Kepada IBU
Hayatilah Luahan Seorang Anak
Sumber: Dah lupa dari mana
Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku..Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..Ibu
Kata Ibu, perkataan pertama yang aku sebut..Makk!
Bila bangun tidur, aku cari..Ibu
Bila nangis, orang yang pertama datang..Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati..Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ..Ibu
Bila merajuk, yang memujukku Cuma..Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku..Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..Ibu
Aku selalu teringatkan..Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon..Ibu
Bila seronok, orang pertama yang aku nak beritahu..Ibu
Bila bengang, aku selalu luah pada..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil..”maakkkkkkkkk!”
Bila sakut, orang yang paling risau adalah..Ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk jugak..Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini..Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran aku..Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..Ibu
Yang selalu berleter kat aku..Ibu
Yang selalu puji aku..Ibu
Yang selalu nasihat aku..Ibu
Bila nak kawin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk ..Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari..Pasanganku
Bila sedih, aku cari..Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada..Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada..Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat..Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…Ibu
Bila bercuti, aku bawa..Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada..Pasanganku,
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat..Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku..
Bila-bila aku akan telefon..Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon..Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk..Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk..Ibu
Renungkan..
Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kamu kiringkan wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pon cukuplah. Berderai air mata aku. Hari ni kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, luma puluh sen pon tidak sempat aku kirimkan!! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.
Monday, June 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bagaimana pula dengan Ayah?dady?..Happy Father's Day!!
Ayah dan Ibu itulah kurnian Illahi..
Nanti aku carik daddy pulak na..ekkekekeke..aku jumpak mummy saja baru..
kasih ibu membawa ke syurga. Bahagiakan dia selagi ada.
Post a Comment