Sunday, August 23, 2009

Laknat

Aiyoo.tajuk entri ngeri..tapi satu hakiki..
Hari ni berurusan memendekkan rambut aku..Singgah kedai gunting rambut yang kali terakhir aku singgah masa 1992 di pekan Kulim..Kedainya masih tak berubah..terus aku feeling-feeling berlakon dalam filem Yasmin Ahmad..Suasana kedai sememangnya melambangkan Yasmin Ahmad..Ada apek cina, ada india dan ada aku seorang pemuda melayu..Rindu aku akan apek tua yang gunting rambut aku belasan tahun lalu..rupanya, dah mati pon apek tu..rasa sebak jugak aku..dia mati 7 tahun lalu dek sakit tua..keluarkan duit poket 8 hinggit bayaq rega gunting rambut..udah kemas kepala aku..

Hujan sepanjang hari dihujung minggu..sambutan ramadhan yang sejuk, tak terasa kepenatan, kelaparan dan dahaga langsung walhal pada hakikat tafsiran puasa menahan lapar dan dahaga ...makan pon belom keterlaluan lagi aku setakat la ni..

Lepas terawikh 4 rakaat, ada majlis ilmu kat masjid kampung aku..katak kat luaq riuh rendah menyanyi-nyanyi..tu tak kira anak orang yang dok berlari-lari lagi..yang merangkak pon hang bawak..apa kess..buat hingaq mesjid saja..orang nak semayang pon kacau..tu tak kira dekat-dekat nak raya nanti..segala mercun dibaling masuk mesjid..hikhik..melatah pak imam nanti..majlis ilmu tentang kebersihan..merangkumi H1N1..satu benda yang ditekankan..perkara yang dibenci dan dilaknat tuhan..buat kekotoran..contoh, baling sampah keluaq tingkap keta..baling puting(eh puting ka?) rokok merata-rata..hambik, sapa yang dok lempaq merata tu, merasa la kena laknat sepanjang hari..ka sepanjang hidup..Haiwan Jalalah( haiwan seperti lembu, kambing, ayam etc, yang kebersihannya tak dijaga..sampai bila tgk punkoq lembu ngan pala lembu pon tatau nak beza..sebab kotoq sangat)..jagalah pemakanan kamu wahai manusia...dah tazkirah dihujan hari..hiks..

Saturday, August 22, 2009

Satu Permulaan




Permulaan untuk aku tahun ni..
pi baca kitab dekat Kubang Semang..Majoritinya warga tua, tapi aku rasa seronok pulak...dah masuk 3 minggu aku pi setiap kali Sabtu..Lain rasanya bila aku pi situ nak compare dengan aku pi melilau dekat Queensbay..Rasa diri ni cam kecik sangat..banyak benda jugak yang aku tatau..banyak jugak la benda-benda yang kena laser dek Ustad kat situ..Yang syok lagi satu, tak ada langsung sipi-sipi masuk ceramah politik..aku rasa selesa nak dengaq ilmu.

Satu permulaan puasa yang..
sejuk dan tenteram..nampak ayam golek tergolek-golek depan masjid Kilang Lama.
Paksa diri pi baiki cermin keta yang dah lumpuh sejak sebulan lebih..tekan tak naik..tekan tak turun..sentap aku..Terbang rm68 dihari pertama puasa dek cermin yang rosak motornya..tak kisah lah..sebab dipermulaan puasa, gaji dah pon masuk..masuk pulak dengan stock saham yang kilang direlease..melimpah ruah rezeki..amin..hajat hati nak jual lagi saham..tapi rasa macam rugi nak jual..sbb gain nya makin meningkat..adakah aku tamak..orang tamak selalu rugi..risau jugak takut tiba2 turun pulak nanti..merudum la duit aku jatuh jugak..Harap-harap bulan posa akan bagi keberkatan dekat saham yang ada..buley buat rumah dengan duit saham ni..InsyaAllah..

Satu permulaan bagi aku..
makan banyak buah..atau ayaq buah tanpa gula..jaga kesihatan kononnya..
ayaq epal double tak mau gula satuuuu!!


Satu Lagi permulaan dan pengakhiran..Jumaat lepas, aku pi masukkan duit dalam ASB..maklumla, gaji masuk..tak pulak aku buat potongan terus dari gaji..sbb aku nak masukkan duit ke ASB tu ikut suka hati aku..Dengan perasaan light-light nak ke Bank, aku menapak jugak..CIMB Bayan Baru..rupa rupanya CIMB Bayan Baru depan Giant tak pulak bersekongkol sama PNB..so, aku tak leh nak masuk duit..Menapak aku ke CIMB jalan Mayang Pasir..which is about beberapa ratus meter saja dari situ..Sib baik yang ni bersekongkol..Bawak keluaq duit, simpan dalam kopek (wallet ok, bukan breast bak kata orang klantan). Tebal kopek aku. Usung duit pi kaunter..aku tunggu punya tunggu, dekat sejammmm...muka aku dah memang berubah dah..bengang tak hingat..orangnya ramai, kaunternya satu, pastu staf buat muka tak bersalah..sentap lagi aku..ada ja lencana "kami menggumbirakan pelanggan" gitu..siap pusing tunjuk kat aku yang tgh sentap...sampai dekat pukol 2 aku tunggu..aku punya transaction dua minit saja..nak simpan duit tu ha..tunggu orang depan aku transaction dia sejam..hmmmm...nak tau apa jadi..tak la aku hamboq kaunter tu..aku pi semayang lambat(salah aku jugak, dah tau lambat, cancel ja la simpan duit kan).. Bagi hati sejuk sikit..aku sampai masjid, orang dah nak masuk tahyat akhirrr..waaaaaaaa...memang lambat gila..kedatangan aku ke Semayang Jumaat, gamaknya Malaikat dah letak absence dah..kalau boleh semayang dalam tak pa, ni aku menyembah simen yang panas tak hingat..ni kali pertama aku buat..depan kasut2 orang..bila orang habis semayang, aku dok semayang lagi..patutnya aku semayang zohor sbb dah masuk tahyat akhir..tapi disebabkan orang berpusu-pusu keluaq memakai kasut/selipar depan aku..aku terus semayang jadi dua rakaat, dan aku tatau apa yang aku baca..kelam kabut..terus bagi salam dan blah buat bodo..aku gerenti semayang apa aku buat pon aku tatau..hati dok marah lagi kat bank..start keta terus balik kilang dengan hati yang bengang..hmmmm..sepanjang waktu kat opis, aku dok bengang tak sudah..terus turun surau, semayang zohor..hilang kemarahan..aku tamau semayang kat luaq dah..dah la tak dan lunch..arghhh..beli cucoq ubi goreng, makan dalam keta sorang-sorang lepas semayang sebelum pecut balik kilang..

