Sunday, May 31, 2009

Vatican City

Salam..
Pernah suatu ketika dulu, aku sampai disatu tempat namanya Vatican City. Sebuah Negara kecil yang pada awalnya aku ingatkan dibawah jajahan Italy. Sejauh mana memandang aku tgk kawasan Vatican City pusat keagamaan/kebanggaan penganut kristian katolik. Aku sempat jugak tgk perlantikan pope baru selepas kematian pope sebelum ni. Pope baru dari Germany. Orang ramai/tourist sememangnya penuh berpusu-pusu mengunjungi Vatican City ni. Tgk tok balang Vatican City ni punya uniform memang mcm zaman dulu-dulu.

Kisah Vatican City ni, kembali dalam ingatan selepas aku tgk movie Angle&Demon. Kalau boleh nak lagi aku pi sana. Mungkin tahun depan?? InsyaAllah. Orang ramai keliling Vatican City ni dalam movie tu, mmg real. Tok balang dia pon memang pakai baju belang-belang sama topi penyet tu. Environment kat tempat tu memang sama seperti yang ditunjukan dalam movie tu. Asap itam, asap putih perlantikan Pope mengimbau kenangan aku pi situ dulu. Ramaiiiiiiiii orang..Cuma time tu, tak dak la pulak aku dengaq kisah iluminati..kekekekke..Aku pi tgk movie ni sama sorang ex-operator aku. Balik rumah pon pukol 12.30 pagi.

----------------------------------------------------------------------------------

Jatuh tangga. Licin. Balasan tuhan serta merta kot. Last sekali aku jatuh tangga masa dekat uni, tu pon sebab licin jugak. Lepas sudah mandi. Terlondeh towel. Terbogel aku kat tangga. Sakit kat punggong tuhan saja yang tahu. Kali ni jatuh pon, sakit kat punggong tuhan saja yang tahu. Lebam peha aku.

----------------------------------------------------------------------------------

Makan dekat kedai Ma Ma Mia, Penang. Introduced by my friend. Belakang Kayu nasik kandar. Makanan dia sedap. Aku pi lunch kat situ. Rega pon reasonable. Bukak sampai pukol 12 mlm. Aku ingat nak try dinner kat situ pulak nanti. Makanan untuk dinner tak sama macam lunch. Lunch lebih kepada nasik campoq. Malam ada lebih banyak pilihan I guess?..

----------------------------------------------------------------------------------

Started looking for Ph.D punya research interest. Surfing UK’s uni punya websites, usha-usha topic-topic yang bersesuaian dengan aku. Currently interested with Bath uni, L’boro Uni and Cambridge uni. Ada jugak tgk Georgia Tech uni sama Virginia Tech uni. Aku malas dah nak amik GRE or TOFEL, as aku dah dapat waive untuk IELTS kalo nak masuk UK uni. Berusahalah J


----------------------------------------------------------------------------------

Makan nasik maqlaba?? Ka aku silap..aku semayang dekat masjid USM, Jumaat lepas. Tak pernah semayang jumaat kat sini. Terasa macam student balik. Lunch dekat Desa Fajar sama kawan aku. Tapi aku beli makanan pak arab dekat tepi masjid USM. Banyak gila jenis makanan yang depa jual kat tepi masjid..Rupanya memang byk community depa kat USM. Aku rasa macam aku dekat Asia Barat saja. Sedap jugak nasik tu. Aku rasa aku pernah rasa masa aku dok dekat Manchester dulu bila makan dekat masjid Ambrose. Makan dalam talam ramai-ramai esp masa bulan puasa. Kawan aku beli butter milk. First time jugak aku rasa. Masam-masam. Minum 2 tiga tegok, aku dah tak buley nak p. Lepas jumaat, kawasan masjid memang jadi lautan pak arab..Lain rasanya..Alhamdulillah dapat rasa benda baru.

----------------------------------------------------------------------------------

Sunday, May 24, 2009

Hangat

Salam..
Seminggu aku melelong-lelong dekat ofis. Belum hilang lagi pening-pening aku. Nak buat kerja pon macam terganggu. Masa berjalan pon aku dok pegang dinding. Risau jugak kot kot nanti tersembam aku menjilat lantai. Nak makan pon tak berselera sangat lagi. Amik tosey sekeping pon tak larat habis. Apatah lagi nasik sepinggan. Aku makan ubat macam biasa. Tapi still dok rasa pening-pening. Awat tatau. Sapa dok bomoh aku nih..Astaga.

