Thursday, April 23, 2009

Sunday, April 19, 2009

Uban/Grey Hair

Salam
Dua tiga hari lepas, kat kampong ujan lebat tuhan saja yang tahu. Banjir rumah Mak Lang aku. Alhamdulillah rumah aku tak masuk air. Operasi cuci rumah lepas banjir memang penat. Habis basah. Dah selesai cuci, esoknya banjir lagi. Tak ka haru..Air dari bukit turun laju mai kampong aku. Sungai pon dah tahap melimpah. Projek ikan tepi sungai pon habis. Ikan lari masuk sungai lepas air kolam ikan dah melimpah. Kesian. Dalam pada dok cuci rumah, sepupu aku sempat tolong carik uban aku. Mula-mula dulu tak percaya sangat ada uban. Tapi bila dah ada tu, terpaksa la terima. Duduk bawak pokok manggis rendang depan rumah. Ada la dalam 5 helai uban ditarik keluaq. Sejak ada uban 2-3 tahun lepas, aku dah jarang pakai minyak rambut yang pelik-pelik. Kepala aku la ni, aku bubuh minyak zaiton saja…nourishing my hair hari-hari. Tapi ada satu benda pelik sepupu aku kata kat kepala aku..ada s few spots kaler merah jambu. Takut jugak aku. Apa benda. Bila dia tekan kat area tu, aku rasa sakit sikit-sikit.. Aku harap sakit tak bertambah-tambah kemudian hari. Ingat nak pi jumpak dokter tanya.

Fuhhhh!! Panasnya..nak hujan lagi kot ni. Berpeluh aku kat rumah ni. Last week ada aku buat health check kat tempat reja. Package health check ni free, company bayaq. Dalam package ni, ada general things la, contohnya, check sugar dalam darah, check urin, check cancer prostate, check hep B. Aku add rm40 untuk check a few extra thing. So total, rm40 sajala. Kalau pi buat general health check kat klinik kena bayaq rm150. Selamat duit aku. BP lab yang mai buat benda ni. Aku cuak jugak masa depa nak sedut darah aku keluaq, sebab last time masa sedut darah kat rumah, after a few minutes jantung aku jadi mcm tak normal. Bila buat ECG, ada yang tak kena dengan graph dia. Lagi la aku cuak..Tapi this time, aku tak rasa apa-apa dah lepas darah keluaq. Cuma sakit sikit saja. Alhamdulillah selamat. Kalau jadi apa-apa, sure kelam kabut pulak geng-geng BP lab.

PC fair dekat PISA. Aku tak pi pon. Ramai sangat manusia lepas aku balik kerja hari jumaat lepas. Asalnya aku nak pi swimming, tapi, kereta penuh. Nak masuk pon kena bayaq. So, aku ambik keputusan untuk beli barang dekat Queensbay. Nak balik terus ke kampong, memang tak logic la, sebab jam.

---------------------------------

Rindu nak makan dekat mamak depan USM. Selalu lepak dengan kawan aku. Tapi kawan aku ada exam. So, aku kebuloq la malam bila balik. Selalu lepak kat Khaleel tengok tv. Sembang berejam, baru balik rumah. Ni tak dak geng, balik rumah layan tv dan tidoq. Baik aku balik kampong lagi best. Last Friday, makan nasik dekat Jalan Tengah..Makan dekat kedai india. Dekat dengan pelita. Kawan aku ajak pi. First time aku pi, dia kata halal, aku bismillah sajalah..Makanan kat situ sedap jugak. Yang bestnya boleh pilih nak makan atas daun pisang atau pinggan..Makanan dia pon macam lain sikit. Tak sama macam kedai mamak lain. Mungkin masakan cara india kot.

====================

Monday, April 13, 2009

Terhantuk

Bengang aku kalau terhantuk. Sebab aku terhantuk pala aku mesti bengkak dan lambat surut.
Sejak 2 menjak ni ramai orang mendugong dekat PISA. Aku rasa PISA tak cukup luas lagi kot walaupon dah bersaiz olimpik segala benda. Asyik bila aku sampai ja, kolam dah nak penuh. Budak2 dok training satu hal, dah memenuhkan keadaan. Bila dah ramai accident dalam ayaq makin bertambah-tambah. nak kata hari perayaan atau cuti sekolah, aku tgk hari2 biasa saja..peningkatan accident increase significantly. Accident like, scratches sana sini (kereta bergesel), dalam topik ni orang bergesel no hal. Sebab scratches yang tak sakit. Malangnya, kalau berlaku accident kepala lori bertemu kepala bas, dalam topik ni, kepala orang sama kepala orang. Sakit hanggg..Bengkak pala aku..bila dugong freestyle, you hardly see orang depan u..unless kalau hang jenis yang berenang freestyle pala dongak2. lama2 pala bengkok..kalau kita terhantuk kat dinding boleh jerit "adoi!!!!"..dalam air aku jerit jugak..bunyi dia "brupp, brup!!!!!!"..mesti dok try buat bunyi tu jugakkan..kekek..Bila dah panggung pala keluaq dari ayaq, yang bestnya, sorang sentap, sorang cakap "I am sorry"..mahunya tak sorry, dugong salah lane. idak pon selamba badak jugak nak dugong walaupon tahu lane tu dah ada orang..
dah..

kenyang makan sar hou fan..

