Salam..
Minggu lepas rasa cepat sangat masa berlalu. Sebabnya cuti gabenor hari Isnin tu. Minggu ni cuti Isra’ Mikraj, tapi Penang tak cuti. So, aku kembali kerja macam biasa hari Isnin. Tak dak apa yang best sangat pon minggu lepas. Haa..ada belajaq satu bahasa daerah baru dari housemate aku… “Budok-budok ni dok gege sangak ah..”..apa benda tu..aku tanya housemate aku.. “Ha?”..memang aku tak paham.. “Budak-budak ni bising sangat aih…”
Beli tiket nak pi Bandar Baru Bangi bulan 9 ni…Beli tiket online..Tunggu punya lah lama..transaction between MAS sama CIMBClick..aku sentap!!!! Orang nak balik la..tak larat nak tunggu. At last aku mintak kawan baik aku tolong beli kan. Dia beli online jugak. Tapi guna credit card..Guna credit card laju sangat transaction nya..10 minit dah siap..lega satu pasai..
Tgk Harry Potter & da Half Blood Prince..boleh la..aku tertidoq for a few minutes..letih kot..tak byk magic2 menarik..
Hujung minggu, join charity event..Paddle for Hope..Aku join kilang aku punya Community..Jadi volunteer untuk program tu.. Seharian aku dekat depan QueensbayMall..Ada beberapa team dragon boat try buat Malaysian Book of Record paddle dragon boat 12 Jam tanpa henti..Aku dekat situ, tolong-tolong la apa yang patut..Tak la teruk sangat pon buat kerja..Seronok tengok orang..
Monday, July 20, 2009
Friday, July 17, 2009
Skin Cendawan Hello
Sunday, July 12, 2009
Xcident!!!!!!
Salam..
Aku xcident..ni xcident ngeri jugak selepas tahun 2000. Aku langgaq orang sampai tercampak orang tu. Bunyi gedegum mmg kuat gila. Terpelanting orang tu ke depan. Mati ka orang tu???..mmg aku dok tertanya-tanya. Sebab aku rasa kuat jugak aku langgaq, walaupon dah aku tekan break sekuat hati..Jantung aku berdegup kencang. Kaki siap terketaq-ketaq. Ya la, sapa tak ketaq, langgaq orang kan. Kalau langgaq anjing ka, kucing ka, lain la cerita. Malam pulak tu..Nasib baik kereta belakang tak langgaq bontot keta aku..Dalam dok ketaq tu, tiba-tiba, orang tu bangun, jalan melelong-lelong mai kat tepi tingkap aku. Pakcik india rupanya. Dalam umoq 60 an cam tu..Dia mai kat aku dok cakap merapu..Aku rasa dia merapu. Ka concussion daripada xcident?? Tapi time tu, memang aku assume yang dia mabuk. Dia tanya aku “ tak buley adjust ka??” sbb aku rasa dia mabuk, aku terus jawab “ tak mau la adjust!!”..aku terus blah..tanpa rasa bersalah..hmmmm…patutnya aku sua la 10-20 ringgit kan??..tapi pada waktu tu, aku tak rasa ikhlas nak bagi, sbb aku rasa dia mabuk..apa la jadi kat dia lepas 24 jam xcident. Aku harap dia ok..kadang-kadang orang yang xcident, tak sakit serta merta, aku takut dia sakit teruk lepas tu..aku risau jugak takut dia mati ka apa..
----------------------------------
Musim buah dah dekat kampong. Buah durian dah nak habis..yang masih ada, buah moktan, buah manggis, buah rambai, buah pelam, buah staq, petai, buah langsat (baru nak jadi). Aku tak la hantu buah sangat. Tapi bila dah kat rumah, lepak bawah pokok-pokok buah sama suku sakat, rasa terhibur sangat. Makan buah sambil dok sembang-sembang. Rasa macam happy. Tapi buah dah banyak sangat, rasa kesian jugak yang buah jatuh dan tak dikutip. Terus buruk. Dulu-dulu, ada orang suka panjat pokok dan kait buah, la ni, tak dak sapa pon mau panjat dah..aku nak panjat!! Pokok rendah pon aku tak panjat, tambah la pokok tinggi. Time kecik-kecik ada la panjat, time besaq ni, aku rasa dah bukan masa aku untuk panjat. Aku kait ja dengan galah dari bawah..hmmm…
----------------------------------
Aku meronda ke sekolah menengah lama aku kat Pokok Sena. Dalam 2 minggu lepas. Lama dah takpi since 1999 kot. Selalu jumpak kawan-kawan sekolah, luaq dari sekolah. Memang dah banyak berubah. Pokok-pokok yang aku dengan kawan-kawan aku tanam dulu, dah pon besaq-besaq. Dari padang jarak padang terkukur asalnya, dah jadi macam sekolah dalam taman. Rasa macam satu terapi pulak tgk sekolah lama. Senyum sorang-sorang. Bangunan sekolah dah pon bertukaq kaler..kat mana aku tanam kotak kenangan dulu ntah dengan kawan2..dah lupa kat mana..nak kena tanya balik ni..ka kat tepi court basketball..ermm..
----------------------------------
Aku rasa happy walaupon jumpak Delinn hanya beberapa jam dekat Sunway Carnival, Penang. Lepak dekat kedai kopi dalam tu. Mungkin jarang kot aku nak merapu dengan kawan-kawan tempat kerja, so bila dah dapat sembang dengan Delinn, aku rasa puas hati. Kan best kalau buley layan tgk wayang..tapi makcik ni, kena balik cepat sebab nak mengajaq malam nya. Tersentap sbb Delinn kata aku pakai Botox!!!.. Bukan tersentap yang bengang, tapi tersentap macam tersentak macam tu..Botoxxx..Nampak sangat muka aku macam tak ori.. lupa nak tanya, apa yang tak kena...nampak kesan cucuk ka weiii.. ..kuikuikui..biasala, dah nak sampai angka tiga…ermmm..
Aku cuti sampai Isnin 13 Julai..Cuti Gabenor...
Subscribe to:
Posts (Atom)