Saturday, August 29, 2009

Potong


Machine Rumput Aku yang cute..haha
Salam..
Sedapnya dapat makan aiskrem potong ptg sat gi..terlioq aku dah pagi-pagi niha...
Satgi tengah hari nak pi giant beli..Perisa King tak sedap..selalu aku beli perisa Walls ataupon Nestle.

Bangun soq tadi, mata berat sangat..sib baik la, bangun semua benda makan dah ada depan mata..cuma tolong angkat talam sama pinggan nasik ja.., kalau dak, pakai aku sambung tidoq balik tak soq..Lepas suboh, aku layan tidoq balik..dalam tidoq aku dok dengaq mak aku dok ngaji..kira aku dapat pahala jugak kan..hihihi..

sedaq2, dengaq sora mak aku tepi katey, "tidoq apa sampai tengah hari ni aih..mangkit lekaih, tolong mak potong rumput..sat ni kalau lambat2 petang hujan..tu dok nampak pokok ujan mai dah.."..aduh liatnya aku nak mangkit..bilik pulak gelap lagi dek langsir tak lut cahaya kan...aku paksa jugak untuk bangun..yes..aku berjaya..mangkit terus sarong seluaq (aku tidoq bogel kah, hahaah), pakai singlet, terus pi carik mesin rumput aku..terus feeling-feeling jadi pemotong rumput dalam cita desperate housewives (Jesse Metcalfe) walaupon kat badan ni diselaputi lemak yang solid, dan bukannya muscle..kuikuikuik...zassssss, sejam aku potong, selesai..semua aku trim cantekk..rasa puas dapat bazirkan peluh aku dipagi hari...

Monday, August 24, 2009

Merdu...

Salam..
Merdunya suara..
Itu yang dapat aku gambaqkan time aku terawikh dekat surau epatmen aku..suara tok imam umoq dalam 11-12 tahun macam tu...Budak Hafiz anak sapa la tu..sejuk perut mak dia..aku tgk budak sama baya dia dalam surau tu, dok bersembang melalak, berlari sana sini..pening kepala..ingatkan budak kampung aku dah cukup nakai kat mesjid/surau, rupanya budak pekan lagi hebat nakainya..yang paling aku nak tergelak, ada sorang pak budak ni, bawak la anak dia 2 orang kot..dak pon sorang, yang sorang lagi tu kawan anak dia..si bapak ni, duduk btoi2 depan aku (saf depan aku)..time imam dok angkat takbir, aku pon join la semayang sekali. Namun sibapak sorang ni, blom lagi start..aku kan ada mata..aku terjeling-jeling la jugak, sbb sibapak ni, dok pusing kiri, pusing kanan..hilang khusyuk aku yang sememang tahap kekhusyukan tak berapa tinggi kan...tiba-tiba, aku yang dok tgh baca "alham", sibapak depan aku ni pusing ke arah aku, dan cakap..hang dok ghenyeh-ghenyeh apa..semayang elok-elok, aku boh penampaq sat gi baru ada akal!!!!..haaaaaaa??? aku yang dok tgh semayang ni, macam dah...pabenda dia ni..sentap aku..dok bising-bising apa..padia..rupanya, anak dia tu, dok btoi-btoi belakang aku..dasat dapat penangan pak cam ni..dan dasat dapat penangan anak nakai cam ni..budak yang dok tepi aku, semayang elok ja..baik ja..
Ustad kata (cuba baca dalam bentuk ceramah) " Kalau hang nak suruh anak-anak hang ikut perintah hang, hang tu kena suloh diri hang dulu..hang ikut dak perintah Allah.., nika dok berletiaq anak buaih tak dengaq cakap, dia tu yang tak btoi"..ayat laser ustad..suka aku dengaq..

------------------ Puasa
Ilmu aku dapat, tau dak yang penguin jantan berposa selama 4 bulan. si bapak penguin peram teloq anak (tatau pulak aku peguin berteloq)..aku ingatkan veranak..mak berenang2 4 bulan makan gemokkan badan...tapi after 4 months mak penguin masih kenai pak penguin yang dah kurus kering tak makan 4 bulan..baguih mak penguin..tapikan yang hebatnya, pak penguin ada susu badan..hebat!!!..

Pokok getah, dalam setahun pasti berpuasa..jadi ala2 daun masa autumn(orang UK selalu panggil autumn, orang US panggil fall).Kaler oren cantek ja.sapa pernah dilahir dan dibesaqkan dikampong, gerenti tau macam mana pokok getah sambut musim luruh macam mana..time tu pokok getah berposa..susu getah pon tak banyak..hang toreh pi la macam mana pon..