Wednesday, April 01, 2009

CALZONE..

CALZONE & TOMATO CONCASE + GRILLED FISH & CHICKEN W/ SAFFRON HERB ONLY @ RM7..YUMMY!..Kenyang aku makan...

Sunday, March 29, 2009

Hmmm..

Salam..
Apa yang orang selalu buat dihujung minggu? Kalau sudah berkeluarga, dah pasti lepak dengan keluarga tersayang. Kalau yang di bergirlfriend/berboyfriend, boleh lepak ringan-ringan camtu. Tapi apa pulak bagi orang yang masih single? Kalau yang single masih muda-muda, boleh la nak lepak-lepak dengan rakan sebaya yang belum kawen lagi, but those yang single tapi berusia sikit, nak lepak dengan sapa?..Nak tepon kawan-kawan ajak keluaq, kawan-kawan ada anak bini nak jaga. Bagi aku, bila situasi ni jadi kat aku, aku lebih suka lepak kat rumah tengok tv, tidoq secukup makan, tengok ayam keliling rumah, siram pokok keliling rumah, dengaq burung dok merapu apa pon aku tatau, pi pekan, beli paper, beli ayaq tebu, lepas 15 minit sampai rumah balik, letak baja pokok, sembang dengan sepupu sepapat keliling rumah. Aku tatau apa orang lain buat. Tapi kalau dah boring sangat, aku pi tgk wayang sorang-sorang tanpa rasa bersalah..Memang tak salah..Mesti orang lain dok kata, mak aii, boringnya hidup…

Last week pi kenduri dengan member aku, rumah kawan lama dekat Kulim. Meriah kenduri. Alhamdulillah, makanan pon sedap. Yang paling best ni, mak kawan aku punya ayat…dia kat luaq umah keloi anak dia kat dalam umah…”Haniiiiii…ni kawan hang mai ni…laki bini mai ni..segak dua-dua..”..wakakakakkaak…Aku teruih bagi tau mak dia..”Haippp makcikk, mana ada laki bini, kamu dua kawen pon dak..”…Ya la kan, pi kenduri sama kawan pompuan, dua sejoli, mana orang tak ingat lagi bini..

This week, kenduri lagi..kali ni pi sama keluarga keliling rumah..Kenduri dekat Kulim lagi..Makanan..ya ampun…sup daging (ada 5-7 isi kecik2), daging masak kunyit sama ubi mengala 3-4 isi kecik2, ayaq asam sikit..makan untuk 4 orang….Dalam hati..mana nak cukup ni…penat aku berlapaq dan target nak makan nasik minyak sama kenduri..Sekali mai kenduri, lauknya macam ni……hummmm…terus muncung sambil mulut dok kunyah nasik putih sama daging sup…Apa la kenduri ni..Aku ingatkan aku sorang ja dok mengata dalam hati, rupa-rupanya sepupu sepapat pond ok ngumpat..wakakakak..Kalau pi kenduri, mestilah wajib ada nasik minyak..ni tak dak..potonggggg!!..balik kami melantak Maggie sama pasta..lagi kenyang..

Bateri keta aku kong..selamat kong dekat rumah..tak la bengang sangat. Pi kedai service, beli bateri..Dekat bateri rega 170..tulis ja kot..tokey kata rega 160..bateri kering sama bateri ayaq la ni rega sama..aku amik bateri kering la..pastu aku kata, aku reja kat kilang aku..aku tak bawak pulak batch..tapi aku bawak ING card aku tulih nama aku sama nama kilang aku..tokey kata, ok..ada discount lagi..dia bagi 145 hengget..aku senyum…terus bawak balik bateri..Buang bateri lama, bubuh bateri baru..berpeluh-peluh aku tukaq..buat tengah-tengah laman rumah..matahari kol 1030pg..Siap!!!!!!...Kereta boleh jalan maja biasa…Phewww..peloh..

Thursday, March 12, 2009

Kencing/Kencin..

Aku pon tak pasti awat yang aku boh tajuk kencing ni. Kencing ada dua maksud. Satu kencing btol-btol kencing, satu lagi kencing yang bermaksud tipu.

Waktu kencing dalam bilik air, aku tak reti dan tak paham bila tengok orang sambil kencing sambil dok bersembang. Bukan sembang dalam talipon, tapi sembang dengan orang sebelah yang tengah kencing jugak. Selesa ka? Aku yang dengaq ni pulak rasa tak selesa.

Tempat kencing pilihan?
Toilet duduk
Toilet cangkung
Tempat kencing terbuka.

Masa aku kat tempat orang, aku tak boleh nak elak toilet duduk. Tak dak pulak paip untuk basuh kencing. Nak tau aku buat apa? Aku selalu amik ja ayaq toilet yang aku flush tu ubat basuh kencing. Kalau dekat tempat kencing terbukak pulak, bukan aku tak suka, tapi kadang-kadang tak dak ayaq. Ha sudah, nak calet kat mana? Lain la orang yang selalu buat perangai tak basuh.

