Saturday, January 31, 2009

Humm..Tak abis lagi..

Oo mak aiii...tak abih lagi aku bercuti ni..sampai dah rasa bosan pulak cuti lama-lama..
lagi dok cuti, lagi la aku dok perabih duit beli itu ini..nyesal pon ada..
padahal tunggu masa saja ni nak kena layoff ke dak..cuak cuak...
Baru balik pi beraya cina umah member kat Bayan Lepas..aku dapat ang powwww!!!..sukanya..tak sangka dah tua-tua cam ni pon dapat angpow..tu la, sapa suruh tak kawen kan..tu yang dapat..terharu pon ada, malu pon ada..wakakkaak..mampos lah..janji selamat duit minyak keta aku pi jalan2..

Monday, January 19, 2009

Ulaq

Ulaq masuk rumah..
Kalau sekoq takpa..ni 2 ekoq..geli, cuak, takut, pura2 tak takot semua ada...
Kalau takut sapa lagi nak halau..sapa lagi nak katok..
Time nak katok, ulaq dok melingkaq naik atas siling rumah..tak dan nak katok..aiya..
Dah byk kali ulaq masuk umah...tak ka haru..ghisau!!!

Sunday, January 18, 2009

Cuti CNY

Salam..
Minggu yang dinanti-nantikan..apa yang akan jadi pada kilang aku..Open Forum with our CEO in Santa Clara..Seperti yang dijangka, tahun ni tak dak increment. Economic crisis menyebabkan profit margin jatuh 90% untuk Q4. Future profit pon cannot be forecasted due to ekonomi yang menggila. Apapon, during this meltdown, bonus tetap ada..last bonus dapat last December 2008.. Next bonus will be on 30 Jan 2008..Appraisal tetap akan diteruskan untuk stock grant. Apa-apalah..aku just go with the flow sajalah..Malas nak pikir lebih..Kalau pikir lebih-lebih, memang aku risau takut kena buang kerja..Mana tak nya kalau kilang tutup, dengan aku sekali tutup..

Minggu ni aku baru tgk ada iklan SPC Mara. Aku tak pasti bila iklan ni keluaq. Tapi aku rasa masih baru lagi. Aku bukak laman web mara last 2 weeks tak dak pon. Hajat dihati nak jugak apply SPC 2009/10 ni. Tapi masa utk apply amat la suntuk untuk aku. Nak apply kena antaq result degree ngan masters (semua benda ni kat kampong halaman). Tarikh tutup permohonan 23 January. Mana nak dan!!!!!.Bila depa tgk degree and masters ok, baru depa antaq borang permohonan. Nak sampai ada la makan 3 hari. Kedah pulak cuti Sultan Kedah..Pejabat pos tutup lagi.Nak isi borang lagi..Nak pos balik lagi..So, memang tak dan. Kesimpulannya aku tak mau apply this year. InsyaAllah, kalau ada rezeki, next year aku apply..tu pon kalau ada. Best dak kalau buat part time PhD?? Aku masih berpikir-pikir. Tapi rasa macam lama saja nak selesaikan. Tawaran ni dah keluaq kat kilang..Tapi aku masih gusar..

Sejak tahun baru start ni, aku meningkatkan usaha aku meningkatkan stamina. Hujung tahun lepas, aku rasa macam semput-semput saja. Mungkin sebab cuti lama. Bila cuti lama ni, langsung tak exercise. Ni tahun baru cina pulak nak mai, aku cuti lagi 2 minggu. Habis segala cuti tahun yang ada. Kan best kalo kerja dengan kerajaan, cuti 30 hari..Ni cuti tahun 14 hari saja. (Banyak komplen plak). .Haiii, pakai buat lemak lagi kat rumah nanti. Hujung minggu lepas aku ke Mengkuang Dam lagi..Sambil berjogging sambil ‘minum ayaq’...Jugak ke Taman Tasik Putra Kulim. Ayaq kat tasik tak banyak..Ya ampunn, banyaknya foreigner kat sini. Foreigner bersantai ditepi tasik..Dari orang Melayu, Cina, India, Indon, Bangla, Nepal etc..Terkejut aku..potong stim nak jogging..jogging ala kadar saja..OKla..buat kardio 45 minit..lepas tu buat cardio 20 minit kat pasar malam..carik ayaq kegemaran aku..tebuuuuuuuuuuuu.!!

Juara lagu dah start..(terus teringat Jijo)..kekekek..