Sepanjang 1st week berpuasa ni..memang best..hujan saja sepanjang hari..memang feveret aku..sejuk. sepanjang minggu kerja, aku bukak posa kat Qbay makan Kenny Rogers, kat Kapitan makan beriyani ayam dan tak ketinggalan jugak makan kat epatmen aku makan karipap 3 bijik..soq, aku layan makan cereal sama susu lembu..alhamdulillah, semua ok setakat ni. harapnya tak dak la cacat celanya lagi..
Kalau aku balik kampung, semestinya aku makan nasik macam biasa. sepinggan berbuka, sepinggan soq..

------------------Bau Rokok
Aku cukup tak suka kalau bau rokok ( no offense ya)..aku cukup tak suka kalau orang isap rokok semayang tepi aku..cubala, pi cuci mulot ka, spray mulot dan baju kasi wangi2 ka..pening kepala aku bau kepam rokok..aku rasa macam tak bersih ja dok semayang tepi orang isap rokok (bukan la najis pon)..tapi memang rasa tak selesa..bila bernafas bau ja masam rokok..aku siap tarik napas panjang2 tahan lama2 masa semayang..ilang kosentrasi..abih ja semayang, terus lari pi dok tempat lain..orang yang badan dia bau rokok tak kisah pon depa bau rokok..ada depa kesah!..aku kesah..tapi kalau lepak kat luaq ngan kawan-kawan tu, ok ja lagi..boleh la bertoleransi.sbb byk udara luaq..tapi tak la selalu sgt..bau rokok dan asap rokok ni, kadang memang akan menyebabkan aku punya dada rasa sakit..sakit btol pon ada..sakit hati pon ada..sengalllll..

Sunday, August 23, 2009

Laknat

Aiyoo.tajuk entri ngeri..tapi satu hakiki..
Hari ni berurusan memendekkan rambut aku..Singgah kedai gunting rambut yang kali terakhir aku singgah masa 1992 di pekan Kulim..Kedainya masih tak berubah..terus aku feeling-feeling berlakon dalam filem Yasmin Ahmad..Suasana kedai sememangnya melambangkan Yasmin Ahmad..Ada apek cina, ada india dan ada aku seorang pemuda melayu..Rindu aku akan apek tua yang gunting rambut aku belasan tahun lalu..rupanya, dah mati pon apek tu..rasa sebak jugak aku..dia mati 7 tahun lalu dek sakit tua..keluarkan duit poket 8 hinggit bayaq rega gunting rambut..udah kemas kepala aku..

Hujan sepanjang hari dihujung minggu..sambutan ramadhan yang sejuk, tak terasa kepenatan, kelaparan dan dahaga langsung walhal pada hakikat tafsiran puasa menahan lapar dan dahaga ...makan pon belom keterlaluan lagi aku setakat la ni..

Lepas terawikh 4 rakaat, ada majlis ilmu kat masjid kampung aku..katak kat luaq riuh rendah menyanyi-nyanyi..tu tak kira anak orang yang dok berlari-lari lagi..yang merangkak pon hang bawak..apa kess..buat hingaq mesjid saja..orang nak semayang pon kacau..tu tak kira dekat-dekat nak raya nanti..segala mercun dibaling masuk mesjid..hikhik..melatah pak imam nanti..majlis ilmu tentang kebersihan..merangkumi H1N1..satu benda yang ditekankan..perkara yang dibenci dan dilaknat tuhan..buat kekotoran..contoh, baling sampah keluaq tingkap keta..baling puting(eh puting ka?) rokok merata-rata..hambik, sapa yang dok lempaq merata tu, merasa la kena laknat sepanjang hari..ka sepanjang hidup..Haiwan Jalalah( haiwan seperti lembu, kambing, ayam etc, yang kebersihannya tak dijaga..sampai bila tgk punkoq lembu ngan pala lembu pon tatau nak beza..sebab kotoq sangat)..jagalah pemakanan kamu wahai manusia...dah tazkirah dihujan hari..hiks..

Saturday, August 22, 2009

Satu Permulaan




Permulaan untuk aku tahun ni..
pi baca kitab dekat Kubang Semang..Majoritinya warga tua, tapi aku rasa seronok pulak...dah masuk 3 minggu aku pi setiap kali Sabtu..Lain rasanya bila aku pi situ nak compare dengan aku pi melilau dekat Queensbay..Rasa diri ni cam kecik sangat..banyak benda jugak yang aku tatau..banyak jugak la benda-benda yang kena laser dek Ustad kat situ..Yang syok lagi satu, tak ada langsung sipi-sipi masuk ceramah politik..aku rasa selesa nak dengaq ilmu.

