Thursday, April 23, 2009

Sunday, April 19, 2009

Uban/Grey Hair

Salam
Dua tiga hari lepas, kat kampong ujan lebat tuhan saja yang tahu. Banjir rumah Mak Lang aku. Alhamdulillah rumah aku tak masuk air. Operasi cuci rumah lepas banjir memang penat. Habis basah. Dah selesai cuci, esoknya banjir lagi. Tak ka haru..Air dari bukit turun laju mai kampong aku. Sungai pon dah tahap melimpah. Projek ikan tepi sungai pon habis. Ikan lari masuk sungai lepas air kolam ikan dah melimpah. Kesian. Dalam pada dok cuci rumah, sepupu aku sempat tolong carik uban aku. Mula-mula dulu tak percaya sangat ada uban. Tapi bila dah ada tu, terpaksa la terima. Duduk bawak pokok manggis rendang depan rumah. Ada la dalam 5 helai uban ditarik keluaq. Sejak ada uban 2-3 tahun lepas, aku dah jarang pakai minyak rambut yang pelik-pelik. Kepala aku la ni, aku bubuh minyak zaiton saja…nourishing my hair hari-hari. Tapi ada satu benda pelik sepupu aku kata kat kepala aku..ada s few spots kaler merah jambu. Takut jugak aku. Apa benda. Bila dia tekan kat area tu, aku rasa sakit sikit-sikit.. Aku harap sakit tak bertambah-tambah kemudian hari. Ingat nak pi jumpak dokter tanya.

Fuhhhh!! Panasnya..nak hujan lagi kot ni. Berpeluh aku kat rumah ni. Last week ada aku buat health check kat tempat reja. Package health check ni free, company bayaq. Dalam package ni, ada general things la, contohnya, check sugar dalam darah, check urin, check cancer prostate, check hep B. Aku add rm40 untuk check a few extra thing. So total, rm40 sajala. Kalau pi buat general health check kat klinik kena bayaq rm150. Selamat duit aku. BP lab yang mai buat benda ni. Aku cuak jugak masa depa nak sedut darah aku keluaq, sebab last time masa sedut darah kat rumah, after a few minutes jantung aku jadi mcm tak normal. Bila buat ECG, ada yang tak kena dengan graph dia. Lagi la aku cuak..Tapi this time, aku tak rasa apa-apa dah lepas darah keluaq. Cuma sakit sikit saja. Alhamdulillah selamat. Kalau jadi apa-apa, sure kelam kabut pulak geng-geng BP lab.

PC fair dekat PISA. Aku tak pi pon. Ramai sangat manusia lepas aku balik kerja hari jumaat lepas. Asalnya aku nak pi swimming, tapi, kereta penuh. Nak masuk pon kena bayaq. So, aku ambik keputusan untuk beli barang dekat Queensbay. Nak balik terus ke kampong, memang tak logic la, sebab jam.

---------------------------------

Rindu nak makan dekat mamak depan USM. Selalu lepak dengan kawan aku. Tapi kawan aku ada exam. So, aku kebuloq la malam bila balik. Selalu lepak kat Khaleel tengok tv. Sembang berejam, baru balik rumah. Ni tak dak geng, balik rumah layan tv dan tidoq. Baik aku balik kampong lagi best. Last Friday, makan nasik dekat Jalan Tengah..Makan dekat kedai india. Dekat dengan pelita. Kawan aku ajak pi. First time aku pi, dia kata halal, aku bismillah sajalah..Makanan kat situ sedap jugak. Yang bestnya boleh pilih nak makan atas daun pisang atau pinggan..Makanan dia pon macam lain sikit. Tak sama macam kedai mamak lain. Mungkin masakan cara india kot.

====================

Monday, April 13, 2009

Terhantuk

Bengang aku kalau terhantuk. Sebab aku terhantuk pala aku mesti bengkak dan lambat surut.
Sejak 2 menjak ni ramai orang mendugong dekat PISA. Aku rasa PISA tak cukup luas lagi kot walaupon dah bersaiz olimpik segala benda. Asyik bila aku sampai ja, kolam dah nak penuh. Budak2 dok training satu hal, dah memenuhkan keadaan. Bila dah ramai accident dalam ayaq makin bertambah-tambah. nak kata hari perayaan atau cuti sekolah, aku tgk hari2 biasa saja..peningkatan accident increase significantly. Accident like, scratches sana sini (kereta bergesel), dalam topik ni orang bergesel no hal. Sebab scratches yang tak sakit. Malangnya, kalau berlaku accident kepala lori bertemu kepala bas, dalam topik ni, kepala orang sama kepala orang. Sakit hanggg..Bengkak pala aku..bila dugong freestyle, you hardly see orang depan u..unless kalau hang jenis yang berenang freestyle pala dongak2. lama2 pala bengkok..kalau kita terhantuk kat dinding boleh jerit "adoi!!!!"..dalam air aku jerit jugak..bunyi dia "brupp, brup!!!!!!"..mesti dok try buat bunyi tu jugakkan..kekek..Bila dah panggung pala keluaq dari ayaq, yang bestnya, sorang sentap, sorang cakap "I am sorry"..mahunya tak sorry, dugong salah lane. idak pon selamba badak jugak nak dugong walaupon tahu lane tu dah ada orang..
dah..

kenyang makan sar hou fan..

Wednesday, April 01, 2009

CALZONE..

CALZONE & TOMATO CONCASE + GRILLED FISH & CHICKEN W/ SAFFRON HERB ONLY @ RM7..YUMMY!..Kenyang aku makan...