Petang-petang lepas kerja, aku buat light exercise. Tak mau la tergolek atas tilam buat lemak. Bagi keluaq peluh sket, kot2 aku kembali sihat cam sediakala. InsyaAllah.

Lately berkuap saja. Berpeluh-peluh. Tunggu hujan turun, tak jugak turun turun. Meleleh peluh..

Ikan ketutu?? Haruan Bodoh? Haruan Ubi..Iklan sat..sebab tiba-tiba dalan Buletin Utama ada raise up pasai ikan ni yang ditemuramah sama Datuk Sheeda Ramli. RM80 se Kg.
Takut aku tgk kepala ikan ketutu ni..Ada geli sikit-sikit.

Pi gunting rambut hari ni. Rambut belakang dah mencecah koler baju dah. Dah panjang sangat dah. Tak terurus rambut. Rasa macam tak kemas. Awal pagi Ahad dah kluaq pi pejabat pos..aku nak pi simpan duit kat ASB sama ASN imbang 3. Lain kali buat saja la potongan gaji..Kan senang. Tak ramai orang. Mungkin sebab awal lagi kot. Orang baru dok sarapan gamaknya. Selalunya hari Ahada, pejabat pos penuh, sebab hari ahad hari cuti untuk kilang-kilang di sini. So ramai la amik kesempatan nak pi pejabat pos, sebab pejabat pos kedah bukak hari ahad. Tutup jumaat sama Sabtu pertama of the month..Lepas tu baru gunting rambut. Tak payah tunggu pon. Terus masuk dan digunting. Bayaq 12 ringgit. Mula-mula tu ingat nak pi kedai sorang apek ni, hamper 20 tahun aku tak menjengah kedai dia. Aku tak tau dia masih hidup ke tak. Dulu masa kecik, mak aku selalu bawak pi gunting rambut dekat kedai dia. Sampai kat depan kedai dia, ramai pulak pakcik-pakcik tua tgh tunggu nak gunting rambut. Tukang genting orang lain. Tak pulak aku tanya orang tu, samaada apek tu masa ada ka dak. Kalo dak Cuma nak kena bayaq 6 ringgit saja. Mungkin next time aku pi gunting dekat situ.

Petang Ahad, singgah sat dekat pasar malam. Beli buah pelam 3 kilo rm 10. Lengoh tangan dok kendong buah. Beli buah sama ubat semut mak aku pesan. Dia nak taboq kat tapak semaian kangkong dia.

Monday, May 18, 2009

My Body




Salam..
Cuti 3 hari untuk wesak day, langsung tak bagi makna dekat diri aku. Badan tak sihat sepanjang cuti. Tak best langsung. Pagi selasa lepas sesampainya aku dekat opis, aku buat macam biasa. Macam orang tak sakit. Tapi aku tak mampu nak berselindung disebalik badan aku yang tak sihat. Dari riak muka aku pon orang dah dapat agak ada yang tak kena. Mana tak nya, muka memang nampak clearly macam orang sakit. Lepas tu pulak mata kanan aku bengkak. Kepala aku pening-pening..weng weng rasanya.

Pi check bp dekat klinik kilang…mak aiiii..bp tinggi....apa yang tak kena?..tak pernah bp aku setinggi ni..patut la kepala pening bagai nak gila. Memang rasa lesu yang amat sangat. Body temperature ok..Terus rasa nak pi jumpak specialist.

Aku ke Hospital Lam Wah EE. Ramai orang kat hospital ni. Aku registered dengan ING card aku. Tunggu nak jumpak dokter lama gila. Ramai betol orang sakit. Aku sampai tertidoq kat kerusi. Sebab tak larat..Mampos la apa orang nak kata. Sebab orang yang datang pon, mostly sakit jugak.

Dokter suruh aku buat blood test, general x-tray dan jugak ultrasound..Selama ni aku ingat ultrasound untuk tgk baby dalam perut ja.Rupanya aku silap. Time blood test, aku tgk staff ni dengan penuh semangat dok sedut darah aku keluaq. Banyak la jugak..dah la last few weeks pon darah aku dah keluaq untuk buat blood test, ni buat lagi..dah selesai, aku pi buat x-tray..lepas tu, tunggu pulak untuk buat ultrasound. Result ultrasound agak memeranjatkan la..ada benda dekat buah pinggang aku (cyst) dan jugak dekat liver aku. Sapa yang tak ketaq kan..apa la nasib..Doktor tak mau buat operation lagi..sbb benda tu tak bagi obstruction dekat aku punya organ..ye ke..

