Sunday, September 14, 2008

Minggu Lepas

Salam..
Seminggu sat saja. Puasa pon sat saja..Aku ingat dah 25 hari..rupanya 20 hari pon belom lagi. Why is it so long? Am I waiting for something? I dun think so.The rest of the week, I felt a little bit bored. Working on my routine of my life. Nothing much. I had a face to face session w/ my boss. Showing him about my current project. Have some chit chat for an hour. Did not have much time to go to gym even I have time. Tapi dalam kepala, just sooooooo malas to go. Did not go for swimming sebab this is Ramadhan month. Takut tertelan air..Mungkin kalau “ ter” tu ok lagi. But then kalau dah “ter” banyak kali tu, tak ke haru. So, as time goes on, rasa macam lemak dak manimbun-nimbun since aku balik dari US. Hummm..I don’t know, probably I feel so lonely kot now..tatau la..Is it the correct time for me to think about to have a special girlfriend? I don’t know. What I have, only friends..But they just come and go..Kadang-kadang, bila aku dah berkawan dengan orang, orang Nampak aku terlalu baik dengan orang-orang tu..sampai kadang2 depa pikir yang bukan-bukan pulak..mungkin aku ni mudah menyenangkan org yang aku kenal, tapi dalam hati, aku rasa aku tak betol-betol happy kot..probably I am just faking it in front of people?..I have no idea?..rasa macam buntu kadang-kadang tu.

Aku baru tahu yang minggu ni raya nanti hari apa..tu pon selepas bos aku tanya sama ada aku nak amik cuti extra ka dak?..aku dengan selamba badak tanya, hari apa raya..ish..apa la aku ni kan..it’s just that, I don’t have a commitment. I think…Orang lain yg dah beranak pinak mungkin have to think about where nak raya and so on. As for me, I don’t have to think about it at all. I will be back to my kampong as usual.. That’s what I did for the last couple of years..Everybody will come back to my hometown..My cousin, uncle etc..But me..yeah..routine dah rasanya. Tak rasa apa2 sangat kot..teruk la aku ni..

Pastu pulak, sepanjang ramadhan ni, rasa malas ni membuak-buak aja..apa dah jadi dengan aku..makin tua makin malas. Sepaptutnya benda cam ni tak leh jadi..balik kerja tak la letih mana sangat pon..pukak posa, mandi tgk tv..org azan isya je, aku dah rasa malas nak gi terawikh kat masjid. Aku buat kat rumah ja.. t upon bukan erveryday la aku buat..tapi alhamdullialh aku buat…

Apa la yang tak kena dengan aku..aku rasa macam empty semacam..Aku rasa ada jugak org pernah rasa macam aku. Apa la nasib kau labu..ka sebab aku keletihan fikiran plus letih puasa sekali..boleh ke aku bagi alas an ni..tatau la.

Aku ada dinner dengan kawan-kawan dekat hotel seri Malaysia..boleh la..not so bad..aku melantak biasa-biasa saja. Tak la teruk sangat..RM29 ringgit buffet dia..Aku ada jugak bukak dekat town. Jemputree Restaurant. Hmm..ok la..Cantek jugak kedai dia..Kat amana lagi aku bukak posa minggu ni..dekat AeOn Seberang Jaya..aku makan kat restaurant hongkie…ye kot pronounce cam tu..harga boleh tahan, makananan so-so..tapi kawan-kawan aku kata ok..so, ok kot. Bagi aku biasa saja.. ramai gila orang kat situ.

Ada jugak teman mak aku gi beli barang rumah..mak aku beli bunga..nak tukaq bunga dalam rumah..dah lama tak ubah kata mak aku..so, aku ikut saja la..tolong jadi penyeri mak aku..kekek..jadi mat bunga sat..harap-harap raya kali ni, rumah berseri sikit hendakNya…

Sunday, September 07, 2008

Bandar Tasik Masin, Utah





07/09/08

Salam..
Mak ai..utara Malaysia dilanda hujan sepanjang hari..48 jam tanpa henti..dari hari Jumaat sampai la Sabtu. Apa lagi, “flash flood” la jawabnya..Kat Kedah, ada dah yang meninggal sebab banjer ni..Kat Penang, belah2 Georgetown yang banjer.Alhamdulillah, blah umah aku tak banjer. Mungkin system saliran blah rumah aku ni okay kot. Air bertakung tu adala. Hari ni Ahad, Kedah dah keja. Aku tak keja la lagi, sebab aku kan keja kat blah Penang. Isnin baru kerja. Aku keluaq ngan mak aku dalam pukol 10.30 pg pi pekan. Kami nak pi bayaq duit zakat. Selalunya, aku akan pi bayaq zakat aku bulan posa. So, aku akan ingat every year dan takkan lupa tanggungjawab aku untuk bayaq zakat pada bulan posa. Bukan zakat fitrah, tapi zakat harta ngan zakat pendapatan.. Banyak sangat ka harta aku..ekekek..Tak banyak sangat orang pon kat pejabat zakat tu. Aku ngan mak aku ja. Selesai bayaq zakat, aku turun pi kat kedai toko agama kat bawah pejabat zakat tu. Mak aku nak carik buku agama. Aku join la sekali. Aku sempat jugak beli buku 101 Doa..Fikir aku bagus jugak buku ni, sebab tak banyak sangat doa yang aku tahu..Mungkin aku boleh tambah doa2 baru yang aku belum hafal dan tahu.

Hari ni tak hujan sepanjang hari walaupon jabatan kaji cuaca cakap akan hujan. Singgah kat kedai groceries. Beli barang sikit. Beli barang untuk rumah ngan rumah sewa aku.tak banyak sangat pon. Beli untuk masak sahur minggu depan.

Lupa pulak, dalam sebelum ke pejabat zakat tadi, aku ngan mak aku pi umah kawan dia. Kat kampong sebelah. Saja nak pi tgk rumah member mak aku. Kami bercadang nak buat umah sebelah rumah yang ada sekarang. Nak tgk design umah kawan mak aku cam na. Kiranya la ni dok nak carik design yang sesuai la. Bagi aku cari design ok kot, tapi nak buat rumah mungkin tahun depan atau 2 tahun lagi sebab la ni pon ekonomi tak ok lagi. Tengah dok sembang kat dalam umah makcik tu, laki dia balik. Aku pon tak pernah jumpak laki dia. Aku tak kenal pon. Makcik ni pon aku tak kenal sangat. Dia masuk dalam rumah, aku nak salam la ngan dia. Tapi aku tgk tangan kanan dia dok angkat rapat ke dada dia. Aku ingatkan dia paralyze ka apa ka..aku gigih jugak salam ngan dia. Tapi lepas tu, bini dia tanya “ awat tangan abang tu?” aku pon blurr la..dah la aku mmg blurrr pon..dia cakap tangan dia patah..Ya Allah, terkejut bewak aku.Tangan patah pon boleh bawak motor balik rumah lagi. Tangan kanan pulak tu. Bayangkan betapa sakitnya. Yang patah tu bukan kat pergelangan tangan, tapi antara lengan ngan bahu. Sian pakcik ni. Rupa2nya dia accident ngan motor jugak kat pekan. Dia kata dia tak buat report pon. Malas nak besaq2 cerita. Motor dia tak jadi apa2. Dia ja yang patah lengan. Lepas tu, dia ngan bini dia pi hospital. Aku ngan mak aku terus gerak ke pekan la. Lambat jugak rasanya nak baik patah ni. Yang pastinya depa takkan letak simen la kot. Nak letak lagu mana kan. Mungkin pakai anduh ja.

Petang sebelum nak bukak posa, aku pi pekan lagi. Pi beli ayam percik ngan air tebu. Yang lain mak aku dah masak. Favorite aku memang air tebu. Aku suka bangat minum air tebu. Aku bukak melantak nasik la..kenyang..hmmm..esok dah nak kerja..dah nak balik penang semula..rabu nanti aku balik semula..hmm…

06/09/08

Salam..
At last aku dapat jugak password aku balik. Awal ceritanya macam ni, aku dok tgh buat keja kat ofis, tiba2 ja rasa macam mengantuk ja. Besa la bulan-bulan posa ni..Tapi kalau tak bulan posa pon, tengah-tengah hari memang pon mengantuk sikit. Aku pulon tak mau bagi mengantuk. Perbetoi macam-macam posisi, sat angkat kaki, sat ketok2 kepala kat atas meja, tapi masih mengantuk. So aku amik keputusan untuk pi semayang sat kat surau. Selalu aku semayang dalam pukol 3 lebih..semayang zohor, bukan semayang hajat 3pagi..Pi surau, tengok budak2 melayu dok melepak dalam surau dok sembang-sembang..Dah tak leh makan ngan isap rokok tu saja la kot keja depa time rehat, pikir aku la. Aku masuk sengeh ja la..Nak meramah kan diri dalam surau aku jarang buat. Amik ayaq semayang then aku terus semayang. Tak dak pak imam, so aku semayang la sensorang. Abih semayang kira dah segaq bugaq dah. Naik pi ofis balik. Duduk ja kat kerusi empok aku tu, terasa cam malas pulak nak sambung keja lagi. Tiba-tiba ja dapat idea nak tgk blog lama aku balik. Memang dah bersawang tahap dewa dah blog aku. Sejak tok aku meninggal, aku dah tak publish apa dah. Aku ada try jugak nak sambung sebelum ni, tapi aku malas nak btol-btolkan password aku cam karenah birokrasi google ngan yahoo..Ya ampun, apa aku merepek ni. So aku try la nak carik password balik. Username aku memang aku ingat. Pastu yg aku pening aku nak letak username aku kat gmail ka? Nak letak @yahoo ka nak letak @gmail. Last-last, baca puny abaca, baru aku dapat tangkap. Aku kadang-kadang lambat tangkap sikit. Pusing kot tu, pusing kot ni, aku dapat masuk balik blog aku.Tapi rajen sangat kat aku nak sambung balik ni.Ada masa ka aku nih. Dalam hati rasanya ada lagi kot. Lagi pon bukannya ada anak lagi pon nak gi buat susu, bukan ada bini lagi pon nak pi bayaq nafkah. Sorang ja lagi kan.OK kot. InsyaAllah. Dah la pasai password aku

Ni aku baru tidoq ni. Tak la baru sangat pon. Dah mandi siap dah. Mandi lambat sket la hari ni, sebab hari sabtu. Cadangnya nak pi gym kat kilang sat lagi. Mahu tak pi gym, rasa macam dah memboyot ja sekarang ni. Dah la tak kawen lagi, kang saham jatuh pulak tak ke haru. Tup tup, hujan la pulak. Terasa malas la pulak basah-basah ujan ni. Tengok la, petang-petang karang kalau tak ujan. Aku sorang-sorang kat rumah di Kulim ni. Tak dak sapa. Semua pakat pi tgk org sakit. Aku layan tv sambil dok menaip blog ni. Nak mengunyah, posa la pulak. Nak kata lapaq la sangat pon. Biasa-biasa saja. Pagi tadi makan sotong masak kunyit, acar buah, kerabu nenas mak aku buat. Seronok dapat sahur kat rumah sebenarnya, kalau sahur dekat rumah sewa aku, jawabnya aku mkn kueh yg semalam punya yang aku simpan dalam fridge. Boleh ja kalau aku nak masak, tapi malas nak masak. Padahal dulu masa kat UK, selalu ja aku masak. Mungkin sebab aku student kot, tu sbb aku rajen sket nak masak. La ni, aku tak masak pon. Kat umah sewa, bangun makan kuey ngan air milo ais. Then telan vitamin MegaMan aku beli kat GNC. Bagus jugak vitamin ni. Aku tak rasa letih sangat. Abih makan, tunggu subuh masuk.