Sunday, August 09, 2009

My Birthday

Salam..
Dah pon dekat 30 ni..diambang 30..tapi belom lagi 30..
Celebrate awal jugak birthday..ada member ajak pi makan on Friday (07/09/09)<---silap (070809)..Makan steamboat kat Qbay..Happy..
Hari Sabtu, hujan...
Hari Ahad 090809 - Birthday aku.
Lepak chill dekat Hotel Sunway, Seberang Jaya belanja kawan2 mkn. Lunch buffet..ok jugak la..seharian tak dak karan kat rumah..sambut birthday tanpa karan..Malam baru ada..dalam pukol 7 ptg..Lepas maghrib buat baca2 yassin sikit sama jamuan satay sama murtabak dengan sanak-saudara keliling rumah..Rasa aman dan tenteram..
Tambah sket lagi..untuk ingatan aku ..
Makan sushi king sama kawan aku yang lain pulak..dia belanja..aku makan saja..lama dah tak makan japanese food..melantak kat Qbay lagi..dah kurang lebih 5 tahun tak makan rasanya..
Jumaat..order kek dari www.humblebeginnings.com.my ...mcm best ja..

Monday, July 20, 2009

Ceriti

Salam..
Minggu lepas rasa cepat sangat masa berlalu. Sebabnya cuti gabenor hari Isnin tu. Minggu ni cuti Isra’ Mikraj, tapi Penang tak cuti. So, aku kembali kerja macam biasa hari Isnin. Tak dak apa yang best sangat pon minggu lepas. Haa..ada belajaq satu bahasa daerah baru dari housemate aku… “Budok-budok ni dok gege sangak ah..”..apa benda tu..aku tanya housemate aku.. “Ha?”..memang aku tak paham.. “Budak-budak ni bising sangat aih…”

Beli tiket nak pi Bandar Baru Bangi bulan 9 ni…Beli tiket online..Tunggu punya lah lama..transaction between MAS sama CIMBClick..aku sentap!!!! Orang nak balik la..tak larat nak tunggu. At last aku mintak kawan baik aku tolong beli kan. Dia beli online jugak. Tapi guna credit card..Guna credit card laju sangat transaction nya..10 minit dah siap..lega satu pasai..

Tgk Harry Potter & da Half Blood Prince..boleh la..aku tertidoq for a few minutes..letih kot..tak byk magic2 menarik..

Hujung minggu, join charity event..Paddle for Hope..Aku join kilang aku punya Community..Jadi volunteer untuk program tu.. Seharian aku dekat depan QueensbayMall..Ada beberapa team dragon boat try buat Malaysian Book of Record paddle dragon boat 12 Jam tanpa henti..Aku dekat situ, tolong-tolong la apa yang patut..Tak la teruk sangat pon buat kerja..Seronok tengok orang..











Friday, July 17, 2009

Skin Cendawan Hello


Ada sapa-sapa tgk "Hello God! @Ch303 KBS world..Best jugak..


Macam pernah jadi ja..


Cendawan yang baru ditanam...baru dok berjinak-jinak...


Dapat New pree laptop skin....

have a nice weekend..

Sunday, July 12, 2009

Xcident!!!!!!



Salam..



Aku xcident..ni xcident ngeri jugak selepas tahun 2000. Aku langgaq orang sampai tercampak orang tu. Bunyi gedegum mmg kuat gila. Terpelanting orang tu ke depan. Mati ka orang tu???..mmg aku dok tertanya-tanya. Sebab aku rasa kuat jugak aku langgaq, walaupon dah aku tekan break sekuat hati..Jantung aku berdegup kencang. Kaki siap terketaq-ketaq. Ya la, sapa tak ketaq, langgaq orang kan. Kalau langgaq anjing ka, kucing ka, lain la cerita. Malam pulak tu..Nasib baik kereta belakang tak langgaq bontot keta aku..Dalam dok ketaq tu, tiba-tiba, orang tu bangun, jalan melelong-lelong mai kat tepi tingkap aku. Pakcik india rupanya. Dalam umoq 60 an cam tu..Dia mai kat aku dok cakap merapu..Aku rasa dia merapu. Ka concussion daripada xcident?? Tapi time tu, memang aku assume yang dia mabuk. Dia tanya aku “ tak buley adjust ka??” sbb aku rasa dia mabuk, aku terus jawab “ tak mau la adjust!!”..aku terus blah..tanpa rasa bersalah..hmmmm…patutnya aku sua la 10-20 ringgit kan??..tapi pada waktu tu, aku tak rasa ikhlas nak bagi, sbb aku rasa dia mabuk..apa la jadi kat dia lepas 24 jam xcident. Aku harap dia ok..kadang-kadang orang yang xcident, tak sakit serta merta, aku takut dia sakit teruk lepas tu..aku risau jugak takut dia mati ka apa..