Alamak, aku lupa, ada lagi satu tempat kencing pilihan, dalam botol.

Lagi satu, kencing pasai tipu ni..aku rasa aku dah dikencing hidup-hidup dah. Abih la duit aku burn.Aku senang sangat percaya kat orang gamaknya. Hmmm..Tapi aku masih dok mengharap aku dapat balik duit aku. Walaupon tak banyak, tapi tetap duit aku. Hmmm lagi..

Wednesday, March 11, 2009

I am just wondering...

Aku suka tengok pic ni. It's depicted from Fara punya facebook. Sambil aku tengok sambil aku tersengeh sorang-sorang. Aku dapat bayang satu benda di kotak fikiran budak pompuan bertudung tu terhadap budak laki yand duduk kat bawah tu..Apa ya??..kekekekek...Lu pikir la sendiri..Letih aku dok gelak sorang-sorang..Woi budak pompuan atas kerusi, tak baik selak selak tau..kekekekek...

Monday, March 09, 2009

Berterus-terang

Ada baiknya berterus-terang..terussssssss = straighttttttttt = teghuihhhhhhh, dan terang = sudah terang lagi bersuluh = bold. Kalau tak berterus terang, rasa macam penat saja dok simpan dalam hati. Penat simpan, penat pikiaq, penat tanggung. Tapi, bila berterus terang, kena pulak ready untuk menanggung resikonya. Mungkin perit nak luahkan, dan mungkin perit jua nak mendengaqnya.Dari kesinambungan topic lepas, aku terus berterus-terang, tentang apa yang aku tak suka. Sekurang-kurangnya aku tak tanggung sorang-sorang. Dan orang paham pasai apa jadi macam ni. Tapi bila orang dah paham, mungkin persepsi orang pada kita akan jadi berlainan. Biaq pi la. Janji orang paham yang kita tak boleh buat daripada orang dok ingat kita boleh buat. Lepas pada confession tu, aku rasa puas dan terketaq-ketaq. Aku tak pernah pulak rasa seteruk ni. Tak kisah la. Kalau aku dievaluatekan teruk nanti, aku pon nak evaluate teruk jugak dia nanti. Bagus jugak ada two ways of evaluation. At least orang bawah tak la tertekan atau kena jaga hati orang atas selalu, orang atas pon kena jaga hati orang bawah jugak. Macam ni baru adil.

Sejak dua menjak ni, hujan bila mai petang. Kalau dak, kemarau sekering-kering alam. Aku habiskan masa-masa cuti lepas dekat Alor Setar. Ambik angin tempat lain. Angin bendang sepoi-sepoi bahasa. Lama tak singgah pekan Aloq Setaq. Aku amik kesempatan, round-round pekan. Teringat zaman sekolah dulu, pekan ni la kami dok meronda. Melilau dekat Pekan Rabu, lepak dekat City Plaza dan banyak lagi. Habis kurang, pekan Pokok Sena la kami meronda. Walaupon tak sebesaq pekan Aloq Setaq, pekan Pokok Sena, dah ada macam-macam especially dekat pekan sehari. Nak ke pekan pon, tahan saja kereta-kereta atau lori-lori yang dok lalu dekat Jalan Langgar (dari Kuala Nerang ke Aloq Setaq). Pakat naik ramai-ramai. Seronok pulak naik keta orang daripada naik bas. Orang sana semua baik-baik dan ramah-ramah. Dah cerita pasai sekolah la pulak..

Minggu cuti sekolah dah nak start. Walaupon tak start lagi, dah ada kenduri kawen. Aku ok saja pi makan kenduri. Tapi makin ramai pulak yang mulot terlalu ramah dok tanya bila aku nak kawen. Kalau kawan2 yang tanya, aku selamba jawab, aku dah kawen dah, dah cerai pon, anak dah satu. Kalau makcik pakcik tanya pulak, aku buat bodo. Nanti aku kawen la bila sampai masa. Aku tak marah sangat bila depa dok tanya, mungkin depa concern pasai aku. Idak pon memang depa penyebok dan suka dok bawak mulot sana sini. Kepada warga bujang sekalian, apa jawapan paling bernas untuk aku jawab??? Aku yakin soalan-soalan cepu emas ni dah biasa masuk ke corong telinga hangpa.

Sunday, February 22, 2009

Resah

Salam..
Aku rasa ada yang tak kena kot. Aku yang tak kena.
Aku rasa dah mmg tak serasi dengan kerja yang aku buat.
Bukan takat tak serasi, tapi tahap tak reti dan tak boleh dah nak paksa diri aku untuk reti buat. Tak kena dengan jiwa aku pulak rasanya. Time2 ekonomi problem la aku nak rasa-rasa macam ni. Haru btoi..Aku rasa aku kena bagitau benda yang sebenaq tentang apa yg aku rasa supaya nanti tak memberi satu kesan kepada performance aku. Aku tak pernah rasa performance aku low macam ni sejak start keja lepas keluaq Uni. Aku kena letak satu keberanian dalam diri aku untuk berkata apa yg aku rasa daripada terus dok membeku dalam hati..Aku harap tindakkan aku btol..InsyaAllah..Aku redha.