Wednesday, September 03, 2008

I Am Back!!!!!!!!!!

Salam
Hey Hey!! Alhamdulillah, akhirnya I got my username and password back!!!..OK, I bersemangat dibulan Ramadhan yang mulia ni..Will see you in a bit!!

Wednesday, April 18, 2007

Pergi takkan kembali

Salams..
I am still in grieving mood..
Perginya arwah tok aku baru2 ni friday 30/3 buatkan aku tak tentu arah..aku sedih gila..aku nangis dan nangis..bukan senang nak tgk aku nangis..ni la aku nangis paling teruk.aku tak akan jumpa tok aku lagi lepas ni sepanjang hayat aku...tak dak sapa lagi kat rumah kat kulim..rumah jadi kosong tanpa tok aku..semua jadi macam tak best..mak aku lagila, hari2 sedih sebab dia la yg dok jaga tok aku sepanjang masa..hummm..aku doakan semoga tok aku berada dalam golongan org yg beriman..

tak lama lepas tok pergi, aku pulak dah kena berangkat ke US..nasib baik aku sempat cium tok aku buat kali terakhir..aku dapat mandikan tok aku buat kali terakhir..sebelum ni, aku ngan mak yg dok mandikan tok hari2..lepas ni dah tak ada..mak aku dah tunjukan contoh yang baik utk aku..alhamdulillah..harap aku jadi anak yg soleh buat mak aku kelak..

so aku bawak kesedihan aku mai US..at least terubat jugak luka dihati..tapi arwah tok aku sentiasa dalam ingatan aku..ish..sambil dok naip ni pon aku dok nangis..cam na ni...meleleh air mata aku..kat opis plak tu..biaq pi la..

mai cni, dah training macam2..alhamdulillah setakat la ni, aku leh terima lagi..kawan2 pon ok..semua ok la ...cuma makan je la, aku kena jadi kambing hari2..makan salad ja..tapi not bad la..sedap..ada jugak seafood aku try..aku carik kedai Paki, tapi tak dak..masa aku UK dulu, ada byk kedai Paki, at least boleh jugak aku makan ayam ke daging..sini, terpaksa la aku makan babi...ooppsss...!

Sunday, March 11, 2007

Kerja Malam

Salams..
Lama pulak aku tak bersiaran..Hari Ahad 11/3..aku dok sorang2 kat cc ni..internet kat umah tu, aku dah malas layan..kat umah aku la ni ada pakcik aku ngan family dia..balik kampung sempena cuti sekolah..meriah sikit kat umah..aku pulak baru sudah keja malam..letih la pulak keja malam..keja malam ni pon untuk dua minggu ja..lepas ni dah tak dak dah kot..ni sebab nak kejar quarter end..aku la ni lepak umah sewa kat penang..hujung minggu baru balik kulim..
tak dak apa yang menarik sangat perjalanan hidup aku sepanjang beberapa minggu ni..pergi kerja dan balik kerja...kerja kat kilang tu, ada la byk nak cerita..tapi nanti2 la aku cerita..aku rasa cc ni panas berapi la pulak..tak selesa btol..

Saturday, February 24, 2007

Raya Cina

Salams..
Raya cina baru saja lepas..tak dak yang menarik pon pasai aku..raya cina pon kerja..coverage..cina ramai cuti...so, aku amik alih production..tak bz sangat pon..cuma pi tgk apa yang patut..seminggu rasa cina..aku cuti tak sampai seminggu la...2 hari saja la..selamat masuk elaun OT..kalau idak, jangan harap aku nak pi..baik aku dok umah aku tgk tok aku..La ni dah start hujan..baru la sejuk sket...atapi bila mai panas tu, mmg panas btoi..

Aku nak pi US mungkin 28/2 ni kot...Visa dalam proses..pastu bila dah pegi, aku nak keja ngan Joe la..boleh?..hahahah..lari dari kilang...Boleh kan Joe kan?..

Org tempat kerja pon la ni, makin hari makin sibuk dok kejaq output..aku tgk operator la naya..depa la paling teruk dikerjakan..tak cuti2 langsung..mentang2 la operator semua tu foreigner..Indon mali...depa pakai sepakai-pakainya..Aku la ni dikelilingi minah2 indon dalam line..semua ramah2..tgk2 jodoh aku ngan indon..macam mana?..hahahha...tak mau la...org kot dekat dok ada...

Kenduri pon tak habis2 lagi..bersambung2. Tambah pulah cuti sekolah bulan 3 dah mai lagi..makin ramai org nak kawen..yang dah kawen satu pon nak tambah lagi..tu la manusia..

okla..aku nak balik rumah ni..nak bagi tok aku mandi..take care..

Sunday, February 11, 2007

Panas!!!

Salams...
Ya Allah, Panasnya la ni..El Nino gamaknya..Time hujung minggu nak keluaq, malas gila..mahu tak nya, panas sangat2..tambah2 pulak kat utara malaysia ni..Tuhan saja yang tau...Seminggu kerja rasa sat ja..mana tak nya, pi kerja gelap, balik kerja pon gelap..balik tidoq..balik tidoq..pastu pi kerja..sedaq2 dah seminggu..Pikir2 balik, sampai bila ni..sampai pencen ka macam ni..waaaaaaaaa.....
Letih sket minggu ni, sebab kerja melambak..padahal tak banyak pon..buat2 banyak..Kat rumah ni, ada makcik aku..baru mai. nak tgk tok aku...makin hari tok makin tak sihat..aku kesian jugak tgk tok aku..hari2 mengerang sakit kaki..Nasib baik mak aku ngan makcik aku ada...Yang aku lagi sedeh, lepas raya cina ni, aku kena pi US..ada kerja kat sana beberapa bulan..aku harap, masa aku kat sana tak jadi apa2 kat tok aku..tok aku la jaga aku dari kecik sampai la aku besaq panjang..mahunya aku meraung kat sana kalau jadi apa2..Banyak sangat org sakit la ni..Pak kawan aku pon sakit..Sakit hati..bukan sakit hati sebab marah..sakit hati btol2..liver failure...kesian jugak..byk lagi yang sakit..aku yang tak sakit ni, dok harap, org2 yang aku sayang, cepat2 sembuh..
Kenduri kawen pon datang lagi..Dekat2 raya cina ni, ramai la pakat panggil makan kenduri..Setiap hari dapat jemputan..aku bab2 kenduri ni malas sket..aku suka ja lepak umah tidoq..tu la perangai buruk aku..lagi pon kalo pi kenduri, nanti org tanya, bila nak kawen...Bagi aku urusan kawen ni, semua dah ditentukan..sampai ja waktu kawen la aku..Dalam process mencari la ni..sapa2 nak rekomen??.Bab duit hantaran, semua dah beres..tgh carik calon ja..hahhahah..tapi tak pa, aku rasa aku muda lagi..tak sampai pon lagi waktu lanjut usia..aku masih muda trang tang tang...apa2pon, aku harap, aku dapat jumpa sesorang nanti..pergh...ayat, jiwang..
oklah, aku dah nak balik umah..aku dekat cc..kat rumah pon aku dah letak tali rapia..tapi still tak leh nak connect internet..hampeh la..ok..sampai jumpa lagi...

Saturday, February 03, 2007

Cuti

Salams...
Cuti Thaipusam datang lagik..Ramaila sanak saudara dari KL balik Kulim..Semua pakat balik nak tgk tok aku sakit..Paling latest, tok aku dapat gangrin..cam tu ka eja..aku tak sure..buat sedih gila..Doktor cakap nak kena potong..tapi tok aku tak dak kencing manis pon..tpi dah Allah nak bagi jadi..so tak leh nak buat apa..last sekali, kami semua sepakat, tak bagi amputate lagi la..nak usaha cara lain..mula2 sekali, cari gamat healin yang dok keluaq dalam tv tu..pi segala farmasi..punya la susah nak dapat..semua pakat tak dak stok..dari KL sampai ke kedah kami carik..habis...last2 ada sorang hamba Allah ni offer nak tolong carik kat kawan dia.Alhamdillillah ada...tok aku dah makan 6 sudu dah sampai hari ni..nampak kaki tok aku macam ok sket dah..Dia pon tak mengadu sakit sangat dah..Alhamdullilah la kalau macam tu..harap2 tok aku akan makin sembuh soon.

Hari ni dah Ahad..so, semua pakat balik dah rumah masing2..tinggaila aku ja kat umah ni dok jaga tok aku..nampaknya internet cam ada masalah lagi ni..karang aku sambung lagi..ok ..bye bye..

Wednesday, January 24, 2007

Kini Kembali

Salams..
Kini aku kembali..dah dekat 7 bulan aku dok diam..diam bukan sebarang diam..diam2 langsung tak berisi..hehhe..Aku kembali setelah tahun baru kini datang lagi..mak ai..sedaq tak sedaq, umoq dah pon bertambah..apa yang aku dah buat selama ni..rasa cam tak dak apa yang best sangat pon..makan tdoq ja yang lebih..aku harap this year, aku dapat sesuatu yang aku nak ..tapi aku masih tatau apa yang aku nak..kawen kot?..insyaAllah..tu semua ketentuan tuhan..

Yang pasti, aku still macam aku..perangai tetap sama macam dulu..mungkin nak ubah sikit kot tahun ni..jadi lebih matang skit kot..tapi tu semua bergantung pada keadaan and situasi..harap2 jadi lebih bersemangat..lebih berpandangan jauh walaupon kadang-kadang org cakap, aku ni suka berangan...tapi, bagi aku, berangan tu perlu ada..kalau tak aku tak kemana..kan?

Sepanjang 7 bulan lepas..aku dok struggle jaga tok aku..tok tak sihat..aku mmg sedeh dan tertekan time tu..alhamdullillah, sekarang dah ok sikit..dah boleh makan dengan baik..tapi yang sedeh, Allah dah amik nik penglihatan tok aku..aku sedeh gila..walhal, sebelum ni boleh tgk terang2..tak payah pakai spec..aku yang kena pakai spec..tapi, nak buat cam na, tu pon ketentuan tuhan..tok nampak cahaya masuk sikit2 saja ikut mata..Aku harap, lepas ni tok boleh tgk balik..InsyaAllah...

Aku ada banyak benda lagi nak cerita...yang paling tensi, internet kat rumah, lembab selembab lembab..tu mungkin salah satu faktor penyebab aku dok diam 7 bulan lepas..aku harap lepas ni...ok, sampai sini dulu...tata titu..

Sunday, July 02, 2006

MIRI

Satu perjalanan yang indah..................

Saturday, June 03, 2006

Makcik..

Salams..
Semalamkan, tiba-tiba aku dapat panggilan dari Makcik aku..dia dok kat Sungai Petani. Baru-baru ni dia balik Kulim..Kami dok sembang pasai kawen..Tup tup, aku kata kat dia, Makcik nanti carik sorang awek untuk aku kat hospital sungai petani tu..Dokter ker, Nurse ke..dia kata pulak, ish btoi ka ni..satgi carik, aku tak berkenan pulak..aku cakap kat dia, ala, kalo Makcik pilih sure aku berkenan..dia suka la..Dengan tidak semena-mena, dia tepon semalam..Dia kata " Ni, Cik dah jumpak Bini untuk hang..Kak depa dokter kat SP, depa dok Penang..Yang sama baya ngan hang dok UK, yang muda dua tahun dari hang dok Penang..Nanti Cik bg nombor tepon depa ok"..tersentap aku kat situ.."Btoi ka Cik..Cepat nya..Hebat btol..Cik tgk la org nya dulu..Nanti dah tgk baru bg tau k.."..aku kata pulak..Aku cukup gumbira dengan tindakan pantas Makcik aku..cayalah..Yang dasyatnya, sia bg no tepon dua beradik lagi.suruh aku pilih..jenoh aku..pening pala lepas ni..Tapi apa2pon, aku kena keja dulu..tak best la jadi penganggur...
Semalam jugak kawan aku tepon..dah setahun lebih tak jumpak dia..dah kawen.aku tak sempat nengok..kawen ngan anak datuk dgr kata..dia ajak aku gi minum ptg ni...aku ok ja, lagipon tak wat apa2 ptg sabtu ni..pastu pulak dia nak bayar hutang dia kat aku..pakcik kayo pakcik kayo...ramai jugak org utang ngan aku..Bank ke aku nih??..heheheh...okla, aku blah dulu..