----------------------------------

Musim buah dah dekat kampong. Buah durian dah nak habis..yang masih ada, buah moktan, buah manggis, buah rambai, buah pelam, buah staq, petai, buah langsat (baru nak jadi). Aku tak la hantu buah sangat. Tapi bila dah kat rumah, lepak bawah pokok-pokok buah sama suku sakat, rasa terhibur sangat. Makan buah sambil dok sembang-sembang. Rasa macam happy. Tapi buah dah banyak sangat, rasa kesian jugak yang buah jatuh dan tak dikutip. Terus buruk. Dulu-dulu, ada orang suka panjat pokok dan kait buah, la ni, tak dak sapa pon mau panjat dah..aku nak panjat!! Pokok rendah pon aku tak panjat, tambah la pokok tinggi. Time kecik-kecik ada la panjat, time besaq ni, aku rasa dah bukan masa aku untuk panjat. Aku kait ja dengan galah dari bawah..hmmm…

----------------------------------

Aku meronda ke sekolah menengah lama aku kat Pokok Sena. Dalam 2 minggu lepas. Lama dah takpi since 1999 kot. Selalu jumpak kawan-kawan sekolah, luaq dari sekolah. Memang dah banyak berubah. Pokok-pokok yang aku dengan kawan-kawan aku tanam dulu, dah pon besaq-besaq. Dari padang jarak padang terkukur asalnya, dah jadi macam sekolah dalam taman. Rasa macam satu terapi pulak tgk sekolah lama. Senyum sorang-sorang. Bangunan sekolah dah pon bertukaq kaler..kat mana aku tanam kotak kenangan dulu ntah dengan kawan2..dah lupa kat mana..nak kena tanya balik ni..ka kat tepi court basketball..ermm..

----------------------------------

Aku rasa happy walaupon jumpak Delinn hanya beberapa jam dekat Sunway Carnival, Penang. Lepak dekat kedai kopi dalam tu. Mungkin jarang kot aku nak merapu dengan kawan-kawan tempat kerja, so bila dah dapat sembang dengan Delinn, aku rasa puas hati. Kan best kalau buley layan tgk wayang..tapi makcik ni, kena balik cepat sebab nak mengajaq malam nya. Tersentap sbb Delinn kata aku pakai Botox!!!.. Bukan tersentap yang bengang, tapi tersentap macam tersentak macam tu..Botoxxx..Nampak sangat muka aku macam tak ori.. lupa nak tanya, apa yang tak kena...nampak kesan cucuk ka weiii.. ..kuikuikui..biasala, dah nak sampai angka tiga…ermmm..

Aku cuti sampai Isnin 13 Julai..Cuti Gabenor...

Sunday, June 14, 2009

Aku Kerinduan


Aku btol-btol rindu bangunan ni. rindu sgt bus no 1 tu..aku kerinduan..


aku tak kerinduan sangat building ni, sebab jarang pi..tapi aku suka tengok..

Monday, June 08, 2009

Kasihnya Ibu

Kepada IBU

Hayatilah Luahan Seorang Anak

Sumber: Dah lupa dari mana

Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku..Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..Ibu
Kata Ibu, perkataan pertama yang aku sebut..Makk!
Bila bangun tidur, aku cari..Ibu
Bila nangis, orang yang pertama datang..Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati..Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ..Ibu
Bila merajuk, yang memujukku Cuma..Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku..Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..Ibu

Aku selalu teringatkan..Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon..Ibu
Bila seronok, orang pertama yang aku nak beritahu..Ibu
Bila bengang, aku selalu luah pada..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil..”maakkkkkkkkk!”
Bila sakut, orang yang paling risau adalah..Ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk jugak..Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini..Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran aku..Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..Ibu
Yang selalu berleter kat aku..Ibu
Yang selalu puji aku..Ibu
Yang selalu nasihat aku..Ibu
Bila nak kawin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk ..Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari..Pasanganku
Bila sedih, aku cari..Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada..Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada..Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat..Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…Ibu
Bila bercuti, aku bawa..Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada..Pasanganku,
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat..Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku..
Bila-bila aku akan telefon..Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon..Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk..Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk..Ibu

Renungkan..
Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kamu kiringkan wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pon cukuplah. Berderai air mata aku. Hari ni kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, luma puluh sen pon tidak sempat aku kirimkan!! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Friday, June 05, 2009

Mayat

Pi Qbay dipetang hari. Ingat nak senaman..Tapi kawan aku ajak teman pi beli gelang sama cincin dekat poh kong. Aku temankan sat. nak langkah kaki, hayunan jadi lembab ja. Aku tolong pilihkan jugak..cantik gelang sama cincin tu. Aku amik kesempatan beli handbag untuk mak aku sempena birthday dia. Sbb kawan aku ni pompuan, dia tolong pilihkan jugak..last2 beli handbag braun buffel..cantik..aku rasa puas hati..tiba teringat nak beli wallet aku sekali..wallet yang dah ada, dah dimakan dek zaman..aku beli kat situ jugak..Pandai kawan aku pilih..aku pon pandai jugak kot..

