Sunday, November 30, 2008

Kenduri

Salam..
“Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersanding tersimpul malu.
Kompang dipalu pengantin baru, moga bahgia ke anak cucu..”
Minggu ni aku seronok melayan lagu kawen ni. Mana tak nya, banyak betol jemputan kawen minggu ni..

Tak banyak yang menarik sangat minggu ni..Hari Selasa aku kerja kat hometown aku. Tu pon sebelah petang aku pi dimana sebelah paginya aku tak mandi pagi. Ni la fisrt time kot aku tak mandi pagi sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Dah lama aku buang tebiat tak mandi pagi ( cina kah aku dulu?)..Kebetulan pulak, air ais saja ada dalam fridge. Dah sakit perut sangat pagi tu, tak boleh nak tahan utk dibuang di ofis..Aku capai air ais untuk membasuh..sejuk gedi..terpaksa aku menahan kesejukan..gasak lah..asal aku tak terbuang dalam seluaq aku. Tempat kerja dekat hometown, aku pi bangunan baru. Masuk production floor seluas 6 padang bola. Luassssss!!..Lantai kaler putih, lampu kaler putih dan semua putih. Aku macam kat dalam satu tempat rahsia CIA gitu..macam buat project alien besar-besaran. Ni 1st time aku masuk situ. Tu yang macam ternganga sikit. Amazing!

Hari Rabu, aku just tunggu untuk dinner department aku. Aku buat reservation kat satu kedai di Jalan Burma. Aku makan spaghetti tomyam..best!..orang lain makan benda lain..makanan boleh pilih apa yang aku nak makan..Kenyang aku makan..Ada benda tak syok jugak jadi. Tapi abaikan saja..mungkin tersalah faham antara team aku dengan waiter kat situ…Malas nak cerita.

Khamis – aku bosan. Habiskan masa dekat gym. Pi jumpak member aku untuk dinner. Tgk cita antu dekat kedai makan. So tak la takut sorang-sorang. Hantu tu jongang. Terus potong stim utk takut.

Jumaat petang, aku layan cita Twilight dekat Queensbay. Seronok, terus antaq feedback dekat Joe, Delinn ngan Yam. Joe tak respon pon. Sentap!!..Sib baik Delinn ngan Yam replied. Thank you..Aku rekomen cita ni utk semua. Aku suka jalan cerita dia..Kisah jiwang antara vampire dengan aweks..

Sabtu pagi, awal-awal lagi aku ke Aloq Staq..Ada kenduri member aku. Baru aku tersedaq rupa-rupanya member aku ni anak Dato’..Dulu masa kat UK low profile saja..Musim kenduri sangat-sangat. Kiri kanan kenduri.. Kat tempat kenduri, meriah dengan ada istiadat kerabat kedah..Aku bawak gift voucher macam biasa..aku tak beli hadiah..gift voucher jusco..Aku tak nak beli hadiah yang nanti orang lain pon beli benda yang sama dengan aku beli..so, aku biarkan pengantin pilih hadiah sendiri cukup dengan budget gift voucher aku..Petang singgah umah Maksu aku, makan lagi. Makan nasik special kaler kuning..Lepak sampai petang tepi bendang sambil minum ayaq kelapa muda..Sebelum maghrib masuk bertolak ke Sungai Petani dan singgah dekat rumah Makcik aku pulak. Berenti makan lagi..Makcik aku masak spaghetti tom yam..pedasss…sedap!..Dok layan kucing-kucing parsi kat rumah dia..Pukol 9 bertolak balik ke Kulim..Dalam gelap, aku tersalah jalan terus ke baling..Buat U-Turn balik ke Kulim..

Ahad pagi pi ke kuboq tok aku macam biasa..Minggu lepas banyak orang meninggal rupanya. Tanah dok merah lagi..Alhamdulillah, tanah kuboq tok aku dok bersih lagi..Daun pandan yang minggu lepas pon dok ijau lagi..potong kecik-kecik..Aku pi cabut rumput yang kecik-kecik kat tepi kuboq tok aku..rasa macam sejuk dan nyaman ja kat tanah perkuburan time pagi-pagi ni..Dalam pukol 11 selepas mandi, aku terus kluaq nak ke kenduri dekat dengan Kuala Kurau..Kenduri kawan sekilang aku dulu…Rumah dia tepi bendang jugak..nyaman..angin sepoi-sepoi bahasa..Mendung dan tak panas..Tak semena-mena, aku dipanggil sekali makan dekat meja pengantin..rasa cam malu malu pon ada, sebab dekat meja pengantin tu, keluarga pengantin saja..ni dengan aku pon turut serta..Dah orang jemput, aku tak menolak lah..aku duduk makan sekali dengan member aku..Memang sedap masakan kampong nih..Ramah saja semua orang..Aku macam biasa, bg saja gift voucher aku..mungkin aku terikut-ikut gang2 cina aku kot, semua bagi ang pow..tak beli hadiah..