Friday, June 02, 2006

Muak

Salams.
Muak..hanya tu yang mampu aku ucapkan dengan interview aku..awatla aku cepat muak..bukan makan je yang mauk ye, sampai interview pon aku dah naik muak.Last sekali aku gi interview kat Schlumberger. It was like a normal interview session.Aku jawab secara spontan..tak dak pon lagi technical question..recruiter tu nak tgk aku punya personaliti ja kot..sembang dalam 40 minit, pastu habis..ni untuk post field engineer.Post ni, kalau dapat kena pi offshore..itam la aku yang sedia itam..Tapi ada 2nd interview.But aku tak tau bila, aku aku layak la..2nd interview tu, full day..ada xtivities..ni yg aku malas..tapi takpa, kalo ada rezeki tu ada la..Pastu minggu ni jugak aku dapat panggilan interview lagi..satu dari company kat setiawan as a production engineer, satu lagi kat motorola sebagai menchanical engineer..Aku terpaksa tolak, sebab aku ada hal dan aku muak satu hal..so, minggu ni aku rasa aku nak rilek sket walaupon sememangnya aku dah rilek dah.. rilek dari interview.letih wei.penat promote diri..penat dok study benda yg dah belajar dan kerja..huhuhuhu..
Lagi satu, hari ni 2/6 hari lahir mak aku. Aku beli bunga ros (sebagai hadiah) dan kek (benda makan) untuk mak aku..Suku sakat pon ada gak hari ni kat umah..Sama2 nyanyi selamat hari lahir kat mak aku..Aku doakan mak aku akan sihat sejahtera dan dipanjangkan umur lagi hendakNya.Aku sayang kat mak aku..Sapa lagi aku nak sayang lebih2 kan..Nabi pon cakap, walaupon kalo kita dah beristeri, jgn la kamu melebih2kan isteri kamu daripada ibumu..Lebihkan la ibumu dari mereka..kalo idak kamu akan dilaknat sepanjang hidup..takut siot..Mak kita kenal kita lagi lama dari aweks/bini kenal kita..so, sayangilah ibu kita..hehehhe...oklah, SELAMAT HARI JADI WAHAI MAK KU...........

Thursday, May 25, 2006

KLA-TENCOR

Salams..
Tadi aku gi interview lagi kat KLA-TENCOR..kat Kulim Hitech Park..Company baru bukak kat Kulim..HQ kat CA.Waktu aku masuk, org dok boh cat tak abih-abih lagi...interview aku kol 4ptg..lambat bangat..sesampainya aku kat situ, aku pon ikut la prosedur biasa..isi application form..Ada dua lagi budak yang dah datang dulu dari aku..sorang iview kol 2, sorang kol 3..aku yang kol 4...yang kol 2 punya dah abih, dia tunggu kawan dia yang iview kol 3..depa mai sekali..sambil isi form, sambil borak2..budak cina dua2..aku sorang ja wakil melayu..lama gak budak cina tu habaq kat aku..lama interview..dalam sejam kot..aku buat selamba ja..malas nak pikir banyak..bila mai turn aku, aku pon masuk..la, mat salleh ka interviewer..sudah lama tidak kutemu mat saleh sejak aku balik dari uk..aku salam dan duduk dengan penuh sopan..wakakkak...rupanya2 mat salleh ni pon pernah keja kat UK..but dia org US..slang US UK bercampor2...best gak aku layan..mai time technical question, susah gila..dia tanya pasal photolithoraphy sket.pastu dia tanya pasal bright and dark detector utk wafer semiconductor..suruh aku lukis depan dia..aku lukis adanya la..aku tatau sangat, main ikut dan ja..lagi pon dia dah cita basic idea pasal detector tu..aku guna ja otak aku sket..tapi susah la jugak nak pikiaq..apa2pon, aku buat ja cool..dia pon tergesa2 sebab flight dia ke california kol 8mlm..tapi kesimpulannya, best jugak interview ni..dan best jugak kerja ni..utk post application engineer..minggu depan last kot interview aku, dah tak larat nak pi interview..doakan aku berjaya..amin...

Monday, May 22, 2006

Davinci Code

Salams..
Aku pi tgk cita Davinci Code..eja cam tu ka..aku rasa cam aku salah eja...janji bunyi nak sama pon ok la..aku pi tgk ngan member aku kol 945pm..ingat nak tgk awal sket..tapi yg paling awal dalam kol 715pm..mana boleh tgk time tu..maghrib tak masuk lagi..kang kalo tgk, tak semayang maghrib..sia-sia ja dapat dosa..terpaksa la lepak kat Pinang Megamall tu dua jam sebelum tgk wayang..sambil dok lepak, aku dok main PSP aku..main game needforspeed..dah bosan aku konek internet plak..lepas tu, kawan aku ajak aku pi makan..makan pizza..dia nak belanja..dia baru dapat increment..murah rezeki aku..aku bab makan cheese ni tak minat sangat..tapi, aku nak try jugak pizza, since aku dah lama tak makan benda ni..bukan takat pizza ja aku sebat, aku siap soh kawan aku order deli wings..6 ketol..kenyangg..ramai gak org..mungkin sebab hari ahad kot..Habis makan, round kat supermarket kat dalam tu..member aku nak beli brahims..dia nak gi japan esok..so, senang sket dia nak makan..

Habis pada tu, masuk nengok wayang..org penuh panggung..perut aku pulak dah la penuuh..pulon makan tadi..duduk pulak atas kerusi empok..rasa cam nak tidoq ja..cerita tu, bg pendapat aku, ok ja..tapi aku tak la berminat sangat..mula2 mmg minat.tapi bila lama sangat, aku dah start tanya member aku, bila nak habih ni..aku dah lengoh punngung dah..dia suka la pulak tgk.aku dah bosan..ada part best ada part bosan..bagi aku, kalau suruh tgk dua kali, aku tamau..aku nak syorkan satu cita yang aku tgk kat klcc sensorang..she's the man..best gila..lawak bangat..kalau suruh tgk banyak kali pon aku ok je..cita habis dalam 1215pagi..aku balik ja terus..lagipon member aku nak kena bangun awal esok gi airport.

Kemarin(semalam bhs suratnya) jugak aku dapat call dari proton soh aku gi interview..aku dalam hati nak jugak pegi..pikir2 balik, aku jadi malas nak gi..letih..depa soh aku pi hari rabu ni kat subang..hotel apa pon tak sure..aku tolak ja ngan baik..tu post procurement engineer..tak pala, aku pi interview yang 29/6 kat schlumberger nanti..aku rasa tak larat gila nak gi kl esok lusa..so, aku nak beli tiket gi kl, hari sabtu ni 27/6..
Dapat email dari Silterra soh aku antaq softcopy cv aku kat depa..aku antaq ja..hgpa buat la apa yang patut..heheheh...apa-apapon, aku harap, aku akan dapat keja dalam masa yang terdekat ni..insyaAllah..YA ALLAH, bagilah aku dapat keja cepat-cepat..amin...

Friday, May 19, 2006

Email

Salams...
Panas nya hari ni..tuhan saja yang tau..maklumla, kat kedah.belah2 utara ni mmg la panas nak compare ngan tmpt2 lain dalam msia..berpeluh-peluh aku..tadi solat jumaat citer pasal harta..jgn amik harta org..jgn terlebih tanah amik harta org..best jugak..aku layan..tak sempat nak berpeluh kali ni kat masjid..balik solat, aku nak kena hantar sepupu aku balik alor setar..dia saja mai kulim, mak tgk tok kat sini..aku dok ngan tok aku sekali..bus dia dalam kol 215pm..aku balik solat lam kol 2..tak la kelam kabut sangat..sebab dari umah nak ke stesyen bus dalam 5-7 minit ja..sampai situ, bus dah siap dok tunggu..aku tgk dia naik bus, pastu aku blah la..pi maybank..bayar duit kawan aku..aku terguna duit dia rm1500 kat kl minggu lepas..so, aku bayar balik..tak suka pinjam duet org bayar lambat2..selamat org kat maybank tak ramai..so cepat ja la processnya..pastu, aku ingat pesan mak aku soh aku beli syrup rose...aku beli la..mak aku nak buat ayaq gula kat tok aku..dia suka minum..pastu beli bawang besaq sekali sebab dah abis dah kat umah...dalam kol 3ptg aku sampai umah..lapaq..makan nasik sepinggan..alhamdulillah, kenyang..tgk tv dalam 2 jam..layan cita spanish tu..kekekkeke..lagipon tak buat apa2 kan..lain la kalo org gi keja, mana ada masa nak layan..

ni aku dok kat depan laptop aku..bukak email hotmail aku..ada lagi org panggil aku soh gi interview..dalam hati tak la melonjak sakan..sebab aku dah tahap muak dah nak gi interview..kali ni company oil&gas yang panggil aku..schlumberger panggil pi interview kat bangunan rohas perdana..aku mana nak tau kan..kat kl nuh..jauh..duet lagi..29/5 ni..hari isnin..tgk la, aku pikirkan dulu...nanti aku reply balik email kakak tu..sbb dia soh reply masa yg sesuai utk aku pi interview..

Apa2pon, esok ada lagi satu interview utk minggu ni...la ni , dah jadi tak ketaq langsung dah interview..dulu awal2 cam ketaq gak.mungkin perasaan muak dan malas dah menguasai diri kot..aku harap aku cepat dapat keja..tak la memerap kat umah ja..tak la menyusahkan mak aku ja..

okla..nak semayang asaq plak..

Thursday, May 18, 2006

Interview RLKA USM

Salam..
Kol 7 pagi aku keluaq dari umah...lepas minum ayq milo mak aku buat...lepas makan kueyteow goreng mak aku goreng..dari kulim, smooth and steady ja...sampai ja kat penang bridge, yaAllah, jammmmm...pening pala..masa nak naik bridge tu, once dah lepas, ok ja..berasak2 kereta..sib baik aku managed sampai on time jugak...lagi 10 minit 815 aku tak tercegat kat pondok guard usm..guard2 sibuk dok melantak nasik lemak kat dalam pondok tu..hehe..aku tanya cam na nak gi bahagian koperat..sib baik senang ja..sampai kat tmpt letak keta, tiba2 ada org ketuk tingkap keta aku..ingat pakguard..kot2 aku salah parking..rupanya, kawan sekolah menengah aku...yaAllah..lama gila tak jumpak...kebetulan pulak dia pon nak mai interview tu..happy la aku, tak la kesorangan kat situ..lepak dalam 30 minit baru lnak interview..besa la, geng2 kerajaan, start dari TNC sampai la ke dekan..lambat..aku siap buleh berak lagi..interview berjalan lancar..aku berharap sangat depa tak cakap melayu..bukan nak berlagak ka hapa, kalau depa cakap melayu, aku mesti kantoi...nak tau pasai pa, aku mesti otomatik cakap utara..tak reti nak berbaku sangat..tu yg aku rimas..aku cakap kalau buat phd, aku nak buat kat warwick uni..depa tanya la pasai apa, aku jawab la so and so...ada la lagi...tak seteruk mana pon..TNC yang banyak cakap..panel ada sampai 4..2 org lagi jadi pak pacak kot..jadi batu..dok diam ja..ke bagi hormat kat TNC..haha..habis padatu, aku pi lunch ngan member aku..pastu balik kulim...sabtu ni, interview lagi..harap2 aku dapat.amin..kalau dapat leh gi germany 9 bulan...amin amin...