--------------------------------

Dah lama aku tak makan Subway... Ditengah hari yg panas, deruan angin laut yang kuat, aku melantak subway 6inch set subway club. 12 hengget setengah. Semua ditanggung beres kawan aku..aku jamah saja..pala dok nyut nyut lagi..telan ubat sebijik dua..abih makan, aku teruskan deruan enjin pi semayang dekat Jalan Perak. First time aku pi situ. Jauh sikit dari kilang. Teman kan kawan aku nak amik barang kat umah makcik dia. Besala, masjid penuh. Lepas amik ayaq semayang, aku amik tempat duduk di hujung masjid. Selesai solat sunat, aku duduk bersimpuh lama..bau semerbak apa aku tak sure..lama2 aku macam familiar dengan bau ni..aku pandang sebelah kanan..rupanya, aku duduk sebelah mayat..ada mayat rupanya hari ni..tajuk kutbah pasai, balasan Allah pada orang yang berzina, minum arak, mencuri dan sbg. Isi kutbah memang membuatkan aku kecut perut dan menggerunkan dengan balasan tuhan. Dah pulak duduk tepi mayat..insaffffffff..banyak dosa aku rupanya.

Sunday, May 31, 2009

Vatican City

Salam..
Pernah suatu ketika dulu, aku sampai disatu tempat namanya Vatican City. Sebuah Negara kecil yang pada awalnya aku ingatkan dibawah jajahan Italy. Sejauh mana memandang aku tgk kawasan Vatican City pusat keagamaan/kebanggaan penganut kristian katolik. Aku sempat jugak tgk perlantikan pope baru selepas kematian pope sebelum ni. Pope baru dari Germany. Orang ramai/tourist sememangnya penuh berpusu-pusu mengunjungi Vatican City ni. Tgk tok balang Vatican City ni punya uniform memang mcm zaman dulu-dulu.

Kisah Vatican City ni, kembali dalam ingatan selepas aku tgk movie Angle&Demon. Kalau boleh nak lagi aku pi sana. Mungkin tahun depan?? InsyaAllah. Orang ramai keliling Vatican City ni dalam movie tu, mmg real. Tok balang dia pon memang pakai baju belang-belang sama topi penyet tu. Environment kat tempat tu memang sama seperti yang ditunjukan dalam movie tu. Asap itam, asap putih perlantikan Pope mengimbau kenangan aku pi situ dulu. Ramaiiiiiiiii orang..Cuma time tu, tak dak la pulak aku dengaq kisah iluminati..kekekekke..Aku pi tgk movie ni sama sorang ex-operator aku. Balik rumah pon pukol 12.30 pagi.

----------------------------------------------------------------------------------

Jatuh tangga. Licin. Balasan tuhan serta merta kot. Last sekali aku jatuh tangga masa dekat uni, tu pon sebab licin jugak. Lepas sudah mandi. Terlondeh towel. Terbogel aku kat tangga. Sakit kat punggong tuhan saja yang tahu. Kali ni jatuh pon, sakit kat punggong tuhan saja yang tahu. Lebam peha aku.

----------------------------------------------------------------------------------

Makan dekat kedai Ma Ma Mia, Penang. Introduced by my friend. Belakang Kayu nasik kandar. Makanan dia sedap. Aku pi lunch kat situ. Rega pon reasonable. Bukak sampai pukol 12 mlm. Aku ingat nak try dinner kat situ pulak nanti. Makanan untuk dinner tak sama macam lunch. Lunch lebih kepada nasik campoq. Malam ada lebih banyak pilihan I guess?..

----------------------------------------------------------------------------------

Started looking for Ph.D punya research interest. Surfing UK’s uni punya websites, usha-usha topic-topic yang bersesuaian dengan aku. Currently interested with Bath uni, L’boro Uni and Cambridge uni. Ada jugak tgk Georgia Tech uni sama Virginia Tech uni. Aku malas dah nak amik GRE or TOFEL, as aku dah dapat waive untuk IELTS kalo nak masuk UK uni. Berusahalah J


----------------------------------------------------------------------------------

Makan nasik maqlaba?? Ka aku silap..aku semayang dekat masjid USM, Jumaat lepas. Tak pernah semayang jumaat kat sini. Terasa macam student balik. Lunch dekat Desa Fajar sama kawan aku. Tapi aku beli makanan pak arab dekat tepi masjid USM. Banyak gila jenis makanan yang depa jual kat tepi masjid..Rupanya memang byk community depa kat USM. Aku rasa macam aku dekat Asia Barat saja. Sedap jugak nasik tu. Aku rasa aku pernah rasa masa aku dok dekat Manchester dulu bila makan dekat masjid Ambrose. Makan dalam talam ramai-ramai esp masa bulan puasa. Kawan aku beli butter milk. First time jugak aku rasa. Masam-masam. Minum 2 tiga tegok, aku dah tak buley nak p. Lepas jumaat, kawasan masjid memang jadi lautan pak arab..Lain rasanya..Alhamdulillah dapat rasa benda baru.

----------------------------------------------------------------------------------

Sunday, May 24, 2009

Hangat

Salam..
Seminggu aku melelong-lelong dekat ofis. Belum hilang lagi pening-pening aku. Nak buat kerja pon macam terganggu. Masa berjalan pon aku dok pegang dinding. Risau jugak kot kot nanti tersembam aku menjilat lantai. Nak makan pon tak berselera sangat lagi. Amik tosey sekeping pon tak larat habis. Apatah lagi nasik sepinggan. Aku makan ubat macam biasa. Tapi still dok rasa pening-pening. Awat tatau. Sapa dok bomoh aku nih..Astaga.