Wednesday, January 14, 2009

Life, Regrets, Confidence & Fear!

"I asked God, 'How do I get the best out of life?'God said, 'Face your past without regrets. Handle your present with confidence. And prepare for the future without fear!'"

Sunday, January 11, 2009

Freestyle & Breaststroke

Salam..
Minggu baru diawal tahun baru kerja. Mood cuti ada lagi sikit-sikit. Minggu kerja ni, aku nak duduk lama pon tak best aje. Bisol aku tak baik-baik lagi. Kalau salah duduk tu, memang sakit tak ingat punyala. Antibiotik dah letih aku makan. But still tak surut-sutut. Start minggu baru ni, aku tak pergi ke gym langsung lagi. Berat hati nak pi sebab bontot tak sihat. Kang tersilap press, mahunya terjerit sakit aku. Idak pon bisul pecah berdarah-darah. So, aku pi mendugong saja kat PISA. Kalau pecah pon, automatic cuci dalam air macam tu. Senang sikit..Dibilas dengan ayaq klorin yang sedia ada. Hahaha. 3 Kali aku ke Pisa minggu ni, tengok-tengok bisol aku dah tak keras..Masuk ayaq ka?..Sebelum ni keras nak mampoih..Kemungkinan untuk pecah tu ada. (My water broke??..ayaq ketuban ka)..Hahaha..Malam tu, bila aku tidoq (tidoq skema, mengiring sebelah ja sampai pagi), bisoi aku pecahh…terpancut-pancut darah,nanah dan seangkatannya keluaq..basah lencon boxer aku..kalah orang terkencing dalam seluaq..so bayangkan lah betapa besaqnya bisoi aku..Time tu, badan dah rasa tak sihat..rasa semacam ja..rasa satu renjatan nak demam, pening (PMS ka?? hahah)..Tapi disebabkan bisoi ni, aku memang jatuh sakit dan amik cuti sakit..Tak pernah ada bisoi sepanjang hidup, ni la first time..

Humm..cakap fasal freestyle dan breaststroke, aku masih dok penin-pening lagi..Awat aku berenang breaststroke lembab macam kura-kura, tapi kalau freestyle, ok saja..Kalah salah teknik kot. Sampai budak kecik pon potong aku time breaststroke..Aku pon kompius apa yang tak kena..salah kuak ka atau kaki salah push?..Waktu aku dok berenang, time tu la jugak aku dok kaji apa yang tak kena..Ada sapa-sapa teringin nak ajaq aku dak..Kesian pulak kat aku..Mungkin aku tak larat nak push sebab bisoi kot..Alasan yang langsung tak leh diterima akal..

Awal minggu jugak, aku rasa seronok, sebab kerja-kerja aku yang tahun lepas dah siap. Aku bersiap sedia untuk buat benda baru dari customer..Project baru yang lebih mencabar. Aku harap aku akan lebih bersedia kali ni. InsyaAllah.

Aku ke GNC beli benda makan untuk kesihatan aku. Ada promotion awal tahun ni sampai 11hb Januari. Beli satu dapat satu..Aku beli lah..so dapat la satu. Habis duit la jugak. Janji aku seronok dan puas hati.

Sambil dok menaip ni, sambil dok tengok Mawi ngan Ekin kawen. Naik kuda putih tu. Kesian pulak tengok kuda tu panic nak lari-lari sebab bom-bom sampah tu..Bayangkan kalau kuda-kuda melompat, tak ke terpelanting kebelakang…Mak aii..lawa gila baju Mawi ngan Ekin. Bersinaq-sinaq..

Oklah, aku nak semayang isya’.

Thursday, January 01, 2009

Kata Hati

Salam..
Panjang aku cuti kali ni..Start dari 25hb time x’mas. Cuti awal Muharam. Cuti tahun baru..dan jugak cuti yang tak digemari, forced leave..Production shutdown sampai tahun baru. Seronok la jugak cuti lama. Tambah-tambah pulak dengan bonus yang baru dapat time-time Malaysia Year-End sale ni..Mana-mana shopping complex aku pi, penuh dengan manusia..Tapi tak dak apa sangat yang aku beli pon. Mood nak shopping tu tak dak la berkobar-kobar. Awalnya perancangan nak ke Kuala Lumpur, jumpa kawan-kawan dekat sana. Tiba-tiba aku ikut kata hati aku supaya aku tak pergi. Langsung terus berat kaki aku nak melangkah ke Kuala Lumpur. Kata hati aku cakap, ada apa sangat dekat Kuala Lumpur yang tak boleh nak dibuat di Penang ni. Semua yang aku nak dah ada dekat Penang. Mungkin kawan-kawan lain dekat KL pon sibuk agaknya. So, aku decide lepak dekat utara sajalah.