Wednesday, May 17, 2006

Interview Lagi

Salams..
Lately aku asyik dok pi interview ja..letih gila..sat ke KL, sat pulang ke Kulim...Tadi baru abih satu interview kat Kulim..Kat UNIKL kulim..Esok ada interview kat USM bawah rancangan latihan kakitangan akademik, kalo dapat, aku kena buat PHD terus..perah otak lagi..arghh..Pastu Sabtu ni 20/5 ada lagi interview kat Infineon Kulim...Penat2..aku harap, salah satu dari tu, aku leh dapat..insyaAllah..Kalau ada rezeki..sebab dah letih dah dok buang duit gi interview sana ni...

Wednesday, May 03, 2006

Calling-calling

Salams..
Sejak dua menjak ni, aku rajen dok dapat call panggil pi interview..kat mana??..kat KL..arghh..penat weh..dah balik Kulim, tup tup, kena pi KL lagi..napa la kilang2 belah kulim tak mau aku ni...satu pon tak dak tepon..walhal, bersepah kilang kat kulim..tu la namanya rezeki gamaknya...

Macam tadi..aku dapat 2 panggilan..satu dari Caidmarks kat Damansara Utama utk position Computer Aided Engineer..Satu lagi aku dapat call dari Texas Instruments kat Ulu Klang utk position Product Engineer..Yang kat Texas 8/5 ..tapi utk Caidmark 18/5..jenuh aku nak tunggu sepuluh hari lepas tu..we'll see..Apa apa pon tadi aku dah gi beli tiket nak pi kl hari sabtu ni 6/5..Amik plusliner..aku tak sanggup nak drive ke kl.jauh gak..baik aku lentok atas bus lagi best..Aku lepak Keramat dua tiga hari..pastu gi bangi kejap kot..umah member ...Berat sebenarnya hati nak g keja blah2 KL ni..tapi, kalau dah rezeki tu, aku redha saja la..good luck utk aku..

Esok aku nak study sikit2 apa yang patut utk post product engineer tu...Kena tau pasal IC sket, VB ngan C++ sket..cost reduction sket..semua sket2..hhaha..

ok...chiaow

Friday, April 28, 2006

Jumaat 28/4/06

Salams..
Aku bangun lewat hari ni..Lepas solat subuh, tidoq balik sambung sampai kol 10pagi..lepas tu layan tv...makan nasik goreng mak aku buat.sedapp...aku minum ngan air teh yang dah sejuk..aku tak kisah air aku dah sejuk, sebab aku tak suka teh panas..sambil dok layan tv, sambil melantak..memang bagus gila..

Solat jumaat hari ni, cakap pasal menikmati rezeki Allah.aku layan ja..sedar2 dah nak semayang..tak penuh sangat masjid hari ni..mungkin sebab org kilang gi semayang kat masjid lagi satu..masjid politeknik..Aku dah berpeluh-peluh masa semayang..panas..walaupon dah ada kipas..kipas pon dah uzur..aku tgk kipas tu sejak aku darjah satu kot..masa tu masjid ni baru pasang kipas..lama btol kan.

Balik umah, aku tolong mak aku masak mee kuah..pergh..sedap..mmg sedap kalo aku yang tolong mak aku..dah siap, terus makan..makan sepinggan pon dah kenyang..walaupon sedap, aku tak nak tambah, kang terlebih lemak lam perut aku ni..malam karang buley sambung sikit lagi.

Lepas amik sikt nap, aku solat asar, pastu tolong mak menyangkul kat tepi rumah..lama dah aku tak menyangkul..sekali sekala keluarkan peluh tak salah..tak la berpenyakit nanti..rumput kat batas terung dah banyak..terung2 pon dah banyak kali aku makan..batas bendi pon ada rumput..semuanya kutebas..abis licin..dah la ada semut gatai..abih merah kaki aku..aku amik spray, terus spray semut tu..tapi liat btol nak mati..bengang aku..lepas tu, aku potong pokok ubi keledek sebab dan menjalar jauh ke batas lain..ubi2 ni pon dah besaq..esok boleh aku makan..yess!!..seronok gak berjasa kat tanah rupanya...

ok, masa utk tidor balik..chioww..

Wednesday, April 26, 2006

KL lagi

Salams..
Baru balik dari kl lagi..aku dah start carik kerja merata cerok..dah tak mintak kat kulim saja..dah mintak area kl pon..ni baru balik dari interview kat kl..subang jaya nuh..selangor kan..aku pon tatau..letih la jugak..aku gi naik bus.tak larat nak drive keta..lepak umah member kat bangi...dari bangi ke subang jaya jauh amat..aku naik komuter berenti subang jaya...carik cab...mak ai..mahal siut..aku nak ke mana?..aku ada interview kat giant training center..kerja Giant..best jugak..hahahha...aku tak memilih sangat..janji aku syok ngan apa yang aku buat..ha, pasal cab tu..mahal gila..10 hengget pegi saja..padahal tak sampai 5km..balik pon 10 hengget..palahatok btol...cab saja dah 20 hengget..interview Giant ok la..tgk la apa result nya nanti..namun kat hati aku, kalo boleh aku nak jugak keja kat kulim..hahah...

lepas 4 hari kat kl, aku balik la kulim...on my way back to kulim, ada org call..soh gi interview..la malang btol..interview plak kat kl..texas instruments..kat keramat tak silap..aku cakap la, aku atas bus dah nak balik kulim...so, nanti dia nak buat kan phone interview..dia cakap nak send aku email...aku dok tunggu ni.bila nak antaq tatau..tak pala, ada rezeki, sampai la 2-3 hari lagi...

okla, aku nak makan nasik...lapaq...taaa!!

Tuesday, April 18, 2006

Susahnya

Salams..
Adoi, dah lama aku melepak kat rumah..kat kg halaman tercinta..belum ada rezeki aku untuk bekerja nampaknya..nak buat cam na, aku redha..nak kata aku tak apply kerja, aku dah apply..mungkin sekarang ni mmg dah belambak graduan menganggur..so, makin tinggijugak competition utk dapat kerja..tak pa..pelan2..tapi, bila dah duduk lama kat rumah, perut pon dah boyot..mana tak nya, asyik makan tidor tgk tv...keja tak jugak dapat..aku rasa, sbb paling utamanya, aku dok mintak keja kat kulim saja..tu yang susah sket tu..rasakan la kat aku..nak sangat duduk kulim..aku rasa mak aku tak bosan tgk aku kat rumah..kalau dulu, aku dok umah tidoq ja, at least sekarang ni aku ada gak olong mak aku masak kat umah time dia gi keja..tak la letih2 balik keja kena masak..seronok jugak dapat bantu mak aku..
baru-baru ni, ada gak gi kl..aku gi midvalley..ada careers fair..aku tak naik keta pegi..ku gi naik bus..kalau naik keta, aku rasa letih ja nak drive sorang2..naik bus leh tidoq..tapikan, bila aku naik bus ni, macam2 jadinya..alkisahnya, bus yang aku naik tu, engeluarkan aircond panas...aiyoyo..panas..aku rasa bus ni guna konsep kat negara sejuk kot..pasang blower..berasap aku dalam bus..panas tak hengat..tak sampai tepeng pon lagi..bus dah berenti..buang masa aku ja..aku bertolak dari kulim dalam pukol 12tgh hari..budget sampai kl dalam kol 5pm..kena tukaq bus....dah dekat 30 minit..nasib baik bus yang ditukaq ni ok..nama bus ni bus bukit gantang.....drebar, mulut laser gak...ada sorang penumpang ni, pi tepon pak dia, kata dia dapat tukaq bus yang tak super vip...tak padan ngan harga tiket..walhal, bus ni, mmg super vip dah..apa ke buta ka budak ni..pastu, apa lagi..drebar bus hangin, terus berenti buat spot check."sapa talipon pak dia kata bus ni bukan super vip haaa?"alamak...haru..yang pastinya bukan aku la..semua org senyap ja..tak mau ngaku...at last, bus pon meneruskan perjalanan..
Nak tau aku sampai KL kol bapa..kol 645ptg..lambat gila..dah la hujan kat kl..samapi kat pudu,aku bergegas nak ke midvalley..amik cab..sebab aku rushing, event tu dah nak tutup kol 8mlm...kawan aku dok tunggu aku kat sana..sesampainya aku kat sana, aku nak la tepon kawan aku, asyik tak angkat..kali ni aku pulak yang hangin.lama2, tepon aku yang abih bateri..terus lagi hangin.sampai kat pintu masuk careers fair tu.."La, maca ni ka careers fair."..pena aku mai jauh2..tak gempak langsung..dah la time tu aku kelam kabut..dengan beg lagi kat belakang..redah je..apply apa2 yang patut, lepas tu baru aku ternampak kawan aku..dok carik aku..settle segala kat situ..kesimpulan: tak best langsung event tu..penat aku terhegeh2 pii..lain kali tak mau pi dah..kawan aku ajak pi makan kat kedai siam dalam midvalley tu..aku ikut ja..kedai tu cam meletop2 ja..lantak la..kawan aku order macam2..aku angguk ja..malas nak pikir..tiba2 nampak Ida Nerina (Seekers)..dia baru masuk ngan mak dia kot jumpa pasangan couple muda dam tu..aku buat bodo je la..mana bley aku nak kena tgk sampai juling mata, aku kena anggap aku yg artis, bukan minah tu yg artis..jatuh standard la beb kalau terhegeh2 dok tgk dia..nanti dia perasan lawa pulak..hehehhe..sedap gak makan kat situ..harga pon sedap sangat2...kawan aku cakap dia baru balik dari Bangkok..ada urusan kerja kat situ..lepas ni dia nak gi germany pulak lagi..sibuk btol dia..tiba2 ja, Ida Nerina ngan org2 dia dok tgk kami 2 org..apa kes????..muka aku hensem ke..aku pon tak tau pasai pa..lantak depa la..dah abis makan, kawan aku kasi kredit kad dia..dia bayar..tima kasih kawanku..lepas tu, kami pi pusing2 midvalley..lepak starbuck minum kopi..tunggu sampai semua kedai tutup..ingat dah nak balik bangi dah..tiba2 ja, kami tak jadi balik..nak lepak kl malam ni..naik cab, gi carik hotel nak letak bag..kawan aku tak bawak keta..gi hotel, mandi semayang dan terus kuaq balik....gi mana?????..nanti aku sambung balik..aku dah lenguh dok menerap kat bilik ni..ok, selamat!!!

Sunday, February 19, 2006

Barang-barang.

