Sunday, April 19, 2009

Uban/Grey Hair

Salam
Dua tiga hari lepas, kat kampong ujan lebat tuhan saja yang tahu. Banjir rumah Mak Lang aku. Alhamdulillah rumah aku tak masuk air. Operasi cuci rumah lepas banjir memang penat. Habis basah. Dah selesai cuci, esoknya banjir lagi. Tak ka haru..Air dari bukit turun laju mai kampong aku. Sungai pon dah tahap melimpah. Projek ikan tepi sungai pon habis. Ikan lari masuk sungai lepas air kolam ikan dah melimpah. Kesian. Dalam pada dok cuci rumah, sepupu aku sempat tolong carik uban aku. Mula-mula dulu tak percaya sangat ada uban. Tapi bila dah ada tu, terpaksa la terima. Duduk bawak pokok manggis rendang depan rumah. Ada la dalam 5 helai uban ditarik keluaq. Sejak ada uban 2-3 tahun lepas, aku dah jarang pakai minyak rambut yang pelik-pelik. Kepala aku la ni, aku bubuh minyak zaiton saja…nourishing my hair hari-hari. Tapi ada satu benda pelik sepupu aku kata kat kepala aku..ada s few spots kaler merah jambu. Takut jugak aku. Apa benda. Bila dia tekan kat area tu, aku rasa sakit sikit-sikit.. Aku harap sakit tak bertambah-tambah kemudian hari. Ingat nak pi jumpak dokter tanya.

Fuhhhh!! Panasnya..nak hujan lagi kot ni. Berpeluh aku kat rumah ni. Last week ada aku buat health check kat tempat reja. Package health check ni free, company bayaq. Dalam package ni, ada general things la, contohnya, check sugar dalam darah, check urin, check cancer prostate, check hep B. Aku add rm40 untuk check a few extra thing. So total, rm40 sajala. Kalau pi buat general health check kat klinik kena bayaq rm150. Selamat duit aku. BP lab yang mai buat benda ni. Aku cuak jugak masa depa nak sedut darah aku keluaq, sebab last time masa sedut darah kat rumah, after a few minutes jantung aku jadi mcm tak normal. Bila buat ECG, ada yang tak kena dengan graph dia. Lagi la aku cuak..Tapi this time, aku tak rasa apa-apa dah lepas darah keluaq. Cuma sakit sikit saja. Alhamdulillah selamat. Kalau jadi apa-apa, sure kelam kabut pulak geng-geng BP lab.

PC fair dekat PISA. Aku tak pi pon. Ramai sangat manusia lepas aku balik kerja hari jumaat lepas. Asalnya aku nak pi swimming, tapi, kereta penuh. Nak masuk pon kena bayaq. So, aku ambik keputusan untuk beli barang dekat Queensbay. Nak balik terus ke kampong, memang tak logic la, sebab jam.

---------------------------------

Rindu nak makan dekat mamak depan USM. Selalu lepak dengan kawan aku. Tapi kawan aku ada exam. So, aku kebuloq la malam bila balik. Selalu lepak kat Khaleel tengok tv. Sembang berejam, baru balik rumah. Ni tak dak geng, balik rumah layan tv dan tidoq. Baik aku balik kampong lagi best. Last Friday, makan nasik dekat Jalan Tengah..Makan dekat kedai india. Dekat dengan pelita. Kawan aku ajak pi. First time aku pi, dia kata halal, aku bismillah sajalah..Makanan kat situ sedap jugak. Yang bestnya boleh pilih nak makan atas daun pisang atau pinggan..Makanan dia pon macam lain sikit. Tak sama macam kedai mamak lain. Mungkin masakan cara india kot.

====================

5 comments:

Anonymous said...

terimalah hakikat.. uban tu petunjuk... hidup di dunia hanya sementara.. pi cari aweks lekas... ekekekekeek

-ojij-

Anonymous said...

aku pn ada uban 2,3 nie rilex jer tp rambut makin solah ada laa

-faaz-

frappe_crush said...

jijo-hang dah ada petunjuk ka dak gi?..ka rambut dok itam pekat lagi. :)

faaz-rambut makin solah tu apa maksudnya?

Anonymous said...

makin botak laa...bahasa penang pekat punya!!

-faaz-

frappe_crush said...

aiyo..serius aku tak pernah dengaq...sbb aku bukan orang penang kot..kkekee.