Sejak aku cuti x’mas ni, ujan saja. Aku habiskan masa-masa yang ada pergi kenduri saudara mara dekat sini. Pergi makan sambil usha-usha tgk kenduri orang dan dok terbayang kenduri aku nanti. Apa yang perlu dan apa yang perlu..Sambil menyelam minum la ayaq sekali. Aku kan nak buat kenduri dekat kampong halaman..(dalam hati nak kawen dengan anak raja, tapi mahu kah kerabat raja nak mai kampong aku yang tak seberapa nih)…kekekekek..Sambil dok terbayang lagi wife-to-be aku rendah 5cm aja dari aku, (aku 178cm), so wife-to-be aku 173cm lah..kekeke, pakai kasut high heels, putih berseri-seri, bawak fresh flowers, dironai kaler lilac indah berseri, dialunkan kompang bergema serentak menyambung ketibaan raja sehari..Chewah..InsyaAllah. Aku tetap mendoakan saat-saat itu..Sampai seru kah..kekekekek..Saat tu mungkin masa aku umor dalam 32 nanti kot..semuanya takdir yang akan menentukan..aku hanya dapat buat perancangan Allah jua yang menentukan..Itu kata hati lagi..

Dalam cuti ni jugak, aku jejak kaki ke Sunway Carnival..Penang..Mainland..Tak dak menda nak buat kat rumah. Hajat dihati nak btolkan spec aku. Rasa macam senget sket.Ni sebab selalu tgk tv sambil baring-baring. Tu yang senget tu. Alang-alang pi, aku sempat la jugak beli barang yang aku tak pon plan nak beli..aku beli fitted sheet untuk tilam super single aku dekat umah sewa, aku beli goggle spray with anti-fog, beli tuala 2 helai kaler dark brown dengan hijau dahun pisang cap Elle (pulon tulis cap kan). Kali ni beli mahal sket tuala-tuala aku sebab discount pon sampai 70%. So, boleh la aku campak tuala yang aku dok guna la ni jadi kain buruk. Dari satu kedai ke satu kedai. Nampak the under’s shop..lama aku tak singgah beli underwear.Ingat time sale spenda murah la..aku beli time sale ja..ekekeke..time lain takdak duit nak beli..(Selalu kena kutuk, simpan duit nak buat apa, nak pasang astro dengan aircond dalam kuboq ka????). Masuk kedai tu, carik spenda kegemaran aku, CK and 2xist. (Joe aku tak tiru hang..kekekekek). Pelik pulak..dah tak jual dah tinggai Renoma..tak mau la, tu spenda zaman sekolah dulu..so, aku tak beli apa-apa kat situ. Ingat nak balik awal, tapi dengan selamber badaknya, pergi tgk wayang pulak..masuk lambat ni..orang lain dah dok tgk..kusi aku tgh2 kat belakang..dengan bag keliling pinggang, meredah kaki-kaki orang buat tatau..hahahahha…mesti aku diumpatin..itu hati aku la yang kata lagi..