Salams..
Alhamdulillah, barang-barang aku dah sampai..barang yang aku post dari uk balik mesia...sampai kulim tgh2 panas yg amat..masa tu aku tgh makan nasik berlaukan ikan puyu..tiba2, dapat call..seronok gak aku..dalam tu penuh ngan barang2..tentunya la kan..byk jugak cenderahati aku beli dok dalam kotak2 tu..lepas ni, aku nak kasi kat kawan2 aku..insyaAllah..tu pon kalo kawan2 aku ingat kat aku..takat la ni, aku bosan jugak duduk rumah..tak dak gang..gang pon semua pi kerja..hujung minggu berseronok ngan anak bini..so, susah sikit la kan..org lain pon ada komitmen masing2..sebelum kawan2 aku berkawin, aku dah cakap dah kat depa pasal hal ni..tapi depa kata, mana ada..boleh ja kuaq cam besa..so now, lihat lah..mana sama..korang bahagia ngan anak bini..aku bahagia ngan diri aku..disebabkan aku bosan tahap cipan, bila ada pasar malam ja, aku kuaq pi..beli ala kadar..saja nak isi perut ngan benda pasar malam..
So, lately aku seronok buat capucino..ya la, sebab grinder machine kopi aku dah sampai..sebelum ni, aku bawak balik beans..aku lupa nak bawak sekali grinder..so aku tak boleh nak dapatkan ground kopi..berputar belit aku cakap..yang pastinya, ada dah leh buat kopi2 aku tu..sedapp..pastu ada lagi ngan red wine tea..uhhh..mmg sedap diminum..hehe..rasa cam wine sket2..yeker..aku pernah minum wine ka?...mana aku tau..hehe..aku pon tatau..mana pernah..tapi aku rasa cam tu la kot lebih kurang...cuma teh ni bukannya beralkohol...
Lagi satu..aku suka plak dok tgk olimpik musim sejuk..kat torino..aku mmg suka tgk2 sukan2 ni..segala macam jenis sukan la kalo nak dikatakan..torino sebenarnya, kat utara itali..dekat jugak la ngan france..aku pernah lalu..cantek gak...
Lama aku tak letak gambaq2..nanti aku letak lain..dah dekat pukol 2 pagi dah..okla..nak gi tgk tv..hhehe.

Wednesday, February 15, 2006

Hujan

Salams..
Hujan ja sejak akhir-akhir ni..lebat pulak tu..Seronok aku dok kat umah..sejuk saja..Aku sepatutnya gi amik ujian PTD pagi ni..tapi aku malas..malas tahap dewa...dekat USM..pikir-pikir balik, aku tak mau kerja ngan gomen lagi...So, aku tidoq saja tadi..
Semalam, mak aku amik darah aku..bukan amik darah nak buat korban ke apa..bukan nak minum ka apa..dan bukan nak bomohkan ke apa..mak aku amik darah sebab nak gi check..sebab lately, aku ni cam cepat gelap mata..mak aku check bp( bukan british petroleum, tapi blood pressure) ok saja..apa yang tak kena..aku pon tak paham..aku rasa aku sihat..tapi aku gelap mata...bangun dari duduk terus jadi gelap mata..bila report dah kuaq, mak aku kata darah aku ok ja..kolestrol very good, gula pon very good, bak kata org semua very good la..cuma satu ja yang tak good, aku punya uric acid tinggi..tapi apa kena mengena ngan gelap mata..tak dak langsung..mak aku kata, lepas ni nak try periksa jantung aku plak..bukannya apa, masa mak aku amik darah aku, aku terus jadi cam nak pengsan..bukan sebab aku takut jarum or darah, tapi tiba2 jantung aku jadi semacam ja..aku siap boleh rasa..aku terus jadi cam lemah gila..tak pernah aku rasa cam ni...cuba bayangkan, kalau aku derma 1 pint darah, sure aku dah pengsan..apa yang tak kena, aku tak paham..aku harap aku ok!!..mintak simpang la dari segala penyakit.
Cakap pasal BP kat atas tu..tadi nengok tv..(BP=British Petroleum) dah tukar nama pulak..BH Petrol..BH tu apa?..aku tak dan nak tau...Kaler kedai minyak pon, not bad la, dah tukaq kaler..merah kuning apa lagi tatau..nak bukak kedai minyak la..hehhe..

Monday, February 13, 2006

Seagate

Salams..
Hujung minggu lepas, umah pakcik aku ada buat kenduri..kenduri waktu malam..aku tak join pon..aku tak reti nak pi kenduri time malam..time siang aku tau la pi kenduri..lagipon umah pakcik aku tu, depan umah aku saja..seharian aku duduk umah..ujan lagi pon..tgk tv..biasa la..perkara rutin..petang member aku call...ajak keluaq..aku on ja, lagi pon mana ada anak bini lagi nak jaga kan..dalam jam 5 petang aku dah cepat2 keluaq dari umah...kalo keluaq malam, tak pasal2 kena pi kenduri plak..jahat btoi aku ni..dah la aku tadak duit..duit yang ada dah kering kontang..duit aku still ada kat dalam bank kat uk..aku malas nak bawak keluaq..biaq pi la dia beranak2 kat situ..mana tau, nanti2 aku pi sana balik, tak la payah2 nak bukak bank acc..so, la ni aku sengkek..so, mak aku la jadi bank aku..tima kasih mak..hikhik..cam bangang ja aku ni..aku sampai kat seberang jaya..pi lepak K4..tunggu kawan aku sampai..aku solat asaq kat situ..ramai jugak manusia..tak lama lepas tu, kawan aku sampai ..depa mai 2 org....serabut ja aku tgk 2 ekoq ni...dua2 dah bekerjaya..aku ja yang jadi penganggur yang berjaya..kami terus gi penang..zass..naik keta kawan aku..tak sanggup naik keta aku, sebab aku tak larat nak bazirkan minyak keta..hehhe..aku tolong bayaq duet tol kat depa..ok la kan..terus pi makan kat batu uban..tak ramai org lagi masa tu..seingat aku ni 2nd time aku mkn kat batu uban..sebelum aku gi uk, aku tatau pon kewujudan kedai2 makan kat sini..dan bertiga tu, kami melantak nasik berhidang le..makan siakap tiga rasa, sup sayur, sotong tepong, tom yam campur..dan aku seperti biasa, minum air bali limau ais..sapa yang tak pernah rasa, baik nanti, pi makan kat luar tu, try la tgk..lama kat lepak2 kat situ..aku ngadap tv kat situ, apalagi, terus layann..member2 aku tu, dok isap rokok..aku bau ja la asap rokok..aku tak isap..sembang punya sembang dah selesai situ..abih la dalam 50 ringgit lebih kot..
Lepas pada tu, gi seagate...seagate tu nama kilang...berdepan ngan seagate tu ada laut..mengadap pulau jerjak..masa sampai tu dah gelap pon...selalu org mai makan dekat seagate...boleh tahan la..tapi kami bukan pi makan..saja nak melepak depan seagate tu..duduk kat batu2 tepi laut..lama aku tak borak2 ngan member2 aku nih..mak ai..banyak keta2 singgah kat tepi2 laut ni..semua couple2 yang bahagia kot..maksiat la..apa lagi..ada yang adek2..abang2..bini2..laki2..semua dok melepak dalam keta...ada tu dah siap tarik langsir keta...dahsyat gak org2 penang ni..romen2 tepi laut..aku layan saja..keta yang dah bergoyang2 tahap dewa pon ada...aku rasa pihak jabatan agama dah tak larat nak tangkap dah..hari ni tangkap, esok ada lagi...tapi aku pi situ, bukan tujuan sebenarnya nak skodeng..tapi nak lepak2..nak sembang2 pasal diri...mcm2 la kami sembang..dari perkara baik sampai la yang tak baik..yang baik tu aku respect la..yang tak baik tu, aku terlopong la jugak..yang baik, contohnya dah naik pangkat...gaji beribu..dah kawen sana sini..yang tak baik pulak, ada affair ngan bini org, pi dok romen ngan bini org, dah jadi cam gigolo pon ada..tu yang aku terlopong..lama lepak situ..sampai 2 kali kencing la kat laut tu..merasalah sapa mandi laut kena air kencing aku..hahaha...
sedaq2, aku sampai umah dah pukol 4 pagi...bukak pintu ja, mak aku kata, hamboih2 tunggu ayam berkokok baru nak balik umah..kantoi!!!..

Wednesday, February 08, 2006

Isu Semasa

Salams..
Baru abih tgk berita...tak habis2 lagi isu kartun Nabi Muhammad S.A.W...Siap ada yang mati lagi pasai tunjuk perasaan..Syahid ke tu??..ke mati katak...Sian pon ada..Negara2 lain sibuk tunjuk perasaan sana sini, Malaysia jugak maintain..hehehe..respect kat Msia..tak dak pulak org nak tunjuk2 perasaan..Ka dah ada org buat kat KL..tu aku tatau la..kat Kulim ni, tak dak lagi la..Aku pon tak tgk lagi karektor kartun tu..dengar kata ada gambaq bom kat atas kepala kartun tu..Apa la editor Denmark ni..haru btol...Aku harap kes ni akan selesai cepat la..kurang kan org2 yang bakal mati...
Hari ni, aku gi pekan jap..gi bayaq duit keta, beli beras ngan bayaq duit takaful..tinggal tok aku sensorang2 kat umah..sian tok aku..dia dok tidoq sensorang..tak dak org langsung kat umah..harap aku sajala..cucu yang baik..aiseh..yaka baik..Kat bank hari ni, tak ramai org..pelik gak..selalu time2 hari Khamis kat kulim ni, penuh ngan manusia..ka sebab bank ni dah tak laku..bank islam..kan hari tu, ada problem rugi berjuta ringgit..Kesian kat bapak kawan aku..dia pengarah bank islam..aku tatau apa dia jawab..org2 dah ok now..Lepas pi bank tu, aku singgah kat kedai takaful tu..lama btoi tak pi situ..mak cik tu dah tak kenal aku dah..mungkin aku dah hensem sket kot.hahahah...puteh sket kot..kekekke..terlopong dia tgk aku makin comey..kuikui...siap nak kenenkan ngan anak dia ni..(aku tambah je)..hehe..Settle benda kat situ, aku gi kedai..beli beras..ingat nak beli beras cap langsat yang dok tayang dalam tv tu..tapi tak dak la pulak kat kedai tu..aku beli ja beras humamas..selalu dok makan beras jati, ni nak terai beras ni pulak..next time la beli beras langsat tu..Lepas tu, aku singgah kat kedai ikan bakaq..bau pon terbakaq2..aku nak beli benda makan sket..aku angkut gulai nangka, gulai daging masak rebung ngan tak terkecuali, ikan bakar..ikan apa tatau, aku main amik saja...depa siap bagi sambal belacan, ulam ulaman...nasik aku tak beli la, sebab nasik boleh masak sendirik..so semua sekali rm6...murahhh gila..org2 KL jgn jeles..aku pon tergamam..sebab murah..kalo ngan manchester sure aku dah kena dekat 15-20 pound...
okla..aku nak bagi tok aku minum air pulak ni..sian tok aku...apa2 pon doakan aku dapat kerja..orait..