On the way balik Kulim, jauh jugak la, hujan lebat yang amat!..Tapi tak jam..alhamdulillah..Antaq member aku dekat Jeti..Aku pandu terus ke arah Kulim. Singgah nak isi minyak dekat stesen shell..Habis isi penuh, aku nak start keta..Dah tak boleh..banyak kali aku dok pusing kunci keta aku tu..tak boleh jugak..(Cuak ni)..(Cuak sebab aku bukannya tahu sangat pon bab-bab kereta..)..Kalau takat, check minyak itam, ayaq battery dan yang simple2 tu tau la..ni tgk semua ok saja..aku dok terkulat-kulat dekat tangki minyak tu..Terus aku pi counter tanya kot2 budak2 tu tau pasai keta..Sorang budak ni, mai la tolong..dia dok tgk2..dia kata battery problem kot..aku pon ..emm..kot la…Dia tolak ketak aku ketepi..Aku dok try lagi..tak boleh jugak..tanya depa..tau dak no tepon pomen..sekoq pon tatau..time ni aku pikiaq, penting sangat ada kawan..call la kawan2..sekoq pon tak leh nak tolong aku..semua bz makan kenduri..Call sepupu aku, sib baik dia angkat, dan dia ada kawan leh tolong (aku bersyukur dalam hati, nasik baik la aku ada saudara mara lain)..call kawan dia, kawan dia dok makan kenduri dekat Kulim..tak ke haru..dia bagi no tepon kawan dia yang mungkin dapat tolong aku..Aku try la call..bateri talipon pulak dah nak habis..cuak lagi..dalam hati (jangan la bateri habis, bagi la aku sempat cakap dengan pomen, dan dia tau aku dekat mana)..At last…

Pomen maiiii!!..Dia check2..aku tanya dia, bateri kong kah?..dia kata bateri hang cemerlang!!..abih tu, pam minyak yang kong..kena ganti baru..setiap kali nak start enjin, minyak tak leh nak dihantar ke depan..(saja mudahkan ayat)..tu la kisahnya..ingatkan boleh settle kat situ..rupanya tak..kena bawak pi bengkel..humm..cam na nak pi kerja ni..apa lagi, keta aku di tow lah..kena bayaq rm100 utk tu..esok baru leh amik keta..Ahad orang cuti..tak bukak kedai..aku tak kisah lah, janji keta aku ok balik..

Sepupu aku sampai untuk amik aku balik..(aku missed semayang Zohoq, Asaq dan Maghrib..Sentap lagi)..kat situ tak dak surau..Balik rumah dah masuk Isya’ pon..Letih..ingatkan dalam hati petang tadi dah boleh sampai awal dan lepak dengan bantal busuk masam aku..rupanya, terpaksa dok bau minyak kat stesen shell..tak leh tidoqqqq!!..Dah..esok kena keja..

Monday, November 24, 2008

Tak Mandi

Aku tak mandi pagi ni mai kerja..Rasa tak best satu macam ja.
Ayaq takdak la pulak kat umah sewa ni. bengong la..Dah la sakit perut pagi-pagi ni..
Sib baik ada ayaq mineral aku beli kat Giant sebotol besaq. Jadi la penawar duka..kkekeek..

Sunday, November 23, 2008

Feel the rain on you skin.

Salam...
Minggu yang kurang memberangsangkan buat aku. Awal minggu ja memang dah rasa tak sedap badan. Rasa macam tak larat semacam. Namun, aku tetap menggigihkan diri aku ni pi rumah kawan aku semata-mata nak mencarik kemeriahan untuk dikongsi bersama. Aku ke Pulau Sayak (Sabtu minggu lepas), untuk makan malam ditepi laut bersama-sama dengan family kawan aku. Gigih btol aku nak pi menempek kat family orang. Memang muka tak malu. Tapi, apa aku kisah, aku nak pi makan dan aku tak mintak pon diorang bayaq kan. Sampai dekat Pulau Sayak pon dah maghrib. [Pulau Sayak, bukan sejenis pulau, tapi sejenis tempat ditepi laut di negeri Kedah. Mee udang, humm..udang sedap, tapi mee tu orang kedai patut buat lagi sedap lagi.