Sunday, February 15, 2009

Nombot 2

Cepatnya masa berlalu..Sedaq tak sedaq dah pon tengah bulan 2..20hb dapat gaji lagi..kalau boleh tak mau la cepat sangat masa jalan. Sebab tahun ni is the very last 2x umoq aku..Rasa sayang nak tinggal nombot 2 kat depan tu. Tapi nak buat macam mana..Kalau la aku boleh kekal dengan nombot 2 tu..kan baguih..tapi apa ada pada nombot (orang selalu kata)..bagi aku ada la makna pada nombot2 tu..humm.. Hari ni hari jadi member aku...dia naik angka 29 awal sket dari aku...Selamat hari jadi..
Sepanjang minggu lepas, aku blajaq benda baru. Not bad. Benda yang berkaitan dengan programming..., .net sini, .net sana..Seronok jugak belajaq benda baru..perasaan berkobar-kobar tu ada.
Dalam kekobaran tu, time pi swimming belah petang, lepas dah abih brenang sah leghah ( Jijo hang paham kan, kekeke), tukaq baju semua, semayang maghrib situ..nak jadi cerita, aku terlupa nak simpan goggle ngan swimming cap aku..Patah ja balik nak pi amik, aku dapat balik swimming cap saja..Goggle dah hilang..Argghh...tension babe..(Tu la kutuk spek mata Deo lagik dalam hati)..Goggle ni ada power (lense ka org panggil kat goggle)..So, bila brenang, tak dak la rabun..dah hilang pulak..Kena la carik lain..Jadi satu kerja..Sib baik swimming cap org tak berkenan nak curik.
Dalam pada tu jugak, Selang sari, tayar gheta aku pancit..Aku perasan pon masa balik keja..Bila naik gheta, rasa cunggit semacam saja. Sah pancit..Aku pedeghaskan jugak ke kedai tayar..Sib baik rim tak rosak ka hapa..Kena 5 hingget..sib baik buat 50 hingget..

Hmmm...aku asyik2..hmmmmmmm...

Tuesday, February 10, 2009

Apa Ada Atas Meja Aku Lani

Nak merapu sat ..

Bag Sekolah aku (isi laptop)
Shaker GNC (ada isi ayaq)
Tumbler Spiderman aku (hari-hari aku nyonyot)
Production Smock
Doublement Gum sebotoi
Pencil Case Animal kaler merah itam.
Talipon cap Avaya.
HeadPhone cap Practica for conference.
Calendar Kilang.
Monitor Dell.
Mouse Dell
Laptop HP
Pengunci Laptop (Kampung sangat bunyi)
Docking Station for Laptop
Buku Nota aku.
Pen bersepah sana sini.
Kertas bersepah ada 3 helai.

Sunday, February 08, 2009

Kerna Terpaksa..

Cuti kerna terpaksa..terus dok ingat dekat francisca peter(btoi kot eja cam tu)..Tak buat apa sangat pon time cuti walaupon dah plan nak buat macam-macam.
- workout hour aku ubah pi waktu pagi..bangun pagi gosok gigi (sambil dok nyanyi lagu budak tadika), pastu breakfast ala kadar, kluaq umah pi workout dekat kilang..rasa lain workout waktu pagi dan petang..pagi-pagi tak ramai org dekat gym..aku boleh buat apa aku suka.
- kol 11 abih senaman, balik umah mandi..
- petang lunch tgk tb..tu saja kerja aku..
- tgk wayang dengan member2 baru.. jumpak aweks.. semua aweks tahu cakap cina, aku sorang ternganga-nganga..
- Kenduri aqiqah..meriah..buat mcm kenduri kawen pulak rasanya..konsep baru..konsep makan bawah pokok keliling rumah..meja diteraburkan..angin petang sepoi2 bahasa..budak2 pekan mai makan kenduri kat kampung, perak tengok reban ayam..masuk dok main dalam reban ayam..kesian..balik umah nanti, jenoh dok gatai satu badan..aku jadi mentara berdedikasi kali ni..rajen sih..kekah daging lembu..makanan..humm..sedap!!..ramai org mai sampai tak menang tangan..
- settle segala utang piutang..bayaq bill api, ayaq segala..
- penang bridge dah ada tiga lanes..tapi tak siap sepenuhnya lagi.
- pi nak brenang dekat kolam renang awam seberang jaya..1st time p situ..selalu p pisa..bayaq tiga hengget..sini tak dak subsidi..masuk nak salin baju..alamak..changing room potonggggg!!!!..shower room berlubang sana sini..potonggggg!..tak tukaq seluaq apa pon, cancel nak brenang, terus keluaq dan balik..ilang mood..ramai org tok teropong kot lubang dalam bilik mandi..potongggg!!!!..burn rm3..hummmm...
-aku dah kembali masuk opis....

Saturday, January 31, 2009

Humm..Tak abis lagi..