Tuesday, February 07, 2006

Interview

Salams..
Nasib baik interview ni yg mula2 lepas aku balik..kalo idak aku baran dah..Sesampainya aku kat Intel, Penang, matahari mencanak2 kat atas kepala..panas yang amat..carik parking..masyaAllah, penuh ngan keta..tak dak tempat kosong pon..ramai la pulak manusia keja kat sini...dari parking bertingkat sampaila parking yang tak bertingkat, semua penuh..kalah shopping complex...At last, aku keluar dari Intel, parking kat luaq..Selamat tak kena saman ke hapa..Aku pi terus ke PG12..Masuk lam kilang tu, tepon org yang incharge tu..dia bawak aku naik atas..aku sambil dok pegang file aku, jalan buat bodo ja...dah nama kilang, mmg la besaq dalamnya..penuh ngan partition..Penuh ngan cha ya nun alip rasanya..dah nama pon Intel..dah masuk bilek interview tu..aku lepak sensorang..tunggu dalam 2 minit, masuk la sorang mamat ni..chinese..Nama yep rasanya..dia tanya background aku..aku pon citer sajala (Ala2 slang UK/Manchester nih)..hehe..perasan lebih..dah abih cita tu, aku tanya la dia, ni bahagian qiality apabenda ni..ingatkan quality2 la..pastu dia cita kat aku, depa tgh dok but TD( Tech. Developement)..nak tau pasai polimer2, elastik and some plasticity concepts..aku cakap direct ja la, tu kalau budak mechanical (material) tahula..aku mechanical(Manufacturing)..mana nak tau sangat..tahu basic2 sajala..hampeh btoi..dia sengeh kat aku, sebab dia tak perasan yang aku mechanical (manufacrturing)...dia mintak maap..aku ngan muka besa2 la, tak rasa apa2 pon, mungkin sebab first interview kot..aku pon tak mau la tunggu lama, kang buang masa aku pulak..tapi rugila jugak duet naik penang bridge tadi rm7..heheh..duet minyak lagi..takpala, tak dak rezeki aku kat situ..so, sapa2 yang rasa pandai bhg material ni habaq mai kat aku..mamat tu suruh aku recomend sapa yang belajaq material..lepas tu, aku pon balik..tak singgat mana2 pon..sebab panas...sampai kat kulim, aku singgah beli ayaq kegemaran aku..apa lagi kalau tak ayaq tebu..hehe..aku beli goreng pisang sekali..sampai umah, terus mkn2 dan tidoq tak hengat dunia..

Habis tgk berita (TV1 & TV3), aku layan drama..aku kan hantu tv..Dari Natasha sampai la ke Mya Zara..wakakak..Kawan2 aku kat sini semua kutuk aku sbb suka dok tgk drama2 ni..tak dak kelas..ish, apa aku kesah, ada kelas ke tak dak kelas, janji aku seronok..

Ish, okla, aku nak pi masak nasik..dah tgh hari..aku dah la menganggur..ala2 tak buat apa kat umah, baik aku pi masak..kalau tak amalkan, nanti lupa pulak ilmu2 masak aku yang aku belajaq kat UK..ok...chiow..

Tuesday, January 17, 2006

Hoorey!! Balik..

Salams..
Aku membuang masa sehabis2nya..
aku dah tak sabar nak balik..

Saturday, January 14, 2006

Contact Lense

Salams..
Hujung minggu datang lagi..tak kan nak melepak umah..baik keluaq yetak..kalo yang dah kawen tu lain la, aku yang masih bujang ni, kuaq la..mana tau kot2 lekat kat sorang dua..Aku keluaq ke town dengan tujuan..tujuan nak pi buat contact lense..lama btol aku tak pakai..last sekali aku pakai masa tahun 2002..now dah 2006. Aku tiba2 ja teringat nak pakai benda tu..Dulu aku pakai kejap ja, sebab bila aku pakai time pagi, aku rasa ada sakit2 for a few hours..lepas tu ok..time pagi ja problem..mata baru bangun tidoq katakan..at last, aku decided tak mau pakai terus..aku simpan ja sampai la ni dok ada lam kotak..patutnya dah kena buang dah..nak pakai pon dah tak sesuai dah..berbalik pada zaman sekarang..aku pi check mata aku..'estik' mata aku tinggi sangat..aku tak rabun sangat..tapi 'estik' very the tinggi...cam org cacat pon ada...ada ka optometrist kat situ kata kanta mata au bergerigi..that's why aku dapat 'estik'..silau..tapi mmg terasa pon kesilauan..bila aku drive waktu mlm ja, mesti aku rasa silau2 cahaya lampu keta org..kadang2 sakit gak..tapi aku stil boleh nampak..so, utk itu, aku terpaksa buat contact lense yang special utk 'estik'..not bad la.kena dalam 70 pound..aku kena pakai yang permanent lense utk jangka masa 2 tahun..lepas tu pi buat lain..tak kisah..Lama gak dok test mata situ..sampai aku jadi pening..mau tak pening, sebab tiap kali tukaq kanta, dia soh aku baca huruf...kabur ke tak..penin penin..dengan silau lampu lagi.dah selesai, aku pi carik kedai makan..Aku lapaq..perut blom jamah apa2..aku jumpak kawan2 aku..makan sekali dengan depa..lepas tu aku gi kedai (ngan member la sekali)..aku beli kepala berus gigi aku..kali ni dual action..harap2 dia putar dengan lebih rakus..hahah..member aku beli kondom ngan KY jelly..nak pi romen la kot malam ni..lantak la..asal depa bahagia...aku pon bahagia..

Friday, January 13, 2006

Petai

Salams..
Aduh sedapnya..hari ni aku mkn sambal petai..dah lama tak makan petai..sambai petai ikan bilis..seronok btol..lepas tu pulak ada sayor taugeh campur daun bawang goreng..mmg sedap..banyak btol aku makan nasik..naik kembung perut aku..dah la penuh dengan nasik, penuh ngan petai, penuh ngan air lagi..fuhh!!..gemok la cam ni..tak pa, janji puas hati..Aku bangun awal gak hari ni..lepas tu tidoq balik..bila sedaq balik dah pukol 9pg..aku dok penin2 lagi..aku terus tidoq sampai duduk..sambil pelok bantai aku...peluk bantai ja la, nak peluk bini, tak kawen lagi..sedaq dekat sejam aku tidoq duduk..aku bangun kemas2 apa yang patut..aku tak terus mandi..aku target nak masak dulu sebelum semayang...aku potong sayor2 n bawang2..terus aku masak..bau satu umah..........termasuk la petai2 yang aku dah mkn tu..
ni dah start mengantuk balik.bila makan banyak ja, mesti ngantuk..bosan btol..ok tetap kuatkan keyakinan aku untuk tidak tidoq........aku berjaya..
Lepas tu, aku keluaq, aku terjumpa kawan lama aku..borak panjang jugak..mahunya tak panjang, mmg lama btol aku tak jumpak member aku ni sejak sekolah rendah..dah abih tukar2 no tepon aku pon blah..aku jalan sensorang tanpa arah tuju......pastu?..

Wednesday, January 11, 2006

Panas

Salams..
Amboi, lama btol aku berdiam diri..apa yang tak kena dengan aku..start lepas aku graduate, sampai la ni, baru aku on balik..aku tak berkesempatan langsung nak update..aku bukak internet pon kejap2 je..ada aktiviti lain yang lebih menarik minat aku..
Apa dah jadi kat aku last year?..apa yang aku buat saat terakhir last year..
hmmm..masa xmas, aku sambut ala kadar..sebabnya aku bukan pon org puteh.aku org melayu..tapi aku ttp memeriahkan diri aku masa xmas tu..aku dapat kad xmas belambak..manyak tak terkira...aku tak pernah dapat kad raya sebegitu banyak..sonok siot..sonok ada kawan2 yang baik2 cam gini..sentiasa ingat kawan2..tapi, aku plak yang tak bagi diorang kad...aku dok ingat, dah aku tak sambut, aku tak yah la bagi kan..aku buat dek je arr..aku bukan dapat kad xmas..aku dapat hadiah dari customer..manyak gak..sonok rupanya..sonok rupanya sambut xmas dengan kawan2..diorang makan turkey, aku tak makan la, sebab tak dak pulak yang halal dijual..aku makan ja apa yang boleh dimakan time xmas..selalunya, time xmas ni, budak-budak la paling happy..xmas ni utk budak2 with their father xmas, new year pulak utk org2 dewasa...so, merry xmas and happy new year..habis xmas, aku gi kije cam biasa la...
New Year plak, tak se grand bonfire kot..sebab masa bonfire lagi meriah dengan dentuman bunga api..pastu plak, new disambut dengan ujan..alamak..leceh btol..tu yang tak best, balik umah terus tidoq, lagi best..org2 lain keluaq gi minum2, aku minum2 kat umah ja la..ujan..tak mau keluaq..aku nengok tv, kat tempat lain salji turun lebat, tapi kat sini, ujan plak turun lebat..sejuk..
Cukup pasal tu..sejak akhir2 ni rasa cam tak sihat sikit..badan rasa lemah ja..aku rasa nak balik malaysia ujung bulan ni...insyaAllah..letih la ..awat tatau...eh..lupa, raya haji..Selamat Hari raya Haji.......

Saturday, December 17, 2005

Graduation

Aku dah dapat apa yang aku nak.Penat lelah aku selama ni dah terjawab..lega..lega sangat sangat..Seronok tak terhingga..Bahagia rasanya...15/12/05 akan kuabadikan dalam ingatan buat selama lamanya..Tahniah buat diri aku..

Tuesday, December 06, 2005

X'mas Lunch








MEJA


Salams..
Ishhhhhhhhhhhh..ni la saat meja aku paling ngeri aku tgk..bersepah yang amat sangat..aku saja snap pic ni..apa yang ada atas meja aku tatkala aku amik pic ni..
lotion--kena pakai, kalo idak dok garu cam berok..
moisturiser--kena pakai, kalo idak muka kering..kalo dok msia sure org kata aku gedik..tapi dah dok sini, aku pakai la..
orang-orang--hahah..lawak ja, benda ni kawan aku bagi..
Buku-buku--aku tak kemas lagi barang2 aku..
Shaver--Nampak dak?..hahah..siap dok atas meja..lawak ja..
Muffin dalam mangkuk--aku bukak, makan sket ja, then tinggal..
Room mist--kalo tak pakai ni, bilik aku bau dapor..
Usb Cable--untuk handphone lama aku..aku beli kat ebay.
Handycam--aku bawak benda ni kemana saja aku pi..sayang wo..
Wallet--tak dak duet lam tu..ada cards ja..
Deodorant--bau sedap..
Bus pass--balik ja, terus campak atas meja..

Saturday, December 03, 2005

I am knackerd

Salams
Dah abih cuti..letih datang lagi..biasala kerja...
Aku nak letak ayat ayat ni supaya aku tak lupa nanti..

manky places..
shut your big fat gob..
stop trumping around..
sleepers..
choc yule log..

ada lagi..nanti aku ingat aku letak lagi..



Gambaq kat bawah ni, aku amik masa aku nak gi semayang maghrib kat satu mall...surau dia kemas dan wangi..selalu, kalau aku pi mana2 surau kat mana2 tempat mesti bau kasut sket2...busuk..tapi surau ni wangi..tapikan, surau ni leh ada benda2 kat bawah..kuikui..cool..sebelum ni pon aku dah jumpak banyak gak surau2 yang macam ni..disharekan..tu yang wangi kot..hhehehhe...


