nak cakap banyak..penat berlari2 anak umpana berlari siti hajar dari safa ke marwa..aku tidoqqqqq..terus dalam bus..mana tak tidoqnya, malam sebelum tu aku tak tidoq pon..aku kuaq pi main casino ngan member aku..aku menang banyakkkkkkkk...jangan jeles, dan jangan terkejut aku dah pandai main casino..kuikui.bukan guna duit aku, duit kawan aku..aku tolong dia main..aku menang, dia dapat duit..aku tak dapat apala..:) Cerita balik pasal trip..bus terus ke dover..lama gak london-dover, dalam 2 jam..aku terus dibuai mimpi apa aku tak tau..tup tup, sampai dah kat dover..(ala, tempat Malik Mydin berenang guna sangkaq tu..)..kat Dover kami naik ferry..bus pon naik la sekali..Ferry tu bapak punya besaq..penuh segala transport..aku menikmati keindahan selat inggeris ni dari awal sampai abih..tak la jauh dari dover nak ke Callais..satu setengan jam..Callais ni dah masuk France..Aku dah tukaq dah duit GBP ke Euro..tak sabaq nak jalan2..tapi aku still dok ngantuk2 lagi..


Gambarajah di atas menunjukkan selat inggeris..permandangan diambil melalui camera handphone aku (nokia 6680)..btoi ka nombor ni..sebat saja la..tapi rasanya btol..heheh..aku lupa nak letak flash..so, gambar biasa2 saja..aku tak dak camera digital..semua gambaq yang aku amik semua guna handycam aku..sepanjang perjalanan ni, aku bergambar dengan handycam aku saja..semua gambar gerak macam dalam tv.bukan gambar still..gambar still, aku amik guna handphone aku, idak pon aku guna camera member2 aku.sian kat aku..sapa nak sedekah digital camera kat aku..?..Sampai Callais, terus ke Amsterdam!!!!!!!!!!!Tempat asal usul tok wan aku...akhirnya sampai jugak..aku tak tau familly tok wan aku duduk belah mana lani ni..aku sernok sebab sampai Amsterdam..Terus cari tempat utk tidoq..aku pasang khemah..tak main dok hotel..Mahunya duet aku habis, kalau dok hotel memanjang..Tidoq khemah best.sapa tak pernah berkhemah, time ni la nak rasa berkhemah..sku dah pernah berkhemah, paling latest aku khemah, masa kat taman negara pahang, 2 tahun 4 tahun yang lalu..hehehhe..OKlah, sampai sini dulu..Apa yang terjadi kat Amsterdam??..Dengaq kata banyak tempat sex kat sini??..best nih..cepat pasang khemahhhhhhh...kita berfoya2 di kota Amsterdam!!!!!!...

Puasa

Salams..
Selamat berpuasa...Baru balik dari solat jumaat..Ramai org hari ni..aku dah 2 minggu tak gi semayang jumaat..So hari ni aku kena pi..Last 2 week aku tak pi sebab aku pi jalan-jalan..so, aku tak jumpak mesjid..so now, aku dah balik, aku kena la pi..Autumn dah sekarang ni..sejuk dan mendung saja..sama saja cam mood aku sekarang ni..mendung ja..pasai pa tatau..padahal baru je balik bercuti..mungkin badan aku tak sihat sangat kot..kat badan aku ni ada benda apa ntah gigit..ada 5 bijik kat lengan aku ni..gatal2..semalam plak aku buang hingus aku, tiba2 je darah banyak gak kuar..takut arr..symptom apa nih..hidung berair, tiba2 je tangan ada bijik2 gatal..takut arr..huhuh..aku risau sebenarnya..tapi buat2 tak risau..aku dah sapu uba, tapi tak berkesan pon..dah la batuk aku tak baik lagi..semua tak kena..tadi masa semayang jumaat pon, aku tak concntrate sangat..fikiran aku melayang2 pi mana aku tak tau..aku nampak ramai org malaysia..org2 baru..budak2 baru..aku senyum saja..bagi sedekah dihari yang mulia ni..aku gi jumpak bos aku, dia senyum lebar saja..aku ingat dia nak marah aku..tapi muka dia happy, aku pon jadi happy tadi..aku risau, sebab aku hilang 2 minggu..tapi aku dah bagi tau dia aku gi jalan2..tapi tak bagi tau lama mana..selesai ngan bos aku yang baik hati tu..gi China toqn, beli perkakas dapor sket..besala, kicap kipas udang tak lepas dari genggaman..tetap beli..tadi harga kicap tu dapal GBP2.10..buley la..kalau jual harga cam ni kat msia, haram sapa pon tak beli kan.
Aku nak citer perjalanan aku ke europe..tapi aku masih malas lagi..nanti la..Jak dah siap suruh aku cerita..nanti la jak Jak ye..
Sejak bulan posa ni aku rasa berat aku dah turun sket..Kalau idak, aku dok melantak je..but now, aku dah kurang melantak..tiba2 rasa nak makan pon dah kurang..apa penyakit nih..haru-haru..Selalu kalau sejuk aku jadi lapar, ni aku siap daha bertahan lagi..tak la rasa lapar sangat..perut dah tak rasa apa2..sahor tadi makan buah lagi..diet ke aku nih?..kalau nak diet pon jangan la sampai bahayakan perut aku yetak..aku dok ingat malam jap lagi aku nak pi bukak posa kat mesjid..cadang je la..mungkin pegi, mungkin tidak..yang seronoknya bukak posa kat mesjid ni, buleh makan ramai2...pastu rebut ramai2 dari dalam talam diorang kasi makan..nampak macam org pelarian, tapi aku seronok dengan suasana cam ni..nampak macam meriah..

Okalah, aku nak tgk tv...tv aku datang padamuu..

Wednesday, October 12, 2005

Aku kembali

Letih..batuk..pening..adoi..tapi best..apa kabar utk diri ku..?..uhuks..