Aku ke symposium dekat Hotel Equatorial, Penang. I spent a whole day over there just for hearing and taking some new technical staff (papers) being presented. Fikiran aku memang melayang-layang dari pagi sampai la ke petang, sebab aku tak sihat. Selamat la masa tu tak batuk lagi. Dari satu hall ke satu hall aku bergerak untuk dengar apa yang dibentangkan..Semuanya tersusun mengikut jadual, depends on which hall do you want to attend lah..Lunch dekat situ..aduh..sedap..tapi, mulut saja yang tak berapa nak berselera. Apa-apalah..

Balik dari symposium, sent my friend back home, then aku straight away to PISA. Dalam hati nak sejukkan badan dalam ayaq..Spent one hour there. Bila dah dekat rumah, aku rasa makin tak sedap badan. Memang aku tak patutnya pi swimming. Memang rasa badan dah tak best tahap cipan.. Amik panadol dalam frigde, telan 2 bijik. Aku sorang-sorang dekat rumah. Housemate semua dah balik kampong halaman cuti sekolah. Tengok tv sat, then masuk bilik terus lelap sampai ke pagi.

Awal pagi dah sedaq..badan memang rasa cam syial..kekekke..tak sedap ..Amik talipon, sent sms kat boss, kata aku tak sihat.tak larat nak pi kerja. He adviced me to go to clinic. So boleh dapat mc. Woke up around 11 am. Amik cap aku, terus ke clinic..perut pond ah lapaq. GP bagi aku ubat-ubat yang berkenaan and dia bagi aku mc as well. So I don’t have to take leave then. Aku rehat seharian dekat rumah. Memang bosan. Petang aku pi lagi bereksersaiz..ingat nak keluarkan peluh..memang peluh keluaq banyak dalam ayaq..

Rabu, aku ke ofis semula.tahap kesihatan still tak memuaskan. Batuk pulak menjadi-jadi. Aku rasa tak selesa nak batuk lebih-lebih kat dalam cube. Tengok my cubemate pon mcm tak selesa dengan kebatukan aku. Ubat batuk yang batuk aku isap beberapa jam, sekali, aku isap macam 30 minit sekali..mampos la..Dengan badan yang tak sihat, habis kerja, aku terus balik ke Kulim. Tujuan utama, nak amik roadtax. Nak balik ke rumah kulim, memang aku tak balik kot, sebab tak ada sapa-sapa..Melantak KFC kulim, lepas dapat roadtax, aku drive balik Penang.. Memang letih dan memenatkan (samakan maksud kedua-dua perkataan tu). So I got my new roadtax lah..mati pulak 19/11/2009.

Minggu ni I met my friend yang nak ke Folsom. Lunch dengan dia dan kawan-kawan cina aku 3 orang lagi. Tak sempat nak sembang lama-lama time lunch. Maybe, sebelum dia ke Folsom, kami jumpak lagi lah..Malam, called my friend to have dinner together dekat kedai mamak. Dekat USM..lama jugak sembang..Like to spent time talking about my “hidup”, my kerja with her. Talk talk talk..sedaq2 dah malam..Sent her back to hostel, then aku balik. Bukan tv, cita antu Puaka Nang Rapik ada lagi 5 minit nak habis.. Tak kuasa aku nak layan cita antu tu. Mandi-mandi, layan paper depan tv, then terus ngantuk disebabkan ubat batuk yang aku telan.

Last day in Penang, lepas kerja, aku pi queensbaymall. Jumpak kawan aku kat situ, dia baru abih tengok cita Madagascar ngan girlfriend dia. Pi melantak Hagen Daz kat situ walaupon aku tgk dok batuk-batuk. Mampos la. Bukan aku bayaq. Sedap pulak eskrem strawberry cheesecake ni..aku hantu coklat, tapi perisa ni sedap pulak..

Hujung minggu – buat lemak kat rumah. Jawab panggilan talipon, basuh baju (mesin basuhkan, tapi aku basuh pulak dari tempat mesin basuh ke tempat spinner. Bukan mesin otometik. Basuh dan selawat 3 kali. Perah dan campak. Sidai dan biaq beberapa jam.
Arghhh..ngantuknya(time aku tgh taip ni sambil dok tgk CSI). Pi kenduri (Pi make gulai, bak kata orang klate). Pi K4, beli barang-barang untuk rumah. Jumpak agent insurance kat kedai mamak..Sembang-sembang pasai insurance etc.