Petang-petang lepas kerja, aku buat light exercise. Tak mau la tergolek atas tilam buat lemak. Bagi keluaq peluh sket, kot2 aku kembali sihat cam sediakala. InsyaAllah.

Lately berkuap saja. Berpeluh-peluh. Tunggu hujan turun, tak jugak turun turun. Meleleh peluh..

Ikan ketutu?? Haruan Bodoh? Haruan Ubi..Iklan sat..sebab tiba-tiba dalan Buletin Utama ada raise up pasai ikan ni yang ditemuramah sama Datuk Sheeda Ramli. RM80 se Kg.
Takut aku tgk kepala ikan ketutu ni..Ada geli sikit-sikit.

Pi gunting rambut hari ni. Rambut belakang dah mencecah koler baju dah. Dah panjang sangat dah. Tak terurus rambut. Rasa macam tak kemas. Awal pagi Ahad dah kluaq pi pejabat pos..aku nak pi simpan duit kat ASB sama ASN imbang 3. Lain kali buat saja la potongan gaji..Kan senang. Tak ramai orang. Mungkin sebab awal lagi kot. Orang baru dok sarapan gamaknya. Selalunya hari Ahada, pejabat pos penuh, sebab hari ahad hari cuti untuk kilang-kilang di sini. So ramai la amik kesempatan nak pi pejabat pos, sebab pejabat pos kedah bukak hari ahad. Tutup jumaat sama Sabtu pertama of the month..Lepas tu baru gunting rambut. Tak payah tunggu pon. Terus masuk dan digunting. Bayaq 12 ringgit. Mula-mula tu ingat nak pi kedai sorang apek ni, hamper 20 tahun aku tak menjengah kedai dia. Aku tak tau dia masih hidup ke tak. Dulu masa kecik, mak aku selalu bawak pi gunting rambut dekat kedai dia. Sampai kat depan kedai dia, ramai pulak pakcik-pakcik tua tgh tunggu nak gunting rambut. Tukang genting orang lain. Tak pulak aku tanya orang tu, samaada apek tu masa ada ka dak. Kalo dak Cuma nak kena bayaq 6 ringgit saja. Mungkin next time aku pi gunting dekat situ.

Petang Ahad, singgah sat dekat pasar malam. Beli buah pelam 3 kilo rm 10. Lengoh tangan dok kendong buah. Beli buah sama ubat semut mak aku pesan. Dia nak taboq kat tapak semaian kangkong dia.

Monday, May 18, 2009

My Body




Salam..
Cuti 3 hari untuk wesak day, langsung tak bagi makna dekat diri aku. Badan tak sihat sepanjang cuti. Tak best langsung. Pagi selasa lepas sesampainya aku dekat opis, aku buat macam biasa. Macam orang tak sakit. Tapi aku tak mampu nak berselindung disebalik badan aku yang tak sihat. Dari riak muka aku pon orang dah dapat agak ada yang tak kena. Mana tak nya, muka memang nampak clearly macam orang sakit. Lepas tu pulak mata kanan aku bengkak. Kepala aku pening-pening..weng weng rasanya.

Pi check bp dekat klinik kilang…mak aiiii..bp tinggi....apa yang tak kena?..tak pernah bp aku setinggi ni..patut la kepala pening bagai nak gila. Memang rasa lesu yang amat sangat. Body temperature ok..Terus rasa nak pi jumpak specialist.

Aku ke Hospital Lam Wah EE. Ramai orang kat hospital ni. Aku registered dengan ING card aku. Tunggu nak jumpak dokter lama gila. Ramai betol orang sakit. Aku sampai tertidoq kat kerusi. Sebab tak larat..Mampos la apa orang nak kata. Sebab orang yang datang pon, mostly sakit jugak.

Dokter suruh aku buat blood test, general x-tray dan jugak ultrasound..Selama ni aku ingat ultrasound untuk tgk baby dalam perut ja.Rupanya aku silap. Time blood test, aku tgk staff ni dengan penuh semangat dok sedut darah aku keluaq. Banyak la jugak..dah la last few weeks pon darah aku dah keluaq untuk buat blood test, ni buat lagi..dah selesai, aku pi buat x-tray..lepas tu, tunggu pulak untuk buat ultrasound. Result ultrasound agak memeranjatkan la..ada benda dekat buah pinggang aku (cyst) dan jugak dekat liver aku. Sapa yang tak ketaq kan..apa la nasib..Doktor tak mau buat operation lagi..sbb benda tu tak bagi obstruction dekat aku punya organ..ye ke..

Hari lain pulak, pi lagi situ, nak masuk ward, ward penuh. Letih aku dok ulang alik. Buat test jantung..Sebab aku dok pening tak sudah-susah lagi..First time tgk jantung aku dok berdenyut-denyut dala screen computer..Doktor kata, ok lagi, pastu buat test tungang terbalik..test ni, aku macam nak pengsan. Tangan aku dah kena cucuk dengan jarum dah masuk tu..incase kalo aku pengsan, boleh cucuk ayaq masuk la kot gamaknya…letih letih..letih jadi orang sakit ni..tak daya nak pikir benda-benda tak berkenaan.

