Sunday, June 14, 2009

Aku Kerinduan


Aku btol-btol rindu bangunan ni. rindu sgt bus no 1 tu..aku kerinduan..


aku tak kerinduan sangat building ni, sebab jarang pi..tapi aku suka tengok..

Monday, June 08, 2009

Kasihnya Ibu

Kepada IBU

Hayatilah Luahan Seorang Anak

Sumber: Dah lupa dari mana

Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku..Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..Ibu
Kata Ibu, perkataan pertama yang aku sebut..Makk!
Bila bangun tidur, aku cari..Ibu
Bila nangis, orang yang pertama datang..Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati..Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ..Ibu
Bila merajuk, yang memujukku Cuma..Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku..Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..Ibu

Aku selalu teringatkan..Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon..Ibu
Bila seronok, orang pertama yang aku nak beritahu..Ibu
Bila bengang, aku selalu luah pada..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil..”maakkkkkkkkk!”
Bila sakut, orang yang paling risau adalah..Ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk jugak..Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini..Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran aku..Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..Ibu
Yang selalu berleter kat aku..Ibu
Yang selalu puji aku..Ibu
Yang selalu nasihat aku..Ibu
Bila nak kawin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk ..Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari..Pasanganku
Bila sedih, aku cari..Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada..Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada..Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat..Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…Ibu
Bila bercuti, aku bawa..Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada..Pasanganku,
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat..Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku..
Bila-bila aku akan telefon..Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon..Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk..Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk..Ibu

Renungkan..
Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kamu kiringkan wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pon cukuplah. Berderai air mata aku. Hari ni kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, luma puluh sen pon tidak sempat aku kirimkan!! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Friday, June 05, 2009

Mayat

Pi Qbay dipetang hari. Ingat nak senaman..Tapi kawan aku ajak teman pi beli gelang sama cincin dekat poh kong. Aku temankan sat. nak langkah kaki, hayunan jadi lembab ja. Aku tolong pilihkan jugak..cantik gelang sama cincin tu. Aku amik kesempatan beli handbag untuk mak aku sempena birthday dia. Sbb kawan aku ni pompuan, dia tolong pilihkan jugak..last2 beli handbag braun buffel..cantik..aku rasa puas hati..tiba teringat nak beli wallet aku sekali..wallet yang dah ada, dah dimakan dek zaman..aku beli kat situ jugak..Pandai kawan aku pilih..aku pon pandai jugak kot..

--------------------------------

Dah lama aku tak makan Subway... Ditengah hari yg panas, deruan angin laut yang kuat, aku melantak subway 6inch set subway club. 12 hengget setengah. Semua ditanggung beres kawan aku..aku jamah saja..pala dok nyut nyut lagi..telan ubat sebijik dua..abih makan, aku teruskan deruan enjin pi semayang dekat Jalan Perak. First time aku pi situ. Jauh sikit dari kilang. Teman kan kawan aku nak amik barang kat umah makcik dia. Besala, masjid penuh. Lepas amik ayaq semayang, aku amik tempat duduk di hujung masjid. Selesai solat sunat, aku duduk bersimpuh lama..bau semerbak apa aku tak sure..lama2 aku macam familiar dengan bau ni..aku pandang sebelah kanan..rupanya, aku duduk sebelah mayat..ada mayat rupanya hari ni..tajuk kutbah pasai, balasan Allah pada orang yang berzina, minum arak, mencuri dan sbg. Isi kutbah memang membuatkan aku kecut perut dan menggerunkan dengan balasan tuhan. Dah pulak duduk tepi mayat..insaffffffff..banyak dosa aku rupanya.