Jom heboh kat penang, stadium batu kawan. Aku pernah pi Sure Heboh dekat penang back in 2002. pas tu aku dah tak jejak dah. Ramai manusia..tambah-tambah pulak time cuti sekolah.

Dah..Feel the rain on your skin..(ni ayat terakhir aku utk entri ni, sebab tiba2 aku dengaq iklan pantene (pronounce dia bunyi PAN TEN, Baku kan)..cam bengong ja..

Saturday, November 15, 2008

Nothing Much

Team building @ Queensbay..
- Copycat amazing raze sket2..best..
Dinner @ E&O hotel...
- Sedap sangat..
Tgk movie :- Quantum of Solace
- Ramai kata tak best sangat mcm Casino Royale..
- Aku pon sependapat
-tapi aku suka part dekat Bolivia and Haiti..Nice place..

Sunday, November 09, 2008

Salam..
Sepanjang minggu lepas, after work, memang aku ke PISA aja..tak dak mood nak ke gym..Selalunya dalam beg sukan aku, dah prepare kan siap-siap, pakaian untuk gym dan pakaian utk swimming..So, tak dak lah susah sangat if aku bertukaq fikiran disaat akhir kemana arah tuju aku..mmm..bukan sepanjang minggu lepas la, hari Rabu aku entertain si Yam selepas kerja. Yam mai Penang untuk cuti-cuti utara. Dari Changlun ke Langkawi, dari Langkawi ke Penang. Patutnya hari Rabu aku balik kampong, memang dah kebiasaannya aku balik kampong. Tapi Yam bernasib baik, sebab minggu ni aku tak balik, sebab dekat rumah aku tak dak sapa. Memang rezeki Yam lah..Bawak Yam ronda-ronda Penang sat. Tak la lama sangat pon, sebab dah petang baru aku boleh jumpak Yam..Sorry Yam ye, patutnya aku suruh ja hang dok Hotel Seri Malaysia, value utk harga kan, tersilapnya aku soh Yam dok Otel Ekotorial..rega pon meletop-letop..Yam kan kaya meletop-letop..OK kan Yam kan..kekekeke..Cam na la aku leh lupa yang blah-blah tempat aku ni ada otel Seri Malaysia ngan Vistana..Tak ke haru Yam duduk kat atas bukit ulu tu..

Cekelat..Yam, Thanks arr bagi cekelat..aku ingat kan seBar dua, rupanya berBar-Bar..manyak..memang hang suruh aku bukak kedai cekelat sangat. Sib baik peti ais rumah sewa sebesaq alam..Sampai umah aku terus sumbat saja masuk (Pssst, aku tak telan lagi cekelats tu). Dok dalam peti ais tahan lama kan…(Psstt lagi, Cekelat kegemaran aku Crispy)..Lain kali beli Crispy arr..kekekek..Tima kasih sekali lagi..

Pasal ronda-ronda (Mungkin Yam dah cita dalam blog dia), aku fisrt bawak Yam pi batu feringgi ikut jalan belakang Penang..Lalu dekat-dekat sekolah lama Yam..Depan Penang Free tu ha..Jalan tak jam sangat, sebab aku melawan arus jam..Terus ke Feringgi..Dari Feringgi ke Hutan Simpan Pulau Pinang (Aku pon tak pernah sampai sini, sib baik Yam mai, tau jugak aku akhirnya kat mana hutan simpan ni). Dari situ kami ke Gurney Drive.Letak keta kat Gurney Plaza..Smayang kat situ dan lepas tu jalan-jalan kat Gurney Drive lah..Makan Passemboq kat situ..Meriahnya kedai-kedai makan cina dekat situ..Penuh manusia..Yam, lain kali mai, kita melantak kat situ pulak ye..Macam sedap ja.

Dari Gurney Drive, pi Penang Road…pusing-pusing sampai sesat sambil ngumpat Deo, Joe etc dalam keta.. Aku dengaq ja, Yam yang ngumpat ye..kekekek..Dari situ terus ke Padang Kota Lama..Mak aii..gelap gelita ..lama aku tak mai sini. Orang ramai..penuh pakat berdating tepi-tepi tebing tu..tapi gelap..Sure mesti banyak nyamok ni..Carik kedai-kedai makan dekat situ, tapi tak jumpak la pulak..Dekat padang (Esplanade) ada org dok set up stage utk event apa ntah (masa tu tatau). Tapi la ni aku dah tau, akan ada perlawanan tennis US lawan Europe on 14/11/08-16/11/08. Meriah Penang nanti..