Oo mak aiii...tak abih lagi aku bercuti ni..sampai dah rasa bosan pulak cuti lama-lama..
lagi dok cuti, lagi la aku dok perabih duit beli itu ini..nyesal pon ada..
padahal tunggu masa saja ni nak kena layoff ke dak..cuak cuak...
Baru balik pi beraya cina umah member kat Bayan Lepas..aku dapat ang powwww!!!..sukanya..tak sangka dah tua-tua cam ni pon dapat angpow..tu la, sapa suruh tak kawen kan..tu yang dapat..terharu pon ada, malu pon ada..wakakkaak..mampos lah..janji selamat duit minyak keta aku pi jalan2..

Monday, January 19, 2009

Ulaq

Ulaq masuk rumah..
Kalau sekoq takpa..ni 2 ekoq..geli, cuak, takut, pura2 tak takot semua ada...
Kalau takut sapa lagi nak halau..sapa lagi nak katok..
Time nak katok, ulaq dok melingkaq naik atas siling rumah..tak dan nak katok..aiya..
Dah byk kali ulaq masuk umah...tak ka haru..ghisau!!!

Sunday, January 18, 2009

Cuti CNY

Salam..
Minggu yang dinanti-nantikan..apa yang akan jadi pada kilang aku..Open Forum with our CEO in Santa Clara..Seperti yang dijangka, tahun ni tak dak increment. Economic crisis menyebabkan profit margin jatuh 90% untuk Q4. Future profit pon cannot be forecasted due to ekonomi yang menggila. Apapon, during this meltdown, bonus tetap ada..last bonus dapat last December 2008.. Next bonus will be on 30 Jan 2008..Appraisal tetap akan diteruskan untuk stock grant. Apa-apalah..aku just go with the flow sajalah..Malas nak pikir lebih..Kalau pikir lebih-lebih, memang aku risau takut kena buang kerja..Mana tak nya kalau kilang tutup, dengan aku sekali tutup..

Minggu ni aku baru tgk ada iklan SPC Mara. Aku tak pasti bila iklan ni keluaq. Tapi aku rasa masih baru lagi. Aku bukak laman web mara last 2 weeks tak dak pon. Hajat dihati nak jugak apply SPC 2009/10 ni. Tapi masa utk apply amat la suntuk untuk aku. Nak apply kena antaq result degree ngan masters (semua benda ni kat kampong halaman). Tarikh tutup permohonan 23 January. Mana nak dan!!!!!.Bila depa tgk degree and masters ok, baru depa antaq borang permohonan. Nak sampai ada la makan 3 hari. Kedah pulak cuti Sultan Kedah..Pejabat pos tutup lagi.Nak isi borang lagi..Nak pos balik lagi..So, memang tak dan. Kesimpulannya aku tak mau apply this year. InsyaAllah, kalau ada rezeki, next year aku apply..tu pon kalau ada. Best dak kalau buat part time PhD?? Aku masih berpikir-pikir. Tapi rasa macam lama saja nak selesaikan. Tawaran ni dah keluaq kat kilang..Tapi aku masih gusar..

Sejak tahun baru start ni, aku meningkatkan usaha aku meningkatkan stamina. Hujung tahun lepas, aku rasa macam semput-semput saja. Mungkin sebab cuti lama. Bila cuti lama ni, langsung tak exercise. Ni tahun baru cina pulak nak mai, aku cuti lagi 2 minggu. Habis segala cuti tahun yang ada. Kan best kalo kerja dengan kerajaan, cuti 30 hari..Ni cuti tahun 14 hari saja. (Banyak komplen plak). .Haiii, pakai buat lemak lagi kat rumah nanti. Hujung minggu lepas aku ke Mengkuang Dam lagi..Sambil berjogging sambil ‘minum ayaq’...Jugak ke Taman Tasik Putra Kulim. Ayaq kat tasik tak banyak..Ya ampunn, banyaknya foreigner kat sini. Foreigner bersantai ditepi tasik..Dari orang Melayu, Cina, India, Indon, Bangla, Nepal etc..Terkejut aku..potong stim nak jogging..jogging ala kadar saja..OKla..buat kardio 45 minit..lepas tu buat cardio 20 minit kat pasar malam..carik ayaq kegemaran aku..tebuuuuuuuuuuuu.!!

Juara lagu dah start..(terus teringat Jijo)..kekekek..



Wednesday, January 14, 2009

Life, Regrets, Confidence & Fear!

"I asked God, 'How do I get the best out of life?'God said, 'Face your past without regrets. Handle your present with confidence. And prepare for the future without fear!'"