Hari lain pulak, pi lagi situ, nak masuk ward, ward penuh. Letih aku dok ulang alik. Buat test jantung..Sebab aku dok pening tak sudah-susah lagi..First time tgk jantung aku dok berdenyut-denyut dala screen computer..Doktor kata, ok lagi, pastu buat test tungang terbalik..test ni, aku macam nak pengsan. Tangan aku dah kena cucuk dengan jarum dah masuk tu..incase kalo aku pengsan, boleh cucuk ayaq masuk la kot gamaknya…letih letih..letih jadi orang sakit ni..tak daya nak pikir benda-benda tak berkenaan.

Lepas tu, buat test apa ntah lagi sama pakar ENT. Dijoloknya hidung sama telinga aku..berair mata aku..cramp leher aku sebab buat benda tu..I was warded akhirnyaa…
Buat MRI, dekat kepala aku..masuk dalam machine dia rasa semacam ja. Rasa macam duduk dalam keranda..lepas tu pulak, ada bunyi macam-macam..bunyi, jantung yang berdegup la, bunyi macam keretapi la..bunyi orang dok ketok best la..nasib baik ada dipasang headphone besaq kat telinga..kalo tak buley pekak telinga aku..lama jugak aku dalam tu, dalam 45 minit..Doktor review dengan aku result MRI..hmmmmmmm….panjang nya aku mengeluh..apa la nasib..

Nasib Badan

Salam.
Last week hari Khamis, aku decided nak pi tgk wayang lepas workout. Call kawan aku ajak dia sekali join. Tapi dia still kat ofis. Buat OT gamaknya. Sibuk kot time-time ekonomi gawat ni. Last-last aku layan wayang sorang diri. No hal punya sebab dah biasa dah buat benda sorang-sorang ni. Aku yang kelaparan lepas workout, beli wafel perisa kaya sama coklet. Tujuan utama, nak tgk wayang cita wolverine. Aku tgk yang pukol 9.20pm. Full house jugak kat GSC Queensbay ni. Disebabkan aku sorang, aku tak dak masalah nak carik tempat kosong. Ada saja seat kosong celah-celah orang. Dari awal sampai habis movie ni, memang tak bosan langsung. Semua aksi best menarik perhatian aku. Best gila Hugh Jackman berlakon. Walaupon aku letih malam tu, tak pulak aku rasa mengantuk. Buat sapa-sapa yang tak tengok lagi tu, aku syorkan pi tengok. Memang best. Aku sampai rumah dah dekat pukol 12 mlm. Mandi serba sikit, terus aku tidoq.

Pagi Jumaat aku dah rasa tak sedap badan. Tekak aku perit, kepala aku pusing. Hantaq message dekat boss cakap aku tak sihat dan nak pi klinik. Nak bernafas pon macam tak selesa. Dokter India ni aku masuk dalam bilik dia, muka ya ampun, masam nak mampos. Aku yang tak sihat ni, lagi tak sihat jadinya tgk muka dia. Haram tak tanya pon aku sakit apa semua. Aku pulak yang kena start sendiri. Setahu aku, dokter2 semua dah diajar utk pandai communicate sama customer. Ini tak. Dengan paper Star atas meja, dok terbentang muka surat 10. Aku hangin ja satu badan. Clinic depan Sunshine. Dia bagi aku ubat. Dispenser pulak dok bergaduh apa tatau kat belakang. Hingaq satu clinic. Adoi..Sakit hati. Amik ubat sama MC, aku terus blah. Tak puas hati dengan layanan dokter situ, aku terus vroom ke Bukit Mertajam Specialist Hospital. Alang-alang aku nak balik kampong, aku singgah situ dulu. Boleh tahan jugak ramai orang. Tapi specialist yang aku nak jumpak, tak ramai orang yang tunggu dia. Aku jumpa pakar ENT. Dia check pon tahap mengerikan. Amik scope yang kecik tu, yang ada lampu tu, dia jolong masuk kerongkong aku..ditariknya lidah aku keluaq. Sambil suruh aku sebut eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee….ha, jangan ada yang dok tiru macam mana aku buat sudah. Lepas tu, dia amik scope lain, jolok masuk hidung aku. Adoiiiiii…terasa benda tu bergerak masuk. Rasa tak selesa gila..Dia cakap semua ok..Tapi aku still tak puas hati, sebab aku rasa macam tak ok. Tapi hanya dokter dengan aku ja yang akan tau apa yg aku rasa tak ok. Biaq pi la dulu. Harap-harap ok lepas ni.