Terus meluncur laju ke QueensbayMall..Lately, mmg depan QueensbayMall penuh dengan manusia..Lepak tepi laut menghirup udara segar laut malam. Sambil sembang ngan Yam, sambil minum cappuccino aku..Lepak sampai kol 11mlm cam tu then aku hantaq Yam balik otel..Rasa puas dapat melepak hari ni walaupon aku letih sket-sket..

EOS(End of story)..

Thursday, November 06, 2008

Apa yang aku lihat..Bukan apa yang aku tafsir

Aku tgh lepak sorang-sorang dekat OldTown White Coffee Bayan Baru, Pulau Pinang..Baru habis swimming...Kepala dok rasa berdenyut-denyut lagi..mungkin air banyak masuk kepala..macam mana tu..me oso dun know..Macam-macam style aku buat tadi..gaya bebas la, kuak dada la (makin besaq la dada aku kan), doggie style lah dan lemas-lemas style..kuak lentang, kuak kupu-kupu aku tak buat, sebab aku rasa macam terlebih over pulak kalau aku buat cam gitu.,Ramai jugak orang dekat PISA (Penang International Sport Arena) hari ni. Penuh kolam..berenang pon macam ada traffic jam..ada collision sana sini..kekekek..tak ke haru kalau tertanduk kepala antara satu sama lain..kalau kepala btol aku ok, kalau kepala lain2 aku tukaq mode pitam berejam-rejam..kat changing room la ni, mungkin dah jadi biasa agaknya org2 lani dok telanjang bulat merata-rata..apa nak malu..bentuk sama saja..saiz lain-lain..ada terlebih kulit ada yang terkurang kulit..yang tak malu, bogel la hang, yang masih ada kemaluan, masih bertuala..alhamdulillah..aku tak tau la pulak kalau belah pompuan punya changing room..adakah anda turut berbogel seperti lelaki di bilik sebelah??..sendiri mahu ingat lah..Selesai mandi, aku bersolat dekat surau PISA..tak la bersih sangat..Tapi ok untuk bersolat..

Nah, sekarang aku dah dekat OLDTOWN ni..duduk selamba buat kering saja..Cap dekat kepala, tunduk mengadap laptop..humm..aku order wheat grass juice dengan chicken toast..dah dapat dah..belum ku jamah..bau curry tu dah menusuk kehidung aku..aku biaqkan sejuk untuk seketika..sebab aku bukan penggemar makanan panas..Apa yang aku pikirkan, masih belum aku pastikan..pikiran..masih terawang-awang..Aku lari tajuk sikit..

Aku nak bagi apa yg aku rasa dan apa ayng aku nampak masa dekat Cheras..Raya kat rumah Alang..kalau rasa tak btol, aku mintak maap..aku nilai dari pandangan mata kasar...
Aku mula dengan diri aku..memang pedo habis (tau dak pedo apa?)tatau carik sapa2 yang tau lah..ya lakan, nak jumpak org2 yang aku tak kenal..aku mmg pendiam sikit..tak reti nak mula bicara andai tak dak starter nya..Muka aku mmg seposen..serius sangat kalau dah cuak dan tak kenal org..akan kuukir senyuman andai ada yang pandai menjadi starter..aku pendiam orangnya ..sebetulnya macam tu..tapi kalau dah kenal, aku terus tak sebegitu..terus jadi lain.

Alangz--macam muka aku kah?..puas aku perati..kat mana nih...Joe tipu lah..tak shape bulat tu ada la kot..baik alangz ni..ramah..mesra alam..mungkin sebab tuan rumah kena lah ramah..

Zura--tak dan nak berbicara lama..sat ja..dekat nak balik baru dan sembang..semoga berbahagia dengan Alangz..

Yam--awal2 lagi aku dah terkompius yam dengan delinn..sejak dalam keta..aku ingatkan yam yang cakap lebih2 dalam keta, rupanya, delinn yang dok cakap..salah org..dalam hati, ya ampun, keponya yam ni..kekekek..rupanya diam..mcm serius pon ada..jawab talipon ala2 serius mak datin.,kekekek..tapi yang nampak cam tenang ja...air yang tenang jangan disangka tadak boya ya..kekekek..tak rugi kenal Yam..kan mak kan..kekekekek..