Lepas tu, buat test apa ntah lagi sama pakar ENT. Dijoloknya hidung sama telinga aku..berair mata aku..cramp leher aku sebab buat benda tu..I was warded akhirnyaa…
Buat MRI, dekat kepala aku..masuk dalam machine dia rasa semacam ja. Rasa macam duduk dalam keranda..lepas tu pulak, ada bunyi macam-macam..bunyi, jantung yang berdegup la, bunyi macam keretapi la..bunyi orang dok ketok best la..nasib baik ada dipasang headphone besaq kat telinga..kalo tak buley pekak telinga aku..lama jugak aku dalam tu, dalam 45 minit..Doktor review dengan aku result MRI..hmmmmmmm….panjang nya aku mengeluh..apa la nasib..

Nasib Badan

Salam.
Last week hari Khamis, aku decided nak pi tgk wayang lepas workout. Call kawan aku ajak dia sekali join. Tapi dia still kat ofis. Buat OT gamaknya. Sibuk kot time-time ekonomi gawat ni. Last-last aku layan wayang sorang diri. No hal punya sebab dah biasa dah buat benda sorang-sorang ni. Aku yang kelaparan lepas workout, beli wafel perisa kaya sama coklet. Tujuan utama, nak tgk wayang cita wolverine. Aku tgk yang pukol 9.20pm. Full house jugak kat GSC Queensbay ni. Disebabkan aku sorang, aku tak dak masalah nak carik tempat kosong. Ada saja seat kosong celah-celah orang. Dari awal sampai habis movie ni, memang tak bosan langsung. Semua aksi best menarik perhatian aku. Best gila Hugh Jackman berlakon. Walaupon aku letih malam tu, tak pulak aku rasa mengantuk. Buat sapa-sapa yang tak tengok lagi tu, aku syorkan pi tengok. Memang best. Aku sampai rumah dah dekat pukol 12 mlm. Mandi serba sikit, terus aku tidoq.

Pagi Jumaat aku dah rasa tak sedap badan. Tekak aku perit, kepala aku pusing. Hantaq message dekat boss cakap aku tak sihat dan nak pi klinik. Nak bernafas pon macam tak selesa. Dokter India ni aku masuk dalam bilik dia, muka ya ampun, masam nak mampos. Aku yang tak sihat ni, lagi tak sihat jadinya tgk muka dia. Haram tak tanya pon aku sakit apa semua. Aku pulak yang kena start sendiri. Setahu aku, dokter2 semua dah diajar utk pandai communicate sama customer. Ini tak. Dengan paper Star atas meja, dok terbentang muka surat 10. Aku hangin ja satu badan. Clinic depan Sunshine. Dia bagi aku ubat. Dispenser pulak dok bergaduh apa tatau kat belakang. Hingaq satu clinic. Adoi..Sakit hati. Amik ubat sama MC, aku terus blah. Tak puas hati dengan layanan dokter situ, aku terus vroom ke Bukit Mertajam Specialist Hospital. Alang-alang aku nak balik kampong, aku singgah situ dulu. Boleh tahan jugak ramai orang. Tapi specialist yang aku nak jumpak, tak ramai orang yang tunggu dia. Aku jumpa pakar ENT. Dia check pon tahap mengerikan. Amik scope yang kecik tu, yang ada lampu tu, dia jolong masuk kerongkong aku..ditariknya lidah aku keluaq. Sambil suruh aku sebut eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee….ha, jangan ada yang dok tiru macam mana aku buat sudah. Lepas tu, dia amik scope lain, jolok masuk hidung aku. Adoiiiiii…terasa benda tu bergerak masuk. Rasa tak selesa gila..Dia cakap semua ok..Tapi aku still tak puas hati, sebab aku rasa macam tak ok. Tapi hanya dokter dengan aku ja yang akan tau apa yg aku rasa tak ok. Biaq pi la dulu. Harap-harap ok lepas ni.

Makan ubat, dan tak tak larat nak duduk rumah, Aku angkat kaki pi CRC kulim. Aku tengok ada banner, Kejohanan WRC Muay Thai International kat situ. Disebabkan aku tak pernah tengok benda ni live, aku pi la. Tak jauh dari rumah. Dalam 5 minit ja bawak keta. Entrance fee kena bayaq rm13. Ok tak la mahal sangat. Ramai jugak penonton. Riuh rendah. Game tu start dalam pukol 915pm. Aku layannn…tengok depa dok tendang sini, tumbok sana, siku situ..sampai ada yang jatuh dah jadi macam ayam kena sembelih. Tapi memang best gila. Orang siam ada, orang melayu ada, orang futeh ada, orang gelap ada. Puas hati lagi tengok. Aku pi tgk yang 8 May punya. Ingat nak sambung tgk yang 9 May, tapi aku dah tak daya. Tak sihat badan lagi.

Hari Sabtu, aku buang air kecik dan besaq keluaq darahhhhhhh!!..adoi makkkk..apa ni?? Aku dah jadi macam gelap mata..Sebab darah keluaq. Banyak jugak. Kalau setitik dua, ok..Jangan tanya aku sebab apa, sebab aku pon tatau..tu time pagi, time petang pulak jadi lagi benda yang sama. Iskkkkkk…apa nih!!!!! Ya Allah, sihatkan la tubuh badan hambaMu ini……Amin..

Cuti wesak sampai isnin..aku rehat..tapi macam belum selesa lagi..Sambut Mother’s day sama sepupu sepapart keliling rumah..makan Laksa, mee kuah, KFC, Pizza sama ayaq oren..Meriah dalam ketidaksihatan..