Makan ubat, dan tak tak larat nak duduk rumah, Aku angkat kaki pi CRC kulim. Aku tengok ada banner, Kejohanan WRC Muay Thai International kat situ. Disebabkan aku tak pernah tengok benda ni live, aku pi la. Tak jauh dari rumah. Dalam 5 minit ja bawak keta. Entrance fee kena bayaq rm13. Ok tak la mahal sangat. Ramai jugak penonton. Riuh rendah. Game tu start dalam pukol 915pm. Aku layannn…tengok depa dok tendang sini, tumbok sana, siku situ..sampai ada yang jatuh dah jadi macam ayam kena sembelih. Tapi memang best gila. Orang siam ada, orang melayu ada, orang futeh ada, orang gelap ada. Puas hati lagi tengok. Aku pi tgk yang 8 May punya. Ingat nak sambung tgk yang 9 May, tapi aku dah tak daya. Tak sihat badan lagi.

Hari Sabtu, aku buang air kecik dan besaq keluaq darahhhhhhh!!..adoi makkkk..apa ni?? Aku dah jadi macam gelap mata..Sebab darah keluaq. Banyak jugak. Kalau setitik dua, ok..Jangan tanya aku sebab apa, sebab aku pon tatau..tu time pagi, time petang pulak jadi lagi benda yang sama. Iskkkkkk…apa nih!!!!! Ya Allah, sihatkan la tubuh badan hambaMu ini……Amin..

Cuti wesak sampai isnin..aku rehat..tapi macam belum selesa lagi..Sambut Mother’s day sama sepupu sepapart keliling rumah..makan Laksa, mee kuah, KFC, Pizza sama ayaq oren..Meriah dalam ketidaksihatan..

Tuesday, May 05, 2009

Ringkas

Catatan Ringkas Untuk Diingati
- SP Setia dah launched macam Fitness Club. It's only RM600 ringgit per year. Waktu promosi kot. Dekat belah-belah sungai ara.
- First time, touch&go card aku jatuh dari kereta dekat tol jambatan Pulau Pinang. Terpaksa keluaq dari kereta untuk carik card. Melelong jugak aku cari, rupa-rupanya card aku terlindung disebalik tayar keta. Mulot dok merepek macam-macam masa dok carik..kakak tol tu senyum dekat aku..aku buat bodo ja dekat keta belakang..paham-paham la jambatan Pulau Pinang kan..Banyak keta..Lain kali guna smart tag..tapi guna smart tag kat brigde pon tak berbaloi..yang Q paling panjang, dekat smart tag la..FYI, sapa yg beli touch&go card dekat jambatan pulau pinang saja yang dapat discount. Bayar rm5.60 instead of bayar rm7 utk tol..so, kalo beli dekat sg. petani ka, kl ka, kena bayaq rm7.
-Labor Day, lepak sama kawan2 dekat QueensbayMall..Penuh manusia kat situ. Maklumla cuti..Penuh dengan warga kilang gamaknya..Banyak jugak sale itu dan ini..Sebab jarang berjumpa, ada yang komplen, badan aku dah membesaq..aku redha..dan aku bersetuju..(dalam hati dok kata, penat aku dok senaman segala benda, hasilnya, badan aku membesaq..hmmm, abis tu dah makan tak ingat dunia, ada lagi mau komplen)..
-Hujan kat belah kampung aku lebat tak terkata. Operasi mengorek longkang besar besaran dekat belakang rumah..rumah jiran..tiang pagaq rumah aku patah dilanggaq jentolak..nampak tiang cerucuk dalam tiang tu..sian tiang tu terkontang-kanting..Alhamdulillah, tiada lagi banjir harapnya.
-Servis keta. Takat ni paling murah aku pernah rasa. rm70 ringgit..Mungkin orang lain pernah ada lagi murah kot. Tukaq tayar keta sbb dah botak..abih dalam rm3oo lebih..
-Jumpak dokter, tanya pasal result blood test aku..Alhamdulillah, semua in good condition...