Friday, December 02, 2005

Perabih duet

Salams..
Aku cuti lagi hari ni..Biasanya hari cuti aku hari Khamis dan Jumaat..Bila hari Khamis datang ja, aku dah start tatau nak buat pabenda..bangun tidoq, then tgk tv sat..main internet 2 jam lebih kurang, pastu ngantuk balik..cuaca sejuk2 ni, lagi la best tidoq..Akhirnya aku tertidoq dari kol 12 tgh hari sampai kol 3 petang..sedaq2 dah nak masuk maghrib..aiyo..aku dah missed zohor..takkan nak miss asaq pulak..cepat2 aku terus gi amik air semayang..abih semayang asaq, aku lepak 2-3 minit, dah masuk maghrib..aku tak lunch pon lagi..lapaqnya..pukol 430pm dah pon gelap gelita..bosan tatau nak buat apa..takkan nak mengadap tv ja..aku siap2 nak kuaq rumah..housemate aku dok tgk tv..aku cakap aku nak kluaq sat..pakai jumper aku, aku terus kluaq..aku pos satu surat kat student services..sampai kat bus stop..bus terus sampai..hati aku seronok la..tak yah tunggu lama2..dah la time tu hujan lebat..selamat aku ada payung shell aku yang besaq tu..selamat la sket dari basah kuyup..niat aku tak dak benda lain..nak perabih duet gaji aku bulan lepas yang masih banyak aku tak perabih..hahaha..bahagian yang utk disimpan aku dah letak tepi, ni bahagian utk perabih ni banyak lagi..tatau nak beli apa..dalam pala otak aku, baik aku beli something..(setan pujuk aku..belila,belila..bazirkan duet tu..)..(hati aku jawab..baik aku beli..lagi pon gaji bulan 12 dah nak masuk dah ni..)..hehehe..dari satu kedai, ke satu kedai aku masuk..semua aku tak minat..sampai ja kat FCUK, aku tertarik kat a few stuffs..jeans ngan tshirt dia..tapi aku tak beli lagi..sebab aku nak survey dulu..mana tau, kot2 nanti aku leh dapat lebih murah..org kat luaq tu, masih ramai..walaupon dah gelap gelita..masa tu dalam kol 530ptg..shopping complex bercahaya dengan lampu2 neon yang comel2..jalan2 depa hias dengan lampu2 yang berbunga sempena menyambut x'mas..Aku gi USC..ada 20% discount..tak menarik minat aku jugak..aku masuk Arndale Centre..Tgk cokelat Thornton..nak jugak beli..sebab cekelat dia sedap..tapi perut aku tak kepingin nak makan cekelat time tu..so..I didnt even bother..masuk kedai Envy..kedai ni jual semua barang branded..aku tgk jeans ngan tshirt..at last aku beli 2 jeans kat situ ngan 2 tshirt kat situ..sebab kat kedai tu ada 20% discount..puas hati aku sebab dapat perabih duet kat kedai tu..aku abih gbp88 kat situ...kuikuikui..aku jalan lagi..nak singgah GREGG (kedai pastries)..ingat nak beli veg pastries..perut aku tak nak..aku tgk je arr..aku hi H&M..tgk baju2 dok sepah2..usha2 jugak barang2 kat situ..malas nak beli..lepas tu aku gi Primark..mak ai, lama aku tak jejak kaki dekat Primark ni..nak tau sebab apa, sebab dah la panas dek heater dia, pastu penuh dengan manusia..dan semua baju2 dan barang primark, bersepah2..semua manusia2 omputeh ni suka sepah2kan masa nak beli baju..bangang pon ada..Primark ni, kira shopping complex yang murah la barang dia..affordable utk semua makhluk..murah sangat2..aku tak beli apa2 pon kat situ..sebabnya, aku sakit ala dok dalam tu lama2..lepas tu, aku pi Debenhams..tak ramai org..aku jalan2 kat groundfloor dia..ada cosmetics punya barang..aku singgah kat bahagian perfume..semua perfume2 dia dah di pack kan dalam kotak sempena x'mas..so org beli utk buat gift..dulu aku dah set dalam pala aku, aku nak beli, armani black code, black rose, ngan truely apa ntah dari tommy..wakakka..tu pon lupa..tiba2 ja otak aku jam dan tak ingat nama tu..yang ada muka enrique..so, aku beli armani code dulu..sedap bau dia..dah dekal kol 8mlm..semua kedai dah nak tutup..aku pon bergegas ke bus stop..hujan dok renyai2 lagi..sesampainya aku kat rumah, sunyi ja..housemate aku tidoq..aku simpan barang2, solat isya'..pastu layan tv sampai kol 230pg..tgk konsert madona..gempak gile..ok..dah..chiowwww..

Polis kat town..naik kuda..tinggi..


Blackcode


Baju ngan jeans aku....

Monday, November 28, 2005

X'mas Market







Salji Turun

Salji dah turunnnnnn!!!..Hari ni aku kerja kol 10pagi.masa dok breakfast, tiba2 aku tgk benda puteh turun dengan lebat sekali...hati aku berbunga-bunga indah...yehaaaaaa..salji dah turun...this year turun awal pulak...sambil mkn sambil dok tgk salji turun..budak2 kat luaq umah, pulon dok main salji..terjerit2..so, pada 28/11/2005 salji turun..apa aku dok merepek ni..oklah, aku nak mkn ni..lapaq, baru balik kerja..hmm..aku dapat berita sedeh thru email tadi..Aunty Maria meinggal..sapa Aunty ni??..Nanti la aku cita...aku nak makan..tapi sedey sangat.cam tak percaya ja dia meninggal..Al-Fatihah buat Aunty Maria..

Gambar ni aku amik masa salji mula nak turun

Ada lagi yang aku nak tambah..tapi internet ni awat slow sangat tak tau..penat aku dok tunggu..pagi esok la aku tambah..lepas suboh..

Saturday, November 26, 2005

Salji


Salams..
Salji dah start turun kat UK..tapi kat north Scotland ngan South London..Kat tempat aku belum lagi..cuma a bery bery bitterly cold...Bila nak salji tatau..Tahun ni will be the coldest winter ever in a decade kat UK..Aku tak pon rasa sejuk sangat sangat lagi..sebab aku kan suka sejuk..Semalam hari Sabtu, tak buat menda sangat..Pi kerja saja..ramai manusia kat town..maklumla cuti hujung minggu..tapi yag aku perasan, kalo tak cuti pon, penuh ngan manusia gak..kompius..tak kerja ka org2 sini..ka semua pakat dapat benefit..sonok la camgitu..Sesampainya aku kat tempat kerja, aku masuk la changing room aku..Bila aku bukak locker aku, terkejut badak aku dibuatnya, sebab??..Locker aku kosong..barang2 aku semua sudah ilang..aiyooo..appaa..cam na ni..ada duet aku dalam tu sket.ada t-shirt aku ngan ada splint utk support jari aku yang patah dulu..dah tak dak..Aku kuaq pi kat receptionist, tanya, mana pi aku nya barang..dia pon terkejut, awat hilang plak..ni mesti ada org buat silap ni..dia tanya bapa banyak duet aku ilang, aku cakap tak lebih dari 5 pound..dia terus kasi aku 5 pound..abih banju ngan a few barang aku yang lain cam na?..dia kata, hang mai hari isnin lain, nak tanya org yang cuci tu..harap2 ilang jugak..boleh aku claim banyak2..kena claim byk gak kalo ilang, baju cap topman, splint tu mahunya harga 20pound..mungkin aku akan claim dalam 40pound..Kerja semalam letih seletih2 alam..dalam hati, dok ingat nak balik ja..

Gambar ni aku amik kat Arndale Centre..

Hari ni Ahad..aku gi kerja..nanti, aku tulis apa lagi yang kosong dalam locker aku..idak pon apa yang masih kosong dalam hati aku ni..hmmphh...SELAMAT PAGI..

Thursday, November 24, 2005

Alhamdullillah

Salams..
Aku bahagia sekarang..Penat lelah aku bersama projek aku, akhirnya aku berjaya..Aku dah lepas segala kesengsaraan...Tak lama lagi aku dapat la Ijazah Master aku..best nye best nye..ahahhaha..Supervisor aku antaq email..dia cakap aku lepas dengan jayanya..tapi kawan aku sorang, failed..sian sangat..masa aku dapat tau aku pass, aku meloncat sakan time tu..aku tak dapat bayangkan kegembiraan aku time tu..seronok gila babi...sebab aku rasa, benda ni paling susah dalam hidup aku..nak compare dengan yang dulu2..aku rasa lagi susah dari buat Phd..sebab aku kata cam tu, sebab kawan aku yang buat Phd cakap dia punya lagi senang dari aku..sian kat aku..heehhe..terima kasih utk aku..tahniah utk aku...cukup utk tu..malam tadi (hari ahad rasanya) kabus tebal..aku sampai tak nampak apa sangat..jarak penglihatan 50m pon tak sampai..sejuk sangat..aku pi kerja dengan selambanya pakai jumper nipis..hahahah..tergedik aku kesejukan..rasakan...

Lepas aku sampai rumah dalam kegedikan, aku terus berhingus..sebab sejuk sangat..masa bukak pintu bilik tidoq aku, terkejut badak aku..nak tau sebab apa..sebab ada benda atas meja aku..nak tau benda apa..tu gambaq kat bawah tu..benda tu la..hahahha...tq mate..dah sampai dah..tima kasih banyak2...nanti aku hantaq barang Ann Summers kat ko ok...www.annsummers.com...hehehhe..ko nak jenis apa, bagitau aku ok..kuikui...


OKlah, sampai sini dulu, eh lupa, hari ni ramai budak2 stewardess mai umah aku..cun cun belaka..dah nama pon stewardess..depa kawan2 kepada kawan aku..depa mai ada night stop kat sini..mai pakat makan nasik kat umah aku..aku malu2 alah sket..dah aku tak kenal org, aku diam je arr..aku ramah ngan org yang aku kenal ja..hahaha..oklah, tadi aku pi shopping kat M&S..aku pi beli2 barang yang aku nak bawak balik..okla, aku nak blah..tata.. THANKS JAK!!..

Monday, November 21, 2005

Gelisah

Salams..
Semalam, lepas abih keja, aku teru gegas lari2 ke Picadilly Garden nak amik bus gi umah member aku..Kat umah dia ada open house..patutnya, open house kol 12 sampai kol 6, tapi aku sampai kol 7pm..Mahu tak nya, aku habis keja kol 630pm..Dia cakap mai saja..aku yang tgh kebuluran, pi la..Aku tak pernah pi umah dia yang baru ni..Dalam kegelapan, aku jalan dan jalan cari rumah..dah la sejuk gedi..mmg sejuk..aku pakai jumper nipis ja..kalau aku panaskan badan aku, nanti badan aku jadi gatal2..so, aku lebih suka sejuk dari panas..pelik pulak aku ni..hmm..Kawan aku tunggu aku kat luaq umah dia..Bila aku masuk ja, berkuap satu badan kena masakan malaysia..abih jumper aku bau..bau sedappp..Aku terus ke toilete..sebab aku nak terkencing masa tu..abih kat toilet, terus gi dapoq......mak ai, meriahnya makanan..masa tu, guest dah tak ramai..aku pon org last rasanya..yang lain tu, semua tgh sembang2..aku kenal depa gitu2 ja..budak2 student 2nd year rasanya..tuan rumah tu pon aku kenal gitu2 ja..aku cuma kena 2 org kawan aku ni..apa yang depa masak?..

....Mee Kari dengan Kuah kentang plus daging..
....Nasik Lemak degan perkakasnya..
....Tiramitsu..(eja cam tu ka?)
....Chicken Wings (BBQ)
....Roated Chicken...
....Roasted Sotong..
....Kueh raya yang best..
....Ayam Goreng..
....Ketupat daun palas je yang tak dak..huhuh..
.... Air coke, oren etc..

Aku sembang ngan kawan2 aku pasai result.Ada yang dah tahu, ada yang belum..Aku belum..aku dah jadi cuak semacam je..Harap2 aku pass..aku takut sangat2..sampai sekarang aku dok ketaq lagi..Doakan aku pass..InsyaAllah..Aku baru je sent email dekat supervisor aku..takut sebenarnya..Aku tak mengharap markah setinggi gunung, janji pass..mana ada org dapat markah setinggi gunung utk course aku..semua mengharapkan pass saja..arghhhhhhhh..takuttttttt...
Aku baru dapat ifo, yang 13/12 ni parents aku nak datang uk..best la pulak..tapi time winter..sure sejuk.nanti aku belikan baju sejuk..tiket semua dah beli..cuma nak datang ja....lama tak tgk muka depa..depa pon lama tak tgk muka aku..mesti terkejut dengan penampilan terbaru aku..wakakkakaka...okla..aku nak sign off..cerita lain kali...