Delinn--Ratu bercakap..meriah..I likeeeeeeee...mahunya tak renti cakapnya, dah reja nya pon kena bercakap..Kalau tak dak Delinn, aku rasa hidup aku kat rumah Alangz mcm tak meriah dan sempurna..Delinn wajib ada..u rock man!!..Nak amik u jadi kakak angkat I boleh..kekek..i kan tak dak kakak..kekekek...janji kita satu LEO..aku bangga..

Deo--aku takut nak comment..Deo mmg very the "PMS",,Deo jangan sentap..nanti over PMS..aku tatau arah jalan mana harus aku masuk dengan Deo..nampak macam org yang mudah didekati, tapi dua tiga kali pikir, takut lah aku...Mungkin jugak Deo tgh stress dengan kerja kot..yang lebih-lebih I don't know..tu my first impression pasal Deo..Deo sama baya dengan abang aku..(Aku ada abang kah???)..kekekekke..

Jijo-- Nama ni kena letak dekat dengan Deo..Kembar aku dengaq kata..mungkin kembaq serendang agaknya..nak kata, sama memang tak sama..Jijo seutara dengan aku..tapi tak sepekat utara aku..aku lagi pekat ok..aku bawak kepekatan aku merentas semua benua yang aku pergi..itu lah aku..Jijo w/ family..that's so sweet buddy..hope to get a very lovely family mcm hang soon..insyAllah..Family man..tak gerak jauh pon dari anak-anak dan wife..very well indeed..

Limah--Oh! my Limah..my first set eyes on you...aku memang dah suka Limah sebelum dia bukak mulit utk bercakap..muka dia aja dah happy..bayangkan orgnya..aku suka orang mcm Limah..Happy go lucky..mulot not that so chucky..kekekeke..Limah baik hati kan..I like the way u talk..and the way you behave...

Angah--Aku tak banyak cakap dengan Angah..Aku pernah tgk org mcm Angah macam dalam tv..aku mmg rasa nak jumpak org mcm ni..cakap boleh tahan ganaznya..Kek Angah, sedap sangat..walaupon kek oren yang simple..tapi aku suka..Aku jarang chat ngan Angah kat tag, so aku tatau dia macam mana..tapi Angah memang lantang bersuara..tak macam aku..terus terdiam tgk angah yang tak brenti cakap bila dah start..

LB--Ni set2 bro yang steady..ramah orangnya..rasa mcm kena respect lebih, tapi rasa macam nak kena kutuk-kutuk jugak..aku dok berjaga-jaga..kalau LB tu Joe, memang aku dah sembang sambil dok merapu DKK Joe..macam mana tuh..Anak LB..mak aiii..dah besaq..Rupanya LB giat kawin awal..patut la anak dah besaq..sama besaq ngan LB..

Bini LB-- Arc..aku suka tgk kakak2 mcm ni..teringat zaman aku student..ada lecturer macam muka Arc..baik ja..merapu pon ada jugak..aku suka ..lain kali kita merapu..sebab hari tu, i tak reti nak merapi lebih..tapi both of u, memang sweet..

X- aku sembang gitu2..hai X...eekekekekkek...

Kong- Aku kena respect...Joe macam Kong kah?...matilah aku tak respect Joe..

Lis--Liz Clairebon kah?..aku tak banyak sembang..tapi sempat berbual.baik ja akak ni..

Sapa lagi ni..aku dah kurang daya ingatan dah..tu la dulu kot..nanti kalau ada lagi, aku tambah..
Tgk muka Joe teringat arwah tok wan aku..kekekekek..tua sangat kah joe..kekekek..

Dah aku nak makan pulakk..dah sejuk dah..

Monday, November 03, 2008

Pendek btol minggu ni..ya lah, dah sambut raya indu..
minggu ni asyik dok mengadap blogss. rasa mcm tak productive..
my uncle kena stroke minggu ni..kena blah kiri..nasib baik belah kiri, boleh jugak cakap lagi..kalau blah kanan dah tak boleh langsung..sekarang ni dah kuat sikit..mak aku gegas ke KL utk jaga uncle aku..diajaknya aku, tapi aku btol2 tak larat nak ke kl semula...Uncle aku masuk HUKM..Aku doakan uncle aku cepat sihat semula.

Tak hujan langsung minggu ni...eh hujan jugak la malam..aku gi massage minggu lepas..lepas rasa indu lah..lepas balik dari KL..lepas kerja la..Dah lama tak massage..rasa nak buang angin-angin kat badan..Pi buat traditional massage..adoiiiiiii!!! sakitnya ..abih satu badan aku kena sental..sakit..abih merah2..kononnya banyak angin lah keluaq..