Sunday, January 11, 2009

Freestyle & Breaststroke

Salam..
Minggu baru diawal tahun baru kerja. Mood cuti ada lagi sikit-sikit. Minggu kerja ni, aku nak duduk lama pon tak best aje. Bisol aku tak baik-baik lagi. Kalau salah duduk tu, memang sakit tak ingat punyala. Antibiotik dah letih aku makan. But still tak surut-sutut. Start minggu baru ni, aku tak pergi ke gym langsung lagi. Berat hati nak pi sebab bontot tak sihat. Kang tersilap press, mahunya terjerit sakit aku. Idak pon bisul pecah berdarah-darah. So, aku pi mendugong saja kat PISA. Kalau pecah pon, automatic cuci dalam air macam tu. Senang sikit..Dibilas dengan ayaq klorin yang sedia ada. Hahaha. 3 Kali aku ke Pisa minggu ni, tengok-tengok bisol aku dah tak keras..Masuk ayaq ka?..Sebelum ni keras nak mampoih..Kemungkinan untuk pecah tu ada. (My water broke??..ayaq ketuban ka)..Hahaha..Malam tu, bila aku tidoq (tidoq skema, mengiring sebelah ja sampai pagi), bisoi aku pecahh…terpancut-pancut darah,nanah dan seangkatannya keluaq..basah lencon boxer aku..kalah orang terkencing dalam seluaq..so bayangkan lah betapa besaqnya bisoi aku..Time tu, badan dah rasa tak sihat..rasa semacam ja..rasa satu renjatan nak demam, pening (PMS ka?? hahah)..Tapi disebabkan bisoi ni, aku memang jatuh sakit dan amik cuti sakit..Tak pernah ada bisoi sepanjang hidup, ni la first time..

Humm..cakap fasal freestyle dan breaststroke, aku masih dok penin-pening lagi..Awat aku berenang breaststroke lembab macam kura-kura, tapi kalau freestyle, ok saja..Kalah salah teknik kot. Sampai budak kecik pon potong aku time breaststroke..Aku pon kompius apa yang tak kena..salah kuak ka atau kaki salah push?..Waktu aku dok berenang, time tu la jugak aku dok kaji apa yang tak kena..Ada sapa-sapa teringin nak ajaq aku dak..Kesian pulak kat aku..Mungkin aku tak larat nak push sebab bisoi kot..Alasan yang langsung tak leh diterima akal..

Awal minggu jugak, aku rasa seronok, sebab kerja-kerja aku yang tahun lepas dah siap. Aku bersiap sedia untuk buat benda baru dari customer..Project baru yang lebih mencabar. Aku harap aku akan lebih bersedia kali ni. InsyaAllah.

Aku ke GNC beli benda makan untuk kesihatan aku. Ada promotion awal tahun ni sampai 11hb Januari. Beli satu dapat satu..Aku beli lah..so dapat la satu. Habis duit la jugak. Janji aku seronok dan puas hati.

Sambil dok menaip ni, sambil dok tengok Mawi ngan Ekin kawen. Naik kuda putih tu. Kesian pulak tengok kuda tu panic nak lari-lari sebab bom-bom sampah tu..Bayangkan kalau kuda-kuda melompat, tak ke terpelanting kebelakang…Mak aii..lawa gila baju Mawi ngan Ekin. Bersinaq-sinaq..

Oklah, aku nak semayang isya’.

Thursday, January 01, 2009

Kata Hati

Salam..
Panjang aku cuti kali ni..Start dari 25hb time x’mas. Cuti awal Muharam. Cuti tahun baru..dan jugak cuti yang tak digemari, forced leave..Production shutdown sampai tahun baru. Seronok la jugak cuti lama. Tambah-tambah pulak dengan bonus yang baru dapat time-time Malaysia Year-End sale ni..Mana-mana shopping complex aku pi, penuh dengan manusia..Tapi tak dak apa sangat yang aku beli pon. Mood nak shopping tu tak dak la berkobar-kobar. Awalnya perancangan nak ke Kuala Lumpur, jumpa kawan-kawan dekat sana. Tiba-tiba aku ikut kata hati aku supaya aku tak pergi. Langsung terus berat kaki aku nak melangkah ke Kuala Lumpur. Kata hati aku cakap, ada apa sangat dekat Kuala Lumpur yang tak boleh nak dibuat di Penang ni. Semua yang aku nak dah ada dekat Penang. Mungkin kawan-kawan lain dekat KL pon sibuk agaknya. So, aku decide lepak dekat utara sajalah.

Sejak aku cuti x’mas ni, ujan saja. Aku habiskan masa-masa yang ada pergi kenduri saudara mara dekat sini. Pergi makan sambil usha-usha tgk kenduri orang dan dok terbayang kenduri aku nanti. Apa yang perlu dan apa yang perlu..Sambil menyelam minum la ayaq sekali. Aku kan nak buat kenduri dekat kampong halaman..(dalam hati nak kawen dengan anak raja, tapi mahu kah kerabat raja nak mai kampong aku yang tak seberapa nih)…kekekekek..Sambil dok terbayang lagi wife-to-be aku rendah 5cm aja dari aku, (aku 178cm), so wife-to-be aku 173cm lah..kekeke, pakai kasut high heels, putih berseri-seri, bawak fresh flowers, dironai kaler lilac indah berseri, dialunkan kompang bergema serentak menyambung ketibaan raja sehari..Chewah..InsyaAllah. Aku tetap mendoakan saat-saat itu..Sampai seru kah..kekekekek..Saat tu mungkin masa aku umor dalam 32 nanti kot..semuanya takdir yang akan menentukan..aku hanya dapat buat perancangan Allah jua yang menentukan..Itu kata hati lagi..