Masa cuti jugak, pi jalan-jalan dengan saudara mara ke Sungai Petani, Alor Setar, Perlis. Awal-awal pagi lagi, mak aku dah masak nasik lemak untuk berkelah ramai-ramai..Pukol 7am, bertolak ramai-ramai ke Alor Setar..Pi ambik Maksu aku dgn anak2 dia sekali..Jalan nak ke Perlis tatau pon sangat. Main redah saja. Destinasi ke Gua Kelam.Last aku pi tahun ’94 masa aku tingkatan dua..Tudia, ramai orang kat situ..Cuti sekolah sama. Kami sedara mara pon ramai dah..Pakat hampaq tikaq..Kami makan dulu..lepas makan aku tgk budak dok mandi kat sungai sini, sampai jugak dok tgk orang buat rock climbing..Habis pada tu, masuk dalam Gua Kelam tu..Naik keta pi ramai-ramai, bayaq sorang rm5. Tangkap gambaq serba sikit, lepas tu, singgah buat Jamak Qasaq dekat masjid Gua Kelam. Pastu, pecut keta pi Padang Besaq..Last aku pi situ pon tahun ’94 jugak..aku beli bermuda short..tak try pon sebab tak dak tempat try..yang lain tu, aku sedara aku pakat dok beli..ramai jugak manusia kat sini. Ronda-ronda keliling situ 3jam kot..pastu balik..Singgah Aloq Staq tidoq umah Maksu aku..Esoknya tu, bertolak ke SP umah Makcik aku..makan-makan kat situ..Sembang-sembang..Pastu pi tgk show house dengan Lovina, Ambangan Height..Saja nak tgk rumah.Nak tgk design utk rumah baru aku yang aku nak buat dekat Kampung..Aku belom jumpak design-design yang lawa lagi..Dalam perancangan nak buat rumah dekat kampong satu, dan beli umah dekat pulau satu kalau ada rezeki lebih. Aku tak dak rumah lagi, yang ada rumah kedai aja..kekekke..rumah kedai yang disewakan untuk orang..Nanti, kalau aku tak dak rumah sangat, aku duduk saja dalam rumah kedai tu..best jugak..Sampai umah, tgk postman campak kotak kat depan umah..dok atas lantai pon..tgk tulisan tak kenai..tgk cop setem, dah tau, ni mesti kerja Yam dengan Delinn..Tima kasih.

Esok dah tahun baru (aku dok type ni on 31 lah)..Hujan, mak aiiii lebat gila dekat luaq..Gelap gelita walhal baru pukol 5 petang..Tadi pi kedai gunting rambut..aku gunting macam aku selalu dok gunting .. Spiky hair..macam buah durian..bila spiky hair, depa potong pendek, so tak payah la aku kerap sangat pi gunting..aku soh depa cuci sekali rambut aku..time cuci best..sambil aku dok duduk kat kusi, awek ni amik syempu, conditioner dan apa lagi tatau, simbah kat kepala aku..treatment rambut ke hapa aku tatau..sambil dia dok ghengau pala aku, aku layan..macam-macam teknik plak tu..sedappp!!..time dia picit dan urut tengkok aku, aku rasa macam nak cakap ..Stop!!!!...sakit gila babi..wakakakka…sib baik aku leh tahan..lepas tu baru pi bila ngan ayaq..fereeesssshhh!!!!..Sebelum ni aku jarang-jarang cuci rambut, aku balik cuci kat umah ja..sebab nya aku gunting time petang dekat maghrib..balik terus mandi..tapi rini, aku pi tgh hari lepas aku mandi..so, aku tak mau balik mandi time tgh hari, aku soh la depa cuci buang rambut2 tu..Selesai..


Aku sambung sket lagi..tahun baru, aku pi Sungai Sedim..Last aku pi 5 bulan lepas dengan kawan-kawan aku..This time, aku pi dengan sanak saudara aku..Ramai manusia hari tahun baru ni..Aku ingatkan orang semua dah pakat letih sambut tahun baru malam tadi..rupanya, masih ramai budak-budak muda pon dok mandi manda..pakcik makcik ngan anak-anak, memang pon dah ramai.Sib baik ayaq tak keroh..semalam kan ujan lebat..jernih saja..hajat dihati nak mandi..Baju sepersalinan dah pon aku bawak sekali..Mula-mula, sampai carik tempat nak lepak..dah jumpa, hampaq tikaq, terus bukak benda makan..Menu tepi sungai, nasik, ikan termenung bakaq (bakaq kat tepi sungai), kerabu nangka, gulai ayam kampong campoq betik, petai baru beli kat tepi jalan untuk dibakaq, minuman (ayaq sungai, sebab bawak ayaq sebotol ja)..kakakaka..tengak budak-budak dok naik tube besaq kat sungai..memang aku teruja abis..tgh dok lepak sambil berdiri, aku amik keputusan untuk duduk..Bila aku duduk saja, muka aku terus merah padam gila..tahan sakit yang amat sangat..Aku terduduk atas bisol aku..Adoiiiiiiiiiiiiiiii!!!!..Sakittttttttttttt….!!!memang sakit gila..aku terus dok diam sambil tahan sakit dan ilang mood nak mandi..at last sampai kesudah aku tak mandi..arghhh…

Apa kata hati aku hari ni…jangan pegu aku dengan sapa-sapa..i hate being ‘pegu’ed. Silence doesn’t mean I like…I feel it so tacky sometimes…Syoknya dok dengan ayaq ujan jatuh atas bumbung rumah. Peace!!!!!