Tuesday, May 05, 2009

Ringkas

Catatan Ringkas Untuk Diingati
- SP Setia dah launched macam Fitness Club. It's only RM600 ringgit per year. Waktu promosi kot. Dekat belah-belah sungai ara.
- First time, touch&go card aku jatuh dari kereta dekat tol jambatan Pulau Pinang. Terpaksa keluaq dari kereta untuk carik card. Melelong jugak aku cari, rupa-rupanya card aku terlindung disebalik tayar keta. Mulot dok merepek macam-macam masa dok carik..kakak tol tu senyum dekat aku..aku buat bodo ja dekat keta belakang..paham-paham la jambatan Pulau Pinang kan..Banyak keta..Lain kali guna smart tag..tapi guna smart tag kat brigde pon tak berbaloi..yang Q paling panjang, dekat smart tag la..FYI, sapa yg beli touch&go card dekat jambatan pulau pinang saja yang dapat discount. Bayar rm5.60 instead of bayar rm7 utk tol..so, kalo beli dekat sg. petani ka, kl ka, kena bayaq rm7.
-Labor Day, lepak sama kawan2 dekat QueensbayMall..Penuh manusia kat situ. Maklumla cuti..Penuh dengan warga kilang gamaknya..Banyak jugak sale itu dan ini..Sebab jarang berjumpa, ada yang komplen, badan aku dah membesaq..aku redha..dan aku bersetuju..(dalam hati dok kata, penat aku dok senaman segala benda, hasilnya, badan aku membesaq..hmmm, abis tu dah makan tak ingat dunia, ada lagi mau komplen)..
-Hujan kat belah kampung aku lebat tak terkata. Operasi mengorek longkang besar besaran dekat belakang rumah..rumah jiran..tiang pagaq rumah aku patah dilanggaq jentolak..nampak tiang cerucuk dalam tiang tu..sian tiang tu terkontang-kanting..Alhamdulillah, tiada lagi banjir harapnya.
-Servis keta. Takat ni paling murah aku pernah rasa. rm70 ringgit..Mungkin orang lain pernah ada lagi murah kot. Tukaq tayar keta sbb dah botak..abih dalam rm3oo lebih..
-Jumpak dokter, tanya pasal result blood test aku..Alhamdulillah, semua in good condition...

Thursday, April 23, 2009

Sunday, April 19, 2009

Uban/Grey Hair

Salam
Dua tiga hari lepas, kat kampong ujan lebat tuhan saja yang tahu. Banjir rumah Mak Lang aku. Alhamdulillah rumah aku tak masuk air. Operasi cuci rumah lepas banjir memang penat. Habis basah. Dah selesai cuci, esoknya banjir lagi. Tak ka haru..Air dari bukit turun laju mai kampong aku. Sungai pon dah tahap melimpah. Projek ikan tepi sungai pon habis. Ikan lari masuk sungai lepas air kolam ikan dah melimpah. Kesian. Dalam pada dok cuci rumah, sepupu aku sempat tolong carik uban aku. Mula-mula dulu tak percaya sangat ada uban. Tapi bila dah ada tu, terpaksa la terima. Duduk bawak pokok manggis rendang depan rumah. Ada la dalam 5 helai uban ditarik keluaq. Sejak ada uban 2-3 tahun lepas, aku dah jarang pakai minyak rambut yang pelik-pelik. Kepala aku la ni, aku bubuh minyak zaiton saja…nourishing my hair hari-hari. Tapi ada satu benda pelik sepupu aku kata kat kepala aku..ada s few spots kaler merah jambu. Takut jugak aku. Apa benda. Bila dia tekan kat area tu, aku rasa sakit sikit-sikit.. Aku harap sakit tak bertambah-tambah kemudian hari. Ingat nak pi jumpak dokter tanya.

Fuhhhh!! Panasnya..nak hujan lagi kot ni. Berpeluh aku kat rumah ni. Last week ada aku buat health check kat tempat reja. Package health check ni free, company bayaq. Dalam package ni, ada general things la, contohnya, check sugar dalam darah, check urin, check cancer prostate, check hep B. Aku add rm40 untuk check a few extra thing. So total, rm40 sajala. Kalau pi buat general health check kat klinik kena bayaq rm150. Selamat duit aku. BP lab yang mai buat benda ni. Aku cuak jugak masa depa nak sedut darah aku keluaq, sebab last time masa sedut darah kat rumah, after a few minutes jantung aku jadi mcm tak normal. Bila buat ECG, ada yang tak kena dengan graph dia. Lagi la aku cuak..Tapi this time, aku tak rasa apa-apa dah lepas darah keluaq. Cuma sakit sikit saja. Alhamdulillah selamat. Kalau jadi apa-apa, sure kelam kabut pulak geng-geng BP lab.

PC fair dekat PISA. Aku tak pi pon. Ramai sangat manusia lepas aku balik kerja hari jumaat lepas. Asalnya aku nak pi swimming, tapi, kereta penuh. Nak masuk pon kena bayaq. So, aku ambik keputusan untuk beli barang dekat Queensbay. Nak balik terus ke kampong, memang tak logic la, sebab jam.

---------------------------------

Rindu nak makan dekat mamak depan USM. Selalu lepak dengan kawan aku. Tapi kawan aku ada exam. So, aku kebuloq la malam bila balik. Selalu lepak kat Khaleel tengok tv. Sembang berejam, baru balik rumah. Ni tak dak geng, balik rumah layan tv dan tidoq. Baik aku balik kampong lagi best. Last Friday, makan nasik dekat Jalan Tengah..Makan dekat kedai india. Dekat dengan pelita. Kawan aku ajak pi. First time aku pi, dia kata halal, aku bismillah sajalah..Makanan kat situ sedap jugak. Yang bestnya boleh pilih nak makan atas daun pisang atau pinggan..Makanan dia pon macam lain sikit. Tak sama macam kedai mamak lain. Mungkin masakan cara india kot.