Friday, November 18, 2005

Ann Summers

Salams..
Hari ni hari Jumaat. Aku cuti lagi..Lega dapat rilek kan otak aku. Bangun lambat tadi. Makan cornflakes..cam biasa la..pastu, tgk tv jap..tak dak apa yang menarik. Aku tepon United Utilities..pasal air..nak semak acc.. tak berjawab pon..aku fed up..dah dekat kol 12, kawan aku bangun, ajak pi solat Jumaat. Kat masjid hari ni, ramai org..aku pakai jumper aku..sejuk amat hari ni..Jumper aku baru beli..tak basuh pon lagi.heheh..Abih solat, gi town, ikut kawan aku dia nak gi Ann Summers.

Thursday, November 17, 2005

Makan

Aku letih amat minggu ni..tak dan nak buat apa pon. Balik umah tidoq, pagi pi kerja..Letih pasal internet connection tarak pon satu hal. Kat seminggu la jugak. BT buat apa ntah kat line tepon depa. Bila check email dah menimbun.Aku tgh tunggu email org..tapi bila aku check, tak sampai2 lagi..Cuak pon ada..sebab ni email penting. Pasal future aku la jugak..
Last week, aku keluaq rumah, pi makan2 dekat town.tiba2 ja hujan..tensi2..aku makan dekat Picadilly Garden..Kedai tu nama kedai RICE..aku mkn nasik dari sepanyol berlaukan mexican punya lauk pastu campor daging goreng dari china..hahaha..campor aduk abih..kena dalam GBP9.

Lepas pada tu, aku ikut kawan aku pi pejabat MAS. ingat nak beli tiket. Tapi tiket utk aku tarak lagi..tiket utk member aku ada la..member aku steward, dia mai bukan atas alasan kerja, so dia kena la beli tiket nak balik.murah gila dalam GBP40..staff discount.bila aku nak balik ni..ntah..aku pon tak decide pon lagi.. Pastu aku gi Boots, tgk benda2 yang best, at last, end up beli berus gigi..hahahha..lawak ja..tadak benda lain dah nak beli..

Tu cerita hari Khamis/Jumaat lepas, hari ni dah masuk hari Khamis balik..Aku cuti balik..dok ingat sat lagi aku nak pi beli benda2 makan kat M&S. Foods dia sedap2 belaka..Hari ni pulak panas..tak macam biasa..Aku nampak matahari direct ke bilik aku..Semalam -3 degree c. Hari ni panas, tapi aku tak tau suhu bapa..mungkin dalam 10 kot..Aku baru bangun tidoq ni. Mandi pon dak lagi..mkn goreng pisang kawan aku buat mlm tadi..aku mkn satu ja, sebab satu ja yang tinggal lagi pon. Nak makan maggi la jap gi. Nak basuh baju pon ok, tapi kawan aku dok gantung lagi baju dia kat tempat penyidai..Tak pala, satgi la aku basuh. Pagi tadi, mak aku tepon, tanya awat lama tak reply email dia..Sian mak aku dok tunggu email aku..Aku cakap ja la internet kong..Mak kata, ada org jemput mkn kenduri..mintak address aku..oooo..nak antar kad kawen la ni..Ni kawan aku masa kat Uni dulu..dah nak kawen rupanya..Tahniah aku ucapkan..

Thursday, November 10, 2005

Stockport-Trafford

Salams..
Semalam aku cuti..Hari ni pon aku cuti sebenarnya..Dipagi subuh yang sejuk ni aku bangun, dan malas nak tidoq balik..Tak rasa mengantuk pulak.Terus mandi, solat subuh dan makan antibiotik aku..On laptop, baca paper..Semalam, lepas borak ngan Jak & X, aku keluaq dari umah..tak larat duduk lam umah saja..Lepas telan prawn layer, aku amik bus pass aku, pakai baju sejuk, bawak beg sekolah, langkah kuaq pi tunggu bus. Bus ke stockport. Aku pernah sampai tempat ni. Besaq jugak..Saja nak jalan2..On the way tu, hujan lagi..Sejuk jugak..Aku lepak atas bus sambil dok tgk scenery kat luaq..Dah sampai bosan aku tgk, aku tgk jam, ish dah dekat sejam aku atas bus..sakit pungkoq aku dok lama2..bila nak sampai ni..Setahu aku, ada station bus..tapi mana?..tak nampak pon..tiba2 ja bus tu buat U-Turn..masa tu dah tinggal aku sorang atas bus..dalam hari 'bus ni nak patah balik ka?..ka nak pi station bus?' pastu tiba2 ada sorang minah salleh naik bus..aku terus tanya..mana station..dia kata, dah lama dah lepas..haaaaaaaaa..dekat sejam aku dok lam tu, dah lama lepas?.aku suruh dia tekan loceng kalu dah sampai..Sesampainya kat station, aku tgk2 la area2 stockport..aku tak beli apa2 pon..



Dah abih spent time kat situ, aku pi station, carik bus ke trafford centre..bus no 23.tak lama lepas tu, bus pon sampai..aku pon naik..trafford center ni macam megamall la kot kat kl..midvalley..apa benda ntah..aku pon bukan tau sangat..Lama jugak aku atas bus rupanya, dekat sejam jugak ..adoi, perabih masa atas bus saja..akhirnya aku sampai situ..ramai org lagi, sebab masa tu baru kol 330ptg..aku solat asaq atas bus saja..terpaksa sebab maghrib masuk awal la pulak..sampai aku kat situ, aku merewang sorang2..pusing sana sini tgk benda..kepala kosong..ingat nak beli baju sejuk..tapi malas lagi..aku end up beli hair gel..sebab dah abih yang kat umah..aku beli cap lain pulak..garnier..wakakka..main tibai ja beli gel..lama2 rambut rosak la ni..

Usha barang budak2, ingat nak beli kat anak sedara aku..tgk, semuanya aku tak berkenan..so, aku abaikan ja..la ni tak dak sale, kalo ada pon, tinggai yang sisa2 saja..sale yang mid season..summer-autumn..nak beli pon malas, walaupon gaji dah masuk..perut dah lapaq..aku pi beli filet kat McD..mkn sambil tgk fashion show, kebetulan ada kat trafford..tempat mkn McD, btol2 mengadap stage tu..aku layan ja..tgk org pakai baju winter..ramai budak2 dok lari sana sini..Tak lama lepas tu, aku balik naik bus 250 dari trafford ke Man. Uni. Aku singgah semayang maghrib kat mesjid..Dah nak masuk isya' dah time tu..aku cepat2 solat, lepas tu, terus blah..naik bus terus balik umah..sampai kat umah, housmate aku masak nasik lemak..naik lemak la aku..nasik lemak sama ikan apa goreng ntah..sedappppp.....!!


Wednesday, November 09, 2005

Sunday, November 06, 2005

Masa Hari Raya

Salams..
Hari raya, dah pon lepas..hari Khamis lepas..hari ni dah pon hari Ahad..Kat sini ada org sambut raya hari Khamis, ada org sambut hari Jumaat..Aku sambut hari Khamis..Tak dak apa yang menarik sangat time raya..pagi2 raya lagi la bosan..tatau nak buat apa..dah la aku cuti..kebetulan pulak cuti on that day..kesimpulannya, time hari raya, aku tak buat apa sangat, aku just makan kueh raya yang mak aku antaq..Hari raya kedai, which was hari Jumaat lepas, aku ada la jugak kuaq dari umah..aku pi solat Jumaat, jumpak a few Malaysian..student..depa ajak aku pi open house..aku sonok la..tapi aku plan, nak beli barang2 umah dulu, baru pi umah depa..dalam kol 4 ptg aku sampai umah..dapat call budak2 ni, suruh aku pi umah depa makan2..kol 4 dah nak gelap dah, hmm..aku ajak housemate aku, depa tak mau pi, so, aku pi la sorang2, lagi pon dah lama aku tak pi umah budak2 Malaysia tu..or berbudi, kita berbahasa yetak..tak mkn byk pon tak pa, janji pi..aku mkn banyak rupanya..depa buat bihun tom yam, bihun sup tulang, kueh raya ..kek batik..keuh samosa..kenyang perut aku wei..bila dah kat situ, aku jumpak la, member2 yang aku jarang dah jumpak..ada jugak member2 yang dah balik..aku pon tak sedaq yang depa dah balik..seronok gak la..puas aku mkn..tuan rumah pon baik sangat..semua pakat pakai baju melayu, aku pulak lupa nak pakai, aku just pakai baju Hardrock cafe paris..tu ja..

Hari Sabtu dan Ahad, aku keja cam biasa..ni pon baru balik kerja.baru udah mkn..nak tgk tv, malas la pulak..Lupa plak, hari Sabtu, ada Bon Fire..eh cam tu ka eja..aku pon tak sure...bunyi mercun berdentum dentum..bukan cam mercun malaysia time raya cina ke raya melayu, ini mercun best sangat, macam mercun kat KLCC sambut taun baru..budak2 kat sini main..aku tgk ja la dari tingkat umah aku..takkan aku pon nak join jugak..sejuk malam2 ni..

Thursday, November 03, 2005

Hari Raya Aidilfitri

Salams..
Hari ni dah pon hari raya..cepat je masa berlalu..aku rasa aku baru ja posa..tak sedaq pon dah raya..Aku sambut raya ala kadar ja..sebab tak rasa raya pon..Mungkin sebab aku tak gi umah org melayu kot, that's why aku tak rasa sangat raya.The first thing aku buat on hari raya, aku mkn antibiotik aku..kena mkn waktu perut kosong..Lepas tu aku mkn tuna chunk sandwiches yang aku beli kat Marks & Spencer semalam..Aku dah kenyang untuk breakfast aku..Malangnya aku tak gi solat raya pagi ni.. Sebab org semayang kol 8 pg..aku sedar dari tidor dah pukol 8 lebih..Tak pala, nak buat cam na, dah lepas..Aku call kawan aku, dia lagi la, tgh tidoq lagi..aku call sorang lagi, dia baru nak semayang raya..aku tanya gak, masjid mana, tapi tak berjawab..Aku cuti hari ni..tadak apa yang nak dibuat kat umah..mungkin petang2 karang aku pi umah member-member aku kot..tu pon kalau aku rajen..letih kerja dok ada lagi..aku dengaq kata hari sambut ni ada buat perayaan semanchester..raya aidilfitri la..kat cheetamhill..but on that day, aku kerja..so, aku melepas lagi..Lupa plak...lepas aku mkn antibiotik, aku tepon family kat kampung..Ucap selamat hari raya dan banyak lagi..meriah btol kat kampung..aku dengaq ramai sanak saudara yang balik kampung..meriah..aku jugak yang tatau nak buat apa kat sini..biaq la, nanti aku balik jugakk..Kat luaq macam nak hujan..angin kencang..abih daun2 terbang merata2..kat tv pulak, tak dak cita apa yang menarik..sat lagi aku nak rebus nasik himpit..masa kuah kacang yang dah siap dibeli..pastu mkn kueh raya yang mak aku antaq..dodol pon ada..sonok sonok..yang ngerinya, kos penghantaran kueh2 tu, lagi mahal dari kueh..tima kasih utk mak aku yang sudi menghantar kat aku..tima kasih mak..

Tuesday, November 01, 2005