Dalam cuti ni jugak, aku jejak kaki ke Sunway Carnival..Penang..Mainland..Tak dak menda nak buat kat rumah. Hajat dihati nak btolkan spec aku. Rasa macam senget sket.Ni sebab selalu tgk tv sambil baring-baring. Tu yang senget tu. Alang-alang pi, aku sempat la jugak beli barang yang aku tak pon plan nak beli..aku beli fitted sheet untuk tilam super single aku dekat umah sewa, aku beli goggle spray with anti-fog, beli tuala 2 helai kaler dark brown dengan hijau dahun pisang cap Elle (pulon tulis cap kan). Kali ni beli mahal sket tuala-tuala aku sebab discount pon sampai 70%. So, boleh la aku campak tuala yang aku dok guna la ni jadi kain buruk. Dari satu kedai ke satu kedai. Nampak the under’s shop..lama aku tak singgah beli underwear.Ingat time sale spenda murah la..aku beli time sale ja..ekekeke..time lain takdak duit nak beli..(Selalu kena kutuk, simpan duit nak buat apa, nak pasang astro dengan aircond dalam kuboq ka????). Masuk kedai tu, carik spenda kegemaran aku, CK and 2xist. (Joe aku tak tiru hang..kekekekek). Pelik pulak..dah tak jual dah tinggai Renoma..tak mau la, tu spenda zaman sekolah dulu..so, aku tak beli apa-apa kat situ. Ingat nak balik awal, tapi dengan selamber badaknya, pergi tgk wayang pulak..masuk lambat ni..orang lain dah dok tgk..kusi aku tgh2 kat belakang..dengan bag keliling pinggang, meredah kaki-kaki orang buat tatau..hahahahha…mesti aku diumpatin..itu hati aku la yang kata lagi..

Masa cuti jugak, pi jalan-jalan dengan saudara mara ke Sungai Petani, Alor Setar, Perlis. Awal-awal pagi lagi, mak aku dah masak nasik lemak untuk berkelah ramai-ramai..Pukol 7am, bertolak ramai-ramai ke Alor Setar..Pi ambik Maksu aku dgn anak2 dia sekali..Jalan nak ke Perlis tatau pon sangat. Main redah saja. Destinasi ke Gua Kelam.Last aku pi tahun ’94 masa aku tingkatan dua..Tudia, ramai orang kat situ..Cuti sekolah sama. Kami sedara mara pon ramai dah..Pakat hampaq tikaq..Kami makan dulu..lepas makan aku tgk budak dok mandi kat sungai sini, sampai jugak dok tgk orang buat rock climbing..Habis pada tu, masuk dalam Gua Kelam tu..Naik keta pi ramai-ramai, bayaq sorang rm5. Tangkap gambaq serba sikit, lepas tu, singgah buat Jamak Qasaq dekat masjid Gua Kelam. Pastu, pecut keta pi Padang Besaq..Last aku pi situ pon tahun ’94 jugak..aku beli bermuda short..tak try pon sebab tak dak tempat try..yang lain tu, aku sedara aku pakat dok beli..ramai jugak manusia kat sini. Ronda-ronda keliling situ 3jam kot..pastu balik..Singgah Aloq Staq tidoq umah Maksu aku..Esoknya tu, bertolak ke SP umah Makcik aku..makan-makan kat situ..Sembang-sembang..Pastu pi tgk show house dengan Lovina, Ambangan Height..Saja nak tgk rumah.Nak tgk design utk rumah baru aku yang aku nak buat dekat Kampung..Aku belom jumpak design-design yang lawa lagi..Dalam perancangan nak buat rumah dekat kampong satu, dan beli umah dekat pulau satu kalau ada rezeki lebih. Aku tak dak rumah lagi, yang ada rumah kedai aja..kekekke..rumah kedai yang disewakan untuk orang..Nanti, kalau aku tak dak rumah sangat, aku duduk saja dalam rumah kedai tu..best jugak..Sampai umah, tgk postman campak kotak kat depan umah..dok atas lantai pon..tgk tulisan tak kenai..tgk cop setem, dah tau, ni mesti kerja Yam dengan Delinn..Tima kasih.

Esok dah tahun baru (aku dok type ni on 31 lah)..Hujan, mak aiiii lebat gila dekat luaq..Gelap gelita walhal baru pukol 5 petang..Tadi pi kedai gunting rambut..aku gunting macam aku selalu dok gunting .. Spiky hair..macam buah durian..bila spiky hair, depa potong pendek, so tak payah la aku kerap sangat pi gunting..aku soh depa cuci sekali rambut aku..time cuci best..sambil aku dok duduk kat kusi, awek ni amik syempu, conditioner dan apa lagi tatau, simbah kat kepala aku..treatment rambut ke hapa aku tatau..sambil dia dok ghengau pala aku, aku layan..macam-macam teknik plak tu..sedappp!!..time dia picit dan urut tengkok aku, aku rasa macam nak cakap ..Stop!!!!...sakit gila babi..wakakakka…sib baik aku leh tahan..lepas tu baru pi bila ngan ayaq..fereeesssshhh!!!!..Sebelum ni aku jarang-jarang cuci rambut, aku balik cuci kat umah ja..sebab nya aku gunting time petang dekat maghrib..balik terus mandi..tapi rini, aku pi tgh hari lepas aku mandi..so, aku tak mau balik mandi time tgh hari, aku soh la depa cuci buang rambut2 tu..Selesai..


