Sunday, August 23, 2009

Laknat

Aiyoo.tajuk entri ngeri..tapi satu hakiki..
Hari ni berurusan memendekkan rambut aku..Singgah kedai gunting rambut yang kali terakhir aku singgah masa 1992 di pekan Kulim..Kedainya masih tak berubah..terus aku feeling-feeling berlakon dalam filem Yasmin Ahmad..Suasana kedai sememangnya melambangkan Yasmin Ahmad..Ada apek cina, ada india dan ada aku seorang pemuda melayu..Rindu aku akan apek tua yang gunting rambut aku belasan tahun lalu..rupanya, dah mati pon apek tu..rasa sebak jugak aku..dia mati 7 tahun lalu dek sakit tua..keluarkan duit poket 8 hinggit bayaq rega gunting rambut..udah kemas kepala aku..

Hujan sepanjang hari dihujung minggu..sambutan ramadhan yang sejuk, tak terasa kepenatan, kelaparan dan dahaga langsung walhal pada hakikat tafsiran puasa menahan lapar dan dahaga ...makan pon belom keterlaluan lagi aku setakat la ni..

Lepas terawikh 4 rakaat, ada majlis ilmu kat masjid kampung aku..katak kat luaq riuh rendah menyanyi-nyanyi..tu tak kira anak orang yang dok berlari-lari lagi..yang merangkak pon hang bawak..apa kess..buat hingaq mesjid saja..orang nak semayang pon kacau..tu tak kira dekat-dekat nak raya nanti..segala mercun dibaling masuk mesjid..hikhik..melatah pak imam nanti..majlis ilmu tentang kebersihan..merangkumi H1N1..satu benda yang ditekankan..perkara yang dibenci dan dilaknat tuhan..buat kekotoran..contoh, baling sampah keluaq tingkap keta..baling puting(eh puting ka?) rokok merata-rata..hambik, sapa yang dok lempaq merata tu, merasa la kena laknat sepanjang hari..ka sepanjang hidup..Haiwan Jalalah( haiwan seperti lembu, kambing, ayam etc, yang kebersihannya tak dijaga..sampai bila tgk punkoq lembu ngan pala lembu pon tatau nak beza..sebab kotoq sangat)..jagalah pemakanan kamu wahai manusia...dah tazkirah dihujan hari..hiks..

3 comments:

DeLinn said...

puntung rokok la woiii! hang ni apaaa kekekeke

frappe_crush said...

alamakkkk..silapppp..soli soli..

Radhi Dahlan said...

Frappe, selamat berpuasa... ermm...kat delinn jugak!