Satu permulaan puasa yang..
sejuk dan tenteram..nampak ayam golek tergolek-golek depan masjid Kilang Lama.
Paksa diri pi baiki cermin keta yang dah lumpuh sejak sebulan lebih..tekan tak naik..tekan tak turun..sentap aku..Terbang rm68 dihari pertama puasa dek cermin yang rosak motornya..tak kisah lah..sebab dipermulaan puasa, gaji dah pon masuk..masuk pulak dengan stock saham yang kilang direlease..melimpah ruah rezeki..amin..hajat hati nak jual lagi saham..tapi rasa macam rugi nak jual..sbb gain nya makin meningkat..adakah aku tamak..orang tamak selalu rugi..risau jugak takut tiba2 turun pulak nanti..merudum la duit aku jatuh jugak..Harap-harap bulan posa akan bagi keberkatan dekat saham yang ada..buley buat rumah dengan duit saham ni..InsyaAllah..

Satu permulaan bagi aku..
makan banyak buah..atau ayaq buah tanpa gula..jaga kesihatan kononnya..
ayaq epal double tak mau gula satuuuu!!


Satu Lagi permulaan dan pengakhiran..Jumaat lepas, aku pi masukkan duit dalam ASB..maklumla, gaji masuk..tak pulak aku buat potongan terus dari gaji..sbb aku nak masukkan duit ke ASB tu ikut suka hati aku..Dengan perasaan light-light nak ke Bank, aku menapak jugak..CIMB Bayan Baru..rupa rupanya CIMB Bayan Baru depan Giant tak pulak bersekongkol sama PNB..so, aku tak leh nak masuk duit..Menapak aku ke CIMB jalan Mayang Pasir..which is about beberapa ratus meter saja dari situ..Sib baik yang ni bersekongkol..Bawak keluaq duit, simpan dalam kopek (wallet ok, bukan breast bak kata orang klantan). Tebal kopek aku. Usung duit pi kaunter..aku tunggu punya tunggu, dekat sejammmm...muka aku dah memang berubah dah..bengang tak hingat..orangnya ramai, kaunternya satu, pastu staf buat muka tak bersalah..sentap lagi aku..ada ja lencana "kami menggumbirakan pelanggan" gitu..siap pusing tunjuk kat aku yang tgh sentap...sampai dekat pukol 2 aku tunggu..aku punya transaction dua minit saja..nak simpan duit tu ha..tunggu orang depan aku transaction dia sejam..hmmmm...nak tau apa jadi..tak la aku hamboq kaunter tu..aku pi semayang lambat(salah aku jugak, dah tau lambat, cancel ja la simpan duit kan).. Bagi hati sejuk sikit..aku sampai masjid, orang dah nak masuk tahyat akhirrr..waaaaaaaa...memang lambat gila..kedatangan aku ke Semayang Jumaat, gamaknya Malaikat dah letak absence dah..kalau boleh semayang dalam tak pa, ni aku menyembah simen yang panas tak hingat..ni kali pertama aku buat..depan kasut2 orang..bila orang habis semayang, aku dok semayang lagi..patutnya aku semayang zohor sbb dah masuk tahyat akhir..tapi disebabkan orang berpusu-pusu keluaq memakai kasut/selipar depan aku..aku terus semayang jadi dua rakaat, dan aku tatau apa yang aku baca..kelam kabut..terus bagi salam dan blah buat bodo..aku gerenti semayang apa aku buat pon aku tatau..hati dok marah lagi kat bank..start keta terus balik kilang dengan hati yang bengang..hmmmm..sepanjang waktu kat opis, aku dok bengang tak sudah..terus turun surau, semayang zohor..hilang kemarahan..aku tamau semayang kat luaq dah..dah la tak dan lunch..arghhh..beli cucoq ubi goreng, makan dalam keta sorang-sorang lepas semayang sebelum pecut balik kilang..

Sunday, August 09, 2009

My Birthday

Salam..
Dah pon dekat 30 ni..diambang 30..tapi belom lagi 30..
Celebrate awal jugak birthday..ada member ajak pi makan on Friday (07/09/09)<---silap (070809)..Makan steamboat kat Qbay..Happy..
Hari Sabtu, hujan...
Hari Ahad 090809 - Birthday aku.
Lepak chill dekat Hotel Sunway, Seberang Jaya belanja kawan2 mkn. Lunch buffet..ok jugak la..seharian tak dak karan kat rumah..sambut birthday tanpa karan..Malam baru ada..dalam pukol 7 ptg..Lepas maghrib buat baca2 yassin sikit sama jamuan satay sama murtabak dengan sanak-saudara keliling rumah..Rasa aman dan tenteram..
Tambah sket lagi..untuk ingatan aku ..
Makan sushi king sama kawan aku yang lain pulak..dia belanja..aku makan saja..lama dah tak makan japanese food..melantak kat Qbay lagi..dah kurang lebih 5 tahun tak makan rasanya..
Jumaat..order kek dari www.humblebeginnings.com.my ...mcm best ja..