Aku sambung sket lagi..tahun baru, aku pi Sungai Sedim..Last aku pi 5 bulan lepas dengan kawan-kawan aku..This time, aku pi dengan sanak saudara aku..Ramai manusia hari tahun baru ni..Aku ingatkan orang semua dah pakat letih sambut tahun baru malam tadi..rupanya, masih ramai budak-budak muda pon dok mandi manda..pakcik makcik ngan anak-anak, memang pon dah ramai.Sib baik ayaq tak keroh..semalam kan ujan lebat..jernih saja..hajat dihati nak mandi..Baju sepersalinan dah pon aku bawak sekali..Mula-mula, sampai carik tempat nak lepak..dah jumpa, hampaq tikaq, terus bukak benda makan..Menu tepi sungai, nasik, ikan termenung bakaq (bakaq kat tepi sungai), kerabu nangka, gulai ayam kampong campoq betik, petai baru beli kat tepi jalan untuk dibakaq, minuman (ayaq sungai, sebab bawak ayaq sebotol ja)..kakakaka..tengak budak-budak dok naik tube besaq kat sungai..memang aku teruja abis..tgh dok lepak sambil berdiri, aku amik keputusan untuk duduk..Bila aku duduk saja, muka aku terus merah padam gila..tahan sakit yang amat sangat..Aku terduduk atas bisol aku..Adoiiiiiiiiiiiiiiii!!!!..Sakittttttttttttt….!!!memang sakit gila..aku terus dok diam sambil tahan sakit dan ilang mood nak mandi..at last sampai kesudah aku tak mandi..arghhh…

Apa kata hati aku hari ni…jangan pegu aku dengan sapa-sapa..i hate being ‘pegu’ed. Silence doesn’t mean I like…I feel it so tacky sometimes…Syoknya dok dengan ayaq ujan jatuh atas bumbung rumah. Peace!!!!!

Monday, December 22, 2008

Mengkuang..

Salam..

Tikaq mengkuang ka?..Tikaq mengkuang kat Changlun saja..kat tempat lain tikaq getah..ekekekekke..Kenapa Changlun? Sebab bunyi Changlun mmg sesuai saja untuk tikaq mengkuang..Apa aku merepek ni..mereng ka apa..Hari Sabtu lepas, aku ke Mengkuang Dam..Lama dah aku tak jejak kaki ke situ since 1994..Time tu, cikgu sekolah yang bawak gang basketball pi exercise situ..Masa tu la aku baru tau kewujudan dam ni..So, aku ke situ buat kesekian kalinya.Bila dah masuk saja area Mengkuang Dam, terus rasa mcm kat oversea pulak..Cantek!!!!(lupa nak bawak camera, kalo idak aku dah pulon snap-snap)..Tujuan utama aku, nak berjogging..Seingat aku, tempat ni mmg sesuai untuk berjogging..Sampai dekat tempat letak keta, aku terus sarungkan stokin aku serta kasut aku..Dalam hati dok berbunga-bunga lagi tgk kecantikan Mengkuang Dam. Rupa-rupanya bukan sorang dua yang berjogging kat situ, ramai manusia rupanya..Semua pakat dok berjogging sambil berlatar belakangkan lake view yang cantik. Hari Sabtu depan kalau tak dak aral, insyaAllah, aku nak pi lagi..

Friday, December 19, 2008

Senaman

Kenapa aku perlu exercise?

Untuk buang lemak-lemak yang menggelebeh berlebihan.
Untuk kekal sihat walafiat.
Untuk maintain fit..fit kah?
Untuk rasa fresh lepas kerja. Lepas exercise sampai max, you rehat sat, then you go to mandi..Then you will feel…arghhh..feeeereeeeeshhhhh!!Segaq bugaq (extra note: lagi fresh kalo shower room memamg lawa habis..wangi etc).
Untuk tone up my muscle..(bukan nak jadi body builder)..just want to look good only. Tapi bila tatau lah..Lemak-lemak masih menutupi segala muscle. Macam mana?.
Sebab gym free. Pi lah bila-bila nak pi. Guna saja apa yang kilang bagi..
Sebab swimming pool kena bayaq RM1 saja nak masuk..Sebab kilang subsidize..kalo tidak hang kena bayaq 3 ringgit utk weekdays, 5 ringgit untuk weekend.
Kalau tak exercise, aku nak buat apa petang?..Melangut saja ka..balik rumah bukan nak buat apa pon. Bini pon tak dak, anak lagi lah..(aku tak suka kucing, anjing comel aku suka)..kekekek.
Takkan aku nak melangut kat tepi pantai ja hari-hari.
Orang kata aku gemok. (orang criticize, sebab orang care kan). So, take it positively.
Boleh la aku pakai baju yang aku suka.
Aku rasa berpeluh sexy..hahahahha..so, aku kena la exercise sebab nak sexy.
Aku tak mau dapat penyakit awal sangat.
Aku dapat kawan- kawan baru.
Aku rasa lebih yakin dan bersemangat..kompiden nih..