====================

Monday, April 13, 2009

Terhantuk

Bengang aku kalau terhantuk. Sebab aku terhantuk pala aku mesti bengkak dan lambat surut.
Sejak 2 menjak ni ramai orang mendugong dekat PISA. Aku rasa PISA tak cukup luas lagi kot walaupon dah bersaiz olimpik segala benda. Asyik bila aku sampai ja, kolam dah nak penuh. Budak2 dok training satu hal, dah memenuhkan keadaan. Bila dah ramai accident dalam ayaq makin bertambah-tambah. nak kata hari perayaan atau cuti sekolah, aku tgk hari2 biasa saja..peningkatan accident increase significantly. Accident like, scratches sana sini (kereta bergesel), dalam topik ni orang bergesel no hal. Sebab scratches yang tak sakit. Malangnya, kalau berlaku accident kepala lori bertemu kepala bas, dalam topik ni, kepala orang sama kepala orang. Sakit hanggg..Bengkak pala aku..bila dugong freestyle, you hardly see orang depan u..unless kalau hang jenis yang berenang freestyle pala dongak2. lama2 pala bengkok..kalau kita terhantuk kat dinding boleh jerit "adoi!!!!"..dalam air aku jerit jugak..bunyi dia "brupp, brup!!!!!!"..mesti dok try buat bunyi tu jugakkan..kekek..Bila dah panggung pala keluaq dari ayaq, yang bestnya, sorang sentap, sorang cakap "I am sorry"..mahunya tak sorry, dugong salah lane. idak pon selamba badak jugak nak dugong walaupon tahu lane tu dah ada orang..
dah..

kenyang makan sar hou fan..

Wednesday, April 01, 2009

CALZONE..

CALZONE & TOMATO CONCASE + GRILLED FISH & CHICKEN W/ SAFFRON HERB ONLY @ RM7..YUMMY!..Kenyang aku makan...

Sunday, March 29, 2009

Hmmm..

Salam..
Apa yang orang selalu buat dihujung minggu? Kalau sudah berkeluarga, dah pasti lepak dengan keluarga tersayang. Kalau yang di bergirlfriend/berboyfriend, boleh lepak ringan-ringan camtu. Tapi apa pulak bagi orang yang masih single? Kalau yang single masih muda-muda, boleh la nak lepak-lepak dengan rakan sebaya yang belum kawen lagi, but those yang single tapi berusia sikit, nak lepak dengan sapa?..Nak tepon kawan-kawan ajak keluaq, kawan-kawan ada anak bini nak jaga. Bagi aku, bila situasi ni jadi kat aku, aku lebih suka lepak kat rumah tengok tv, tidoq secukup makan, tengok ayam keliling rumah, siram pokok keliling rumah, dengaq burung dok merapu apa pon aku tatau, pi pekan, beli paper, beli ayaq tebu, lepas 15 minit sampai rumah balik, letak baja pokok, sembang dengan sepupu sepapat keliling rumah. Aku tatau apa orang lain buat. Tapi kalau dah boring sangat, aku pi tgk wayang sorang-sorang tanpa rasa bersalah..Memang tak salah..Mesti orang lain dok kata, mak aii, boringnya hidup…

Last week pi kenduri dengan member aku, rumah kawan lama dekat Kulim. Meriah kenduri. Alhamdulillah, makanan pon sedap. Yang paling best ni, mak kawan aku punya ayat…dia kat luaq umah keloi anak dia kat dalam umah…”Haniiiiii…ni kawan hang mai ni…laki bini mai ni..segak dua-dua..”..wakakakakkaak…Aku teruih bagi tau mak dia..”Haippp makcikk, mana ada laki bini, kamu dua kawen pon dak..”…Ya la kan, pi kenduri sama kawan pompuan, dua sejoli, mana orang tak ingat lagi bini..

This week, kenduri lagi..kali ni pi sama keluarga keliling rumah..Kenduri dekat Kulim lagi..Makanan..ya ampun…sup daging (ada 5-7 isi kecik2), daging masak kunyit sama ubi mengala 3-4 isi kecik2, ayaq asam sikit..makan untuk 4 orang….Dalam hati..mana nak cukup ni…penat aku berlapaq dan target nak makan nasik minyak sama kenduri..Sekali mai kenduri, lauknya macam ni……hummmm…terus muncung sambil mulut dok kunyah nasik putih sama daging sup…Apa la kenduri ni..Aku ingatkan aku sorang ja dok mengata dalam hati, rupa-rupanya sepupu sepapat pond ok ngumpat..wakakakak..Kalau pi kenduri, mestilah wajib ada nasik minyak..ni tak dak..potonggggg!!..balik kami melantak Maggie sama pasta..lagi kenyang..

Bateri keta aku kong..selamat kong dekat rumah..tak la bengang sangat. Pi kedai service, beli bateri..Dekat bateri rega 170..tulis ja kot..tokey kata rega 160..bateri kering sama bateri ayaq la ni rega sama..aku amik bateri kering la..pastu aku kata, aku reja kat kilang aku..aku tak bawak pulak batch..tapi aku bawak ING card aku tulih nama aku sama nama kilang aku..tokey kata, ok..ada discount lagi..dia bagi 145 hengget..aku senyum…terus bawak balik bateri..Buang bateri lama, bubuh bateri baru..berpeluh-peluh aku tukaq..buat tengah-tengah laman rumah..matahari kol 1030pg..Siap!!!!!!...Kereta boleh jalan maja biasa…Phewww..peloh..